Thursday, March 15, 2012

senyuman plastik

Diya Edhayaa | 9:10 PM | 1Comments |


sedang mengukir senyuman plastik di wajah sendiri kala ini.  senyuman yang tak seindah Terukir di Bintang dendangan Yuna.  memang segalanya adalah PLASTIK! prentending to be okay.  buat macam tak ada apa-apa. memang pada mulanya, hanya terkejut.  lepas tu, aku cool. macam ais.  tak fikirkan sangat.  just counting the days.


dan bila tarikh itu, aku okey lagi.  dengan kawan-kawan yang nakal, ceria buat aku lupakan seketika 'perkara' itu.  tapi bila aku teringat, aku akan bertanyakan perasaan kawan yang mengalami benda yang sama dengan aku.  pap! terasa juga.  dan bila tiba betul detik itu, aku masih dalam perjalanan pulang ke rumah, pulang dari bergembira dengan rakan-rakan.  aku lihat jam, melepasi waktu Asar.  ya Allah, selamat sudah segalanya.


sehingga aku berada di rumah, benda yang sama aku juga aku fikirkan.  dan SEMALAM, HARI INI.... tertengok dengan mata sendiri.  menipulah kalau aku katakan yang aku tidak sedikit pun terasa.  argghhh!! jujur, aku tenggelam dalam keputusan.  secara jujurnya, memang aku sedang berpura-pura saat ini.  berpura-pura dalam realiti yang harus aku terima.  aku harus kuat! tidak sekali-kali akan ku alirkan titisan jernih itu. tidak. tidak.


#  maaf.  emosi kurang stabil.




1 3 orang hijau bagi komen: