Tuesday, December 27, 2011

6 cara melupakan 'si dia'

Diya Edhayaa | 3:52 PM | 9Comments |
     Lama dah aku peram entry ni. pemalas nak update.  dan semalam ada satu benda yang buat aku berkali-kali gosok mata bila bukak FB. ni baru ada hati nak update entry ni. pasal ex atau bekas kekasih. 




DELETE NO. HENFON
Aku yakin yang sekarang ni sebilangan besar pasangan kekasih contact awek/pakwe guna henfon. Kalau zaman mak ayah kita dulu, mana nak datangnya henfon.  Masa tu, duduk tepi tangga, tunggu abang posmen hantar surat.  Amboi.. buka-buka je surat, kemain lagi wangi.  Letak bedak sebotol rupanya.  Eh! Aku nak cakap pasal nombor henfon tadi.  Bila dah putus, tak payah la duk simpan-simpan lagi no henfon ex korang tu.  Kot-kot nanti tergatal tangan tertekan nombor dorang.  Kalau dia jawab baik-baik okey la jugak.  Kang kalau kena cakap terhegeh-hegeh, kan dah malu sendiri.  Orang dah tak mahu, nak tunggu lagi ke?


JANGAN JADI STALKER
Part ni bagi kekasih yang ada akaun laman sosial.  Contoh senang aku bagi, Facebook.  Budak zaman sekarang, baru sekolah rendah pun dah ada Facebook.  Maju tak maju dunia sekarang.  Bila dah ada Facebook, kalau couple selalunya status tu mesti buat ‘in a relationship’ or ‘engaged’ or ‘married’.  Bila putus, naik la status ‘single’. Hari ni ex korang putus ngan korang.  Esok, lusa, minggu depan, bulan depan blablabla, dia dengan orang lain pulak.   Kalau korang dah memang takde perasaan kat dia, takpe lah nak stalk pun.  Tapi kalau masih ada hati, tengok pulak camtu duk sayang2, baby2, ailapyu, yulapmi, lap tingkap, lap pinggan, tak ke makan hati? Jadi lebih elok, block je dia dari akaun korang.  Part ni bagi yang suka jadi stalker la dan tak dapat terima kenyataan yang dia bukan lagi pasangan korang.




BARANG KENANGAN
Selalu aku tengok kalau masa cintan-cintun, orang selalu dapat gift yang macam-macam.  Fuuhhh! Best jugak kan.  Dapat teddy bear besar orang, dapat baju cantik-cantik, dapat tali leher, dapat jam tangan, dapat blablabla.. yang boleh simpan buat kenangan.  Ada sesetengah orang, dia takde masalah dengan gift yang ex bagi zaman bercinta dulu.  Tapi ada sesetengah orang lagi, dia memang bermasalah dengan benda tu.  Ibaratnya, tengok teddy bear pun nampak muka ex. Jadi, aku ada 2 cara camne nak setelkan masalah ni.  Pertama, simpan je barang-barang tu dalam kotak.  Kedua, bagi orang lain. Kesian wey kat ex korang penat-penat berhabis beli sesuatu untuk korang, korang pegi bakar.  Lebih baik korang bagi je kat orang lain yang korang tak boleh nampak lagi barang tu.




BERFIKIR SECARA RASIONAL
Kita ada otak, ada akal, boleh berfikir.  Kita fikirlah elok-elok.  Memang masa lepas putus, kita rasa macam ‘aku sayang dia lagi.  Kenapa dia buat macam ni kat aku’.. ‘ dia banganglah! Aku yang cinta kat dia ni, dia tak nampak lagi ke?’.  Aku tau, ramai yang susah untuk lupakan bekas kekasih.  Tak mungkinlah pukul 9 pagi ni putus, pukul 9 malam dah okey.  Dah tak ingat sikit pun kat si dia.  Lagi2 pempuan. Melainkan korang pegi hantuk kepala kat dinding.  Hilang ingatan.  Janganlah sekali-kali buat macam tu.  Cuba berfikir secara rasional.  Dah bukan dia tu jodoh korang.  Jadi, tak payahlah nak meroyan sangat.  InsyaAllah, kita akan dapat yang lebih baik dari tu.


TAK PERLU DETEKTIF CONAN
sebut pasal detektif ni, ada jugak yang jenis dia tak nak tengok. tapi dia ada kaki report *zaman sekolah panggil kaki retort - apparatus dalam science lab*. kepada kawan yang nak jadi detektif tapi tak dapat, tak payah la nak jadi penyampai berita mutakhir.  dari kawan kau tak panas hati, boleh jadi panas hati tahap takat didih air.  dari nak lupakan, boleh jadi mengata pulak, memaki-hamunkan orang tu.




SIBUKKAN DIRI
yes! sibukkan diri merupakan satu jalan yang aku rasa perlu untuk lupakan si dia.  bila dah sibuk, nak ingatkan benda2 yang tak penting pun takde masa tahu!




dah, tu je aku nak membebel. haha. aku dah sasau ni, minggu depan nak balik kampus.  dengan semester baru, azam baru, hidup baru, dunia pendidik yang baru, pakwe baru. eh! pakwe baru tak ada. hahaha. 





Sunday, December 18, 2011

jom shopping di Neesa Anisya!

Diya Edhayaa | 9:45 AM | 1Comments |
Assalamualaikum dan selamat hari Ahad..! seronok betul kan bila tiba hujung minggu ni.  Bagi yang bekerja, cuti hujung minggu dimanfaatkan sepenuhnya bersama keluarga.  Ehem2. Tak ketinggalan student macam aku.  Nasib baik cuti semester masih berbaki 2 minggu.


Hari ni aku nak bawak korang shopping.  Opppsss! Tak payah capai kunci kereta/motor, tak payah susah-susah nak pegi start enjin kereta semua tu.  Korang just duduk depan laptop, online dan buka Facebook.  Mudah je kan?  Apa yang mesti ada, fulusss atau bahasa mudahnya duit.  Ada duit, bab-bab shopping ni jalan je.  Okey, aku nak kenalkan korang dengan Neesa Anisya.  Err.. maksud aku, shopping kat Neesa Anisya.



Perempuan ni kalau baju dah banyak mana pun, tetap kata sikit lagi.  Nak-nak lagi yang jenis hari-hari pakai baju kurung, baju kebaya untuk pergi kerja/belajar.  Mesti nak tukar-tukar kan.  Maknanya, kalau dalam seminggu atau sebulan takkan pakai baju yang sama.  Dan ada juga yang  rotate baju lepas berbulan-bulan camtu.  Jadinya, nak buat baju ni, nak kena beli kain, pegi tempah then baru siap.  Apa kata korang usha je baju-baju ready made kat Neesa Anisya ni. 


KURUNG MODEN






KURUNG MODEN SULAM


 KEBAYA




Cantik-cantik baju Neesa ni jual.  Oh ya! Bukan setakat baju yang dijualnya, tapi ada shawl dan tudung juga.  Punnnnn cantikkkkk!!!  Dah ada baju, nak tudung yang match ngan warna baju jugak.

TUDUNG





 SHAWL
nama shawl ni shawl bunga2 cinta.  coommeeyyy!


Ehem2.  Kalau nak usha lebih lagi, bolehlah klik Neesa Anisya di Facebook.  Jangan risau bab harga baju @ tudung yang dia jual, sebab harga memang berpatutan.  Lagi-lagi baju, memang tiada caj untuk postage.  Selamat  shopping!


#  SEKARANG TENGAH ADA YEAR END SALE DI NEESA ANISYA..!!!



Friday, December 16, 2011

syukur padaMu ya Allah

Diya Edhayaa | 5:58 PM | 4Comments |


assalamualaikum semua blogger dan sape-sape je la yang sedang blogwalking mahupun sedang membaca blog aku ni.  terima kasih sangat-sangat sebab sudi singgah kat blog aku ni.  blog yang tak seberapa. :) 


keputusan peperiksaan semester lepas dah pun keluar ahad baru ni.  alhamdulillah, result pun tak teruk sangat dan tak tinggi sangat.  walaupun tak dapat nak kekalkan result 2 semester sebelum ni, tapi aku dah bersyukur sangat-sangat.  sebab? ada 2 sebab.  



pertama, sebabnya aku lepas dari 'paras berjaga-jaga'.  macam banjir pulak kan.  hehe.  kedua, walaupun tak dapat result yang aku nak, tapi sekurang-kurangnya, tak kena repeat paper.  biasalah, kita kena ada target sendiri.  ikutlah apa orang nak kata.  lagipun itu usaha kita.  kita tau kita setakat mana. 



dah, tak nak bebel panjang-panjang.  nanti aku duk teringatkan 1 subjek yang membuatkan aku berfikir tengah-tengah malam.  haishhh..  :)



# pinjam ayat junior aku :  orang yang bijak dalam akademik, belum tentu bijak dalam kehidupan.




Saturday, December 10, 2011

perginya seorang pendidik ='(

Diya Edhayaa | 6:29 PM | 2Comments |
belum pun mata dibuka untuk melihat dunia pagi tadi, suara seorang ibu dah kedengaran.  


Emak:  adik, cikgu awak kat TAHAP  meninggal malam tadi.  

Aku:  cikgu mane, mak? (terjaga dari tidur)

Emak:  cikgu Awi, yang selalu jadi dj kat tempat orang kawen tu. 


Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. hari ini, perginya seorang pendidik. menurut sumber yang aku dengar, arwah cikgu meninggal akibat serangan jantung. dan daripada komen-komen kawan arwah, semasa hayatnya, beliau seorang yang ceria, mudah bergaul dan sering membantu rakan semasa dalam kesusahan.  


masa sekolah menengah dulu, seingat aku tak pernah belajar dengan arwah cikgu ni.  mungkin kalau ada pun, dia masuk untuk gantikan guru yang tiada di sekolah.  tapi walaupun dia tak mengajar, dia tetap cikgu kita jugak kan.  


walau apapun, semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.  dari Allah kita datang dan kepadaNya juga kita kembali. al-Fatihah.


< kredit to FB Jerantut Kg Ku >



Friday, December 9, 2011

Jom Sertai 'Bloglist' Ahsfantasy24 2012

Diya Edhayaa | 9:48 PM | 0Comments |
assalamualaikum dan selamat malam.





nampak tak? so, kalau rasa nak berada dalam bloglist ahsfantasy24.com dan selalu diterjah pemilik blog itu,  bolehlah ringan-ringankan tangan taip entry.  tak kisahlah ringkas ataupun panjang, then pegi hantar link kat blog Cik Ahsfantasy ni.  mudah je kan?  


#  dengan adanya entry ini pun dah boleh jadi update kat blog sendiri.

(^_^)



Wednesday, December 7, 2011

Contest " I Love Flower " by Hazanis

Diya Edhayaa | 11:30 PM | 16Comments |
ehem2. rozita che wan tagged aku dalam entry contest yang beliau join. ehehe. sejak bila rozita che wan ade blog ni...? etceli, cik rozita aka roro tag aku join contest " I Love Flower " by Hazanis.  wahhhh!! sangat comel la tuan empunya contest ni.  lepas je kena tag tadi, terus selongkar folder yang ada kat dalam lapy.  nak kata banyak gambar dengan bunga, tak jugak. tapi ada la. hehe.







sebab Hazanis ni kata contest ni nama I Love Flower, mestilah nak bergambau ngan bunga kan.  walaupun syarat dia ada kata, tak gambau ngan bunga pun takpe.  tapi aku ni spesies tak lah pandai sangat posing.  bolehlah nak buat penuh album je.  hehe.  meyh2 tengok gambar yang dipertaruhkan untuk contest ni.



yang first ni, masa amali fotografi kat Cameron Highland.  bunga apa jangan tanya.  diya tak tau bunga ni nama apa.  hehehe.



yang kedua ni pulak kat kampus.  bosan-bosan takde kelas, pegi duk snap gambar ngan member.  bunga ixora ke jenjarum ke jejarum.  hah! camtulah lebih kurang nama dia.  I LOVE IXORA.






yang ketiga ni masa kat Taman KLCC.  orang tengah exam, memang camni. huhu



ehehe.  melebih-lebih pulak aku letak kan.  cukuplah 3 gambar ni je.  nanti Hazanis bagi Diya menang eyh.  :p  sape-sape nak join boleh klik je banner tu.  hah! p la tengok syarat nak join contest ni.  ada contest, ada hadiah. ^^,  eh2!! nak kena tag blogger lain.  diya nak boom Kieranaa - Moon - Yana Nana Sakura


Good Luck..!!!






i hate u!

Diya Edhayaa | 1:50 AM | 5Comments |



*hanya hasil editan yang entahapeape*


Friday, December 2, 2011

surat dari Jenab untuk Leman (part 2)

Diya Edhayaa | 4:14 PM | 2Comments |
No 88, Jalan Pisang,
Kampung Bunga Kantan,
88888 Bandar Jintan Manis,
Pahang Darul Makmur.

2 Disember  2011.


Menemui kandaku Leman yang jauh di sana. dinda rasa intro warkah ini tak perlulah terlalu panjang.  almaklumlah, dinda bimbang juga kalau kanda baru sahaja membaca intro, tapi dah tak mahu membaca yang lain.  sedangkan apa yang ingin dinda katakan ada dalam perenggan seterusnya. 


Kanda Leman,

sebelum itu, maafkan dinda kerana lambat mengutus warkah ke-2 buat kanda.  bukan apa, dinda sedikit sibuk dengan aktiviti harian dinda. ujian kelas memasak, ujian kelas menjahit, ujian mencuri hati mak mentua. eh! yang ini dinda bergurau saja.  sebenarnya, dalam warkah ini, dinda tak mahu merapu-rapu lagi merepek-repek.  dinda ni bukanlah pandai sangat membuat kerepek, tapi kalau makan kerepek, memang dindalah orangnya. 


begini kanda.  lebih sebulan dinda mendiamkan diri dari berhubung dengan kanda.  bukanlah niat di hati dinda untuk membenci kanda.  tetapi dinda tak mahu dinda menjadi punca kepada pergaduhan kanda dengan kekasih baru kanda. eh!  kekasih kanda. dinda lihat kanda semakin bahagia dengan kekasih kanda.  oh ye! lawa juga kekasih kanda.  persis Maya Karin gitewww.



Kanda Leman,

dinda yakin kawan-kawan kanda pasti ada yang merasakan apa yang dinda katakan di laman muka buku itu mungkin ditujukan buat kanda.  tapi malang sekali, tidak semua yang dinda katakan itu merujuk kepada kanda.  dinda tak nafikan, mulanya dinda memang sasau.  payau terasa hidup ini.  tapi dinda yakin, mungkin dinda bukanlah tulang rusuk kanda yang hilang itu.  



Ingin juga dinda nyatakan beberapa ungkapan yang dinda rasa sesuai buat kanda:

-  Dari Abi Hurairah RA bahwa Rasulullah SAW bersabda,”Wanita itu dinikahi karena empat hal : karena agamanya, nasabnya, hartanya, dan kecantikannya. Perhatikanlah agamanya, maka kamu akan selamat.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).


- Sabda Rasulullah SAW, maksudnya; " Berhati-hatilah kamu berpesan (mendidik) terhadap wanita, kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk bengkok.  Kalau kamu berkasar (paksaan) dalam mendidik mereka pasti akan patah.  Sebaliknya jika kamu biarkan (tidak mendidik), mereka akan terus bengkok.  Kerana itu didiklah mereka secara lemah-lembut..." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).


- Sabda Nabi SAW, maksudnya: " Tidak berkhalwat (berdua-duaan di tempat sunyi) oleh seorang lelaki dengan seorang perempuan melainkan syaitan menjadi orang ketiga." (Riwayat Ahmad)


* dari buku Ciri-ciri Wanita Yang Membawa Ke Syurga*


dinda juga berharap agar kanda menjaga gadis itu sebaik-baiknya. sebelum mengakhiri warkah ini, izinkan dinda memohon ampun dan maaf dari kanda andai selama ini dinda ada menyakitkan hati kanda.  biarpun kita jarang berbicara, tapi dinda tetap menganggap kanda sebagai rakan kepada dinda.sekian sahaja warkah terakhir ini.  




warkah berlagu pilu,
                                                                                                                        JeNaB
.................................



:: tiada kaitan antara yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia ::