Tuesday, April 17, 2012

Diari Cikgu Praktikum (Part 1)

Diya Edhayaa | 5:00 PM | 9Comments |
assalamualaikum. ehem! rindu nak mencoret kat blog ni. kekangan masa semuanya.  kalau ada masa pun, nak berehat sepuas-puasnya.  rasanya, kalau cikgu2 pelatih semester 5 kat semua IPG seluruh malaysia pun baru habis penat berpraktikum.  penat dalam seronok. :)



bagi aku inilah kali pertama aku menjalani praktikum.  menyediakan diri ke alam perguruan yang sebenar.  untuk semester ni, sebulan je praktikum.  sem 6 nanti 2 bulan pulak dan sem 7, 3 bulan.  masa yang panjang.  aku suka dengan sistem praktikum yang IPG laksanakan ni.  sebab 3 kali praktikum, dapat rasa 3 kali pengalaman di sekolah yang berbeza.  suasana yang berbeza, persekitaran yang berbeza, murid yang berbeza  dan banyak lagi perkara yang nyata berbeza.


untuk kali pertama, aku ditempatkan untuk berpraktikum di sekolah orang asli, Sekolah Kebangsaan Kuala Koyan.  yeah! satu pengalaman baru bagi aku.  selama aku PBS dulu pun, tak pernah sekali pun aku buat di sekolah macam ni.  seingat aku, sekolah2 yang aku PBS dulu semuanya sekolah bandar yang murid-muridnya 20-30+ orang.  dan lagi satu, praktikum dan PBS memang berbeza.

sekolah praktikum pertama.  40 minit dari kampus.  



perasaan?? kali pertama, siapa yang tak rasa debarannnya kan.  aku pun dupdapdupdap juga.  lagi teruk, minggu pertama praktikum, aku demam. aduhhh..! ujian betul.  untuk kali pertama ni, aku kena mengajar Tahun 2.  praktikummate aku, Syida  kena mengajar Tahun 3.  dua-dua dapat tahap 1.  hehehe.  bila kena mengajar Tahun 2 ni, automatik la kena buat RPH mengikut format Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR).  mujurlah beberapa minggu sebelum praktikum, kami (student major dan minor Bahasa Melayu) dah didedahkan dengan penulisan RPH KSSR.  terima kasih JPM IPG KTAA!!! :)


muka hari Jumaat minggu pertama.  abaikan aku yang dah serabai.  nak balik berhujung minggu di kampus sebenarnya. hekhekhek :D


3 hari awal, memang tak masuk kelas.  tengok2 cikgu mengajar, dapatkan tahap prestasi murid,  tengok2 suasana sekolah.  oh ya! aku kena mengajar 2 kumpulan murid dalam kelas yang sama.  murid perdana dan murid LINUS.  pengalaman lagi.  hehehe.  nak ajar pun guna BBM yang berbeza.  dan nak mengajar LINUS tu pun, guna modul LINUS untuk peribumi.  words yang nak ajar tu, perlu sesuai dengan pengetahuan mereka.


buku persediaan mengajar.  awal2, nipis lagi.  last2, tak boleh nak tutup!


aku rasa cukup la kot part 1.  nanti aku sambung lagi cerita-cerita aku ni.  hehehe. tungggu next entry ye.. :)