Monday, October 31, 2011

Guys Facts vs Girls Facts

Diya Edhayaa | 11:54 AM | 4Comments |

Sunday, October 30, 2011

merapu tengah malam

Diya Edhayaa | 1:45 AM | 4Comments |
padan muka.  tengah malam pun tak reti-reti nak tido.  
duk merayau tak tentu hala kat dunia maya.  
bantal busuk ke, tedy bear ke, letak tepi.
aku sebok nak menekan keyboard laptop.
tah benda hape aku nak taip pun aku tak tau.
hahaha.
yang aku tau, esok nak balik kampus da.
malasnya.
tinggal 11 hari lagi nak final exam.
5 paper nak menggoreng.
nanti boleh la tengok camne hidup aku tak keruan bila exam.
lagi tak normal.
hek hek hek.
tetiba aku rasa nak tido pulak.
kan aku kata aku merapu je.
sape suruh ikut aku merapu.
hehehehehe.
gudnite eberibadi.
i nak tido dulu.
mimpi indah yaww!~




Thursday, October 27, 2011

kompilasi dari hati

Diya Edhayaa | 6:58 PM | 4Comments |

di sisimu aku terdiam seribu bahasa

di hatiku bergetar sejuta rasa
namun sukar untuk aku
meluahkan ku cinta padamu
[ HATIMU MILIKKU ]

haruskah ku bilang cinta
hati senang namun bimbang
ada cemburu juga rindu
ku tetap menunggu
[ KU MENUNGGU ]

ku berharap tulus cinta ini
akan jadi kenyataan dalam hidupku
bukan hanya mimpi dalam tidurku
semoga Tuhan mendengar doaku
untuk cinta ini
[ SESUATU YANG BERBEZA ]

banyak persoalan yang berada di minda
banyak kata tanya dan juga kata kerja
otak kata jangan
hati pula kata ya
hidup tak menentu adakah ini cinta
[ CINTA MUKA BUKU ]

saat ku tau kau akan pergi jauh
izinkan aku tuk slalu menantimu
untuk katakan
ku ingin dirimu
[ PERCAYA PADAKU ]

apa kau mengerti ku sedih sendiri
tanpa ada kamu ku merasa sepi
tlah lama ku menantimu
diam sendiri menunggu
setengah hati mencinta
ku sakit karenamu
[ CINTA DAN BENCI ]

nevermind, i'll find someone like you
i wish nothing but the best for you, too
dont forget me, i begged, 
i remembered you said
sometimes it lasts in love but
sometimes it hurts instead..
[ SOMEONE LIKE YOU ]



He’s my Dilemma, 
One half of me wants ya, 
And the other half wants to forget.
[ MY DILEMMA ]




Wednesday, October 26, 2011

Nine | Makwe Koi

Diya Edhayaa | 1:25 PM | 10Comments |
mood : aku sayang negeri aku.  hehehe.  semalam aku duk dengar lagu yang membuatkan air-mata-meleleh.  entah hape-hape pun ada.  dengar lagu, sibuk je air mata turun laju-laju macam hujan lebat nak banjir tak berhenti-henti.  tetiba feeling watak yang ada dalam lagu.  ahahaha.  terok gile!  tapi pagi tadi, aku duk melayan satu lagu ni.  tajuknya, Makwe Koi.  pahang translation : Makwe Saya.



lagu ni dalam loghat Temerloh.  tapi, semangat pahang tu kan ada.  walaupun daerah yang berbeza.  aku ni kalau cakap dengan member, macam-macam dialek keluar.  negeri sembilan ada, kelantan ada, ganu ada, utara ada.  mesra kan.  tapi, lintang-pukang jugak aku bercakap.  kuikuikui.  eh! jauh benor aku menyimpang.  aku nak share lirik lagu Makwe Koi tadi.  jum layan...!!~


..:: LIRIK MAKWE KOI ::..

Alkisoh bemula ceghite
Seingat kawan peghentan deghejoh lime
Ati koi berkenan dekat anok daghe
Wei anok tok lebei namenye Nine

Makwe koi

Pukui satu abih sekoloh
Tok lengoh-lengoh teghuih balek ghumoh
Teghuih pegi mandi lepaih ter kene ngaji
Sura nempuh rumohnye buoh hati

Makwe koi

Nine Nine Nine
Nine Nine Nine

Nine Nine ni makwe koi
Suke sangat kome beloh petang
Main konda kondi ande yg main tayang
Keknye kawan kecor main pondok pondok
Nine jadi emok koi jadi bapok

Makwe koi

Jenuh bertughut baghu nok balek
Buat tok cakne sebak tengoh ghalik
Bedeghui ke sungei teghejun ghamei ghamei
Nine pulok cuok mandi becedok

Makwe koi

Memang banyok kenangan manih
Ceghita hei kampung tak mboh habih
Bekubang dalam paye kendughi kendaghe
Koner je koi pegi
Nine sokmo ande

Makwe koi

Ndok tak ndok bepisoh jugek
Koi caghi ilmu nun di bando sane
Kala luluih tinggi masuk universiti
Ceghohlah mase depan Nine suke ati

Nine Nine Nine
Nine Nine Nine

Nine Nine ni makwe koi
Nine di kampung blajo bagei gaya
Temasuk memasok menjait megheka
Bekei mase depan kala jodoh ande
Mintok mintoknye dan koi pinang Nine

Makwe koi

Sengkat ini dulu ceghite
Seingat kawan peghentan deghejoh lime
Ati koi berkenan dekat anok dare
Wei anok tok lebei namenye Nine

Makwe koi
Nine Nine Nine
Nine Nine Nine Nine
Nine ni makwe koi


untunglah sape jadi Nine.  ada lagu untuk dia.  hehe.  kalau nak try dengar lagu ni, boleh la try bukak youtube, search je Makwe Koi.  aku nak sambung nyanyi lagu ni lagi.  menangis mak aku dengar suara anak dia ni.  

hai.. saya nine! huahuahua.


Tuesday, October 25, 2011

lukisan termahal abad ini

Diya Edhayaa | 6:10 PM | 12Comments |
selamat petang korang..! aku taip entry ni pagi tadi.  tapi gara-gara seharian nak mendapatkan benda yang tersorok tersembunyi keluar muka aku tu, petang baru nak post entry ni.  sebenarnya, aku nak cerita something ni. tetiba aku rasa sebijik macam aku tengah bercakap dengan kawan-baik-tempat-luahan-perasaan.  kihkihkih.  apa aku kesah.


ada satu malam tu, sorang kawan aku ni bagi satu set kertas.  maybe lecturer nak buat kajian.  kat situ ada line yang kena lengkapkan sampai jadi satu lukisan.  terpulanglah pada kita nak lukis apa-apa kan.  so, meyh kita tengok apa benda yang jadik bila dah dapat melukis ni.


page 1.  lukisan aku.

page 2.  lukisan aku lagi.

page 3. mestilah lukisan aku.  takkan lukisan mak jah pulak.  hehe :D

sampai pukul 2 pagi aku duk buat menda ni.  nak cari idea.  lepas tu, roomate aku pun sama je duk siapkan benda ni.  bila dah hampir nak siap, kitorang duk compare lukisan kitorang ni.  korang nak tengok lukisan roomate aku yang buat aku berdekah-dekah gelak pukul 2 pagi..?

=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=

BURUNG KEPALA BESAR..!

inilah akibatnya bila demam game Angry Bird menguasai diri.  seronok jugak main shoot-shoot makhluk ijau tu.  hehe.  tapi aku lagi tak boleh tahan tengok lukisan sorang besties aku ni.  dia lukis musang.  nak tau musang dia macam mana..?

=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=

INILAH MUSANG..!


HAHAHAHAHA.. serius! aku tak tahan betul bila tengok lukisan-lukisan yang kitorang dah lukis ni.  esoknya, aku tengok pulak yang jejaka dengan gegadis yang lain.  haha.  macam-macam rupa jugak.  inilah hasilnya dari kami yang berusia dua-puloh-satu-tahun.  tapi bagus jugak melukis benda-benda macam ni.  sedikit sebanyak dapat hilangkan stress.  kihkihkih. :)


Monday, October 24, 2011

dengki | perlu ke?

Diya Edhayaa | 5:02 PM | 9Comments |
sikap manusia, bukan sikap makhluk asing mahupun haiwan peliharaan.  ye, manusia.  aku seorang manusia.  kau pun manusia.  mereka pun manusia.  dan aku pasti yang membaca sekarang ni pun manusia. 




sifat dengki.  kadang-kadang tak faham kenapa adanya manusia yang terlalu mendengki.  means kat sini, bila orang takde, kau keji.  bila orang ada, kau dengki.  


lebih kurang macam bila kau tengok rumah orang tu baru renovate.  baru siap.  wah! cantik.  kau pun sibuk nak dengki kat orang tu.  kata macam-macam.  tapi kau pernah ke cuba berusaha untuk memperoleh sesuatu yang macam tu jugak..? sekurang-kurangnya, kau bergerak maju setapak ke hadapan.


kau tengok orang tu beli kereta baru.  pergh! myvi lagi best kaler purple.  memang cantik.  terasa nak naik dalam tu jugak.  tak dapat pandu, cukuplah jadi penumpang.  tapi apa kau buat? kau calarkan kereta dia.  kau lempar batu sampai pecah cermin kereta.



kau tengok orang dapat keputusan peperiksaan yang cemerlang.  kau pun nak cemerlang.  tapi pernah ke kau berusaha untuk jadi macam dia..?  lebih teruk bila kau kata, kau tak perlu pun jadi macam dia.  boleh jugak hidup.  tak dinafikan, rezeki Allah itu luas.  ada di mana-mana.  tapi janganlah mengata atas usaha yang orang lain lakukan.


bagi aku, dengki ni sedikit sebanyak memang ada dalam diri manusia.  tapi bergantung atas individu tu sama ada nak jadikan sifat dengki tu sebahagian dari dia atau tidak.  lebih baik jadikan kedengkian itu sebagai satu cabaran.  ye, cabaran.  cabaran untuk terus berusaha mendapatkan apa yang diingini.  walau lambat sekalipun, kalau tetap berada di takuk yang sama, sampai bila pun takkan bergerak.




# bila melihat tangga, usah sekadar melihat tangga tersebut.  tapi berusahalah untuk sampai ke puncak tangga itu.


lelaki gedik... oh! rimas

Diya Edhayaa | 12:46 PM | 3Comments |
oh yeah! dah masuk tengah hari baru nak tulis entry.  tak kesah lah.  aim aku kalau boleh cuti seminggu ni nak tulis sehari paling kurang satu entry.  sebab baru ni pemalas sangat nak menulis kan.  topik hari ni pasal lelaki.  bukan sebarang lelaki, tapi lelaki gedik.  ingat pempuan je ke ada yang gedik-gedik.  meyh sini aku nak cirikan sikit.


taip mesej macam nak taip website
yang paling aku tak suka sekali.  taip macam nak cari website.  maksudnya penuh www kat ujung ayat.  lebih kurang camni lah, " awak dah makan kewww..? awak buat apeww tu..? awak marah saya kewww..?".. eee! tolonglah... kalau sekali sekala nak bergurau, boleh terima lagi.  aku pun ada jugak guna euwww~ kalau dengan member-member.  tapi takde lah sampai setiap kali nak ber www.. 


eja ala-ala manja
oke.  ini lagi satu hal.  sakit hati betul lah!  kalau umur dah 20 tahun ke atas, dan berstatus KAWAN pulak, tak payah la nak mengada-ngada macam tu.  cukuplah sekadar eja tak lengkap menyalahi kesalahan ejaan. kes yang ni macam mengeja stail adik-adik tadika.  nak tahu camne? " tak kiwa! bia la dowg nak cakap pe.." aku rasa adik sepupu aku pun tak mengeja camni kot.  eja betul-betul walaupun ada tertinggal huruf.



dengan semua pempuan nak menggedik
kalau kat semua wall pempuan kau nak menyemak, baik tak payah.  baiklah kau penuhkan wall sendiri.  maksud aku, bukan semua lelaki yang menyemak kat wall pempuan tu gedik.  bergantung pada post dia.  kalau pempuan tu tak layan sikit, mula nak post macam-macam.  hey! annoyinglah.  kalau aku, aku memang rimas dengan orang macam ni.  lebih baik post kat wall pempuan tu benda-benda lawak.  takde lah pempuan tu serabut.  tapi tak tau lah kalau pempuan tu pun sama je dengan lelaki camtu. = ='


layan kawan macam girlfriend
korang dapat beza tak antara KAWAN dengan GIRLFRIEND.  err.. camna ye aku nak cakap.  korang paham-paham sendirilah layanan seorang kawan dengan makwe/pakwe tu kan lain.  even korang cakap sayang pun, takdelah sampai berpuluh kali nak cakap.  sampai kau siap suruh pempuan tu jadi bertukar jadi kekasih dalam bayangan.  *aku hentam je istilah ni. bila macam ni, nampak macam kau yang desperate perlukan kekasih.  sampai kau nak dat gurl layan ko macam kekasih.  



sesungguhnya, tersangatlah rimas dengan manusia macam ni. penat tahu.  dari nak berkawan, tak jadi nak berkawan.  kadang-kadang pempuan ni lebih mudah tertarik pada lelaki yang pandai buat lawak.  walaupun lawak dia entah apa-apa.  sekurang-kurangnya, dapat jugak lah si gadis ni menjana minda.  hah! dah macam nak tulis karangan BM kan. hahaha.  




Sunday, October 23, 2011

duakaligembira

Diya Edhayaa | 1:36 PM | 4Comments |
haip-haip!! cuti baru saja bermula.  ah! seronok betul bila ada kat rumah ni kan.  makan pun macam raksasa.  duduk ipg best sebab selalu dapat cuti yang banyak.  setiap kali raya cina, raya puasa, raya deepavali, kompem dapat cuti seminggu.  hehe


dalam beberapa hari ni, aku rasa aku agak ke laut sikit yea.  tah ke pulau mana dah aku sampai.  jauh nau haa belayar.  almaklumlah, nak hujung-hujung sem ni, keje pun dah takde.  tinggal nak sudahkan fail subjek yang perlu dihantar.  pastu malam-malam takde keje, melepak-lepak-lepak je lah kejenye.  nak study awal-awal, aku bukan kakistudy.com. 


mood aku menulis pun cam happy-happy je.  ehehe. dah spesies kakigelak.com, buat derk je la.  bak kata 'abang' aku, " buat perkara yang menggembirakan.  jangan pikir sangat".  oke. oke. tah hape duk merapu punya panjang.  padahal nak cerita benda lain.  its bout kegembiraan yang berganda. 





first, my frenz *kira fren la kan geng KPLI dah selamat dapat posting.  ewah!! aku pulak yang terober eksaited.  macam aku yang posting.  akhirnya penantian dorang selama 5 bulan dah berakhir.  whoa! suda jadik cekgu betul meyhhh.  :D  tapi, aku tengok dorang ni ramai yang posting perak, selangor and johor.  aku nanti tak tahulah nak pilih pahang or negeri sembilan.  ah! praktikum pun belum.  sebok nak posting. ada 2 tahun lagi oke. haha


second, tentang seseorang.  yeah! seseorang itu seorang gadis.  perempuan.  girl.  err apalagi yang perlu aku definisikan..? di saat aku tak menentu, dia bagi aku sedikit kegembiraan.  tengah  malam kau, sapa sanggup nak temankan.  tapi dia ada.  terima kasih sangat-sangat kat dat gurl yang baek hati tuh.  bila aku datang angin monsun timur laut, mesti aku teringatkan dat gurl.  terus tak jadi nak bertiup.  hihi ^___^


double happiness okeh! bagi aku la kan, hidup ni, semua benda kita rasa *yang tak elok jangan rasa.  kalau tak rasa, kita sekadar hidup, tapi bukan jalani kehidupan tu.



# LIFE is a BOOK.  EVERYDAY is a NEW PAGE.  EVERY MONTH is a NEW CHAPTER.  EVERY YEAR is a NEW SERIES.



Wednesday, October 19, 2011

3 pagi

Diya Edhayaa | 3:16 AM | 5Comments |
pukul 3 pagi. 
masih belum melelapkan mata.  
sedikit pun aku tak bisa.
masih mengetuk papan kekunci komputer riba.  
melangsaikan kerja yang belum selesai. 
namun, jauh di sudut hati, ada sesuatu yang membuatkan aku belum mampu melelapkan mata.



Ya Allah, apakah semua ini.  
aku terasa seperti ingin berlari jauh keluar dari dunia ini.


entahlah.  
sulit sungguh.  
ku mohon petunjuk dariMu, ya Allah...



Tuesday, October 18, 2011

mimpi pun tak sama

Diya Edhayaa | 8:48 AM | 2Comments |

sekali lagi.
bangun hari ini dalam keadaan senyum.

iya, senyum seindah suria.
cukup membuatkan aku tersenyum.
walaupun  hanya mainan tidur.
yang sekalipun tak akan jadi kenyataan.


Sunday, October 16, 2011

amekaw!! hari kejadian yang kelam-kabut

Diya Edhayaa | 11:20 AM | 2Comments |
baru ni besday salah sorang besties aku, cik Rossa.  dalam bulan seploh ni pun ada 3org birthday girl.  tapi aku nak ceghita pasal kitorang buat drama masa nak suprisekan si Rossa ni.


alkisah.....

konon-kononnya Lina ni sakit perut dah 3 hari.  lepas tu dia duk mengadu la kat Rossa.  kitorang bertiga ni (aku,  k.ctiey ngan cieda) pun berlakon sama.  pandai je buat ayat sendiri.  konon keracunan makananlah, makan pedas sangatlah.  


kebetulan hari selasa tu, aku beli lauk masak merah.  yang Lina ni pun buat-buat tak lalu nak makan.  orang sakit perut kan.  padahal bila Rossa g bilik sebelah nak amek barang, suap punyalah... hahaha.  then bila kitorang naik je atas, setting masa baik punye dengan K.ctiey ngan Cieda.  lepas je dorang berdua gerak kua dari kampus untuk beli kek, kitorang mulakan plan kitorang.


aku call Rossa, tak berjawab! haishhhh.. camne nih.. kang aku yang sambut bufdae awal sebulan kang.  haha.  then tepon la jiran bilik dia, Yaar.  kira Yaar ni cam pelakon extra la.  huhu.


aku : yaar, tolong kejut Rossa boleh? Lina sakit sangat perut ni.  nak g hospital.

yaar: laa...  nape tak ikut Cieda je kua tadi.  emm.. takpelah, aku g kejutkan.

aku: mekasih ek yaar.  kesian sgt kat Lina ni.  nak suh Rossa yang drive kete Lina.  dia tak larat.

yaar: oke. oke...


pas pada tu, ktorang pun gerak la nak g hospital.  tapi Lina ni pun demand, nak pegi klinik.  tak nak pegi hospital.  yela, sakit sangat kan. *padahal kitorang memang dah rancang.  cik Rossa ni pun bawak keta punyalah laju.  risau kat kawan yang tgh sakit.  dalam pada tu, aku duk roger2 ngan K.ctiey.  takot kang aku sampai dulu, dorang kat kedai kek lagi.


sampai je depan klinik tu.....



HAPPY BIRTHDAY ROSSA!!!

amekaw...! sambut bufdae pakai baju BSMM.  haha.  depan klinik pulak tu..  aku rasa masa tu akak klinik tu pun pelik tengok kitorang.

bufdae gurl




akhirnye berjaya jugak lakonan kitorang.  hehe.  memang terkena lah kau Rossa.  :D oh ye! untuk yang 2 orang member lagi tu, Ada ngan Farah, kami buat khianat kat FB.  satu kelas letak profile picture yang sama.


masa bufdae Ada, letak gamba kad keluar, bufdae Farah pulak kami semua letak gamba dia pakai ala-ala ustazah masa zaman mula masuk sini dulu.  yang tu, idea boys kelas aku laa.  tahniah untuk pelakon2 drama bufdae Rossa dan temkiu untuk semua yang berkomplot utk bufdae Ada n Farah. hehehe :D




# walaupun ianya kelihatan nakal, tapi inilah yang akan kita kenang bila dah habis belajar nanti. ^_^ v


Saturday, October 15, 2011

Debat IPG Kebangsaan 2011

Diya Edhayaa | 6:57 PM | 0Comments |
rasanya belum terlambat untuk aku menulis sedikit mengenai pertandingan Debat Piala Timbalan Menteri Pelajaran IPG Peringkat Kebangsaan 2011.  hurmm.  untuk pengetahuan, pertandingan debat kali ni dijuarai IPGK Gaya.  tahniah!!! :) tempat kedua pula IPGK Bahasa Melayu.  tahniah juga untuk mereka.  yang datang ni memang aku tabik la, aku pun belum tentu boleh berdebat sebaik diorang.  


pertandingan ni berlangsung selama 4 hari.  tapi dorang dah datang hari ahad malam tu  untuk urusan mendaftar.  hari jumaat sebelumnya, aku dah tau aku jadi LO untuk pendebat dari IPGK Tun Hussein Onn.  


pertandingan kali ni guna sistem power-match yang mana tak ada kalah-mati pada peringkat awal.  dorang akan lawan untuk 6 pusingan.  then barulah suku akhir, separuh akhir dan akhir.  oh ye!  kampus aku lepas sehingga peringkat suku akhir.  fight dengan IPGK Bahasa Melayu.  




haa.. ni la anak-anak buah aku - shahril, arif dan hannan.  ada lagi sorang, nizam.  dorang ni semua freshie taw.  2 orang sem 3 dan yang sorang lagi tu sem 1.  nizam pulak dah sem 6.  kira senior la pada aku.  hehe.  tugas aku sebagai LO takde lah susah sangat.  just bawak dorang pegi bilik sidang, then kalau dorang jadi pihak kerajaan, aku kena jadi Yang Dipertua.  kalau dorang di pihak pembangkang, aku jadi penjaga masa.  mula-mula tu aku kalut jugak,  yelah first taim jadi urusetia untuk program besar camni.  lepas je pusingan 1, dah takde hal.  hehehe. ^__^ v


zulaikha (IPGKPMM) dan mazwan (IPGKPP)


oke. yang tengah tu namanya Zulaikha.  dari IPGK Perempuan Melayu Melaka.  5 kali dapat pendebat terbaik dalam pusingan awal pertandingan ni.  aku sempat tengok dia berdebat masa pusingan 6, tu pun sebab   dorang lawan dengan IPKTHO.  memang best wa cakap!!  tak semua aku tengok.  sebab ada tugas kan.  yang aku sempat tengok just IPGK Tawau, IPGK Perlis, IPGK Rajang, IPGK Bahasa Melayu dan haruslah delegasi kampus tercinta.  hehehe.  


IPGKTHO vs IPGKP (rukun negara hanya hafalan, bukan amalan)

suku akhir (IPGKTAA vs IPGKBM - pendidikan dan perpaduan seiring tapi tidak sehaluan)


apa2 pun, tahniah untuk semua.  walau tak menang sekalipun, tapi pengalaman juga dibawa pulang.  kerana pengalaman itu lebih berharga. *tetibe rasa macam iklan. haha =)




Wednesday, October 12, 2011

perkhemahan bersepadu punya cerita

Diya Edhayaa | 6:35 PM | 0Comments |
assalamualaikum.. sebelum memulakan bicara.. arghhh!! mentang-mentang debat kebangsaan sedang hangat, aku pun nak dalam mood tu kan.. haha.. oke next taim aku cerita pasal debat k.  esok last day pendebat-pendebat bersidang kat kampus aku ni.  tapi entry ni aku nak cerita pasal  perkhemahan bersepadu unit beruniform semester 4 yang dijalankan di Tanjung Gosong, Pekan, Pahang pada hujung bulan September.


kalo bagi unit beruniform aku, perkhemahan ni memang santai-santai je.  semua aktiviti dibuat mengikut unit beruniform masing-masing.  macam BSMM kami tak banyak aktiviti pun.  antara aktiviti kami - mencipta lirik lagu BSMM, pertolongan cemas dan kelas mekap.  ahha! ape ke hal nya belajar mekap ni.  nanti aku cerita.


masa cipta lirik lagu, kitorang mula-mula nak guna melodi Cinta Muka Buku.  tapi sebab lecturer tak tau lagu tu, susah sikit la.  kami pun ubah buat guna melodi Lagu 3 Kupang.  memang lecturer suruh guna lagu warisan atau lagu kanak-kanak je masa tu.  kami yang advance nak lagu baru.  thehehe :D


petang hari kedua tu jugak, kami belajar cara nak lakukan CPR.  kalau ikut yang aku belajar, before bagi CPR, kena guna prinsip DRABC.  puas jugak la kan nak meniup kat mulut menda alah tu.  haha.  esok  paginya kami belajar mekap pulak.


ah! apehal pulak budak-budak BSMM ni belajar mekap...  oke, biasa kita tengok kat dalam filem atau drama mesti nampak cam real je darah yang mengalir.  luka-luka semua tu.  so, mekap yang kitorang belajar ni amat berguna masa nak buat simulasi bencana.








malamnya malam kebudayaan.  hasil pembelajaran *ayat skemanye aku ni* kami praktikkan malam tu.  kes aku jadi isteri yang cuba membunuh diri gara-gara sering ditinggalkan suami.  nauzubillah.  jangan.. jangan.. jangan sekali-kali dicuba perkara sebegini wahai para isteri mahupun gegadis di luar sana.  hehehe.  


masa kat camping ni jugak, aku dapatlah merasa satu menu ni.  ayam masak dalam buluh.  sedap!  yang lain-lain tu kami ada jugaklah buat BBQ.  sebab tu lepas balik camping aku rasa aku makin gemok.  hehe



kenangan yang aku tak leyh lupa masa hari first.  khemah kami punyalah pasang cantik.  sekali, hujan turun.  rilek rilek je mula-mula.  tak lama pastu, setitik demi setitik air hujan masuk dalam khemah.  at last, khemah aku macam tasik.  walopun macam tasik, roti habis jugak sebungkus.  laparrrr punya pasal. hehehe.  set2 BSMM AFZAN SEM 4 memang terbaiklah!! :D



Friday, October 7, 2011

ku tatap mentol, ku belit wayar, ku sambung bateri

Diya Edhayaa | 10:03 AM | 3Comments |
bila aku dah dapat update blog, camni la jadinya.  kalo tak update, macam sarang tikus pun ada.  hahaha.  zaman assignment dah habis, zaman amali pula menjelma dalam kamus hidupku.  ohh!  puitis sikit ayat aku. semester ni, subjek RBT aku belajar pasal elektrik.  bendanya simple, tapi sebab dah lama tak belajar KH, ada jugak yang aku lupa.  almaklumlah.  memori bukan 16GB. hehe


kalau sem lepas aku takde amali RBT, tapi sem ni ada woo.  ada 3 amali pulak tu.  paling best masa amali first.  kena buat litar selari dan litar siri.  aku masuk-masuk je bengkel, tengok dah penuh alatan kat atas meja.  ni sah-sah nak buat amali.  rupanya,  lecturer nak suruh lukis pelan litar je dulu.  hahaha.  litar nya buat lain kali. fuhhh!  macam budak baru belajar je rasanya.



okei, gambar atas tu litar siri ye murid-murid.  yang bawah tu litar selari.  jangan tertukar pulak. lepas tu, amali ke-2, pemasangan plag 3 pin.  ala yang selalu ada kat alatan elektrik.  yang ni kena tau lah wayar ijau sambung kat mana, wayar biru wayar coklat..  2'2 amali ni buat dua orang.  


disebabkan amali plag ni guna 1 wayar 2 plag, aku rasa macam kartun pon ade.  catdog! hahaha.. catdog.. catdog.. catdog.. amali yang terakhir plak, sambungan soket penyuai kalo tak silap ak.  dengan lampu pendaflour.  hoho.  lepas ni, kalo rosak lampu kat rumah aku, boleh laa aku repair kan. hehehe :D

jangan sekali-kali ingat ini sosej. hekhekhek



alhamdulillah, 3'3 amali dah setel.  minggu depan sibuk dengan debat pulak.  oh!! bukan aku yang masuk debat.  aku urusetia je.  hehe.  selamat datang ke kampus saya wahai pendebat-pendebat sekalian. :)



assignment dapur memang seronok : Resepi Kek Coklat

Diya Edhayaa | 2:00 AM | 5Comments |
assalamualaikum korang..!! wah! rindu sangat-sangat kat blog tau.  rindu nak menyinggah. rindu nak menulis. ah! rindulah semua.  hehehe.  actually, sejak 2 3 menjak ni, aku memang busy sangat. macam-macam benda nak buat.  tinggallah blog ni terbiar selama 17 hari.  lama kan.  naek kebulur dah blog aku ni. *betul kata member-member aku, aku memang tak boleh dipisahkan dengan makanan. hahaha


minggu lepas, semua assignment aku dah selamat lepas ke tangan pensyarah. ouh! heaven sangat bila dah takde assignment.  seronok gile! seminggu jugak aku bergoyangkaki - tidotaksedardiri - onlinesiangmalam.  hehe.  tapi mood nak menulis blog tu belum sampai.  so, terbiarlah blog tanpa update.

hujung minggu pulak, balik rumah.. ohhh! rindu bangat nak pum pam pum pam kat dapor.  menyebok kat mak.  sebab mak aku kurennn sikit orang ganggu dia buat keje.  tapi takde la aku jadikan tu alasan tak nak turun dapor kan.  lagipun aku ni gila memasak, gila makan. hehehe.


hari sabtu tu, 3 jenis makanan aku buat.  ala.. benda simple2 je.  taste aku.  makaroni goreng, kek coklat dengan tempe goreng cicah sambal kicap.  makaroni tu sebab dapat order dari si kecik anak pak sedara aku.  camne-camne pun, aku akan tunaikan jugak walaupun lambat.  tak sampai hati laa.  yang tempe goreng cicah sambal kicap tu dari lepas balik BIG lagi aku mengidam.  kek coklat - my fav!! first taim try buat dan menjadi..! alahai.. suka mak nokkk.. hehe.  ahad pulak buat kek coklat lagi and spagheti.  ni pun tunaikan permintaan si Cieda.


dan kat sini aku nak share la sikit resepi kek coklat ni.  aku rasa sedap dah *masuk lif kejap.  tapi aku tak tau la orang lain rasa camne.  aku tengok, pakcik bekas ketua kampung makan selera je.  hahaha.


KEK:
2 cawan tepung
1 cawan serbuk koko (guna Van Hauten)
1 cawan gula
3/4 cawan minyak masak
3 biji telur
1 cawan air suam
1/2 cawan susu pekat
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
beberapa titik esen vanila

cara2:

  1. panaskan pengukus. 
  2. ayak tepung + serbuk koko + baking powder + soda bikarbonat
  3. pukul telur sehingga berbuih.  masukkan gula kemudian pukul lagi. masukkan esen vanila.
  4. masukkan bahan yang diayak tadi berselang seli dengan air suam.
  5. masukkan susu pekat dan akhir sekali minyak masak. (jangan pukul lagi, tapi juz kacau je)
  6. masukkan adunan dalam loyang then kukus selama 1 jam.

TOPPING:
1/2 bar cooking chocolate, 2 sudu butter, 1/2 sudu gula, colourful chocolate
(masak cara double boil)


senang je kan.  tapi minggu ni balik nak hentam pizza pulak la. huhuhu.  keje makan je la kau kan...