Thursday, February 14, 2013

sudah jadi Puan :)

Diya Edhayaa | 11:08 AM | 10Comments |
assalamualaikum.


 fuhhh.. fuhhh.. berdebu blog aku. sebulan sekali baru update, memang berdebulah kan.  biasalah, hari sekolah mana ada nak layan menda alah camni, layan pon twitter, pesbuk je. penat, balik umah, tido. itu memang rutin harian sepanjang praktikal. malam2 berjaga macam owl. hehe.  memandangkan sekolah aku amek cuti seminggu, maka hari ni aku luangkan sedikit masa nak update cerita-cerita tak bermanfaat aku ni. hoho. 


jumaat minggu lepas, dalam pukul 2 cenggitu, gerak pegi ganu. na na na na ganu kiteee! pegi sebab nak hadirkan diri ke penyatuan dua hati satu jiwa salah seorang cousemate aku. maksudnya, coursemate aku nak kawennnnn!!! aaaaa.. nak kawen jugak. haha. *guraugurau*



suka orensss?? wahaha. kuanghasam punye puan-to-be.




sampai sana pun dah petang dekat pukul 7. tapi aku memang tabik spring laa dengan member aku si miss Q yang memang kaki speed tapi cekap.  ah! bebudak pempuan kelas aku yang dah ada lesen memang semua hebat-hebat, aku je yang terkial-kial lagi, reverse pun sasau. kalau tak, takkan first time drive lepas dapat lesen, mati depan kedai makan cina. dahlah ramai orang. malu i. >.<  


okey, sambung balik cerita tadi, lepas maghrib terus pegi rumah si Dyla yang nak kawen ni.  apa lagi menyibuklah dalam bilik pengantin. bajet nak jadi pengantin jugak. muahaha. alaaaahhh.. macam tak biasa pulak kalo member2 nak kawen, buat semak dalam bilik dorang sibuk nak pakai veil, pegang hand bouquet. kikiki :p  photog nak amek gambar pn aku rasa dorang rimas. haha


make-up taimmmm.



selamat menjadi suami isteri. alhamdulillah. :)


Cik Norshawaldila -----> PUAN Norshawaldila.

antara jejaka kelas yang datang. hoho.

kahwin itu best. eh?! 


barakallahulakuma untuk abang Fahdli dan Dyla. semoga mahligai cinta yang dibina bahagia hingga ke syurga. tahun depan PISMP BM nak anak sedara. huahuahua.  dalam masa yang sama, ada seorang lagi kawan satu batch yang melangsungkan perkahwinan di Terengganu juga. tapi sempat jumpa pengantin di pantai je, sebab dah gerak lewat.  jumpa dorang masa photoshoot di Pantai Teluk Ketapang.  btw, SELAMAT PENGANTIN BARU juga untuk Zihan dan Nazaruddin. :)






[ Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bahawa baginda Rasulullah saw telah bersabda:   “Jika datang kepada kamu seorang lelaki yang engkau redhai agamanya dan akhlaknya untuk meminang perempuan kamu, maka nikahkanlah dia. Jika tidak kamu lakukan demikian, maka akan timbullah fitnah dan kerosakan”.(hadith hasan riwayat Tirmidzi no 1084)