Thursday, July 28, 2011

saranghaeyo..oppa!

Diya Edhayaa | 6:17 PM | 3Comments |
annneyohasaeyo.. ! mood petang-petang nak feeling korea. ahha.  macam-macamlah kau ni diya kan.  aku ni tak de la kaki tengok cerita korea sangat.  seingat aku, aku pernah habis tengok drama Autumn In My Heart, Romance, Purity dengan Full House je kot.  berzaman giler punye drama.


aku memang tak hapdet sangat pasal korea-korea ni. puii.. walaupun hakikatnya aku sangat suka kat orang korea.  tak kesahlah lelaki ke pempuan.  kalau yang pempuan tuh, haruslah aku suka tengok kulit dorang.  mulus gilerrr wa cakap lu.  ehem..! mula rasa nak jeles.  kalau yang lelaki pulak, hensem.. aigoo~



semalam kan aku pegi IPK BSMM.  ada lawatan kat sana.  sekalilah dengan youth dari korea.  dorang ni muda belia lagi.  umur pun baru 17, 18 tahun camtu je.  tapi dorang nampak matang berbanding usia.  maka, seharusnya perumpamaan sambil menyelam minum air pun berlaku.  hehehe.  tapi tak banyak sangat, sebab banyak kat kamera member aku.


mamat korea yang tengah pakai baju biru tu memang sempoi..!


korea.. korea..

nilah pempuan korea yang aku minat tu.. perghh kulit cantik, mulut kecik.. comey gilewww!


dan yang ni pulak........
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=

candid!


huargghhh!! aku letak gamba mamat korea ni jadi default picture kat FB.  bertubi-tubi pulak member aku post kat wall.. haha.  pantang nampak orang korea.  kihkihkih...  


^^,

Wednesday, July 27, 2011

gosip zaman sekolah

Diya Edhayaa | 9:50 AM | 5Comments |
aku dulu sekolah asrama.  kecik-kecik lagi mak aku dah hantar aku duk asrama.  kecik pon tak kecik sangat.  tapi zaman baru nak remaja.  means Form 1 aku dah duduk asrama.  punyalah tak nak duk hostel, jadi tiap-tiap minggu mak aku datang jenguk aku kat asrama.  


asal mak abah aku datang je, menangis.  seingat aku la, selama aku sekolah 5 tahun kat situ, 2 kali je kot parents aku tak datang jenguk.  haha.  datang seharusnya bawak makanan.  ouh! tetiba je teringat kat member seangkatan dulu.


zaman sekolah dulu, nak kata aku baik sangat pun tak.  jahat sangat pun tak.  nakal sikit la kot.  ade genk baru best.  masa form 4 tak silap, aku ada minat sorang senior ni. aku namakan sebagai I.  nak kata hensem sangat cam Seth Tan tu tak la.  tapi not bad la.  aku kan suka sangat orang pakai spek ni.  konon nampak educated. haha.  


dan hari ni besday dia yang ke-21.  aku kata senior tadi kan? memang dia senior.  tapi dia sama tua dengan aku, tak tahulah dia ni lompat darjah ke.. berlari darjah ke hape. tapi,   aku pun wish la kat wall die tadi.  pastu boleh pulak ade member baik die merangkap pembuli aku, si B komen kt wall post aku.  





yang ni pulak mase aku buat semak wall B.  aduii .. memang kerja nak mengenakan aku saja.




ni pun nasib baik aku alih-alih topik.  kalau tak, memang jadik bahan.  aku kadang-kadang rasa macam aku ni adik-adik pulak.  ada akak, ada abang yang suka menyakat aku.  huhu.  bila teringat kenangan zaman sekolah, memang aku nak tergelak je. serius! zaman sekolah memang best.


# ade orang cakap aku kena virus C.. pastu, dalam hati ade taman orkid pulak.  adui.. macam-macam..



Tuesday, July 26, 2011

blogger pencen dan virus

Diya Edhayaa | 10:47 AM | 6Comments |
yessa..! aku rasa macam istilah blogger pencen tu sangat sesuai dengan aku.  pencen tanpa gaji.  eh! bukan ke cuti tanpa gaji.  haha.  hentam sajelah.  aku sebenarnya tak tahulah kenapa aku pemalas sangat nak update belog sekarang ni.  kalau kat FB tuh, rajin pulak aku nak post-post status bagai.  rajen nak buat semak wall orang.  tapi kat blog, aku rajen nak pegi komen kat orang punya blog je.  huhuhu



bukan takde idea.  banyak.  tapi malas nak menaip, menulis karangan.  walaupun hanya sekadar karangan pendek.  eyhhh!! virus M sila pergi jauh-jauh dari hidup saya...!  doktor cepat bagi ubat R kat saya.  kalaulah ada doktor nak bagi aku ni rajin sikit. hahaha

mari jadi rajin seperti lebah comel neh.. :D


actually, aku pun tengah berdebar nak microteaching hari khamis ni.  mujur jugak tak kena bentang hari isnin baru ni.  aku tak berapa nak ready sangat.  microteaching ni kira macam mengajar betul-betul, tapi bukan mengajar kat sekolah.  hanya guna kawan-kawan aku sebagai murid.  kalau mengajar "murid tua" ni memang macam-macam sikitlah.  huhu.  aku pun lebih kurang camtu jugak. if kena jadi murid tahun 4, macam ghupe murid tahun 1 pun ade.  hahahaha.



emmm.. aku pun tak tahu dah nak membebel ape.  nanti rajin, aku update lagi.  aku tahu, bila aku dah start merepek kat sini, ada masa lain, aku reti pulak nak merepek lagi.  haha.. aku nak pegi kelas dah.  bubui.. jangan rindu kat aku ae. huahuahuahua XD


Monday, July 11, 2011

nyah kau dari sini!!!

Diya Edhayaa | 9:45 AM | 9Comments |
sungguh jeles bila tengok kulit muka perempuan yang mulus.  tanpa sebijik jerawat pun.  tanpa sedikit kesan parut pun.  tambah-tambah lagi bila tengok perempuan tu memang tak naik jerawat langsung kat muka dia.  phewww~ maka, hati aku pun berkata-katalah.. "mak aih! licin benor muke die.. pakai ape ek"


actually, aku ni dah naik rimas dengan masalah aku ni.  senang sangat nak naik jerawat.  dah macam-macam produk aku guna.  tapi muka aku ni memang degil.  rase macam nak tonyoh-tonyoh je Sunlight ke.. Ajax Fabuloso ke.  biar hilang terus.  tak payah nak pikir lagi.  berkilat lagi euwwww~ *suke sangat Lia Natalia dalam drama Ceciter Cinta



mak aku pun dah naik bising.  mak aku cakap, masa zaman dia muda mudi dulu, jerawat nak naik pun susah. kecuali la taim taim tertentu tuh.  aku ni, kalau dikira la berapa banyak, dan jerawat tu pulak ibaratnya seketul jongkong emas, lama dah kayanya.  hahaha.  merapu merapu. 



so, baru ni aku duk interview la member aku.  apesal muka dia licin dari sebelum ni.  jerawat pun takde sangat.  seharusnya, aku pun ingin tahu rahsia beliau bermuka sebegitu *apesal lain macam bunyi ayat aku ni.. hentamlah labu.. pastu, dia cakap kat aku dia guna 1 produk yang dia beli kat farmasi.  Topicil namanya.  



pastu aku pun tengoklah.  tetibe aku rasa nak try.  tapi benda ni tak bolehlah nak share-share.  kang tak pasal-pasal muka korang pulak naik jerawat tak diundang.  hihi.  aku pun mintak tolong mak aku belikan kat farmasi.  tak mahal mana pun.  RM 27 je.  mengikut kata mak aku la.  tapi kat kotak tu, aku tengok RM36.  apa-apa jelah.  





lepas ni, kalau tak menjadi jugak, aku tak tahulah.  silap-silap muka aku jadi makmal kimia pulak nanti.  kalau korang tau apa-apa jenis ubat jerawat ke, petua menghilangkan jerawat ke, share-share lah sikit ae.. :))




Sunday, July 10, 2011

Percaya Padaku, kalau tak percaya..??

Diya Edhayaa | 10:09 PM | 3Comments |
tetibe kan.. tetibe kan.. aku rase nak hapdet blog. aku nak meghepek hape pon entah.  tapi aku sangat suka dengan lagu Ungu ni, Percaya Padaku.  fuhhh! minat gilerssss laa.. semalam je entah berapa kali aku ulang. aku dapat kat Cik Kierana la ni.  best benau laaa... walaupun aku rasa lagu ni dah lama jugak.


PERCAYA PADAKU - UNGU

Aku tak tahu apa yang ku rasakan
Dalam hatiku saat pertama kali
Lihat dirimu, melihatmu
Seluruh tubuhku terpaku dan membisu
Detak jantungku berdebar tak menentu
Sepertinya aku tak ingin berlalu

Reff:
Berikan cintamu juga sayangmu
Percaya padaku ku kan menjagamu
Hingga waktu menjemputku

Ku berikan cintaku juga sayangku
Percaya padaku ku kan menjagamu
Hingga waktu menjemputku

Saat ku tahu kau akan pergi jauh
Izinkan aku tuk selalu menantimu
Untuk katakan ku ingin dirimu (ingin dirimu)

Agar kau tahu betapa ku terlalu
Mencintaimu aku akan menunggu
Hingga dirimu kembali untukku

Repeat reff

Tolonglah aku bagaimana diriku
Ungkapkan itu rasa yang membelenggu
Dalam hatiku ku cinta padamu

Repeat reff

Berikan cintamu juga sayangmu
Percaya padaku ku kan menjagamu
Hingga waktu menjemputku


minat betul la lagu ni.  orang selalu kata, kalau kita minat satu-satu lagu tu, mesti ada kaitan dengan hidup kita jugak kan.  tapi lagu ni takde kaitan apa pun dengan aku.  cuma aku suka je lah.  :)

gambar tiada kaitan dengan lagu.. haha!



Wednesday, July 6, 2011

bahagia tak selamanya bertandang

Diya Edhayaa | 10:11 PM | 3Comments |
lately, aku rasa blog aku ni dah macam separa jiwang pun ade.  nak kate fully jiwang tu, belum lagi kot.  lantaklah.  tapi tadi aku tertarik dengan kata-kata member aku. "BAHAGIA TAK SELAMANYA BERTANDANG". yeah! aku suka kata-kata itu.  bermakna.



pada pendapat aku pun, takkan selalunya bahagia tu jadi hak milik kita.  sebab hidup kita ni pun macam cuaca.  ada kalanya panas terik.  kadang-kadang hujan lebat, hujan renyai pun ada.  kilat, petir pun.  dan pada aku jugaklah, bahagia ni ibarat pelangi.  

aku cari gambar pelangi kat pakcik google. tapi aku jumpa rainbow cake. nampak sedap. nyummy!


cantik, tapi tak selalu ada.  dan pelangi paling cantik bila muncul betul-betul lepas hujan.  faham tak? kalau tak faham, buat-buat faham jelah.  angguk tanda faham. ehe. 



dan hari ni jugak, aku tau yang ada orang 'maybe' perhatikan blog aku.  baca ape aku tulis. baca ape benda aku merepek merapu meraban.  ingatkan dah tak heran.  punya panjang berjela kau balas kan.  aku dah kata, aku tak kesah.  suka hati kau lah.  dah jadi memori. nak benci aku, itu hak kau.  tapi, kalau dah namanya duduk sama kampus, tak payah nak tak hadap muka sangatlah.  takpe. takpe.  aku ada 2 tahun lagi kat sini. 



kita dah pilih jalan hidup kita sendiri. kau dengan jalan kau, aku dengan jalan aku.  its over.



pinjam tin biskut sekejap boleh?

Diya Edhayaa | 12:28 AM | 5Comments |
malam-malam camni memang mood entah hape-hape.  rase nak gigit tin biskut je.  malangnye tin biskut takde.  yang adenye bungkusan biskut.  kalau aku kunyah sikit-sikit ape jadi ek.  emm.. tin biskut takde. 


kalo aku main tuju-tuju selipar pun okey jugak kan.  tuju pulak kena sasaran.  lantak kau lah tertelan selipar tu ke.. terjolok kat mate ke.. tersangkut kat telinga ke.. eh! dah aku kate entah hape entah kan.  sebijik macam maruku.




ish! aku pun tak tahu ape benda aku nak tulis ni.  susah aku nak luahkan.  macam aku ni bersalah sangat.  macam aku ni buat kesalahan yang amat besar dengan kau.  padahal benda simple je.  aku tak hadap laa nak simpan barang-barang antik kat muzium bilik aku ni.  tak ponnnn.  tapi aku ni matang.  walaupun selalunya orang kata aku ni manja. *giler hape budak neh mengaku diri sendiri matang.. hahaha



aku tau kau tak baca pon blog aku.  kalau kau baca pun, ikut kau lah.  takde masa pulak aku nak tukar URL ke. private blog ke. kau nak hentam aku semula, hentamlah.  aku tak kesah.


kawan dengan kucen educated lagi senang...




Tuesday, July 5, 2011

dapat menantu lagi

Diya Edhayaa | 6:20 PM | 12Comments |
assalamualaikum korang semua...! dah minum petang..? aku tak lagi.  duk menung depan laptop, pikir nak tulis ape.  entah ape aku nak merepek petang ni, korang tengok jelah ek.  hahaha. 


baru ni kan ada larian serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia. lepas je habis program tuh, aku and my genk balik hostel dulu.  tido. mandi. gosok baju. tenyeh-tenyeh mekap (kononnye).  then pegi wedding my akak.  haruslah pegi bawak rombongan cik kiah.  3 kereta, 9 orang.  bawak bakal pengantin.  eh! bakal pengantin untuk beberapa tahun lagi.  gambar tak boleh expose.  simpan untuk pre-engagement punya projek.  ehe.

6 orang anak dara... ada sapa-sapa berkenan nak buat bini..? buat menantu pon boleh.. keh3 =p



benda yang paling aku suka usha kalo tempat orang kawen, tak lain tak bukan pelamin.  pastu warna tema.  kira macam nak cari inspirasi la kunun.  ahha.  encik boyfie pon tak nampak bayang lagi.  berangan je la kau makkkk.... tapi masa wedding akak ni, comey woh tema die.  pink-pink lembut gitewww.  nampak sweet la. kalo aku nanti konpem lah aku pilih ijau kan.  hehehehe =P

and kat bawah ni ada lah aku tempek gambar sikit masa pegi majlis kawen tu.  layannnnn~~~


singgah sana pengantin..

ambik tempias duk tepi hantaran.  huahuahua! XD

ok.  ni benda paling comeyl yang aku tengok kat hantaran ni. ferrero rocher.

abah yang sporting.  OH FATIMAH amek kau...!!

pengantin lelaki dah mai dah..

tu diaaa.. my akak.  siap ade bebudak kecik pegang kain ag.

selamat pengantin baru la k.maz n abg mayassin. =)

kompang dipalu.. pengantin malu.. 

yang ni... cincin ade dah.. next year la kot... hekhekhek.. =P

yang baju putih kat depan ni...? lagilah.. entah tahun berape pulak.. XD

haa.. tu jelah yang ade dalam koleksi aku.  tak banyak pun.  yang penting SELAMAT PENGANTIN BARU utk KAK MAZ & ABG MAYASSIN.  SEMOGA KEKAL KE AKHIR HAYAT. "dapat menantu lagi... " hehe.. :))


# credit to Mien & Cieda juga yang sudi datang.  and to Mel n K.Chiem.. :D


Saturday, July 2, 2011

perigi cari timba

Diya Edhayaa | 11:04 AM | 3Comments |
humakaih!! penat juga buat senamrobik tadi.  etceli hari ni, ada larian serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia.  aku tak lari pun.  tapi jadi sukarelawan PBSM.  mana lah tahu, tiba-tiba ada yang terjatuh, cedera, terseliuh ke kan.  


tapi alhamdulillah, part yang aku jaga takde masalah.  tapi kat part lain, ada lah jugak.  hari ni gak, combine dengan student sekolah menengah dan sekolah rendah.


balik pada point utama.  perigi cari timba. atau dengan kata mudahnya, perempuan usha lelaki.  adakah relevan jika seorang perempuan memulakan langkahnya terlebih dahulu...? need korang punya pandangan. thanx yup..! :)




# terfikir lepas tengok movie 3,2,1.. Cinta 

# paling suka ayat ni "tapi aku ada hati! hati aku kau yg x nampak..!" [Fariz : 3,2,1... Cinta]