Thursday, January 17, 2013

tentang rasa 2013

Diya Edhayaa | 2:54 PM | 0Comments |
assalamualaikum.


sebulan jugak aku biarkan anak angkat aku ni hidup sendirian.  takde mood nak update, tapi ceritanya banyak.  rasanya kalau aku ucapkan Selamat Tahun Baru 2013 masih boleh diterima tak sebab still dalam bulan pertama tahun baru. hehe.  



tahun ni merupakan tahun akhir aku di IPG [InsyaAllah.. doakan supaya dipermudahkan segala urusan aku dan rakan-rakan seperjuangan tahun ni. :) ]  memandangkan  dah berada dalam tahun akhir pengajian, adalah sepatutnya mempunyai kekasih untuk setia berdamping di sisi.  untuk masa depan katanya.



sejak naik sem hari tu, nama boipren aku ni memang menjadi rebutan.  korang tahu tak macam mana rasa angau?  macam tak biasa pulak ada orang yang kau admire khennn~ ahaks!  bila kita dah admire seseorang, confirm kau akan rasa nak tahu segala apa yang dia buat.  kira macam ambil tahu perkembangan dialah.  dia study tak.  dia buat apa. dia sihat ke tak dan yang paling penting  kau mesti nak tahu yang dia sudah berpunya atau belum.  senang cerita, kau dengar je lagu Ainan Tasneem - Aku Suka Dia. part aku paling suka " Kekadang hati ku bertanya.. Adakah dia dah berpunya.. "  



haa.. macam  itulah perasaan aku dengan si boipren aku ni.  tahun ni kira aku nak 'ikat' la dengan dia.  tapi dalam proses mengenali hati budi boipren aku ni, memang aku dapat rasakan betapa tercabarnya aku untuk berdamping dengan dia.  takpe diya. takpe. kau kena kuat untuk terus hidup dengan dia.  untuk setahun ini, tumpahkanlah rasa rindu, sayang, kasih dan cinta pada dia.  siang malam terbayang.  sehari tak jumpa bagai nak gila bayang. ahahaha.  melampau.  tapi demi masa depan kau jugak kan. :)



Add caption


see... kacak sekali kan boipren aku.  buat aku rasa macam tak senang duduk je sekarang ni. huhu.  lepas ni kalau sape2 tanya soalan berbaur:


" diya, dengan sape skang? "


" kak diya bila lagi..? "


" kak long mesti dah ada nya kat maktab tu.  kita orang tua tak boleh nak paksa2. "


haaa.. jawapan aku tahun 2013 ni aku nak bercinta dengan Action Research a.k.a AR atau dalam bahasa Melayunya, Kajian Tindakan.  kehkeh.  nampak tak betapa aku sayang gila dengan boipren baru aku ni.  caring tau aku ni.  aku harap aku #SetiaHujungNyawa dengan dia ni bersulamkan praktikum 3 bulan dimaniskan lagi dengan internship 1 bulan nanti. huiii~  dah terasa bahang kesibukan kau Limahhh.. tak dan nak tengok Akademi Fantasia. kehkeh :p



final year student.


tak terkecuali, terimalah muka aku yang dah macam tembikai cukup masak gara-gara cuti 2 bulan. hewhew :p


kembang dua taman.  taman bertudung coklat ialah PKU  semester ni.