Tuesday, January 14, 2014

Part Time V1 - From Teacher to Cashier

Diya Edhayaa | 2:01 PM | 2Comments |
assalamualaikum...


entri pertama dalam tahun baru 2014. usah cerita soal azam, terlalu mainstream. ehehe. lagi pula hari ini sudah 14 Januari.  sekejap saja rasanya sudah menginjak ke pertengahan bulan pertama tahun ini.  alhamdulillah, setelah 5 tahun dan 5 bulan menghabiskan masa menuntut ilmu di bumi bertuah Kuala Lipis, tamat juga pengajian aku untuk menjadi seorang guru.  kalau diingatkan semula, masa belajar dulu selalu sangatlah nak habis belajar cepat. lumrah seorang pelajar. hehe.


dalam menunggu panggilan untuk ditempatkan di sekolah, sempat jugak aku kerja sambilan. hehe. ini memang pertama kali seumur hidup aku 24 tahun. masa tunggu keputusan SPM dulu 6 bulan jugak menanam lemak.  akibatnya, masuk ke IPG dengan gaya raksasa sungguh aku.  nak buat macam mana, puan emak masak sedap sangat.  makan tido jelah aku kat rumah. hahaha


awal cuti " bertanam anggur ", seminggu juga melepak kat rumah. eh! memang sedap sungguh takde nak buat apa ni kan. tapi sambil tu, aku buat juga permohonan untuk jadi guru ganti. okey, sampai ke hari ni takde panggil. dalam pada tu, aku apply juga kerja di tempat lain. at last, dapat call dari supermarket. yeayyy! dapat kerja weyyy. haha. eksaited baq hanggg! first taim nak kerja kannn.. padahal masa apply tu, kakak kaunter tu kata dah penuh setakat ni. kalau ada baru panggil. hehe. nak jadikan rezeki, lewat juga dah mintak tu.

-tag temporary-

sempat juga kerja 2 minggu 2 hari sebagai cashier. hahaha. macam2 benda merepek jugak aku ni. tambah pulak kalut tak menentu.  paling tak boleh bla, aku lambat nak tangkap pasal tukar2 duit. setiap hari, pukul 11 pagi dan 4 petang akan tukar duit. means, ada yang kena tukar syiling, duit kertas. tapi aku tak tau kenapa lambat sangat pikap aku masa tu. hahaha. haru sungguh la. 3 hari pertama, senior cashier ajar cara nak packing barang.  walla!~ aku dapat senior cashier yang super duper best masa first day tu.  berketurunan India dan tua setahun daripada aku. 


masuk hari ke-4, aku dah mula bukak kaunter sendiri. dah dapat ID sendiri. hehe. tapi still duduk dengan senior cashier yang lain. staff2 kat TF, especially cashiers *tak biasa sangat dengan yang lain sebab banyak duduk kaunter depan*, memang best! seminggu training, minggu kedua dah buka kaunter sendiri, sorang2.  setiap kali mula masuk kerja, kena kira duit dulu. yang ni aku paling lemah walaupun aku suka kira duit. hahaha. lemah kalau duit syiling dengan duit kertas RM1 la.  waktu balik masa mula2 tu, selalu jadi antara orang yang lambat balik sebab lambat kira duit! hahaha :p dah lama2, pandai la buat strategi sendiri. bila dah masuk kaunter, kena kemas kaunter sendiri. susun plastik, pastikan plastik cukup, bersihkan kaunter, amek tag Thank You.  


masa minggu pertama tu, ada jugaklah benda merepek aku buat. ada sekali tu, customer beli ikan tilapia. hidup lagi laa duk dalam plastik tu. tengah nak scan harga, ikan tu menggeletik. melompat aku!!! terjerit lagi. nasib baik tak kuat. hahaha. dah la duduk kaunter "10 items only" yang sah2 tak pernah putus orang. agagaga. nak buat macam mana. aku terkejut. =__=.  masa hari kedua, aku salah masuk kaunter. kesnya sebab aku dah lambat. kena punctual beb. haha. padahal boleh je lewat sikit tu, tapi sebab budak baru, kena la perform tak lewat2 ni. lewat sebab cari parking. ayoyai! pastu brader cashier kaunter depan tu jerit " Ooii! ko salah kaunter laa.. " aku tengok sis sebelah, weh memang salah laa.. hahaha. sis tu kakak pada senior cashier yang mula2 aku kenal tu. muka nak sama, aku aci redah je dah kalut. hahaha. gelepo pulak pegi kaunter sis sorang tu. hehehe


pastu ada sekali tu, aunty cina ni beli barang. aku pun cam biasalah, scan2 semua barang dia. masa tu nak interview SPP dah. otak pun memang fikir ke lain laa. siap je scan barang aunty tu, dia bayar pastu balik la. aku pun pelik tengok mana kain buruk yang aku guna  buat lap meja dan basahkan tangan untuk buka plastik.  aku cari2 jugak kat bawah meja, kat lantai, kot terjatuh ke. damnnn! aku dah terbungkus skali dengan t-shirt yang aunty tu beli. hahaha. tak perasan. apalah agaknya aunty tu bebel bila bukak2 je plastik, ada kain buruk dalam tu. wakakakaka!!! :D


yang jenis customer tak percaya harga barang pun ada. pak cik ni beli barang banyak. penuh 1 troli. aku scan dulu semua sayur mayur dan dry food yang dia beli. dia tengok2 kat skrin, aku agak tak puas hati dengan harga lettewww. yesss! memang dia tak puas hati. dia nak tengok semula list. aku scroll up dan tunjukkan harga setiap barang yang dia beli. haisyyy~ ingat nak menipu ke.  tu satu hal. yang bayar dengan dengan duit kertas RM1, RM5 berbalun2 pun ada. setakat jumlah dalam RM100 tu okey la. ni RM800++ wey. cuak gila nak kira. terpaksa panggil senior cashier kaunter belakang. takut jugak aku short ke over bagai. huhu.

a bar of choc from sis Jamuna. :)

memang pengalaman betullah kerja sebagai cashier ni.  boleh kata dalam 2 minggu lebih tu, entah berapa kali je yang dapat syif morning dengan noon. yang lain full. 9.30 am to 10 pm. tapi masa nilah aku belajar drive malam. kalau tak, penakut ya rabbi!! ada sekali tu, bunyi skrettt skreett kat seat belakang. aku dah la balik malam masa tu, hujan lebat pulak. rupanya payung yang aku letak tegak kat belakang bergesel dengan pintu kereta. wahaha! aku bajet ponti dah duk menumpang. walaweyyy~ :p


seminggu sebelum interview SPP, berhentilah aku. tak celik mata nak study malam2. balik, dah letih. jenis cuak ni memang kena amek masa lebih sikit nak study. masa depan wey.. masa depan tu.. kalau tak aku start kerja situ dari 26 November sampai 23 Januari ni. so, setelah 2 minggu kembali menganggur kat rumah, aku cari kerja lain pulak. nanti aku cerita dalam part time v2. hehehe. nampak macam mencabar jugak kerja aku sekarang. at least, dapat serba sedikit pengalaman baru. kalau tak cuba, kita tak rasa kerja orang lain kannn. :)


========================================================================

ruangkanlah sedikit waktu untuk kita berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد.

Salam Maulidur Rasul 1435H.



Saturday, December 14, 2013

alfatihah, sahabat

Diya Edhayaa | 6:57 PM | 0Comments |
dalam kegembiraan meraikan majlis2 perkahwinan sahabat2 dalam cuti sekolah kali ini, hati bagai disentap dengan tiba2.  pagi2 semalam, aku terima mesej dan call dari salah seorang sahabat semasa Form 6 dulu.  katanya sahabat seTAHAP aku meninggal.  berderau darah. siapa? Dayah Zahari. 


laju tangan ini online. buka FB, tengok kalau2 ada post dalam group batch. tiada. buka home pula, tiada siapa2 mahupun apa2 post tentang itu.  aku anggap itu khabar angin sahaja.  tapi hati ini inginkan kepastian, laju tangan ini menaip mesej kepada salah seorang sahabat yang juga seTAHAP. 



sahabat, Azie, call no. Dayah. off. aku tetap tak puas hati. aku call juga, kedua-dua nombornya memang tak dapat dihubungi.  Allah...  benarkah??? tidak lama selepas itu, salah seorang sahabatku post tentang pemergian arwah ke Rahmatullah. AllahuAkbar... bagai nak luruh jantung aku. air mata tak dapat ditahan-tahan lagi.  terdetik di hati aku, cepatnya Allah ambil dia kembali. 


terasa baru lagi aku raikan majlis pertunangan dia pada 24 November baru2 ini.  memandangkan pada masa itu kereta aku baru sampai, dan aku pun masih bertatih2 belajar memandu berseorangan, aku gigihkan juga.  sudah ada kelapangan, mengapa tidak pergi.  dia berkali2 menjemput aku ke majlis pertunangannya.  dan semalam, aku terima berita bahawa dia sudah meninggal dunia.  


baru sahaja Sabtu lepas dia mengajak aku ke majlis perkahwinan sahabat kami, Sharifah. namun, atas kesibukan kerja, aku tak dapat penuhi permintaan dia. 2 minggu lepas pun dia mengajak aku ke majlis perkahwinan sahabat kami, Yana. tapi, kerja juga menghalang kami berjumpa.  



13 Disember 2013....
hari jumaat, penghulu segala hari.. sehari sebelum hari lahirnya yang ke-23, dia telah pulang ke Rahmatullah.  berjumpa Sang Pencipta. terpisah sudah segalanya dengan di atas dunia ini.


kenangan semasa Tingkatan 3 Ibnu Rushdy, barisan tengah, 2 dari kiri.


jamuan sebelum SPM 2007, di sebelah aku, depan sekali.

jamuan akhir Tingkatan 5, kanan sekali.



ya Allah.. 
10 tahun perkenalan kami, 
aku bersyukur pada-Mu mengurniakan sahabat sebaik Nur Hidayah Zahari,
sahabat yang periang, ceria dan baik.


ya Allah..
engkau ampunilah segala dosa-dosanya,
tempatkanlah dia dalam kalangan orang yang beriman,
soleh dan solehah.


dari Allah kita datang dan kepada-Nya juga kita kembali.  sungguh, ajal tidak mengenal usia.  bersediakah kita yang masih diberi pinjaman nyawa ini.


al-fatihah, Nur Hidayah binti Zahari. :'(