Friday, November 4, 2011

surat dari Jenab untuk Leman (part 1)

Diya Edhayaa | 2:49 PM | 2Comments |
No 88, Jalan Pisang,
Kampung Bunga Kantan,
88888 Bandar Jintan Manis,
Pahang Darul Makmur.

4 November 2011.

Ke hadapan, ke belakang, ke kiri dan ke kanan 'secret admire' ku yang sentiasa kacak, Leman (bukan nama sebenar). Jenab (bukan nama sebenar) di sini berharap kanda Leman yang jauh di mata dan di hati berada dalam keadaan sihat hendaknya.


Kanda Leman,

Apa khabar kanda di sana?  maafkan dinda kerana mengganggu masa lapang kanda untuk membaca surat yang dinda utuskan ini.  dinda tahu, kanda baru pulang dari mencari sesuap nasi.  yakni, bekerja.  dinda faham kanda.  


dinda berbangga mempunyai secret admire seperti kanda kerana mempunyai pekerjaan yang dinda rasa.. err.. err.. makcik-makcik di kampung dinda pun teringin bermenantukan kanda.  tapi apakan daya, kanda sudah berpunya.  nanti dinda khabarkan pada mereka ya kanda.  dinda tahu, kanda memang jejaka hot.  hot and spicy ayam kentaki pun tak mampu menandingi ke'hot'an kanda.



Kanda.. tujuan dinda mengutuskan kanda warkah ini bukanlah apa-apa.  sebenarnya dinda ingin menyatakan sesuatu kepada kanda.  dinda.. dinda.. err.. err.. ah! malu pula untuk dinda katakan.  bukan dinda tak mahu menghantar mesej mahupun membuat panggilan kepada kanda bagi menyatakan perkara ini.  tapi  dinda rasa, adalah lebih 'sweet' jika dinda mengutus surat kepada kanda. jika perkara ini dihantar melalui mesej saja, dinda boleh jamin yang kanda akan men'delete' mesej dinda. 


Lihatlah kanda, sedikit pun dinda tak berkira  duit Pos Laju untuk memastikan kanda menerima surat ini.  oh ya! kanda tahu, semasa dinda ingin membuat pembayaran slip Pos Laju, dinda lihat abang posmen berambut pacak tu sangatlah kacak.  tapi sedikit pun hati dinda tak terusik dek kerana tampannya dia.



Kanda, dinda juga tanpa segan-silu meminta tunjuk ajar Cikgu Kierana untuk mengajarkan format surat tidak rasmi kepada dinda.  walaupun dinda tahu, guru wanita itu sangatlah sibuk sekarang.  bukan kanda tidak faham tugas sebagai seorang guru.  lebih-lebih lagi Cikgu Kierana kini mempunyai show yang tak terbilang dengan jari. dah kira dengan jari kaki pun tak cukup lagi.  dinda rasa, kalau ditambah kira dengan jari biawak, mungkin cukup agaknya. banyak sungguh show dia sekarang, kanda.  



Kanda.. dinda rasa cukup sampai di sini dahulu untuk warkah pertama ini.  dinda dapat rasakan bahawa pen yang dinda gunakan ini seperti hampir habis dakwatnya.  nanti dinda beli pen yang lain ye kanda.  bukan dinda tak mahu membeli sekarang, tapi kedai di hujung kampung tutup hari ini kanda. emm.. tentang perkara yang ingin dinda nyatakan tadi, dinda akan nyatakan dalam warkah yang kedua.  kanda bersedialah untuk menerima warkah tu ya.  sekian sahaja dari dindamu yang jauh di mata dan di hati.


Yang mengutus warkah,
      JeNaB
..............................


:: tiada kaitan antara yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia ::



2 3 orang hijau bagi komen:

cikshaツ said...[Nak Reply!]

kreatif wooo..haha..

Diya Edhayaa said...[Nak Reply!]

hehe.. jenab tgh sasau ni.. ntah hape die merapu..