Sunday, December 16, 2012

lulus

Diya Edhayaa | 3:55 PM | 20Comments |
assalamualaikum.



last 2 days, kecoh sekejap student2 IPGKTAA bila result dah keluar.  apatah lagi orang yang setiap pagi online buka portal nak tengok result dah keluar ke belum.  orangnya, akulah! haha. tak tenteram selagi tak keluar result. yelah, masa last paper macam nak menitis air mata kat dalam dewan sebab blank sungguh tak tau nak hurai apa.  kusut minda 2 jam setengah. 



itulah, orang study kau study. tapi kau study 2,3 baris terus studo. nota bersepah atas katil tu yang baca kau sebenarnya. =.=



bila tengok ada junior post kat Facebook katanya result dah keluar, menggelupur terus click new tab cari web UPP.  berdebar tu tak payah ceghita la. macam nak tercabut jantung. result first sekali cari mestilah paper yang itewww - Sejarah Bahasa Melayu, Perkamusan dan Terjemahan.  






alhamdulillah.  LULUS, TERUSKAN PENGAJIAN (ayat favourite) itu dah cukuppp baik! :D  nak kata capai target aku semester ni, rasanya tak sampai.  takpelah, mungkin ada sebab kenapa Allah tak bagi dan apa yang kita dapat setimpal dengan usaha kita.  apa yang penting, kerjaaaasamaaa! haha. Wonderpet la pulak. okay tak. apa yang penting, ilmu yang kita dapat tu.  bolehlah nak senyum sebab naik sikit daripada semester lepas.



part yang terkumpul masih berada pada tangga 2nd class.  lower atau upper, secret garden! kehkeh :p



# usah terlalu bangga dengan apa yang kita ada, semua itu milik Allah. hanya DIA yang tahu apa yang tersirat di hati kita.




Thursday, December 6, 2012

'mangsa amuk' durian

Diya Edhayaa | 11:00 AM | 13Comments |
assalamualaikum.....


gara-gara orang ramai giat post gambar-gambar durian crepe, aku ape benda lagiii.. teringin la nak makan.  nampak macam sedap sangat je gayanya.  pastu jenis aku pulak suka nak cuba sesuatu yang baru dalam bidang masakan. perasan tak yang ayat aku macam tak boleh bla. hahaha.  kesah pulak aku.



soooo... malam tadi sempatlah menggedik kat dapur dengan tepung, santan, telur, durian, etc.. bahan-bahan nak buat  durian crepe.  bertemankan cotcetcotcet cousin aku si Angah, siaplah juga.  sangat menguji kesabaran.  dengan dia punya banyak soalan, tangan merayap-rayap, tiup api dapur aku.. haishhh.. berasap juga aku. haha.



nak buat durian crepe ni bagi aku sangatlah menguji kesabaran.  kulit terkoyaklah, takut hanguslah, takut melekatlah.  sebab tu sangat penting untuk guna kuali yang tak melekat.  lepas ni kalau nak tulis resepi ni, tambah sekali 30 mangkuk kesabaran. hehehe.



inilah mangsa amukan aku semalam. HAHAHA!



letak whipping cream, isi durian, whipping cream.. pastu kena lipat macam bantal pulak.  terlebih isi filling kang meletup pulak crepe aku.. banyak kali jugak try untuk dapat yang sempurna. ntah ade 3,4 ketul je yang sempurna. haha.  tapi pagi tadi rasa crepe ni takdelah teruk sangat. okey je, cuma rupa dia je tak berapa cantik sangat. yelah, tukang buat pun mata dah kuyu semalam. kihkih.



bak kata kawan aku, " jangan mudah berputus asa.. ko tak gagal lagi tu.. cuma tak jumpa jalan untuk berjaya membuat durian crepe tu je.. " ahahaha.. nantilah aku tukar resepi pulak, try buat manggis crepe ke.. langsat crepe ke.. tak pun lada kering crepe.. ekekeke :p mudah sangat nak buat inovasi.....



# gagal sekali tak bermakna gagal selamanya selagi semangat untuk berjaya itu ada. :)









Monday, December 3, 2012

penantian 9 bulan

Diya Edhayaa | 1:09 PM | 10Comments |
assalamualaikum...



hari ni mood aku memang baikkkk sangat! SANGAT! okey. hehe. penantian aku ni bolehlah diibaratkan seperti ibu mengandung yang selamat bersalin. haha. hiperbola! pagi tadi lepas solat Subuh, aku sambung tido sebantal dua.  takut kang mengantuk pulak, kot laa dapat turn last sekali ke apa. debor tak payah cakaplah, dari malam semalam lagi. duk mengira hari dah sekian. nak buat macam mana, orang penakut dan confident level yang rendah memang macam ni.




lepas je bersiap, tengok jam dah pukul 8.45, cikgu aku kata kena ada kat IM pukul 9. tak sempat pulak kang.  menepati masa lah kononnya. cewah! :p sempat sambar sekeping roti kosong dengan air masak je.  nak makan benda lain pun tak lalu dah.  sekeping roti tu pun tak habis. huhu.  pakai kasut dalam kereta, terus vroommm pak cik aku hantar pegi IM.  



sampai je kat sana, amik nombor giliran. kan nak exam. haha. tapi amali la kan, yang teori dah lepas bulan 2 dulu.  then, bawalah diri dengan hati yang tak berapa kental dan cuba bagi semangat kat diri sendiri, duduk kat tempat menunggu.  nasib baik ada kakak2 yang nak test sekali tu peramah belaka.  sedap bersembang. kurang sikir deborrrnye. ahaha. :D pastu encik JPJ bagi briefing apa yang kena buat semua, terus dorang panggil yang giliran no.1 hingga no.11 pegi dekat kereta. cuak sey. cuak!


angka giliran.




then, start kereta, naik bukit, side parking and 3 penjuru.  part 3 penjuru lah benda paling aku gerun.  ramai orang cakap 3 penjuru senang, tapi aku belajar yang siap bertambah2 jam sebab benda alah yang satu tu lah. hahaha.  serius aku cakap 2 orang cikgu aku - Aunty Park Shin Hye dengan Uncle Jung Yong Hwa boleh naik stress agaknya ajar aku yang lembam sikit ni. kehkeh :p



settle yang kat dalam litar, tunggu turn nak buat test jalan raya pulak.  boleh pulak aku duk ralit tengok orang test motor sampai berapa kali orang duk panggil aku. hakhak.  alhamdulillah, lepas 2'2 test.  kakak2 yang duk bersembang dengan aku pun tadi lepas jugak, legaaa.. hihih.. 


kereta yang depan sekali tu aku yang parking masa siap ujian Bhgn 2.




sepanjang aku belajar kereta ni, macam-macam la perkara ngeri yang aku buat. kikiki.  memang takkan lupa lah.  lepas ni, bolehlah slow2 ghasak kereta abah. :D


# semangat sikit nak belajar bila gelarkan cikgu as Park Shin Hye dan Jung Yong Hwa. HAHA :p