Wednesday, May 30, 2012

novel Maafkan Abang

Diya Edhayaa | 5:41 PM | 6Comments |
cuti 3 minggu. apa mau bikin..? mari kita kumpul lemak banyak-banyak. biar naik sem depan, baju kurung semua yang ada dalam bagasi tuh, dah tak muat. huahuahua.  mengalahkan gajah benor makannya cenggitu. =.='



hari ni, 5 hari dah cuti semester.  cuti kali ni aku rasa lain sikit.  sebab ada 'baby'  nak kena jaga. haippp! aku belum kawen lagi la. jangan kan kawen, tunang pun idokkk lagi. iye la, orang tak lawa macam aku ni siapalah yang nak pandang kan.  okey. okey. dah merapu.  pasal 'baby' tu, nanti aku cerita dalam next entry.



masa bulan 4 hari tu, aku sambar jugaklah barang sebuah dua novel.  tapi nak membacanya, berkuruunnn! hah! dah habis pekse, baru aku duk mengadap novel yang ada.  aku ni bukan apa, kalau baca novel memang slow. paling2 cepat aku boleh habis pun, makan masa 2 hari jugak.  nak kata aku mengeja, tak. mungkin menghayati. kehkehkeh.  so, baru ni aku baca novel Maafkan Abang, karya Eyla Hime, terbitan Fajar Pakeer.  aku beli pun sebab tengok novel ni pilihan Popular.  konfem-konfem sedap.



bila dah baca, huihhhh! berasap aku.  emosional sekejap dengan watak lelaki dalam novel tu - Tengku Ariff Hazimi. geram. bengang. semua ada. pastu watak perempuan dalam novel tu - Atikah Hatrisya. hah! aku terbayang aku pulak. aku memang pantang sikit bila baca novel yang aku rasa macam ada kena2 sikit dengan  aku. haha.  berangan kuat! kalau nak tau best ke tak, pegi beli. baca sendiri.  hehe.  best sangat! 


-google-


# tertarik dengan satu quote dalam novel ini : kalau kita ikhlas menyayangi seseorang, kita tidak akan ambil kisah tentang kekurangan seseorang itu. 





Friday, May 25, 2012

musim orang kahwin

Diya Edhayaa | 2:21 PM | 4Comments |
ehem! tamatnya paper terakhir semalam, Reka Bentuk dan Teknologi subjek Perniagaan dan Keusahawanan, maka tamatlah semester 5. yahoo! ada 3 semester lagi untuk berada di sini. 


tapi masa sibuk kemas-kemas barang tadi, rasa sebak pulak bila tengok semua nota dari zaman PPISMP.  masih wujud lagi rupanya. ada yang print, ada tulis tangan. dah nak masuk 4 tahun belajar di sini.   oh ya, semester break bagi student2 IPG dah bermula. cuti kami memang sama dengan budak sekolah, cuma bulan 6 cuti kami extra seminggu. heeee~


bila musim cuti sekolah ni, ramai la yang ambil peluang untuk mendirikan rumah tangga.  alhamdulillah, jodoh dah sampai.  tengok je la event di Facebook.  banyak jemputan kahwin.  




salah seorang yang akan melangsungkan perkahwinan cuti kali ni, kawan sekolah menengah aku, Cik Farhana aka Yaya *lepas ni dah kena guna title puan. yeahh! dia kawan satu kelas masa Form 4 dan Form 5.  2 tahun sekelas.  rasa baru je lagi jadi clasmate dia.  rupanya, dah 5 tahun kami tinggalkan bangku sekolah.  hehehe. 


aku harap sangat aku dapat pegi kawen dia.  dulu dah melepas wedding sorang kawan sekolah rendah aku.  lepas ni sape la pulak yang ikut jejak Yaya yea.. kita tungguuu.. hehe! :p


# selamat menempuh alam rumah tangga! :)



Monday, May 21, 2012

mana perginya rasa

Diya Edhayaa | 7:15 PM | 0Comments |
hari ini.. emm.. bukan hari ini.. sebenarnya semalam..  aku baru sedar akan sesuatu .  satu perasaan yang  dikira dah tak ada lagi.  jika sebelum ini, mungkin perasaan itu masih ada walau sekelumit cuma, biarkan saja.  dan semalam  merasakan 'sesuatu' itu dah tak ada.  


3 tahun 7 bulan dulu, rasa itu hadir dalam diri.  semakin lama, semakin sebati.  tapi sampai suatu saat, rasa itu musnah.  berkecai mungkin. kemudian, bercantum kembali. dan hari ini, totally berkecai lagi.  menjadi debu-debu buat simpanan dalam kotak memori.  


usah menunggu pada yang tidak pasti dan langsung tidak untuk diri sendiri.  tapi beri peluang untuk bernafas dalam satu langkah baru.  kadangkala, hingga timbul satu perasaan yang dinamakan 'takut' dalam diri. selepas kejadian ini, aku rasa 'rasa' itu sudah tidak perlu.  mungkin juga takut perkara yang sama berulang lagi.  pengakhirannya, aku kalah.  selamat tinggal kisah TIGATAHUNTUJUHBULAN. :']




Wednesday, May 9, 2012

cukup, jangan sebut lagi

Diya Edhayaa | 12:04 AM | 3Comments |
sejak akhir-akhir ni, aku rasa aku rajin pulak bukak blog malam-malam, then post entry. nak kata takde keja, ada je. mata dah separuh celik, roomate dah berbungkus dalam blanket.  aku masih di meja study.  bukan study, tapi menaip entry. haha.  sekarang study week, tapi mood study belum tiba.  nota? hak alaaa.. baru 2 bab yang ada.  yang takde, berbab-bab.  eh! bagi habis KOT dulu baru  study mady neh.  



pagi tadi, ada acara merentas desa.  aku ngan member2 kelas aku kena jaga checkpoint. kiranya, tak berlari pun macam sem lepas-lepas.  dalam duk syok-syok aku tengok junior + senior berlari.  ada satu entiti.  oh! takpe kan aku gelarkan dia sebagai entiti.  tak perlu rasanya aku sebut nama dia.  aku dah dapat agak apa yang aku akan kena kejap lagi ni.  sebab minggu lepas masa raptai pun aku dah kena.





secara seriusnya, aku sangatlah tak suka aku dikait-kaitkan lagi dengan orang yang dah jadi sejarah dalam hidup aku.  dia dah jadi sejarah.  aku rasa tak perlu lagi untuk sebut-sebut nama aku depan dia.  tak perlu lagi untuk beritahu aku yang kau nampak dia kat mana, dia buat apa.  plizz lah. aku tak emo.  tapi bila selalu sangat, aku jadi tak selesa.  benda yang dah setahun lebih berakhir, rasanya tak perlu lagi untuk disebut-sebut.  biarlah dia dengan hidup dia, aku dengan hidup aku. diharap sangat jangan lagi cerita-cerita tentang dia pada aku.  




# bukan entry emo.  cuma mahu kamu-kamu-kamu faham keadaan aku.


Saturday, May 5, 2012

cinta yang berlalu

Diya Edhayaa | 1:29 AM | 4Comments |





semangat nak berblog semakin pudar bila kerja yang ada bertimbun-timbun.  tapi tadi aku sempat singgah di blog Dena Bahrin .  aku rasa ramai yang tahu siapa dia.  dia sangat comel okeyy! dia juga baru je kahwin minggu lepas. auwww! so sweet, baru berusia 20 tahun, dan sudahpun menjadi seorang isteri.  eh! tetiba rasa nak kawen pulak. ahaha.. giler!  


bila baca blog dia tadi, aku tertarik dengan satu ayat dia ni.

"If the Love makes your relationship with family or beloved people worse, turn to Allah for decision, Allah knows the best." 


translate??? translate sendiri la.  tapi apa yang aku faham, sekiranya cinta kita tu membuatkan hubungan kita dengan keluarga dan orang2 tersayang semakin teruk, kembalilah pada Allah.  Allah tahu apa yang terbaik.  



yes, aku pernah laluinya.  setahun yang lepas.  aku rasa, ramai juga orang  tanya aku, " kenapa kau putus?",.. " eh dayah, apesal kau putus ngan dia.  aku rasa cam dah sesuai je. "  lama aku simpan jawapan tu.  hanya orang terdekat/bestfriend je yang tahu pasal ni.  tapi aku rasa, ayat di atas cukup untuk menjelaskan segalanya.



restu keluarga itu penting.  itu sahaja.  dan lagi satu, semakin kita mengejar, mungkin apa yang dikejar itu akan lari jauh.  so, buat rileks saja.  ada, ada lah. peace! dah, tido dulu. :)