Sunday, December 5, 2010

lepas ni, jangan bangun lewat

Diya Edhayaa | 9:24 AM | 0Comments |
mari dekat... mari dekat... ahkak nak cerite ni.. selalunya, kita yang remaja anggun kacak bergaya ni memang suka tido lewat, bangun pon lewat.. alasan yang utama bagi kat mak, mesti ayat ayat yang berbau begini :


"adik kat kampus tido lewat la mak.. malam malam kena siapkan assignment..."

"ala mak.. along pagi pagi dah kena g kelas, tak sempat nak tido lama lama..."

"sekali sekala cuti mak, nak la tido lama sikit..."


haaa.. betul kan ade yang jawab macam ni. tak dinafikan aku pun buat camni kalau mak aku kejut bangun pagi pagi.. biasalah, lepas subuh tido tarik selimut semula.. mak aku ni pulak bagus yang amat.. dia kejut aku pagi pagi sebab nak suruh makan.. haha.. mak aku memang pantang kalau tengok anak dia tak makan pagi.. tapi, bagus gak sebenarnya, sebab dia suruh aku sarapan.. masa aku skolah rendah dulu pon, aku tak makan pagi pagi.. kalau makan konfem aku akan muntahkan semula.. aku pon tak tau lah nape ley jadi camtu.. sian cikgu darjah 1 aku.. hehehe... tapi start darjah 3, ntah kenapa ada satu pagi tuh, aku terbangun awal dari biasa.. masa tuh mak aku masak mi goreng.. aku pon makan dengan seleranya.. *dasar kuat makan lepas pada hari tuh, aku mesti nak breakfast pagi pagi.. dah tak boleh tinggal.. sampailah aku masuk hostel.. pgi pagi dah jumpa ngan akak dewan makan..paling paling tak pon mseti aku breakfast dengan 2 3 bijik kuih.. kalau tak, duk dalam kelas, tak boleh nak tumpu.. jawabnya, aku main main la ngan member aku... hehe... kat bawah ni ade beberapa kepentingan sarapan.. check it out!!!!!


1) Sumber tenaga
Menurut pakar pemakanan, sarapan pagi adalah sumber tenaga utama untuk memulakan hari yang sihat... Kajian pakar menunjukkan, remaja yang bersarapan setiap hari mempunyai kehidupan yang berkualiti dan daya tumpuan yang lebih baik...bila dah ada tenaga barulah senang nak fokus pada pelajaran.. kalau tak jadi macam aku.. hehehe.. perut kosong, tak boleh duduk diam..

2 ) Vitamin untuk badan

remaja tidak seharusnya menikmati sarapan pagi tanpa mengambil kira kandungannya... Adalah disarankan supaya remaja mengambil sarapan yang kaya dengan karbohidrat untuk membekalkan tenaga, protein dan juga sayur-sayuran. Antaranya, roti, susu dan telur..

3) Rangsang fungsi otak

Sarapan yang mengandungi karbohidrat pada waktu pagi boleh merangsang paras glukos dan mikro nutrien dalam otak. Contohnya, vitamin B dalam roti atau bijirin mampu memberikan kesan positif kepada fungsi otak.



4) Kekal langsing

Kajian yang dijalankan Food Facts Asia dengan kerjasama empat universiti di Asia ke atas remaja berusia antara 10 hingga 12 tahun yang mengamalkan sarapan mendapati mereka jauh lebih langsing dan kurang berdepan masalah berat badan berlebihan. Ini kerana mereka mengamalkan pemakanan yang teratur dan ikut peraturan. aku tau fakta ni perempuan especially paling suka.. tapi kalau kau bedal nasi lemak sampai 2 3 bungkus.. mi goreng bersenduk senduk, tak jadi jugak.. ye tak.. hehehe


5) Masa Berkualiti

Ada ketikanya, remaja sukar mencari waktu yang berkualiti untuk diluangkan bersama keluarga namun dengan amalan sarapan pagi bersama, ibu bapa dan anak-anak boleh mewujudkan suasana harmoni dan masa kualiti yang berkesan... kalau student macam kita ni, mana nak datang anak anaknya.. mestilah dengan kawan kawan kan... so, kalau makan dengan member member ley la jugak rapatkan hubungan.. tapi, jangan buat ketupat pulak.. berdosa.....  hee~


oleh itu, aku nak breakfast dengan mak abah ni.. perut dah tak tahan mintak diisi.. GTG!! 


*...tata...*

0 3 orang hijau bagi komen: