alkisahnya, weekend baru ni aku bercadang untuk menghabiskan waktu di hostel je. malaslah nak balik sebab aku baru je balik dari rumah hari rabu tu. maklumlah dapat MC 3 hari. lepas tu, masa hari khamis, cik Kierana ni buat ayat sedih. aku agak dah. semacam je nak menggoda aku. haha.
rupanya dia ajak aku pegi KL ngan Mien and Cieda. aku pun laju je jawab 'haa jom lah!'. haha. tak sedar diri baru baik sakit. aku bukan apa, nak shoping barang untuk lapy aku ni. lapy yang berusia 4 tahun dah. alhamdulillah masih sihat.
kitorang aim nak pegi Low Yat dengan Ikea je. kalau dan, pegi jelah mana2. kiranya memang pegi kali ni tak shopping apa pun. duduk dalam Low Yat pun dekat 5 jam. lepas tu terus gerak pegi Ikea. takut tak sempat balik, sebab masa masuk hostel sebelum 11 malam. huhu. dah masuk Ikea tuh, macam takde perasaan je mula-mula. maybe sebab tak berapa ada keinginan lagi untuk decoration rumah ni. dah lama sikit dalam tu, mulalah teruja tengok. hahaha.
then, dah jelajah seluruh pelosok dalam tu, kitorang dengan perut naganya mencari makan dan aim utama mestilah meatball. haha. dah selalu tengok bloggers post kata meatball Ikea memang sedap. masa tu kitorang makan spageti, meatball dengan chicken wing je. tu pun jenuh nak menghabiskan. tapi meatball Ikea memang ohsem la. nyamnyam. kecur pulak air liur tengok gambar-gambar ni.
aku rasa kalau tempat ni dekat dengan kampus aku ataupun rumah aku, maunya aku pegi banyak kali. pastu aku gemok dan besor 8 kali lagi dari sekarang . pastu kertas-kertas bernilai yang ada dalam purse semakin menipis. hahaha. apa-apa pun hari sabtu ni umat Islam dah mula berpuasa. selamat berpuasa kepada semua. semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada sebelumnya. jangan gatal-gatal pulak makan minum buat perkara yang membatalkan puasa. orang tak nampak, tapi Allah nampak. salam ramadhan! :)
# 3 Ramadhan bermula lagi kitaran hidup sebagai guru pelatih. harus bersemangat!