Monday, April 4, 2011

wishlist bertajuk "AKU MENUNGGU HADIRMU"

Diya Edhayaa | 10:00 PM | 9Comments |
assalamualaikum semua... =)

lama sungguh aku tak update blog ni..buka pun just approve komen..blogwalking kat blog orang..tu jelah yang aku mampu buat dalam masa terdekat ni.. duniaku sangat sibuk sekarang ni.. esok pulak ada test PBSM untuk dapat sijil.. study pun belum.. aigoo~ camner neh.. ada soalan bocor tak.. hehehe..


tapi selepas habis semua ni, aku ada plan baik punya.. penat berjuang tiga minggu siapkan esymen.. siang malam tak tido.. oke! tipu sangat.. haha.. bila dah macam ni, konfem konfemlah aku nak lepaskan segalanya.. tak perlu belasah orang.. tak perlu bagi penampor sampai lebam mata orang.. cuma, aku buat satu wishlist bertajuk AKU MENUNGGU HADIRMU 8 APRIL.. hehehe.. 8 april ni tarikh last untuk hantar semua esymen.. lepas tu boleh lah rehat kejap sebelum hadirnya exam kecintaanku.. dan wishlist aku..


( 1 )


rumah manis rumah atau dengan kata lainnya, aku masih berpegang kepada ayat rumahku syurgaku.. walaupun sekarang ni rasanya rumahku syurgaku bukan lagi dalam ranking nombor satu habitat aku.. tapi aku tetap nak balik rumah.. tiga minggu tak balik, tak jumpa mak bapak.. tak makan masakan mak.. oh! sedapnya.. aku dah siap suruh mak aku masak sedap sedap jumaat ni.. dasar homesick sungguh!



( 2 )



yeah! aku memang suka menyanyi.. akibat lama tak pegi karaoke, maka bilik aku dah jadi mini karaoke.. roomate pun mujur tak belasah atau halau aku pegi pindah bilik lain.. haha..terima kasih wahai roomateku.. nanti aku belanja ice blended jagung kegemaranmu di kantin abang mie "pat ya.. pat ya.." maka lepas balik dari rumah, akan ku berlagak bagai jaclyn vistor memegang mic.. ouh..! i loikeeee....


( 3 )


lagi satu hobi aku.. err.. hobi ke? bolehlah kata hobi sebab hobi merujuk kepada kegiatan masa lapang.. aku nak tido awal malam malam.. tido yang mencukupi boleh menjamin kecantikan.. ah! teori aku saja kot.. dan tido awal juga boleh menjamin awalnya aku ke kuliah seawal jam 7.00 pagi terpacak di dataran.. haha.. 7.00 pagi la sangat.. 


( 4 )


nak masak..nak masak..aku rindu dengan dapur walaupun skill memasak masih di tahap satu..memasak dapat  menenangkan fikiran..maka, puding roti dan mcflurry akan ku sajikan buat kesayangan di sekelilingku.. ini pula dasar kuat makan! ahakzz..


( 5 )

luangkan sedikit masa untuk encik kasih sayang.. sangat sedih mempunyai kekasih macam aku yang makan esymen. tido esymen. mandi je tak bawak esymen. kalau bawak, jawabnya kena print lagi. oh! tidak.. kerja dua kali, aku tak minat sungguh! grrrr.. 


itulah wishlist aku sebelum exam ni. nanti exam, kena study betul betul pulak. nak dean list. nak dean list. nak dean list lagikkkkkkkkk!!!! pang~! lambat lagi exam.. esymen pun tak hantar lagi. 


hatiku berkata "cepatlah tiba 8 April.." " eh! apesal ayat ko macam baik baik je malam ni.. " haha..
*sewel*



9 3 orang hijau bagi komen:

Ateh Nour said...[Nak Reply!]

Assalamualaikum,
Selamat Malam,
Semuga semua wishlist tu
dapat ditunaikan.

Diya Edhayaa said...[Nak Reply!]

lipislady: amin.. hampir ke situ.. huhu

fariha: thanx 4 being my follower..insyaAllah, aja ape yg termampu.. :)

fLy_AwAy said...[Nak Reply!]

oh saba saba yep,nnti blik umah ciom pelik la umah tu ea. haha :P

Youhazreenda said...[Nak Reply!]

hihi cute la entry ni..hope awk leh buat sume wishlist awk ni taww!! :))

ABSOLUTE said...[Nak Reply!]

tidur mmg hobi semua org. haha. nk bg sedap sket bukan tidur tp berehat :D

Diya Edhayaa said...[Nak Reply!]

flyaway: aah.. bia smpy mutah rumah tu kne cium.. hak3

reen: hrp sgt2.. 3 days to go.. yeah!!

asybedazzle: kalo tdo kire rehat gk la kn.. hehe :D

Woofer Storm said...[Nak Reply!]

gud luck untuk esok,takpe jika tkde masa abaikan sektika blog ni..heee mcm sy

follow awk^^

♥.::cintabunga™blogspot::.♥ said...[Nak Reply!]

jom baca RENEW SEBELUM ANDA TERLAMBAT.. HA..HA..HA.. gelak jahat

Diya Edhayaa said...[Nak Reply!]

woofer storm: thanx~ tp blog kdg2 pengubat bosan n letih..kdg2 jela..

cintabunga: dah bace.. mjur! ;)