Saturday, September 29, 2012

simpan kemas-kemas

Diya Edhayaa | 1:28 AM | 0Comments |


dalam hidup ini tak semua benda yang kita nak kita akan dapat. kadangkala, apa yang kita nak tu tak sesuai atau tak kena pun dengan kita.  dan kadangkala apa yang kita tak nak itu adalah yang lebih baik untuk diri kita.  semua yang Allah dah aturkan itu sangat cantik sebenarnya.  kita hanya boleh merancang, tapi DIA lah yang menentukan segala-galanya. 



kadangkala, tak perlu pun kita terlalu mengejar sesuatu itu. cukup sekadar bersahaja.  umpama seekor rama-rama.  ketika kita bawa jaring dan berlari mengejarnya, rama-rama akan terbang menjauhi.  namun jika kita tak pedulikannya, rama-rama itu akan terbang mendekati kita.  itulah.  dan sesuatu itu berkemungkinan hanya perlu hidup dalam kenangan.  itulah yang menjadikan diari hidup kita penuh warna-warni.  



biarlah yang lepas itu terus hidup dalam plot hidup kita.  sesuatu yang kadangkala membuatkan kita tersenyum bila teringat kembali.  ah! mungkin bodoh. mungkin juga kelakar. jalanilah hidup yang dipinjamkan oleh Allah s.w.t ini dengan sebaiknya.  kita tak tahu apa yang akan terjadi pada masa hadapan.  semua itu masih lagi rahsia.  setiap manusia itu mempunyai jalan ceritanya sendiri.  



#  simpan rasa yang 4 tahun dahulu itu kemas-kemas dalam balang hati.






Tuesday, September 25, 2012

hidup lepas praktikum

Diya Edhayaa | 8:14 PM | 2Comments |
alhamdulillah.. akhirnya aku kahwin.. eh!! salah2. akhirnya aku dapat jugak menamatkan praktikum aku dengan jayanya selama 2 bulan. setelah bermata panda, makan sama naik dengan RPH dan berat semakin naik, sekarang ni kena teruskan hidup di dalam kampus sebagai seorang pelajar.  


kalau pergi sekolah, bajet2 lah sikit jadi cikgu kannn. haha.. suara tak nak kuat pulak tiap-tiap hari. nasib baik dah selalu training main jerit-jerit ngan member. haha. takde. takde. aku gadis ayu.. cewaaahh! :p


kejap lagi, pukul 12 tengah malam nak gerak pegi Key Ell.. ini bukan kisah dalam lagu Untuk Dia yang ajak-ajak pegi jumpa kat Key Ell. ni kena pegi untuk program Bina Insan Guru kat sekolah kat sana.  kepala aku ni macam-macam fikir ni.  esaimen, amali jahitan, BIG. masa... tolonglah cepat berlalu..!  penat seyhh minggu ni.. 


hujung minggu ni konfem kena say goodbye kat katil, bantal busuk, selimut, beruang, kambing.. eh! aku takde bela kambing. beruang je aku bela 2 ekor buat teman. hikhik!  oh ye, malam ni Yatt Hamzah datang tempat study aku ni. untuk program Talk Show Ini Kisahku.  program berbentuk keagamaan sempena Festival Penghayatan Islam kat sini. haaa.. dah.. cukoppp! cerita pasal praktikum nantilah aku story mory.. buibui!~



senyummm jelahhh walopun keje tengah banyak.. kekeke :D