Friday, June 29, 2012

single : bukan status mudah

Diya Edhayaa | 7:18 PM | 4Comments |

single tu maksudnya tak hade kapel, tak hade pakwe/makwe.  lebih kurang macam hidup sorang-sorang. henfon senyap siang malam doplohempat jam.  wall pesbuk setakat post status, lepas tu tutup laptop. ade segala akaun laman sosial, tapi balik2 meroyan dekat kawan baik, "beb, kadang-kadang idup single ni bosan jugak." haha. sengal giler.



lepas tu, bila single terlalu lama, emm lebih kurang setahun dua tahun bertahun-tahun, adakala ada satu perasaan yang pelik timbul : takut untuk jatuh cinta.  betul. dah sampai naik fedap tahu? sampai kadangkala rasa nak ada, adalah. semuanya terserah pada Allah.  jodoh tu kan rahsia Allah.  eh! masuk bab jodoh pulak. aku nak cerita pasal hidup single. 



dan aku rasa single ni bukan suatu status mudah adalah apabila kau seorang yang friendly.  dalam hidup ni sebenarnya banyak benda yang jadi serba tak kena.  kau macam ni, orang kata camni. kau macam tu, orang kata macam tu.  sama jugak la macam kau jadi friendly dengan semua orang. nak-nak lagi bila orang yang kau kawan tu pakwe orang, laki orang.  betul. susah. 



walaupun kau takde contact apa pun, mesti gf/wifey diorang simpan jugak curiga dengan kau.  serius. aku perempuan, aku tahu, aku faham.  tapi pada aku cemburu tu kena juga pada tempatnya.  takkan la dengan budak perempuan yang otaknya gila-gila, cakap pun merapu tak tentu arah, muka pun comot ngalahkan kucing, kau nak cemburu tahap ghaban. aduii. parah.



dan kau kenalah ingat, kalau bf/ husband kau tu nak kat orang lain, dia takkan kawen dengan kau.  takkan kau tak percaya dengan pasangan kau. aku rasa aku tak perlu la nak cakap yang kepercayaan tu salah satu elemen penting dalam satu-satu perhubungan. sekali lagi aku nak tegaskan yang pemegang status single memegang status single yang agak berat bila dia seorang yang friendly, peramah. mungkinlah sebab friendly tu, partner orang akan pandang serong.  hurmm.



Monday, June 25, 2012

kekuatan yang kucari

Diya Edhayaa | 6:55 PM | 4Comments |
dugaan.
cubaan.
mungkin ada sesuatu yang baik di situ, dengan itu.
nampak klise bukan?
tapi Allah Maha Mengetahui.
fikir positif.


jangan berputus asa sebelum bertindak.
jangan berputus asa sebelum berjuang.
jangan berputus asa sebelum menghadapinya.


".....dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat ALLAH. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat ALLAH melainkan kaum yang kafir."
[ Surah Yusuf : 12 ]


perlu apa?
perlu doa kepada Allah.
perlu usaha yang berterusan.
perlu semangat dan jiwa yang kuat.
kamu boleh wahai diri!!


" ALLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya," 
[ Al-Baqarah: 286 ]










Sunday, June 24, 2012

entry tak bertajuk

Diya Edhayaa | 1:26 PM | 0Comments |
setiap yang berlaku ada hikmahnya,
walaupun sesuatu itu baik, 
tapi mungkin tidak untuk kita,
berfikir, bertanya pendapat dengan orang lain, 
buat keputusan.


bersabarlah wahai hati,
turn kamu akan tiba nanti,
mungkin bukan sekarang,
tapi suatu masa nanti,
InsyaAllah. *senyum*


# bukan kisah cintan-cintun.

# hari ni dah lepas satu step. alhamdulillah.  menunggu penghujung november.

Sunday, June 17, 2012

Andai Ku Bercinta Lagi - Mojo

Diya Edhayaa | 12:14 PM | 0Comments |

addict! addict! haha. sejak tengok drama Ameera lakonan Syamsul Yusof dengan Rita Rudaini, asyik nak dengar lagu ni  je.  btw, aku suka giler drama tu.  . aku tak mau ulas apa-apa, korang tengok la sendiri kat TV3. 






Lirik Andai Ku Bercinta Lagi - Mojo

Kini kau tiada
Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga

Bersendiri hidup umpama hilang erti
Bagaimanakah meneruskan hayat ini

Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni?

Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda

Tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh
Rawan di hati meleraikan semangat ku runtuh

Bersendiri masa umpama tak beralih
Berapa lama lagi harus ku merintih

Malam tidak berpurnama
Fajar tiada kejora
Aku hilang di dalam gelita kalbu
Tanpa dirimu asaku mati


Monday, June 11, 2012

oh my baby!

Diya Edhayaa | 1:21 PM | 3Comments |
omnomnomnom. baru siap makan tengah hari.  kenyang.  cuti masih berbaki 6 hari je lagi.  maka ada 6 hari je nak makan mengalahkan dinosaur. haha.  dalam cuti ni, aku kira macam bagus jugak la. lepas Subuh, tak tido dah.  boleh kira dengan jari berapa kali sangat aku bangun lambat.  yelah, aku kan ada 'baby' sekarang ni. plus nak berdating dengan mr.P.  jadi aktiviti tido aku postpone kan ke waktu petang. huehuehue



'baby' aku ni tidur dalam 'bilik' khas.  tak lawa pun bilik dia. berlubang-lubang, lantai pulak ada tray.  senang baby nak melepaskan hajat yang tersimpan.  makan baby ni pulak tak cerewet mana jugak. bagi nasi dengan ikan ke ayam ke ikan bilis ke, dia bedal semacam.  hari tu lepas bawak balik dia jumpa 'nenek', 3 hari menghilang.  dasar tak tahu dek untung!  haha.  aku rasa dia mungkin culture shock.



pagi-pagi aku dah dipertanggungjawabkan.. eh! tak.. bertanggungjawab untuk bukak 'bilik' dia.  mencuci segala hajat yang terdampar kat dalam tu.  tapi baru dua kali dia menzahirkan hajatnya kat dalam tu.  mujurlah pandai baby aku ni.  tapi newspaper buat cadar dia toksah cerita la, macam kena gigit anjing gila..!



ah... cukup la aku merepeknya.  ni aku selit gambar baby aku ni.  takde la comel sangat pun.  bukan mix. bukan pan-Asia.  orang kucen kampung je.  tapi aku kesian tengok life dia sebelum ni.  so, aku kutip bawak balik rumah.  biarlah dia hidup dengan aku walaupun aku pun makan ditanggung mak bapak lagi. hewhew



dah nama kucing kampung, naik buai pun pandai. haha




mahap la. ni hidup dia sebelum ni.  mujur takde sampah kotor dalam tu, ada kasut yang nak dibuang je.




lupa pulak nak bagitau nama baby aku ni.  nama kucing pemalu ni Tompok.  ala.. nama Melayu sudah.  hekhek.  kucing aku pemalu macam aku.  tak nak tunjuk muka. mahap. mahap.  =D