Tuesday, September 20, 2011

anak-anak abah masuk kampung

Diya Edhayaa | 12:51 AM | 9Comments |
phewww.. berzaman baru nak tulis entry.  kan aku dah kata, aku sebok macam YB.  haha.  sebenarnya sehari je lepas balik cuti raya hari tu, aku pergi berBIG. oh! BIG sebelum ni mungkin bukan program yang memBIG kan badan, tapi kali ni, kebaboom larh aku cakap. hehehe. BIG ni sebenarnya Bina Insan Guru.  kali ni program anak angkat. duk umah keluarga angkat kat Felda Mempaga 1, Bentong, Pahang.



tema BIG sem ni khidmat masyarakat, dan lebih kepada hubungan kita dengan masyarakat.  yelah, nanti kalau dah jadi cekgu betol, duduk dalam komuniti yang macam-macam. kira macam pendedahan awal la.  tapi kali ni BIG memang best.  aku and the gang (tak ramai pon satu rumah, 12 orang je.. hahaha) dapat mak angkat yang namanya Mak Ani bapaknya Pak Ambiah.  haruslah panggil mak dengan abah kan. hehehe.


duduk kat sini, bukan keje makan tido aje yepp.  tapi kami ada program sendiri.  dan yang paling mencabar, tiba-tiba kitorang dapat 1 task - KENA MASAK LEMANG! aku haram tak pernah pun buat menda alah yang boleh kata memang fevret aku larhhh taim raya.  yang aku tau, makan je. hahaha.  masa tu kena cari buluh lemang, daun pisang, pulut, santan.  pastu mak angkat kami masak rendang memang terbaek punyalah..!! perghhh.. lagi satu mak dengan abah ni memang terer masak. siap ada kedai makan euww..


malas nak tulis panjang-panjang, kita layan gambar je la eyhh.  aku ni memang tak boleh berenti kalo dapat menulis.  hahaha.  layan..!!~

DAY 1---> taklimat, pembahagian keluarga angkat, jalan-jalan pusing blok, bincang utk malam kebudayaan

muka-muka tak sabar nak dapat family baru.. ^^,

semangat anak2 Malaysia!

sape brani nak wt style ak..?

abah kami..!

anak sape la ni.. haha

rupa macam budak nak lari pagar sekolah.

ini agenda wajib. huehuehue.

DAY 2 ---> buat program motivasi utk murid Tahun 4 & 5 di SK LKTP Felda Mempaga 1, prepare utk masak lemang, bakar lemang, penilaian lemang masa malamnya *first taim aku rasa lemang jagung yang dak laki bakar.



muka penat balik b'game dengan budak2 sekolah. :)

kami memang suka buat muka hodoh. hik!

encik KU yang sangat rajen. oh! 'abang long' mane..?
 masa malam penilaian tu, sekalilah dengan malam kebudayaan.  course aku kena buat persembahan choral speaking.  memang dasat jugak lah preparation kitorang.  lagi beberapa minit nak perform, baru training.  pape pon, Maru yang jd conductor memang terbaek!! hehe.  nanti aku kenalkan siapakah yang bergelar Maru dalam next entry.  dan yang paling best, kitorang dapat no.1..!! hoyeah.. :D

[ ANAK-ANAK ABAH DAN MAK ]
yaar, quya, diya, yue, farah, ctiey, lyna, gouri, cieda, dylla, dhina, zura



rindu nak pegi sana..!


Friday, September 16, 2011

lawak google

Diya Edhayaa | 7:49 PM | 3Comments |
nak try..? mudah je.  tapi bukan salah aku.  google translate yang translate kn word ni. huhuhu.  tergelak sorang aku haa.  



1- bukak google translate
2- taip perkataan beatles
3- pilih translate from english to malay
4- pastu tengok perkataan yang keluar

=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=


HAHAHAHAHA.. ape daa.. taip nama beatles, keluarnya siti nurhaliza.  apakah persamaan diorang ni ek..? tapi yang aku tau, Datuk Siti Nurhaliza ngan The Beatles ni menjadi pujaan peminat.. :) pastu adalah menjadi kewajipan aku untuk mentranslatekan nama aku pulak.  nak tau ape yang keluar..? jengjengjeng..
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=




EDHAYAA KENCING MANIS! 

hahaha.. aku ni kencing manis.  ape daa.  tapi yang ni translate from turkish to malay.  maknanya, diya dalam bahasa turki ialah KENCING MANIS.. wuwuwuwu~ mintak dijauhkan..


 = ="

P/S : nantikan 3 hapdet from SSH yang tak menang kaki duk berjalan. thehehe :D


Sunday, September 11, 2011

sana sini job lepas raya

Diya Edhayaa | 9:08 AM | 4Comments |
kemaen tajuk. hahaha. banyak gila kerja sekarang ni. aku rasa dalam bulan september ni, agaknya entah berapa kali je la aku masuk kuliah. esaimen lagi. oh tidakkkk...! mari baca jadual hidup aku.



6-8.09.2011 - Bina Insan Guru Fasa Ke-4 (dijalankan di Felda Mempaga 1, Bentong, Pahang)

12.09.2011 - amali fotografi (Cameron Highland, Pahang)

14.09.2011 - Hari Kesihatan Kampus - anjuran BSMM IPG aku (kat kampus je lah)

20-23.09.2011 - perkhemahan bersepadu unit beruniform (kat Tanjung Gosong, Pekan, Pahang)

23-24.09.2011 - Kursus Raid Cross Kebangsaan (ntahla kat mana.. huhu)

hujung bulan September, tak silap aku ada pertandingan debat IPG peringkat kebangsaan kat maktab aku. sekelas pulak jadi urusetia. mungkinlah. fuhyoh! tak berenti makkk cakap haa..  aku harap bulan 10 nanti takde lah sibuk sangat macam ni.  



 Kita menggunakan 17 otot untuk tersenyum dan 43 otot untuk mengerutkan wajah. Jadi, marilah kita senyummmm.. ^____^



Friday, September 9, 2011

tawaran menjadi stalker

Diya Edhayaa | 4:42 PM | 11Comments |
kalau aku kata stalker pun satu pekerjaan, boleh tak..? sebab aku rasa sekarang ni ada je orang nak jadi stalker tegar.  ingatkan blogger je ada blogger tegar. stalker pun ada. jangan tak tau.

lagi sakit hati bila yang jadi stalker tu, kawan baik kepada bekas kekasih.  isu ni, aku sedar masa aku baru je sehari balik bercuti untuk berPBS.  memang hangat jugaklah aku.  aku takde pasal dengan dia, dia sibuk nak stalk aku.  kalau stalk diam-diam je, takpe lah.  ini tak, stalk aku, pastu mengumpat dengan kawan baik dia. tapi takpelah, kau nak bagi pahala free kat aku kan.


aku ni artis ke..? lepas ni aku pun nak jadi artis la. masuk Melodi, kena terjah. baru kau puas hati kan. masa tu, kau tak payahlah nak stalk aku lagi. duduk depan tv, makan cekedis, minum air sirap, pastu tengoklah puas-puas.  


kadang-kadang aku tak faham betul dengan manusia ni.  aku dah takde pasal dengan member dia, dia pulak yang nak lebih-lebih.  lepas tu, tau pulak takot.  tau pulak nak delete komen2 umpatan.  tau pulak nak deactivated fb. hahaha. nampak sangat kau memang buat kan.


begitulah manusia yang kadang-kadang lebih sudu dari kuah. emmm...



cikgu seminggu sebelum cikgu berbulan-bulan

Diya Edhayaa | 7:38 AM | 7Comments |
ping pong pung peng~~ haip2! ketepi.. aku nak hapdet belog yang dah macam sarang tikus.  sebijik haa.  langsung tak hapdet.  bangun pagi ni dengan azam 'aku nak hapdet belog. aku nak hapdet belog. aku nak hapdet belog.' semangat kan aku. hekhekhek

dalam bulan puasa baru ni, aku menjalani tugasan PBS untuk kali terakhir.  lepas ni praktikum la pulak.  hukkkzz~ PBS terakhir ni, aku buat dekat je ngan rumah aku dan aku pun pernah menimba ilmu di sini.  ibarat sirih pulang ke gagang. aicehhh! entah betul ke tidak perumpamaan aku ni. 


sekolah pilihan kali ni SK Temin. 

dulu kecik ketot je beratur kat sini.  sekarang... macam bom pon ade. muehehe.. :P





masa ni pulak kena observe cikgu mengajar Kemahiran Hidup.  actually, ni cikgu sejak zaman aku sekolah kat sini lagi.  kira guru lama lah.  dia mengajar memang best.  aku ingat lagi, masa darjah 5 kitorang kena buat tanaman hiasan.  penuh depan kelas dengan bunga-bungaan. hehe.



kelas 4 Sejahtera yang membantu aku menyelesaikan tugasan PJ. fuh! bulan puasa kena aja PJ.  mujur 30 minit.  kalau sejam, aku tak taulah budak-budak ni.  boleh jadi minum air paip. huhu.  kelas ni ada 35 orang semuanya.  tapi masa hari jumaat tu, tinggal 25 orang je.  ramai kot tak datang, nak raya dah masa tu.




apa yang menariknya, sekolah ni merupakan calon Sekolah Berprestasi Tinggi (SPT). lepas raya ni, dengar khabarnya, memang sibuk bebenorlah warga sekolah.  sekolah ni tak silap aku sekolah terbaik.  tapi yang terbaik tu takkan jadi kalo takde kerjasama antara warga sekolah macam GB, guru kanan, guru, murid, staf sekolah, makcik kantin, pak gad. oh ye! pak gad sekolah ni memang peramah.  siap pandai komen orang lagi.  hatoyai.. = ="