Friday, December 2, 2011

surat dari Jenab untuk Leman (part 2)

Diya Edhayaa | 4:14 PM | 2Comments |
No 88, Jalan Pisang,
Kampung Bunga Kantan,
88888 Bandar Jintan Manis,
Pahang Darul Makmur.

2 Disember  2011.


Menemui kandaku Leman yang jauh di sana. dinda rasa intro warkah ini tak perlulah terlalu panjang.  almaklumlah, dinda bimbang juga kalau kanda baru sahaja membaca intro, tapi dah tak mahu membaca yang lain.  sedangkan apa yang ingin dinda katakan ada dalam perenggan seterusnya. 


Kanda Leman,

sebelum itu, maafkan dinda kerana lambat mengutus warkah ke-2 buat kanda.  bukan apa, dinda sedikit sibuk dengan aktiviti harian dinda. ujian kelas memasak, ujian kelas menjahit, ujian mencuri hati mak mentua. eh! yang ini dinda bergurau saja.  sebenarnya, dalam warkah ini, dinda tak mahu merapu-rapu lagi merepek-repek.  dinda ni bukanlah pandai sangat membuat kerepek, tapi kalau makan kerepek, memang dindalah orangnya. 


begini kanda.  lebih sebulan dinda mendiamkan diri dari berhubung dengan kanda.  bukanlah niat di hati dinda untuk membenci kanda.  tetapi dinda tak mahu dinda menjadi punca kepada pergaduhan kanda dengan kekasih baru kanda. eh!  kekasih kanda. dinda lihat kanda semakin bahagia dengan kekasih kanda.  oh ye! lawa juga kekasih kanda.  persis Maya Karin gitewww.



Kanda Leman,

dinda yakin kawan-kawan kanda pasti ada yang merasakan apa yang dinda katakan di laman muka buku itu mungkin ditujukan buat kanda.  tapi malang sekali, tidak semua yang dinda katakan itu merujuk kepada kanda.  dinda tak nafikan, mulanya dinda memang sasau.  payau terasa hidup ini.  tapi dinda yakin, mungkin dinda bukanlah tulang rusuk kanda yang hilang itu.  



Ingin juga dinda nyatakan beberapa ungkapan yang dinda rasa sesuai buat kanda:

-  Dari Abi Hurairah RA bahwa Rasulullah SAW bersabda,”Wanita itu dinikahi karena empat hal : karena agamanya, nasabnya, hartanya, dan kecantikannya. Perhatikanlah agamanya, maka kamu akan selamat.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).


- Sabda Rasulullah SAW, maksudnya; " Berhati-hatilah kamu berpesan (mendidik) terhadap wanita, kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk bengkok.  Kalau kamu berkasar (paksaan) dalam mendidik mereka pasti akan patah.  Sebaliknya jika kamu biarkan (tidak mendidik), mereka akan terus bengkok.  Kerana itu didiklah mereka secara lemah-lembut..." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).


- Sabda Nabi SAW, maksudnya: " Tidak berkhalwat (berdua-duaan di tempat sunyi) oleh seorang lelaki dengan seorang perempuan melainkan syaitan menjadi orang ketiga." (Riwayat Ahmad)


* dari buku Ciri-ciri Wanita Yang Membawa Ke Syurga*


dinda juga berharap agar kanda menjaga gadis itu sebaik-baiknya. sebelum mengakhiri warkah ini, izinkan dinda memohon ampun dan maaf dari kanda andai selama ini dinda ada menyakitkan hati kanda.  biarpun kita jarang berbicara, tapi dinda tetap menganggap kanda sebagai rakan kepada dinda.sekian sahaja warkah terakhir ini.  




warkah berlagu pilu,
                                                                                                                        JeNaB
.................................



:: tiada kaitan antara yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia ::