Monday, May 21, 2012

mana perginya rasa

Diya Edhayaa | 7:15 PM | 0Comments |
hari ini.. emm.. bukan hari ini.. sebenarnya semalam..  aku baru sedar akan sesuatu .  satu perasaan yang  dikira dah tak ada lagi.  jika sebelum ini, mungkin perasaan itu masih ada walau sekelumit cuma, biarkan saja.  dan semalam  merasakan 'sesuatu' itu dah tak ada.  


3 tahun 7 bulan dulu, rasa itu hadir dalam diri.  semakin lama, semakin sebati.  tapi sampai suatu saat, rasa itu musnah.  berkecai mungkin. kemudian, bercantum kembali. dan hari ini, totally berkecai lagi.  menjadi debu-debu buat simpanan dalam kotak memori.  


usah menunggu pada yang tidak pasti dan langsung tidak untuk diri sendiri.  tapi beri peluang untuk bernafas dalam satu langkah baru.  kadangkala, hingga timbul satu perasaan yang dinamakan 'takut' dalam diri. selepas kejadian ini, aku rasa 'rasa' itu sudah tidak perlu.  mungkin juga takut perkara yang sama berulang lagi.  pengakhirannya, aku kalah.  selamat tinggal kisah TIGATAHUNTUJUHBULAN. :']




0 3 orang hijau bagi komen: