Saturday, December 14, 2013

alfatihah, sahabat

Diya Edhayaa | 6:57 PM | 0Comments |
dalam kegembiraan meraikan majlis2 perkahwinan sahabat2 dalam cuti sekolah kali ini, hati bagai disentap dengan tiba2.  pagi2 semalam, aku terima mesej dan call dari salah seorang sahabat semasa Form 6 dulu.  katanya sahabat seTAHAP aku meninggal.  berderau darah. siapa? Dayah Zahari. 


laju tangan ini online. buka FB, tengok kalau2 ada post dalam group batch. tiada. buka home pula, tiada siapa2 mahupun apa2 post tentang itu.  aku anggap itu khabar angin sahaja.  tapi hati ini inginkan kepastian, laju tangan ini menaip mesej kepada salah seorang sahabat yang juga seTAHAP. 



sahabat, Azie, call no. Dayah. off. aku tetap tak puas hati. aku call juga, kedua-dua nombornya memang tak dapat dihubungi.  Allah...  benarkah??? tidak lama selepas itu, salah seorang sahabatku post tentang pemergian arwah ke Rahmatullah. AllahuAkbar... bagai nak luruh jantung aku. air mata tak dapat ditahan-tahan lagi.  terdetik di hati aku, cepatnya Allah ambil dia kembali. 


terasa baru lagi aku raikan majlis pertunangan dia pada 24 November baru2 ini.  memandangkan pada masa itu kereta aku baru sampai, dan aku pun masih bertatih2 belajar memandu berseorangan, aku gigihkan juga.  sudah ada kelapangan, mengapa tidak pergi.  dia berkali2 menjemput aku ke majlis pertunangannya.  dan semalam, aku terima berita bahawa dia sudah meninggal dunia.  


baru sahaja Sabtu lepas dia mengajak aku ke majlis perkahwinan sahabat kami, Sharifah. namun, atas kesibukan kerja, aku tak dapat penuhi permintaan dia. 2 minggu lepas pun dia mengajak aku ke majlis perkahwinan sahabat kami, Yana. tapi, kerja juga menghalang kami berjumpa.  



13 Disember 2013....
hari jumaat, penghulu segala hari.. sehari sebelum hari lahirnya yang ke-23, dia telah pulang ke Rahmatullah.  berjumpa Sang Pencipta. terpisah sudah segalanya dengan di atas dunia ini.


kenangan semasa Tingkatan 3 Ibnu Rushdy, barisan tengah, 2 dari kiri.


jamuan sebelum SPM 2007, di sebelah aku, depan sekali.

jamuan akhir Tingkatan 5, kanan sekali.



ya Allah.. 
10 tahun perkenalan kami, 
aku bersyukur pada-Mu mengurniakan sahabat sebaik Nur Hidayah Zahari,
sahabat yang periang, ceria dan baik.


ya Allah..
engkau ampunilah segala dosa-dosanya,
tempatkanlah dia dalam kalangan orang yang beriman,
soleh dan solehah.


dari Allah kita datang dan kepada-Nya juga kita kembali.  sungguh, ajal tidak mengenal usia.  bersediakah kita yang masih diberi pinjaman nyawa ini.


al-fatihah, Nur Hidayah binti Zahari. :'(