Friday, July 13, 2012

skeptikal

Diya Edhayaa | 12:53 PM | 6Comments |
assalamualaikum & salam Jumaat.. penghulu segala hari.



dalam kehidupan seharian, aku rasa kita mesti dah biasa sangat dengar perkataan fobia.  tapi tahukah kita apa maksud fobia? ni yang mula aku tulis blog macam nak buat esaimen.  siap ada definisi bagai.  haha. takpe, kita kongsi ilmu.  kalau menurut Kamus Dewan *aku kan bakal cikgu BM, insya-Allah, fobia bermaksud ketakutan yang amat sangat akan sesuatu.  



dalam dunia hari ni banyak juga benda yang orang fobia.  ada macam-macam jenis.  geliophobia merupakan satu fobia terhadap gelak ketawa.  kalau heliphobia pulak takut akan cahaya matahari.  senang cerita kan, korang pegi je baca entry blog Nescafeais ni.  bunyi macam pelik, tapi sebenarnya wujud.  



aku sekarang ni rasanya ada jugak kena fobia-fobia ni.  tapi mungkin aku sorang jelah yang kena 2 jenis fobia ni.  hurmm.. diamphobia dan aprilphobia.  haha. jangan pakai istilah aku ni.  aku reka sendiri merujuk kepada diri aku.  mungkin pengalaman lalu membuatkan aku rasa benda ni semua wujud dalam diri aku.  akibat daripada kedua-duanya ni, aku mula ada rasa skeptikal terhadap 2 benda alah ni.  hoho.  aku pun tak pasti bila akan hilang.  mungkin akan hilang satu hari nanti tapi bukan dalam masa terdekat.






# layan lagu Sleeq ft. Najwa Latif sikit tengah hari begini.. hehe | bertemu di muka buku, ku jatuh hati padamu, bukan tak nak mengaku, tapi hati rasa malu.. senyummu menawan, menawan.. kau buat hatiku tertawan |



6 3 orang hijau bagi komen: