Thursday, April 28, 2011

kau bukan untukku

Diya Edhayaa | 2:35 PM | 5Comments |
serius.  sebijak-bijak orang pun kadang-kadang tak dapat nak lawan perasaan dia sendiri.  lebih lebih lagi bila kita dah lama pendam perasaan pada seseorang tu.  dan sampai satu saat, kita tau dia dah ada orang lain.  kita menangis. menangis. dan menangis lagi.  



kita cuba untuk melupakan.  cuba sedaya upaya.  usaha. segala-galanya. tapi kita masih tak mampu untuk melupakan dia.  sehingga datang satu saat, seseorang mula mengetuk pintu hati kita.  menyatakan cinta pada kita.  menyayangi kita.  kita cuba melupakan dia yang bertakhta tika itu.


cuba menyayangi. ya, sayang.  cuba mencintai.  ya, cinta.  tapi sampai satu saat, perasaan yang dulu kembali lagi.  tak mampu untuk menjauhi.  bukan tidak mencuba, tapi gagal sering bertandang.  sungguh.  


namun, hari ini kita cuba mengalah.  tapi tak mampu.  sehingga timbul di hati, BENCI.. ya, benci!  hodohnya hati membenci orang.  hodohnya hati mencintai hak orang lain.  tapi, itulah.  kita tak mampu.  




"biarkan waktu yang bersisa ini aku dapat melihat kamu.  berbicara dengan mu.  berada di sampingmu.  kerana, bila tiba saat itu, aku takkan mampu lagi untuk berkata-kata mahupun melihatmu lagi.  kerana dirimu bukan diciptakan untukku.  dan aku bukan untukmu."


#  i'm single but my heart was taken by someone that i can't call him as MY OWN.

#  the greatest pain that comes from love is loving someone you can never have.



Wednesday, April 27, 2011

pada hari Sabtu yang lepas...

Diya Edhayaa | 2:53 PM | 4Comments |
tiba-tiba rasa macam buat karangan darjah 6.  huhu. abaikan. meyh kita sambung tajuk entry, hari sabtu baru ni, aku pegi pesta buku di PWTC.  kalau sapa yang nak pegi, sempat lagi ni. sebab pesta buku tu sampai 1 mei ni.

boleh kata, ni first taimlah aku pegi pesta buku. tahun lepas tak pergi pun. mula-mula sedih dah sebab macam tak dapat pegi je. last-last, dapat jugak aku menempekkan nama aku dalam list pegi lawatan. hehehe. kita usha usha gambar kat bawah ni ek.  kalau aku tulis banyak banyak pun, mesti uollss nak tengok gambar je kan. hik!








tu partner aku masa dalam bas. kalau korang tengok, kami pakai baju batik macam budak sekolah je kan.  tapi ni lah baju batik IPG kitorang.  yang kat bawah ni masa dah masuk dalam.  pergh! bersesak-sesak.  pasar pun tak macam ni. memanglah!







nampak aku macam rajin memasak je nak godeh-godeh segala buku resepi yang ada kat situ.  hehe. dasar pencinta makanan, memang begitu.  dapat tengok buku masakan pun cukuplah. ;)



opsss! sapa pulak ni..? haa.. nilah Ilya Abdullah, penulis novel Coke and Sundae.  kebetulan dapat jumpa beliau, peluang yang ada jangan lepaskan.  akak, sign autograf bolehhhhh... hehe.. kak Ilya ni pun ada blog tau.. akak ni cakap CNS ada sambungannya.. wuu~ tak sabar nak tunggu CNS 2 pulak keluar.




kalau merayap, takde aktiviti makan-makan memang tak sah.  hoho.  jadi, kitorang decide nak menambah berat badan kat pizza hut.  apa lagi, sambar 2 pan large pizza.. sampai sendat perut sorang-sorang.  belum kira makan yang sendiri-sendiri lagik.  aku macam besa lah, dengan fevret aku kat bawah ni. hehe..











masing-masing dah macam buaya kekenyangan, masuk dalam balik.  dorang ada buku nak cari lagi.  aku and my partner, masuk bahagian karangkraf, tengok orang duk tunjuk stail hijab.  pergh! cantik woh.. suke benau aku nengoknye.  tapi nak cuba tu, tak tau lah bila walaupun orang duk berebut dengan stail Hana Tajima sekarang ni.




nilah novel yang aku sempat beli.  ada lagi satu, tapi aku belikan untuk roomate jelah.  roomate aku kipas-susah-mati  novel Ramlee Awang Murshid..





gambar pun takdelah banyak sangat.  nak snap-snap pun tak de masa.  asyik duk belek buku je semua..emm.. petang ni tak de kelas, aku nak baca novel-novel yang ada.  harap-harap aku tak tidolah.  semalam overdose punye tido dah. huhu.. bai!

=)




Monday, April 25, 2011

update tergesa-gesa

Diya Edhayaa | 1:46 PM | 4Comments |
sedihnya rasa dua hari tinggalkan blog ni tanpa apa-apa entry.  bukan apa, tapi sekarang ni hidup aku sedang dihambat kesibukan untuk pameran esok.  semalam pun tak sempat nak update apa-apa.  


so, sebab sayangkan readers, followers, stalker and sape-sape je la yang sudi singgah blog usang aku ni, aku tinggalkan sedikit update untuk hari ni.  nanti dah free banyak, aku update cerita-cerita aku sikit ek.. hehe.  



ni baru je balik dari kuliah, kena setting tempat untuk pameran esok.  tapi pameran kali ni, aku just jadi Naib Pengerusi.  itupun sebab aku PKU semester ni. 


kerja pun takde nak buat apa sangat, cuma tolong kawan-kawan yang lain untuk persiapan esok. untuk esok, kena jadik pengiring para hakim ke setiap meja kumpulan pameran.  untuk Timbalan Pengarah pulak, encik Pengerusi yang iringi beliau.


fail nak pamerkan esok pun tinggal 2 topik lagi tak siap.  sekejap lagi ada kelas ganti Anatomi pulak.  janganlah hari ni kena bentang assignment yang buat hari tu.  hehehe. berdebar weh! tapi kalau kena bentang hari ni, bentang je lah kan.  slaid dah siap, apa yang dikritik kena terima.  sebab itu pun satu proses pembelajaran.


emmm.. aku tinggalkan korang dengan gambar aku.  supaya korang tak rindu kat aku. huahuahuahua.. macam ada je yang nak rindu kat aku. kekekeke... bai!!



aku tau aku tak cantik mana pun, tapi aku tetap nak letak jugak.. hahaha..
luff u ollsss!!


;))

Saturday, April 23, 2011

redha apa adanya

Diya Edhayaa | 10:06 AM | 3Comments |
kita tak boleh paksa orang ikut hati kita.

sebab kita sendiri pun tak suka dipaksa.

kita kena terima segala ketentuan dari-Nya.

bila sesuatu itu bukan untuk kita, maka ianya tetap takkan jadi hak milik kita.

biarpun berusaha, berdoa..

namun, seandainya dia jadi hak milik kita, alhamdulillah.

bersyukur.

bila dia bukan untuk kita, janganlah pula berdendam.

dan apa yang kita ada hari ini cubalah hargai,

sebelum kehilangannya untuk selama-lamanya.



*aku redha dan mengalah.

dah malam rupanya

Diya Edhayaa | 12:10 AM | 3Comments |
kenyang dah makan kuetiaw goreng malam ni. nak buat bahan pameran untuk next week, tak larat dah.  gara-gara tak tido petang tadi, maka malam ni mata terkebil-kebil depan laptop online tak henti henti.  tapi tak nak tido gak walaupun dah mengantuk.  hehe jangan marah aku. 



hurm.. minggu ni tido bilik orang lain lagi.  memang sem ni sem berhijrah.  lepas satu satu bilik aku tido kalau roomate takde. nak tido sorang, takot.  roomate aku dahlah suka menyakat, tapi dia pon penakut jugak.  ceyhhh..! ada hati nak sakat aku.  nasib baik aku ni berani up sikit dari ko.  aku tau ko mesti baca entry aku ni kan.  haha.. macam nak tulis surat bagi kat dia pulak dah.


esok nak pegi bookfair.  aim utama aku, NOVEL!!. aku bukanlah kaki novel, tapi bila ada masa terluang.. ada novel best.. aku sambar.. aku plan nak beli satu novel ni.  tapi tak taulah ada ke tak.  aku rasa mesti ada.


sapa-sapa nak tau, sekarang ni tengah ada bookfair kat PWTC bermula dari 22 April sampai 1 Mei.. boleh ah bawak mak abah adik abang kakak mak mertua akak ipar kekasih separuh/sepenuh masa pegi bookfair ni. esok 7.30 nak gerak dah, malam ni tak boleh tido lewat sangat. so, gudnite ollss...~~





*roomate ngn coursemate aku nyaris hangit dah tadi. sampai hati kenakan aku ae..damn!


Friday, April 22, 2011

muktamad

Diya Edhayaa | 11:02 AM | 2Comments |
pengakhiran.


titik.

noktah.

tiada bersambung.

cukup setakat ini.

maafkan segala silap dan salahku.

aku tak mampu lagi untuk teruskan.

semoga dapat yang lebih baik.

simpan saja semua kenangan yang tercipta.




♥--*Allah knows best*--♥

Thursday, April 21, 2011

hutang | mulut manis tapi nak bayar liat

Diya Edhayaa | 10:38 PM | 6Comments |
bila sebut pasal hutang, mesti terbayang duit. nak buat hutang ni mudah, tapi nak bayar dia liat mengalahkan tanah liat. paling geram bila dah pinjam, tapi tak gheti gheti nak pulangkan. ustaz mengajar Syariah masa aku sekolah dulu pernah cakap, kalau berhutang kita kena catat  dan tulis hutang kita tu.  


Allah SWT telah berfirman dalam surah Al-Baqarah, ayat 282:

Ertinya : "Wahai orang orang yang beriman!Apabila menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulis dengan adil (benar)".


kan ada kaitan antara apa yang ustaz aku cakap dengan ayat ni. kalau dah berhutang, baik kita catat pada kertas, tampal lah kat board bilik ke, kat dinding ke atau kat mana-mana yang kita mudah nampak. yelah, kita ni bukannya memori sampai 16GB nak ingat semua tu.  kalau yang jenis ingat takpe lah. yang jenis tak ingat tu sendiri mau pikirlah.




orang dah bagi berhutang tu kira cukup baik lah kan.  tak semua orang ada banyak duit berkepuk-kepuk nak bagi terus.  daripada bagi terus baik simpan Tabung Haji, simpan buat naik haji. bukan kedekut, tapi bila ada orang jenis liat nak bayar hutang ni, memang tak boleh bagi muka sangat.  paling tak suka bila yang buat hutang tu dalam kategori anak orang berada ke.


if dia tak berkemampuan, boleh lah terima.  ini dating sana sini boleh, beli baju lawa lawa boleh, makan sedap sedap boleh, tapi setakat bayar hutang orang pon tak boleh nak jelaskan, baik tak payahlah nak berhutang.  bila orang bagi hutang @ pemiutang tu mintak, pandai pulak nak senyap je.  kalau masa mengharap tu, mulut sikit punya manis, merayu-rayu. sebab kawan, tolong. tapi lepas tu. hurrmmm.. lesap.


sabda Nabi S.A.W:


Rasulullah juga kerap mengajar umat Islam agar berdoa dilepaskan dari hutang:



sedikit notes:
  • memberi hutang adalah sunat tetapi membayar balik adalah wajib apabila sampai tempoh.
  • orang yang berhutang mesti menjelaskan hutang ketika hidup kerana apabila meninggal dunia, rohnya akan tergantung di antara langit dan bumi sehingga dijelaskan hutang tersebut.
  • haram memberi hutang untuk tujuan yang diharamkan sprti membeli arak, melakukan maksiat.
  • boleh membayar lebih kepada pemiutang sebagai tanda bersyukur diberi pinjam.

sumber: SINISINI dan SINI dan sedikit ilmu masa sekolah dulu.



Wednesday, April 20, 2011

BEN ASHAARI suruh teka harga durian ini!

Diya Edhayaa | 8:52 PM | 3Comments |
disebabkan test tak jadi malam ni, aku nak men teka teka pulak segmen abg ben ni.. hentttaaaammmm!!!!!




nak tiru.. tada boleh maa....secreto!


selsema dan ujian

Diya Edhayaa | 7:13 PM | 1Comments |
pui. penat kot hari ni. jumpa nasi pun dah pukul 3.30. cuaca panas tak usah kira la, menyengat. tapi nasib baik dah hujan. kalau tadi, cecair kat hidung ni ase nak meleleh je sepanjang masa. ganggu konsentrasi betol! dah la hari ni amali bina tapak pembelajaran. sikit je pun slaid nak kena buat, 24. tapi tahap kepeningan dia macam hape. nak kena link link bagai lah. dalam masa 3 jam kena siapkan then submit kat laptop lecturer. bukak bukak tak keluar pulak link tuh. adesss. gimana sih.. edit balik, tak keluar jugak. dah fed up, balik makan nasi kukus lagi sedap.






tapi tadi kelakar kot member aku. entah sapelah pasang lagu serabut weyyhhh. macam kena pulak dengan benda yang kitorang duk buat ni. bila keadaan kelam kabut, macam macam benda jadi. laptop hang, tapak pembelajaran yang hampir siap pun ada yang hilang. kesian. laptop aku pun jenis charger suka buat hal. nasib baik sempat save tadi. huhuhu.


semalam bertungkus lumus siapkan laman web nak submit hari ni. banyak kali jugak lecturer bagi extend. memang serabut jugaklah. edit, publish, tak ubah pape. last last aku buat yang baru. senang cerita. web ni untuk submit semua tugasan setiap minggu. sedikit sebanyak ilmu masa berblog ni berjaya gak dipraktikkan. hehehe.



semua nak hijau kan. uiks! aku buat ala kadar je. tak cantik pun takpe lah. asalkan benda nak hantar ada. hehe. oke. kesah BM1 dah habes, tinggal nak buat pameran je minggu depan. malam ni ada test PBSM pulak. aigoo~ camne nih. tak study ape lagi. ingat sikit sikit je ape yang tulis kat buku laporan. erkkk.. jawab jelah.  esok pulak test Hubungan Etnik. oh!!! saya nak baca ape.. pliz. pliz. pliz. jangan keluar soalan susah. 




memang minggu ni minggu test saje. selsema memang mengganggu konsentrasi. doakan saya boleh jawab malam ni dengan esok. huuu...


*mau study pbsmm. bace jelah ape ape pon..wish me luck. =)


Tuesday, April 19, 2011

putus di tengah jalan | apa kes?

Diya Edhayaa | 10:05 AM | 10Comments |
hye hye korang semua..! ape khabar..? masa tengah duduk duduk menung depan laptop semalam, aku terfikir tentang satu situasi. ianya cinta terhalang ataupun cinta terlarang. mesti pernah dengar kan. cinta terhalang ni bagi aku susah jugak. yelah, kadang-kadang si gadis dan sang jejaka dah saling menyayangi satu sama lain , tapi ada pulak benda yang menghalang.


tapi dari observation akulah kan, sometime cinta ni terhalang sebab:


1) sejarah silam keluarga

contohlah kan, aku bagi satu situasi ni. mak korang pernah bercinta dengan bapak yang lelaki tu. masa tuh tah zaman kebaya nyonya duk femes, zaman menari twist, pakai spek mata hitam macam p.ramlee. perghhh! cair masa tu. tup! tup! dorang ni clash. bila semua dah bawak haluan masing masing, tak jumpa entah berapa puluh tahun dah pastu jumpa balik. maybe masa abes mesyuarat JKKK kampung. tak lama lepas tu, mak korang dapat tahu, yang korang ni bercinta dengan anak si polan, terus suruh putus. boleh jadik jugak maybe sebab orang tu pernah curik kambing ke ayam ke. aisehhh..



2) ada sifat prejudis terhadap sesebuah negeri

ni pun satu hal jugak. korang dah bercinta bagai nak rak. dah canang sana sini. relationship kat facebook siap married, engaged bagai. pulak ada yang  dah siap buat fanpage lagik yang korang ni tengah duk hot bercinta. pastu ramai pulak yang like. ecewah! berbunga sakura-mawar merah-tulip-daisy semualah. then, korang pun cerita kat mak bapak yang korang ada awex/pakwe dah. "mak, angah ada awex/pakwe dah. orang ******. "hah?!!! orang ******?? putus sekarang! SEKARANG!"... so?? nampak macam tersepit kan. padahal sebab negeri je.



3) orang ketiga @ 3rd person
tak dinafikan jugak yang banyak kesah cinta ibarat ku sangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari sebab orang ketiga.  yes! orang ketiga memainkan peranan besar dalam hubungan korang.  contoh la kan, korang ni bercinta dah setahun ke, tiba-tiba datang orang ketiga yang cuba nak rapat-rapat dengan awex/pakwe korang. ayat pulak... perghhh!! manis coklat cadbury pun x mampu tandingi.. manja die adik bongsu korang pun tak macam tuh. tak pon yang spesies tak gheti gheti nak cari boipren girlpren len. nak jugak yang  orang tuh.


4) kata cinta tapi main skandal
yang ni pun macam hampeh jugaklah. paling teruk bila dah berjanji setia, "b sayang cyg", "papa love mama sangat-sangat", "baby tak boleh hidup tanpa bie taw". ehhhh!! ayat cinta kau. kalau aku pun... eh! tak mau cakaplah.  bukan maen sayang love cinta kasih intan payung, tapi rupanya ada skandal kat belakang kita. nak tunggu lagikk ke kalau dah jelas terang tak payah nak bersuluh guna torchlight berkuasa bateri eveready.



5) last hujah, sikap diri sendiri
sikap kita ni selagi tak ubah, tak payahlah. memang bukan senang nak ubah sikap yang dah sebati dengan diri kita.  even, kucen pun kalau kita nak ajar dia buang air kat tandas pun tak boleh suruh sekali dia terus buat.  dan lagi satu, contohnyalah korang pernah admire kat seorang laki kacak macam Ashraf Muslim ke, cun macam Lisa Surihani ke, tapi sampai dah bercintan cintun pon tak gheti lagi nak lupakan dia. ish! aku pun tak gheti la nak cakap camne.



kalau korang ada pengalaman, share lah sikit dengan aku.. huhu.. aku tengah dengar lagu Cinta Terlarang, Mahkota Band punya lagu..



Monday, April 18, 2011

mari belajar bahasa pahang: part 2

Diya Edhayaa | 3:22 PM | 2Comments |
hari ni baru mood ada baik sikit mau menulis dalam keadaan gumbira-hati-senang-tak-terkata. pagi tadi sudah hadap game kat henfon C3 kawan, nak beli macam tak je. sebab keypad dia tak sesuai dengan jari diya kot. hihihi. oke2, balik pada topik utama, belajar bahasa pahang. hari tu diya dah ada buat PART 1, tapi hari ni kita masuk kelas tuisyen part 2 pulak ehh. hari ni, nak fokus sikit kat perkataan-perkataan yang orang tempat diya banyak gunakan.


abu (bukan nama orang okeyy)
maksud : pemberian hadiah kepada seseorang seperti binatang ternakan atau pokok buah-buahan
ayat : "mak abu ke aok la kambing ni atan."


bela 
maksud :  baiki
ayat : "ace aok bela radio tu, punah ranah dikerjakan kera."


bobok
maksud : menipu
ayat :  dia tu bobok! tak usah percayalah..


chike
maksud : mual @ muntah @ perut memulas
ayat : aboh, kak long rasa chike la. ni mesti sebab makan macam-macam benda semalam.


cebek 
maksud : jinjing
ayat : kesian nengok tok man tu tadi aboh, atan pun tolonglah die cebek plastik beras tu.



zaman tori
maksud : zaman dahulukala
ayat : usah mengungkit la cerita dia tu, zaman tori punye cerita doh.


tengkuh
maksud : ketuk secara perlahan-lahan menggunakan tangan
ayat : mamat, tengkuh ket songkok tok tu. berhabuk sangat duk atas lemari tu.


siyo'
maksud : mangkuk tingkat
ayat : mak isi dalam siyo' lah gulai ayam tu, senang sikit atan nak bawak.


rembat
maksud : khemah tempat makan tetamu masa kenduri kahwin
ayat : saya nak menjemput abang pegi merembat hari sabtu ni, anak saya nak kawen.


ralit
maksud : leka @ khusyuk @ memberikan tumpuan yang amat
ayat : amboi senah, ralit benor tengok AC Mizal..kawan masuk pun aok tak sedar.


po/pa
maksud : beg duit
ayat : kawan pinjam duit aok dulu la ye, tertinggal po/pa di rumah.


nyor gula
maksud : kerisik
ayat : awang..! tolong kait nyor dalam 5 biji, mak nak buat nyor gula.


Nine
 (yang ni memang panggilan arwah tok aku untuk aku.. hehe)
maksud : gelaran untuk anak perempuan yang paling tua
ayat : dalam kampung ni, Nine anak mak ngah timah tu yang paling lawo. ratu kebaya tuuu..


lat
maksud : selang @ senggang beberapa
ayat : rumah hasan kontraktor tu lat 3 buah je dari rumah kawan.


jas
maksud : menitik
ayat :  kesiannya aku tengok aok mengayuh basikal tengahari gini, jas peluh.





hari ni kita belajar dulu 15 perkataan. lain kali, panjang umur, diya sambung lagi PART 3 pulak. hehehe. kalau nak baca part 1, boleh lah tengok entry INI.  diya nak sambung buat assignment yang kena tambah sikit lagi.
babai!!

;)

Sunday, April 17, 2011

bukan semua orang macam kita

Diya Edhayaa | 7:21 PM | 6Comments |
jangan samakan hidup kita dengan orang lain.

jangan fikir jalan orang lain pun lurus macam kita.

jangan ingat orang yang sentiasa senyum di bibir tidak menangis di hati.

jangan fikir orang sentiasa ketawa tapi di hati dia ketawa juga.

jangan mendesak jika seseorang itu tidak suka.

kadang kala kita perlu ingat, tidak semua orang sama macam kita.



*aku berkata atas situasi.

ditelan mati emak, diluah mati bapak

Diya Edhayaa | 2:36 PM | 2Comments |
tersepit dalam dua keadaan bukannya senang, 

ibarat diluah mati emak, ditelan mati bapak,

tapi orang takkan faham,

cakap macam macam,

padahal kita langsung tak terniat,

kita tak cakap sebab kita takut mengguris hati orang,

adalah lebih baik diam dari berkata-kata,

lebih baik memendam rasa dari bercerita,

tapi, mana ada orang nak percaya.




*aku terasa ingin berehat dari segalanya.

Saturday, April 16, 2011

belajar untuk menerima

Diya Edhayaa | 7:28 PM | 8Comments |
hidup kita ni dalam realiti, bukannya fantasi. 

kita hidup dalam dunia sebenar, bukannya dalam mimpi. 
 
memang mimpi itu indah, tapi ianya cuma sekadar mimpi. 

walaupun indah, tak mungkin akan hidup di alam realiti. 

tapi jika ianya hidup, itu rezeki.

kenyataan itu kadangkala membuatkan kita susah untuk menerima.

susah untuk menelan pahitnya.

susah untuk menghadapi segalanya.

tapi itulah kenyataan.

mahu atau tidak, pahit atau manis, suka mahupun sengsara,

tetap perlu menerima.

kerana ianya tetap kenyataan...



*aku menulis dalam sedar.

Lirik Saat Terakhir (ST12)

Diya Edhayaa | 1:12 PM | 4Comments |


Tak pernah terpikir olehku
Tak sedikitpun ku bayangkan
Kau akan pergi tinggalkan kusendiri

Begitu sulit kubayangkan
Begitu sakit ku rasakan
Kau akan pergi tinggalkan ku sendiri

Dibawah batu nisan kini
Kau tlah sandarkan
Kasih sayang kamu begitu dalam
sungguh ku tak sanggup
Ini terjadi krna ku sangat cinta

Inilah saat terakhirku melihat kamu
Jatuh air mataku menangis pilu
Hanya mampu ucapkan
Selamat jalan kasih

Satu jam saja kutelah bisa cintai kamu;kamu;kamu di hatiku
Namun bagiku melupakanmu butuh waktuku seumur hidup
Satu jam saja kutelah bisa sayangi kam di hatiku
Namun bagiku melupakanmu butuh waktuku seumur hidup




*aku memang minat giler lagu lagu ST12. kena dengan jiwe kot. hari ni aku nak ulang banyak banyak kali. biar pengsan mak cik atie ni. hahaha.




jangan buat kerja bodoh

Diya Edhayaa | 2:12 AM | 2Comments |
hidup mana yang tak ditimpa masalah,
tak kira besar mahupun kecik,
semua orang pun ada problem,
tapi lebih menyesakkan bila problem tu, kita sendiri yang cari,
kita sendiri yang cipta,
sampai menyusahkan diri sendiri.

tersepit dalam dua keadaan,
seksa!
keliru!
buntu!
hati sendiri pun dah tak tahu,
kadang terasa macam buat kerja bodoh,
plizzz!! stop it..
semua dah jelas oke..
JELAS!



ya Allah, bantulah hambaMu ini.. berikanlah petunjuk kepadaku.. sesungguhnya, aku keliru dan rasa tersepit Ya Allah...

:(

Friday, April 15, 2011

lego | bukan hanya kanak-kanak

Diya Edhayaa | 6:02 PM | 3Comments |
kalau ingatlah kan, masa kecik kecik dulu suka sangat main lego. aku rasa semua orang kenal lego kot. kalau tak kenal meyh aku nak bagi tau. lego ni bentuknya petak-petak, pastu boleh cantum jadi satu objek yang lain.  bagi aku lego ni bagus gak untuk perkembangan otak kanak-kanak, sebab dorang boleh berfikir macam mana nak jadikan satu-satu benda tuh.


tapi kali ni, aku bukan nak tunjuk kanak-kanak yang duk main benda ni, tapi yang dah boleh jadi bapak budak mak budak. aku tak mau cerita panjang panjang, tapi aku nak tunjuk sikit, eh! banyak gambar dorang ni duk main benda ni.



owkeyh.. mula mula kita kenal dulu ngan ketua geng lego ni. ahha. dorang ni la duk cetuskan nak buat ciptaan ciptaan kreatif ni. macam tak de kuliah je kan kitorang ni. memang tak de pun. sebab lecturer sibuk, assignment pulak dah tinggal nak edit sikit-sikit je lagi. next week submit. nak balik hostel tak boleh, duk bengkel, apa ada, buatttt...



 yang taiko 1 ni namanya adib. yang taiko 2 kat bawah ni pulak farid. mas jowo dari selangor dan johor.


pastu tengoklah pulak member member aku yang lain ni bersungguh-sungguh buatnya. fokus tuuu...maka terhasillah pelbagai objek kat bawah ni.

ala-ala star cruise.. mungkin!

bus stand sweet.. auw!

ni aku tak taulah ape benda punya kenderaan. yang penting aku tukang amik gambar je. huahuahua.

dinosaur.

helikopter.

ni lagi satu. entahlah ape benda.

kete kebal mungkin..

kincir angin.

yang selalu ada kat airport tu kot.

lori pasir mini.hehehe.

ni spesies lori jugak. blok2 sambungan tuh dah tinggal sisa je, tapi si maru kot sambung sampai jadi lori siput. bedal la lori siput pun.

lori lagikkkk..

ni entah hape benda pun aku tak tau. farid yang buat.


robot

rumah tangga.. eh! hehe.. gurau meyh.

bersenam yuk! 

aku paling suka yang ni. kiut sanggggaaattt!!!maru dengan ada kot yang buat.

yang kecik kecik aje.

rumah pelik.




haa.. tu sikit je aku letak. semua sekali ada 36 buah. kat depan kelas dah macam pameran reka cipta je dah. suka pulak aku tengok. hihihi. dah tengok benda benda ni, mestilah ada model kan. ingat kereta je ke ade model seksi seksi euwwww...







lepas ni aku tak taulah duk bengkel ni lagi ke tak dah. harap harap dapat duk lagi. errmm... ok bai!

-KAMI CIKGU KH-