Thursday, June 30, 2011

monolog empat hari

Diya Edhayaa | 10:43 PM | 0Comments |
ye. memang mood aku agak tak tentu arah sikit sejak akhir-akhir ni.  entah hilang ke mana.  nak-nak lagi, 4 hari ni.  memang kepala aku ni...aku sendiri tak tahu nak explain macam mana.   



ISNIN - diri ini menanti kehadiran kamu di sini.  sangat menanti.  bagai mahu menunggu kamu di pintu gerbang itu.  bagai mahu mengucapkan, "SELAMAT DATANG KEMBALI". bagai mahu memberitahu satu dunia yang aku sangat menanti kewujudan kamu di depan mataku ini.  ku gagahkan diri ini untuk bertanyakan dirimu.. "di mana, bila akan sampai, tinggal di mana.."  hinggakan aku seperti bertanyakan benda yang sama.  kerana aku tak mahu melepaskan setiap saat pun.


SELASA - aku berharap lagi. harapan yang tak sudah-sudah.   biarpun peluang untukku bersua denganmu, mungkin tidak pernah sekali pun wujud dalam atur cara hidupmu.  namun, tidak aku bersua lagi.  ya, semuanya takkan jadi nyata.  aku semakin pasti.  biarlah.




RABU - hati pasrah.  mungkin takkan ku dapat lihat untuk kali terakhir.  sekali lagi, hati ini berkata, biarlah.  biarkan.  ku lalui hari ini seperti biasa.  kadang kala, aku terfikir sesuatu.  sesuatu yang mungkin dapat menenangkan hati ini pada zahirnya.  tapi, aku masih belum kuat.  belum kuat untuk tidak bertegur sapa denganmu.  


KHAMIS - detik terakhir kamu di sini.  aku semakin pasti yang aku takkan dapat melihat kamu untuk terakhir kali.  namun, segalanya berubah.  aku terkelu.  membisu.  diam tanpa kata.  ku tahan kan hati ini.  berkata "kau tak payah nak eksaited sangatlah..  dia tak sedar pun kewujudan kau kat depan mata dia tuh".  oh! akhirnya.. di depan mataku.  biarpun tanpa sepatah kata, tapi cukup bagiku.  aku bersyukur padaMu, ya Allah.  :')  



#  biarpun seminit cuma, namun memberikan sejuta kegembiraan.  

# kau kawan yang memberikan pelangi selepas hujan kepada aku. 




Tuesday, June 28, 2011

sindrom apakah ini??

Diya Edhayaa | 10:28 PM | 0Comments |
krooohh.. kroooh.. krooohhh... hoi! bangkitlah... *gosok-gosok mata* hyep korang semua! ari tuh rajin sangat update blog.  macam macam benda nak tulis rasanya.  tapi minggu ni, entah ke mana mood nak blogging.  memang mood blogging ni ada turun naiknya ek.  mungkin.



awal semester ni macam tak banyak sangat benda nak buat kan.  pagi tadi ada ceramah SKMM.  esok pulak ada sambutan Hari Guru.  sebab masa Hari Guru yang sebenar, kami dah start exam.  tangguh dululah.  eh! apesal macam lari tajuk pulak ni.  oke. nak citer yang sekarang ni ada satu sindrom.  


sindrom apakah? takpe. takpe. aku tanya, aku jawab.  haha. sindrom malas nak update blog.  sebok nak baca novel.  sebok nak texting.  padahal texting member-member je. sebok nak tido. haish! kuat bebenor tido nye.  


dan yang paling penting, hujung minggu ni nak kawen.  eh! nak pegi my sis kawen.  aku lambat lagi nak kawen.  entry lepas ada aku notes pasal "minggu depan".  maknanya minggu ni la kan.  tapi entah tetiba kenapa dan mengapa, aku rasa macam takde perasaan pulak.  entah.  lost pulak rasa.



# dekat di mata, tapi masih belum terlihat.



Friday, June 24, 2011

Heliza comel dan lagu ni pun comel - Cuma Aku

Diya Edhayaa | 12:30 AM | 6Comments |
siapa yang tak kenal Heliza Helmi..? angkat siku cepat! hehe.  diya ni bukanlah pengikut setia heliza.  tapi diya suka sangat Heliza.  sebab ape..? sebab dia sangat comel.   oh!! diya suka sangat mata Heliza. comeyyy sangat. "Heliza, nak pinjam mata awak sat, boleh tak?" *jap! kenapa ada 'sat' pulak ni.  merepek!



baru ni, diya ingat nak letaklah lagu kat blog.  sebab macam sunyi je.  masa mula-mula buat blog dulu, excited tukar-tukar lagu.  hahaha.  maklumlah, budak baru belajar.  kalau boleh, semua application nak letak.  berat ke tak, tak kesah taim tuh.  janji nak puas hati.


sebut pasal nak letak lagu, diya ingat nak letak lagu Cuma Aku.  tu pun jumpa masa nak cari kod lagu.  tapi tak jadi letak.  sebab rasa semacam je kalau diya letak.  sebab diya ni suka bukak lagu masa online.  tak jadilah pulak letak.  tapi kan, diya suka sangat lagu Heliza tuh.  sweeetttttt~~



CUMA AKU

Aku suka kamu, aku cinta kamu
Aku sayang kamu tapi kamu tak suka aku
Aku kenang kamu, aku bayangkan dirimu
Aku rindu kamu tapi kamu tak rindu aku

Mana ada cinta, jika tiada rindu
Mana ada kasih, jika tiada sayang
Apa kata kamu, mahu undur atau maju
Mungkin cuma aku tapi kamu belum tahu

Untuk apa cinta jika tidak sudi
Untuk apa kasih jika tak memberi

Aku suka kamu, aku cinta kamu
Aku sayang kamu tapi kamu tak suka aku
Mana ada cinta, jika tiada rindu
Mana ada kasih, jika tiada sayang

Untuk apa cinta, jika tidak sudi
Untuk apa kasih, jika tak memberi

Mana ada cinta, jika tiada rindu
Mana ada kasih jika tiada sayang

Untuk apa cinta, jika tidak sudi
Untuk apa kasih, jika tak memberi
Mana ada cinta, jika tiada rindu
Mana ada kasih, jika tiada sayang


# rasa macam dah lambat tahu.  tapi tetap nak suka lagu ni sekarang.. ^_____________^




Wednesday, June 22, 2011

biarkan berlalu dengan waktu

Diya Edhayaa | 4:58 PM | 8Comments |
umur dah makin meningkat.  tahun depan dah nak pergi praktikum.  rasa berdebar jugak.  tapi ada dengar dari senior kata praktikum tu best.  emmm.  maybe.


tutup kejap cerita pasal masa depan, cita-cita.  tapi nak kisah pasal kehidupan sekarang.  walaupun diri ni seorang yang gila-gila, kadangkala tak matang, tapi rasa selesa dengan hidup sekarang.  rasa bahagia.  rasa senang.  dengan adanya kawan-kawan di sekeliling, dengan mengejar cita-cita, dengan parents yang memahami.


tak perlu nak rasa perasaan yang pelik-pelik.  tak perlu nak rasa itu ini.  cuma kadang kala, tika diri ini ke dunia lain untuk seketika, ada juga saat yang mengelirukan.  rasa dah tak mahu menunggu seperti 3 tahun lepas. 


 bimbang terguris lagi.  bimbang luka tercipta lagi untuk kali ke-2.  cukuplah. cukuplah air mata yang  mengalir suatu masa dulu.  redha dengan apa yang berlaku.  kerana Allah telah menentukan segalanya.


kerana itu, cuba mendesak hati untuk tidak menunggu apa-apa lagi.  biarlah. biarlah.  biarkan semuanya berlalu dengan waktu.








Tuesday, June 21, 2011

perkataan itu mencuit jiwa

Diya Edhayaa | 9:04 PM | 7Comments |
dalam hidup ni, selalunya mesti ada je benda yang mengingatkan kita pada sesuatu.  tak kisahlah sama ada perkataan ke, benda ke, gaya bercakap ke.  dan perkara-perkara macam ni lah yang membuatkan kita teringat pada seseorang.  sometimes.. :)


dah dua hari masuk semester baru ni, dua hari ni jugaklah diya tersensitip sikit dengan perkataan yang lecturer sebut.  hahaha.  bukan sensitip sebab terasa hati, tapi sebab.. sebab.. sebab.. sebab perkataan tu mengingatkan diya pada seorang kawan yang dah takde.  err.. takde kat kampus ni lah.  yang dah habis study pon.  yang dah nak jadi cikgu pon tak lama lagi. 




emmm.. semalam sorang lect ni sebut pasal hukum D-M.  ada die bagi contoh , bunga _____.  apa lagi, nak tergelak besarlah diya.  nasib baik pandai cover gelak lagi. hekhekhek. Kierana ngan Cieda pon tersengih-sengih.  hamboi hamboi hamboi. hahaha.  yesza! bunga ______ itu panggilan untuk dia.  nama tu ada sejarah sendiri.  kalau sape-sape yang ada baca entry diya sebelum ni, tahulah bunga apa. =p


yang tuh da satu hal, hari ni ada lagi lect sebut perkataan pakis___.  hey!! kenapa 2 hari ni semua perkataan berkaitan dengan dia ajeeeee.  hahaha.  takkan lect tau ape yang diya rasa sekarang ni.  tidak.. tidak.. 


# minggu depan.. oh! minggu depan.. 






500th - TERIMA KASIH!

Diya Edhayaa | 2:23 PM | 3Comments |
hari ni ade satu je kelas.  SENI DALAM PENDIDIKAN.  tu pun pukul 10.30 td.  perghh! senak perut diya ngan kawan-kawan lepak je kat kafe.  sebab tak tau nak pegi mana.  tunggu kelas kat dewan kuliah.  lepas satu, satu topik keluar.  hahaha.


balik tadi, bukak blog.  alhamdulillah, dah 500 follower diya.  terima kasih sangat kat korang yang sudi follow blog diya ni, tinggalkan komen, dan silent readers.  oh! ye.. siapa yang ke-500 tu ek.. hehe.. mula-mula tadi ingatkan tak dapat nak follow dia semula dah, sebab takde link.  nasib baik dia tinggalkan jejak kat shoutbox.  dan follower yang ke-500 itu ialah ....


=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=




yeah!! blog My Grape.. thanx kamu ye sudi follow SSH.. :))  



# follower ibarat satu cabang semangat untuk terus berblog.  boleh pakai tak..? hehe.





Monday, June 20, 2011

selamat datang semester baru!!!

Diya Edhayaa | 9:36 PM | 8Comments |
assalamualaikum semua.. whoa!! keras dah jari jemari nak menaip kat blog ni.  hampir 2 minggu jugak diya tak update apa-apa.  almaklumlah, sibuk menyesakkan rumah mak sedare pak sedare.  sibuk menggemukkan diri.  sibuk menginai di jari.  haha. merapu je diya ni.



sebenarnya, hari ni first day diya naik semester 4.  alhamdulillah, dapat meneruskan pengajian.  result exam hari tu, dapat 3.71 je.  tak tinggi mana dan peluang nak dapat dean list macam dah taakkkk je, sebab mula sem ni, kena dapat 3.8 baru boleh dapat Anugerah Pelajar Cemerlang.  




hurmmm.. dan yang paling best nyer, semester ni jadual dah berubah, tak macam dulu.  kalau dulu, jadual kuliah macam jadual kat sekolah, yang mana mula pukul 8 habis pukul 1.30 petang.  tapi sekarang ni, tak dah..  jadual jadi macam kat universiti.  ada sehari tu, ada 1 je kelas.  hoh!! sedappppp.... tapi tak boleh balik hostel jugekkk...  dan dah takde kelas yang tetap macam dulu.  kena merayap sana sini cari bilik kuliah.


tadi pun dah mula kuliah.  fuhhh!! paper BM macam boleh tahan.. Pengantar Linguistik Bahasa Melayu dan Fonetik & Fonologi.  perghhh!! taff nyer.. wuuuu~~ :'(  apa-apa pun, jangan pikir susah susah susah.  kalau asyik pikir susah, memang lah susah kan.  hehe.  kejap lagi nak selongkar bawah katil, cari nota-nota yang ada.  nak study! hahaha.. poyo aje nak study awal.. tak de nyer..


jom minum nestum dulu!!!

# belum terlambat untuk ucapkan SELAMAT HARI BAPA kepada semua bapa dan bakal bapa.  pada yang masih hidup, hargailah mereka.  pada yang telah meninggalkan kita untuk selama-lamanya, al-Fatihah.  moga rohnya tenang di sana.


# new semester, new spirit.. *walaupun separuh semangat tu dah tak ada, tapi kena kuatkan hati!! yeah!!! :)



Thursday, June 9, 2011

diam atau nyatakan sahaja..?

Diya Edhayaa | 11:10 PM | 5Comments |
diya ni kalau duduk sorang sorang, mula la berangan tah ke mana.  paling best, suka sangat nak buat quote sendiri.  sampai ade member kat facebook diya kata suh publish kat mana mana syarikat buku.  hehehe. takpe lah awak, saye publish kt blog ni dah lar.  emm.. quote jiwang untuk entry ini:


"MENCINTAI DALAM DIAM LEBIH MENYAKITKAN JIKA DIBANDINGKAN DENGAN MENYATAKAN CINTA TAPI DITOLAK"


boleh terima ke...?? korang pulak camne..?





baki cuti sebanyak 10 sen

Diya Edhayaa | 9:53 AM | 8Comments |
hey ho!!! lame jugak diya tak online kan.. hari tu, diya pegi camping.. balik camping, diya rushing pegi majlis menyambut menantu cousin diya pulak.  dengan muka hitam macam kuali pun, diya sanggup pegi.  hehehe.  kawen geng kutip duit raye, mestilah mau pegi.  walaupun, majlis di sebelah perempuan (belah cousin diya) tak sempat nak pegi. 


lepas je balik camp, diya pegi KL.. stay umah abang pengantin 3 hari.  then diya pegi rumah mak pengantin pulak kat perak.  mak pengantin perempuan tu, haruslah mak saudara diya.  hehehe.  stay sana pun 3 hari.  dan skang diya ada kat rumah pak sedare diya pulak.  ni tak tau nak stay berapa hari.  


kesimpulannya, cuti diya hanya berbaki 10 sen.  eh! 10 hari.  lepas ni nak balik rumah pulak ah.  penat da travel umah sedara sedara ni.  tapi yang bestnye, dapat jumpa family yang dah lama tak jumpa.  kat sini, ada la sikit sikit gambar cousin diya yang kawen hari tu.. *ni pun curik dari lapy kazen.. hehe


pelamin raja sehari... sangat cantik tema dorang neh. suke3!


hantaran biru dari belah perempuan.

hantaran pink pula dari belah lelaki.

semasa akad nikah.  diya suka sangat warna baju dorang masa ni.  sweet!

raja dan ratu sehari.


raja sehari di singgahsana.

the next 'pengantin'.


masa kenduri kat perak ni, diya tak pegi.  sebab kan diya pegi camping.  diya sempat pegi masa kat subang je.  kat sana tema white purple.  pun cantik jugak.. ni yang tak sabar nak tunggu the next 'pengantin' pulak ni.. hehe.  lastly, SELAMAT PENGANTIN BARU dan SEMOGA BERBAHAGIA KE AKHIR HAYAT BUAT ABG HADI & KAK AYU.... :D





Friday, June 3, 2011

8 hari seminggu

Diya Edhayaa | 11:31 AM | 3Comments |
holla korang semua..!! lame gile tak online.  almaklumlah, pegi camping mane nak online nyer.  lapy pun tinggal kat kampus, takkan nak bawak pulak.  skali khemah masuk air kang, x ke naye lapy diya pun kne msuk air gak. huhu.  tapi masa kat sana, tak hengat pun nak online.  enjoy dengan suasana camping.  walaupun penat, tapi diya suka pegi SUKBEL ni.  sebab kat sana,diya langsung tak ingat masalah apa-apa.  rasa relaks je.



sebenarnya, mood nak update cerita masa pegi camping tu, tak berapa ada lagi.. lagipun, diya tengah tunggu bas nak balik rumah ni.  ingatkan ada pukul 10.30, rupanya pukul 1.30 nanti baru ada.  haha.  buat penat je diya bangun awal, terkejar-kejar kemas barang nak bawak balik, tepon uncle teksi nak suh amek kat kampus.  kalau tau, kul 12.30 nanti baru keluar.  mujur gak kedai makan ada, diya dah memenuhkan perut dengan mi kari dan milo ais.  lapau punye pasal.


muka diya ni sekarang tersangatlah GELAP. balik nanti mesti family terkejut tengok.  mesti keluar ayat camni "kak long ke ni.. apesal gelap sangat.. = = '".. dan diya kalau pegi camping memang suka tak pakai sunblock.  konon nak bagi feel camping sebenarnya, balik dengan muka macam kuali dah pakai 15 tahun.  hahaha. esok pulak nak pegi KL.  majlis menyambut menantu cousin diya.  konfem dalam album nanti, diya paling x chunnnn..!! huhu..



walaupun dah gelap camni, itu sebenarnye benda kecik je kalau nak dibandingkan pengalaman yang diya dapat masa pegi SUKBEL.  dan diya rasa macam tahun depan nak pegi lagi.  dengar kata, tahun depan kat Johor pulak.  




cerita, gambar-gambar masa pegi SUKBEL, nanti diya update ek.  sabar ye korang semua..! diya nak baca paper hari ni.  bubui!! :D