Saturday, October 27, 2012

bila aku jatuh cinta

Diya Edhayaa | 1:16 AM | 0Comments |








hanya sebuah lagu nyanyian Awi Rafael.






Wednesday, October 24, 2012

puding karamel tanpa telur

Diya Edhayaa | 11:36 AM | 4Comments |
sebelum menghadap nota yang tak sudah-sudah, mari amek mood dengan berblog.  blog sejam, study setengah jam, lepastu zzzzz. hehe. semalam aku sempatlah menyepahkan dapur sekejap demi memenuhi kehendak tekak dan perut.  malam sebelum tu, aku terasa nak makan puding karamel tanpa telur yang macam kitorang buat untuk jamuan hari raya masa praktikum dulu.  dengan sepantas kilat, text kat kak imah, member sepraktikum dulu.




D : kak, nak resepi puding karamel yang kak buat hari tu.
KI : jap ye.. kak nak tanya yani (yani is her coursemate).
D : okey2..



tak lama lepas tu, tutt2.. mesej masuk.  lepas meneliti resepi tu, pening jugak aku mula-mula.  sebab katanya letak air ikut rasa, gula ikut rasa. aku ni dah la tak pandai nak letak2 ikut rasa. nak kena ada sukatan betul. rupanya kak imah kata, 1 bungkus agar-agar tu sama dengan 1  bungkus air jugak. maknanya 1bungkus  sama dengan 7 cawan air *aku sempat sukat semalam*.  maka petang semalam bermulalah episod menyepahkan dapur.



dan petang semalam jugak first time aku masak agar-agar selama hidup 22 tahun ni. biasanya aku tolong mak kacau2 dalam periuk, tuang dalam bekas je.  kalau benda yang aku tak biasa masak tu, memang terjerit-jerit la dari dapur duk tanya kat mak.  " mak, gula berapa cawan?" " mak, air ni eloknya letak berapa cawan?" nasib baik rumah kecik je.  



dan tengah malam semalam aku dah tak sabor2 nak makan, bukak peti, potong2, bagi mak rasa.  mak kata okeyla.. hehe.. aku pun habis jugak 2 slice walaupun mata dah tak berapa nak celik. huhu.


gula hangus yang tak berapa smooth.  tak tahan panas. aku kan puteri lilin. :p


sebahagian dah masuk perut.




alhamdulillah, not bad la untuk first try kan *masuk bakul*.  masa aku nak masak air untuk masak agar-agar, aku guna sukatan 9 cawan ikut sukatan mak aku.  kira menderhaka jugaklah kalau ikut resepi kak imah.  lepas tu, masuk peti 2 jam je dah dikeluarkan sebab tekak dah tak sabar-sabar nak rasa.  mujur tak lembik, okey-okey je puding tu. heee.  kat bawah ni nak buat sharing is caring laa..



gula hangus:
1 cawan gula
2 sudu besar air

- cairkan gula guna api sederhana.  agak-agak gula dah betul-betul nak cair, masukkan air.  masa ni hati-hati ye, nanti dia pop-pop.. hehe. tutup api, tuangkan dalam bekas, biarkan gula tu keras..


puding:
1 bungkus agar-agar (aku guna yang strip tu)
7-9 cawan air (aku guna 9 cawan air)
2 cawan gula
1 tin susu cair
sedikit esen vanila (tapi semalam aku lupa letak. haha! )

- masukkan air dan agar-agar dalam periuk.  agak-agak agar-agar dah cair, masukkan gula.  gula ikut sukatan aku ni tak berapa manis.  rasa sikit-sikit je sebab aku bukan yang jenis suka manis sangat.  then, masukkan susu cair dengan esen vanila.  masak hingga mendidih. lepas tu tuang dalam bekas yang dah isi gula hangus tadi.  sejukkan dan masukkan dalam peti ais.  kalau nak elok, simpan la lama-lama sikit bagi gula tu tak tinggal sisa dalam bekas.  tapi aku derhaka, 2 jam je dah lingkupkan nak makan. haha.  



selamat mencuba okeyh! and credit to Yani dan Kak Imah yang sudi kongsi resepi ni.  tenkiusss~  :)






Tuesday, October 23, 2012

rezeki anak-anak

Diya Edhayaa | 11:25 PM | 2Comments |
khamis minggu lepas, blok kediaman aku buat jamuan.  tema jamuan kali ni hitam + pink.  ikut warna baju blok.  dan pink pun memang identiti blok kediaman aku lah.  awal-awal dah warning jangan pakai baju blok. haha.  aku memang malas gilerrr masa tuh, sarung je t-shirt itam, seluar warna cream, syria pink.  memang pemalas tahap tak tau nak cakap apa lah kan.  faktor usia agaknya. wahaha!




sebelum acara makan-makan yang memang menjadi benda yang paling ditunggu-tunggu, ada cabutan bertuah.  aku tak pasti hamper yang disediakan tu ada 5 ke 6.  bila tengok orang duk cabut2 nombor, memang macam tipislah harapan nak dapat kan. rumate aku cakap " harap2 la dapat bilik kita. "  aku pulak kata "  macam taaaakkk je la nak dapat kan. haha "  



sekali, dorang sebut 224! eh! tu nombor bilik aku.  memang tak pasal-pasal melompat lah dengan rumate aku. hahaha.  boleh pulak dapat.




nilah orang dulu-dulu kata , rezeki anak-anak. haa ye! rezeki anak kucing yang selalu melepak jadi orang ketiga dalam kehidupan aku dengan cik rumate.  





tapi aku tak rasa pulak dia ni masih berstatus "anak kucing".  besar kemain da badan dia.  mula-mula duk datang bilik aku dulu, tak lah besorrr macam ni. haih...



#  rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. hik! :)






Monday, October 22, 2012

bicara tentang kesetiaan

Diya Edhayaa | 3:38 PM | 4Comments |
title tak mau gempak pulak aku ni kan. puiii~ haha.  dah macam orang nak buat tagline untuk novel je.  mungkin lepas ni aku kena rujuk dengan Liyana Zahim  untuk menghasilkan novel yang kebaboom. hehe.  


kesetiaan ni meluas tahu.  luas seperti peta dunia. gituu~  macam kesetiaan seekor kucing dengan tuannya.  walaupun aku dah tak tahu apa nasib  si Tompok, kucing angkut aku dari hostel, tapi aku masih " memelihara " kucing-kucing di hostel.  


tapi daripada pemerhatian aku beberapa minggu yang lepas, Tompok dah semakin sihat di bawah jagaan pak cik aku.  siap ada kawan baik lagi dan kucing jahat pun tak berani nak jejak  halaman rumah pak cik aku.  pelik.  dari mana keberanian Tompok tu ye.  padahal masa duduk hostel, lemah longlai je aku tengok.  mujur tak lemah lembut. heh.



tapi baru ni ada seekor lagi penemuan baru aku.  si kucing betina bertompok-tompok fizikalnya macam Tompok jugak.  aku namakan dia, Kambing atau nama manjanya Bing-Bing.  suara dia tak payah cakaplah. bising bebenorrr!  asal jumpa si Hitam (peliharaan aku jugak), mula nak mengiau-ngiau.  padahal lain jantina dah tu. walawei.





itulah si Bing-Bing.  alkisahnya, ada satu malam tu aku nak pegi bilik junior Tesl, nak pinjam kamus  untuk guna kot-kot taim kelas terjemahan esoknya.  maklumlah, kamus aku dah terbang tak tahu ke mana. huhu.  bilik junior ni pun selang satu blok dengan aku.  nak sampai blok dia ni kena redah hutan, lalu lembah sungai, daki gunung eh aku tipu je.  sebenarnya kena naik beberapa anak tangga dan meredah kegelapan malam. *tengok gambar pun tahu dah gelap kan*.



bing-bing ni ikut je aku.  aku agak dia akan stop kat tangga.  tapi tak, dia follow aku sampai naik blok junior tu.  redah segala air hujan yang penuh kat koridor.  sampai je bilik junior tu kat aras 4, dia nak masuk bilik.  hilang akal apa nak bawak dia masuk sekali.  aku pun tinggal je la dia kat luar.  dia tunggu sampai aku abes bukak kedai kopi ngan junior tu.  pastu dia ikut pulak aku pegi jumpa abah aku.  pandai dia, tak nak kena basah, duduk bawah susur gajah tunggu aku.



then, dia follow aku balik blok aku semula.  punyalah setia ikut aku.  tak sangka jugak aku dengan si Bing-bing ni.  sebab kalau si Tam-Tam, dia ikut aku sekerat jalan je. padahal muka dia la yang selalu menempek kat depan bilik aku.  macam aku share bilik ngan dia pulak. huhu



#  long distance relationship is not gonna work out without : Love, Loyalty and Trust



Saturday, October 20, 2012

exam

Diya Edhayaa | 10:32 AM | 4Comments |


study week dah bermula.  boleh je balik pun, tapi aku masih di sini.  nak kemas bilik dulu, lepas tu baru fokus pada study.  exam mula pada 29 Oktober, betul2 Isnin lepas balik cuti Hari Raya Haji.  warggghhh! sangat mencabar untuk study kat rumah.  lepas tu stay kat sini seminggu.  5 November last payyyperrr.  oh! tak sabarnya rasa.


# tinggal setahun lagi sebelum melangkah ke alam perguruan sebenar.  moga Allah permudahkan segalanya.



Wednesday, October 17, 2012

kegilaan terbaru

Diya Edhayaa | 3:29 PM | 3Comments |
di saat-saat exam semakin menghampiri, aku masih lagi hidup bersenang lenang.  seminggu ni, kelas ada takde ada takde.  betapa tegarnya aku dengan kegilaan baru aku ni, lepas subuh dah tak tidur.  study? ah tidak sama sekali.  malam pun tidur depan lapy.  study? ah notes baru ada beberapa baris ayat.  rupanya aku baru tau penangan drama Korea terhadap hidup gadis-gadis sweet seperti aku.  drama Korea dah jadi kegilaan terbaru aku. ahahaha..




aku masih bertatih.  belajar tengok pun cerita yang dah lama, You're Beautiful.  kalau tak salah junior aku, cerita tu masa dia Form 5.  aku masa tuh dah 19 la kiranya.  sekarang ni umur aku dah 44 bahagi 2.  pffttttt~





see, siap tanya orang cerita apa yang best. maka berduyun-duyun lah awexs sweet seperti aku suggest macam-macam cerita.  dan bila dah tengok tu baru aku sedar yang aku ni sengih sorang-sorang, gelak comel sorang-sorang.  lepas ni kalau aku jadi sweet, comel2, kulit flawless macam gadis korea, jangan tanya kenapa.  pastu tetiba aku duk berbahasa basahan ada campur korea sikit, jangan tanya kenapa. huahuahua




aku tetiba jatuh cinta ngan Jang Geun Suk ni.


aku sekarang ni dapat satu kegilaan juga.  tapi rasa macam dah lama juga kegilaan aku ni.  aku suka betul dengan drama/novel yang watak lelaki tu arrogant but sweet.  macam dalam novel Love You, Mr. Arrogant. hehehe.  



# aku nak sambung cerita korea aku. bai~




Tuesday, October 9, 2012

KFC Zinger Double Down

Diya Edhayaa | 1:52 PM | 11Comments |
buat basah tekak di petang hari.  krushers oreo.


krushers dan zinger double down yang ohsemmm!


makan sekali, nak lagi..


KFC Zinger Double Down sangat mengenyangkan! kalau makan masa lapar menguasai perut, konfem boleh habis dalam masa yang singkat.  ianya isi ayam yang diapit dengan bukan roti, tetapi isi ayam juga! dan ada mayonis + cheese yang rasa sama seperti cheese pada cheezy wedges.  dapatkan KFC Zinger Double Down pada harga serendah RM8.40. kekenyangan berganda!




Monday, October 8, 2012

Goodbye Sayang...

Diya Edhayaa | 2:16 PM | 0Comments |
errr.. tak usah nak merdeka sangatlah kan. exam belum lagi.  tapi sebenarnya aku dah merdeka dari musim esaimen.  tadi dah selamat hantar esaimen yang terakhir  untuk subjek major paper 2.  esaimen yang subjek ni kira macam esaimen berkembar, sebab ada dua task dalam satu subjek. yang first tu dah hantar jumaat minggu lepas, just esaimen biasa.  yang kedua ni pulak kena buat kamus.  mujurlah buat secara partner, kalau sorang-sorang mau pengsan jugak aku. hehe. ni pun buat sikit-sikit masa cuti raya hari tu.  




semester ni kalau kira subjek, ambil 3 subjek je.  memang dah ditetapkan oleh pihak IPG sendiri.  student tak payah kalut2 nak daftar subjek.  tapi ketiga-tiga subjek ni agak mencabar jugaklah bagi aku.  yelah, third year degree student.  tinggal setahun lebih je lagi nak menghabiskan sisa-sisa hidup kat Lipis ni. *mohon dipermudahkan segala urusan selama setahun itu*.  hari tu sibuk dengan jahit-menjahit bagi subjek RBT. kena buat amali jahitan kelim.  humakaih! tangan dah lerr keras. hoho.




itu amali jahitan.  percentage markah kat amali agak tinggi.  aku jahit yang termampu je la. nak buat lawa2, tak pandai. hehe.  masa tu kena hantar seminggu lepas praktikum.  bergegorrr jugak jiwa nak siapkan.  sambil baring, sambil menjahit. LOL




yang nilah esaimen yang baru je selamat sampai kat tangan pensyarah BM.  berpinar jugaklah nak menaipnya. total pages kalau tak salah aku 100++.  bolehlah nak feeling2 buat Kajian Tindakan.  tapi Kajian Tindakan itu lagi HEBAT. oh! kena lalui jugak tahun depan demi segulung Ijazah Sarjana Muda Perguruan. :)  ni kulit depan.  aku yang design.  simple.  totally esaimen semester ni buat secara grouping.  trimas banyak2 kat member2 segrup aku (Atie, Rossa dan Bell) yang  bertungkus lumus siang malam.  yang penting, musim esaimen dah tamat. yabedabeduuuu! merdeka!  lepas ni boleh tumpu untuk study for final exam. errr.. =p  kan nak dapat APC.  *mimpi jelah kau bila pointer dah naik ke 3.85 untuk membolehkan kau sambar APC lagi*




#  tadi ada urine test di IPG.  alhamdulillah, tak sangkut. :)






Tuesday, October 2, 2012

Explorace Cikgu-Cikgu BM

Diya Edhayaa | 3:36 PM | 2Comments |
assalamualaikum sahabat blogger n viewer sekalian.. :)



disebabkan kelas RBT petang ni batal, aku pun meringan-ringankan tangan untuk update entry. hehe.  sejak naik sem 6 ni, kitorang belajar 3 subjek je.  2 paper major dan 1 paper elektif - RBT. lepas je kelas RBT tadi kitorang bergegas untuk pegi aktiviti GERKO.  GERKO sem 6 ni persatuan mengikut jabatan masing-masing.


pada aku aktiviti yang dijalankan oleh persatuan ni sangat membantu aku sebagai seorang cikgu.  masa praktikum hari tu pihak sekolah suruh handle aktiviti Persatuan Bahasa Melayu.  masa tu memang rewind balik la ape2 aktiviti yang pernah persatuan buat kat IPG. aku pun buat Regu Simpulan Bahasa. hehe.



okeyyy.. berbalik kepada cerita yang aku nak cerita tadi.  hari ni Persatuan BM buat aktiviti EXPLORACE. phewww. penat seyhh berlari-lari keliling IPG. takde la keliling sangat pun.  tapi kira penat la kan sebab ke hulu ke hilir pegi checkpoint2. hehe. checkpoint pertama kitorang dekat astaka. maka berlari-larilah aku dengan ahli kumpulan 3 (Maru, Din, Quya n Syida). hehe.  lepas satu, satu checkpoint kitorang redah. masa checkpoint dekat pantun teka-teki, merapu jugak jawapan kitorang bagi. hehe. ikut logik. kihkih! 


pada setiap checkpoint tu pun dah ade kepingan puzzle. so, bila sampai kat C5, just lengkapkan je.  gambar-gambar yang kena lengkapkan tu terdiri daripada tokoh Bahasa Melayu.  panjang pulak cerita aku.  meyh kita layan gambar la pulak. hewhew~


briefing sebelum explorace.

mula bergerak ke checkpoint.

peace yaww.. -kami cikgu BM!-

cari takpe, curi jangan. hehe

jawab teka-teki. phewww~

checkpoint terakhir.


keputusannya.......... kumpulan aku menang. hehe.  kat sini aku nak jemput jugak korang singgah blog persatuan aku : http://depsaafzan.blogspot.com/.  untung2 boleh bertukar idea. hehe. setakat daripada awal semester hari tu, banyak jugaklah aktiviti yang kitorang dah buat.  boleh la kalau nak tengok-tengok aktiviti2 yang ada.  till da next entry. cincauuu~





Monday, October 1, 2012

change your mood

Diya Edhayaa | 6:09 PM | 0Comments |


a single comment..
a single message..
can change mood completely.. even we're just friend..
thanx friend! :)