Thursday, May 26, 2011

babai pahang!

Diya Edhayaa | 7:46 AM | 6Comments |
update pepagi sambil bace nota.  nak exam kejap lagi.  sedih nak tinggalkan belog.  lagi sedih bila KAMU tinggalkan saya kat sini.  bai kamu.  argghhh!! exam diya. EXAM



9 hari tak online.  tak tahu nak cakap ape.  sumpah! malas gile nak exam.  nak pegi camping je dah ni.  pastu nak balik rumah.  tak nak pikir ape-ape.  


kalau yang singgah belog diya ni, jangan lupa tinggalkan jejak tau.  insyaAllah diya akan singgah belog korang semula. bukan diya tak nak singgah belog korang, tapi diya sangat busy.  okeyhh!!


lots of luff ~ Diya Edhayaa

saya tahu tak cantik. tapi nak letak jugak. ;p


Wednesday, May 25, 2011

jadi kenangan terindah

Diya Edhayaa | 9:55 PM | 5Comments |
ada apa dengan esok? sesungguhnya hati diya sangatlah berasa berbelah bagi.  rasa tak tentu arah.  ada beberapa benda yang buatkan diya rasa macam rasa kejap nak esok, kejap tak nak esok.. ape hal aku ni..? panggg~ member bagi pelempang free tak payah bayar siap percuma 1 pelempang lagi.  itu TIPU je.  mana ada orang nak melempang memalam camni. hehehe.


tadi, roomate awal dan akhir, siap tanya apa yang diya rasa untuk esok.  diya tak tau nak jawab apa.  diya rasa seronok sebab exam dah habes.  esok last paper - RBT 3117.. subjek Pengenalan kepada Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR).  



habis je exam pukul 12.30 esok, gerak pegi SUKBEL pulak.  kat Kelantan.  memang seronok sebab semester ni dah berakhir. walaupun rasa menjawab exam kali ni, macam sedikit entah hape-hape tak macam sebelum ni.  lepas balik SUKBEL nanti, cuti semester pulak 2 minggu.  WAJIB seronok bila berada dengan family.



dan diya juga ada rasa macam, tak sanggup nak berhadapan dengan tarikh 26 Mei ni.  entahlah.  dulu tengok sorang kawan mengira sehingga tibanya detik ini, diya tak rasa sangat.  bila ESOK adalah 26 Mei, diya rasa macam  nak balik putar ke tahun lepas.  macam lagu AXL - andai dapat ku undurkan masa.



kalau diya dah rasa macam ni, diya tak tau apa yang kawan diya rasa.  hurmm.. entahlah. biarpun sedetik cuma saat indah itu, akan diya ingat sampai bila-bila.  terima kasih sangat sangat untuk KAMU yang menceriakan hari saya.. membuat saya gelak tak pasal-pasal..  membuat saya tersenyum sepanjang hari.  diya harap KAMU akan jadi cikgu yang cemerlang.  kot-kot la nanti diya terjumpa KAMU dah jadi Guru Besar. =)


eh! terpanjang pulak.  diya nak study untuk last paper dah.  kemonlah.. kemon~~


::..HIDUP TAK SELALUNYA INDAH, 
TETAPI YANG INDAH ITU TETAP HIDUP DALAM KENANGAN..::


# tetiba rasa nak menangis pulak dengar lagu Suara (Ku Berharap).


Tuesday, May 24, 2011

tag by blogger sweet and cute | SHARIFAH ZAKIAH

Diya Edhayaa | 4:48 PM | 3Comments |
rasa lama dah tak join contest.  tak jawab tag. bila satu tag sampai kat diya petang camni, diya nak jawab.. hiyah! hiyah! hiyah! hehehe.  jawab tag untuk relaks dari study kejap.  CIK KIAH ni ha nak tag tag diya pulak.  takpe takpe. meyh kita jawab hape benda yang cik kiah ni suh jawab.  (' ',)



5 TARIKH PENTING

bufday saya sendiri- 12 November 1990

tarikh masuk IPG - 14 Julai 2008

bufdae mak ngan abah - 18 Nov & 4 April

hari raya - 1 Syawal

hari... hari.. hari.. biarlah rahsia.. ekekekeke ;p




5 PERKARA DIBUAT SEMALAM

pergi DDM untuk jawab periksa BM2.

kemas baju dan masukkan dalam bagasi.

bersembang dengan roomate pasal masa depan.

tido sekatil dengan roomate sebab takot.
 *terdengar bunyi orang ketip kuku dengan sangat kuat di tengah malam

meredah hujan untuk ke kafe gara-gara perut mengade-ngade nak kena sumbat.





5 PERKARA YANG BUAT KORANG HAPPY

bila diya sedang sakit, ada orang tanya diya dah okey ke belum.  walaupun sekadar sakit perut.

bila cuti hujung minggu, sebab sangat malas pegi kuliah. hehehe.

melepak dengan kawan-kawan sampai tengah malam.

dapat makan benda yang diya naaaakkkk sangat makan.
  *boleh terima tak?

takde banyak kerja.  kalau ada pun yang kena submit lambat. hehe


5 SEBAB JAWAB SOALAN

sebab diya nak jawablah! haha

sebab dah orang tag, kita jawab tag.

sebab dah penat study, rileks sekejap kat blog.

sebab nak bagi korang semua baca entry untuk hari ni. hehe

sebab soalan ni best lahhhhh!!! 



5 ORANG BLOGGER DITAG

done! 

pixca masa diya muda remaja berusia 19 tahun.  dan menggunakan nama hazelnut di myspace. hek3!!

=)



Monday, May 23, 2011

1001 persoalan

Diya Edhayaa | 10:24 PM | 5Comments |
apakah? sekadar kata tanya.  tapi membawa sejuta makna untuk diri sendiri.  malam ni rasa macam nak taip entry secara formal.  ala-ala menulis surat rasmi kepada Jabatan Hati dan Perasaan.



hari ni rasa sedikit down.  sebab rasa macam tak jawab dengan sebaiknya.  entahlah.  dapat rasa pointer semester ni bakal jatuh.  tak perlu nak mimpi indah untuk dapat anugerah pelajar cemerlang lagi.  tak perlu! baru 2 paper.  ada 2 lagi.  tapi, rasa memang takkan dapat.  cuma harap dapat lebih dari 3.6. ye! 3.6, bukan 2.6.




tapi di saat rasa diri terasa down, masih ada yang sudi hilangkan sedikit kerisauan ini.  terima kasih.  gracias.  syukran. thank you. nak senyum banyak banyak boleh...?  berharap dua lagi yang menanti ini tak merisaukan saya.  sangat berharap.  hurmm..


# kamu semangat saya!


Saturday, May 21, 2011

gelak tak hengat...exam dah habis ye???

Diya Edhayaa | 7:20 PM | 9Comments |
hye kawan kawan!!! cewaaahhh! intro macam duduk kat atas stage, kejap lagi nak masuk pertandingan bercerita. nak cerita kisah teladan Sang Arnab dan Kura-kura.. hekhekhek.. itu masa sekolah rendah dulu je.  sekarang ni tak masuk dah, cuma kena mantapkan skill bercerita cuz nak jadi cikgu kan.


dua hari ni, study macam rajin sikit.  mana tak rajin, minggu depan 3 paper kan.  bukan macam minggu ni, 1 paper je.  so, masa untuk tenung siling, kira bintang di langit pun ada.  so, pagi tadi diya study Anatomi dan Fisiologi.  ingatkan nak lepak bilik je, study dengan roomate, bertemankan FB di depan mata.  tapi genk ajak study kat bilik dia.


masuk bilik dia, study la apa lagi. tapi orang selalu kata, study jangan terlampau sangat.  nanti stress.  kena study lepak-lepak je.  sambil study, chill larhhh. hohoho.  itu teori diya sendiri.  tak nak fikir sangat. 


pastu, pandai pandailah kongsi dengan kawan nota yang ada.  kawan pun jangan kedekut ilmu.  tak baeekkk tawwww..  bila kita ajar orang, kita akan dapat  ilmu tu 2 kali ganda.  bayangkanlah kalau kita ajar 10 orang.  kan dah banyak kita dapat semula.



tapi hari ni, memang sangat kelakarlah.  anatomi kan macam sains, biologi jugak.  istilah istilahnya, phewwww.. berbelit lidah nak sebut.  rasa macam nak letak nama anak nanti dengan nama adrenoglomerulotropin, somatotropik, triiodotironin je.. huhuhu


bila dah duduk ramai-ramai, asal salah cakap ke salah sebut ke, memang kena bahan.  tahan hati jela.  tapi diya memang tak amek ati pun. lepak sudeyhhh..  tapi rasa best sangat study hari ni.  serius! hah! serius pulak..


tinggal 5 hari je lagi nak abes semester 3.  lepas cuti naik semester 4 pulak.  insyaAllah.  doakan diya tau...!! oh ye! adrenoglomerulotropin tu hormon pada kelenjar pineal, somatotropik pulak hormon di kelenjar pituitari dan triiodotironin tu pada kelenjar tiroid.


bai!!

Thursday, May 19, 2011

satu dah lepas, tiga masih menunggu

Diya Edhayaa | 5:40 PM | 14Comments |
"mengapa kau pergi.. mengapa kau pergi.. di saat aku mulai mencintaimu.. berharap pun kau jadi kekasih hatiku.. malah kau pergi jauh dari hidupku.." erkk.. memang nak suruh pergi pun.  letih haih menghadap notes, buku.  tapi sebenarnya, bukan student kalau tak berkepit dengan buku.  bak kata ayat lazim diya, "standard ah aku suka makan.."  "standard ah aku suka tido taim tengok movie.." hehehe




actually, pagi tadi diya dah mula exam.  hari ni paper Pengurusan Bilik Darjah.  dalam kuliah, diya suka subjek ni.  tapi bila nak menjawab tu, macam errr.. sampai tak tahu nak study apa dah.  bajet konon pelajar bijak boleh khatam satu buku satu malam. wekkk! tak langsung.  dari minggu lepas study.  tapi rasa kosong. pelik.




bila adanya perasaan, "apa aku baca ni".. "boleh ke tak jawab ni jap lagi", maka dengan automatiknya, jantung berdenyut tak seperti biasa.  otak rasa tepu.  tapi cuba tenangkan hati, berdoa pada Yang Maha Esa supaya dipermudahkan segalanya.  minta-minta tak blank masa menjawab.  minta dilapangkan dada dan minda.


dan alhamdulillah, bolehlah jawab tadi.  walaupun ada juga soalan yang sangkut sikit.  harap semuanya baik-baik saja.  mintak-mintak dapat A++++++.  kiranya 1 paper dah lepas, ada 3 paper lagi yang menunggu.  course lain ada 4 paper.  diya tolak 1 paper, sebab paper BMM 3105 dah siap pameran, amali.



hurmm.. fighting study for BMM 3106, PJM 3106 and RBT 3117 pulak dis weekend.  aja aja fighting!!!!!


=)


Tuesday, May 17, 2011

entry takde motif

Diya Edhayaa | 4:01 AM | 3Comments |
3.45 a.m masa taip entry ni.  tapi still tak tido tido.  nak study, macam tak masuk dah.  tadi kaw kaw kena bahan dengan kawan-kawan.  hurmm. macam nilah nasib orang single.  ada-ada je kena usik dengan kawan-kawan.  tapi tak kesah lah.  kita enjoy!!!hehe.



bila berjaga tengah malam, perut menggatal nak lapar sana sini.  ngengade betol!  nak makan, bukannye nak sahur ni.  esok baru nak serbu kedai pakcik merah.  nyum3. hik!


diya pun tak tahu ape benda diya merepek meraban tengah malam camni.  dah pagi ni, diya..!! okey.. morning suda.  nak tido pulak rasa. gtg.  bai!



# thanx untuk awak yg buatkan saya ceria tahap overdose sekarang ni.  nak senyum secara overdose.  =D




Monday, May 16, 2011

kalaulah ada... KALAU!

Diya Edhayaa | 9:35 PM | 2Comments |
seharian study tak henti henti.  makan tidak.  tidur tidak.  oke, diya tipu je.  diya tak makan?? takde sebab untuk tak makan melainkan makanan di kafe memang takde, pastu kawan pulak takde nak tolong beli.  mau kebuluran.  

cuma rela bersengkang mata sikit untuk tak merebahkan diri ke katil yang empuk dan bergelumang dengan teddy bear 2 ekor dan seketul bantal busuk.


sekarang ni study, study gak.  penat study, berangan kejap. berangan apa pun tak tau.  senyum tak pasal-pasal tu tak payah cakap la.  asek nak senyuuuuummmmm je.  



orang kata senyum sorang ni gila.  lantak lah, hati gumbira.  heh! gumbira la sangat.


tapi dalam duk study tuh, diya on jugaklah lagu kat laptop ni.  study 1st round, bising sikit takpe.  2nd round, mesej ke.. ape ke.. babai la kau.. huhu.  masa dengar lagu, diya sekarang ni in love sangat dengan lagu Bruno Mars.  diya suka Grenade dengan Just The Way You Are.  tapi..... JTWYA lagi cuwittttt...! 


Oh her eyes, her eyes
make the stars look like they're not shining
her hair, her hair
falls perfectly without her trying

she's so beautiful
and i tell her every day

yeah i know, i know
when i compliment her
she wont believe me
and its so, its so
sad to think she don't see what i see

but every time she asks me do i look okay
i say

when i see your face
there's not a thing that i would change
cause you're amazing
just the way you are
and when you smile,
the whole world stops and stares for awhile
cause girl you're amazing
just the way you are

her lips, her lips
i could kiss them all day if she'd let me
her laugh, her laugh
she hates but i think its so sexy

she's so beautiful
and i tell her every day

oh you know, you know, you know
id never ask you to change
if perfect is what you're searching for
then just stay the same

so don't even bother asking
if you look okay
you know i say

when i see your face
there's not a thing that i would change
cause you're amazing
just the way you are
and when you smile,
the whole world stops and stares for awhile
cause girl you're amazing
just the way you are

the way you are
the way you are
girl you're amazing
just the way you are

when i see your face
there's not a thing that i would change
cause you're amazing
just the way you are
and when you smile,
the whole world stops and stares for awhile
cause girl you're amazing
just the way you are



serius! diya memang suka sangat sangat lagu ni.  kalaulah ada.. KALAU.. haha.. 

"berangan lebihlah kau ni diya.  baik pegi study KH tu.  " 
 "baik mak.. nanti kena seterika belakang pulak  =( "


# khamis nak exam first paper.  


Saturday, May 14, 2011

BEN ASHAARI UCAP SELAMAT HARI GURU

Diya Edhayaa | 2:02 PM | 8Comments |

bersempena Hari Guru pada hari Isnin ni, abg Ben buat segmen woo.. diya ni kalau cakap pasal cikgu cikgu ni memang suka.  bakal pendidik kan.

sebagai syarat nak join segmen abg ben ni, ada soalan tau.  meyh kita jawab soalan dulu ek.  sambil tu boleh la kenal ngan diya ni.  hehe.

SEKOLAH
tadika - Tadika Kemas Kampung Temin, Jerantut, Pahang (1996)
sekolah rendah - Sekolah Kebangsaan Temin, Jerantut, Pahang (1997-2002)
sekolah menengah - SMKA Tg. Ampuan Hajjah Afzan Pahang, Jerantut, Pahang(2003-2007)

pastu sambung form 6 sekejap, 2 minggu je pun di...
SMK Padang Saujana, Jerantut.

then dapat tawaran pegi,,...
IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis,Pahang

insyaAllah akan tamat pengajian selama 5 tahun 1/2 pada 2013.. *tak sabar nak jadi cikgu dah!


CIKGU YANG MASIH INGAT SAMPAI SEKARANG

tak semua diya ingat cikgu dari tadika sampai lah sekolah menengah.  
ada yang ingat muka, tapi lupa nama.  ramai sangat kan.  boleh pulak terlupa.  huhu.
kalau sebut pasal cikgu yang betul diya ingat, adalah yang special case sikit.  antaranya:

CIKGU NOR MAZNI
ni cikgu math diya masa form 5.  diya dulu lembab sikit pasal math ni.  tapi kalau buat karangan, memang suka la duk merepek merapu panjang panjang.  haha.  tapi masa form 5, diya dapat cikgu mazni yang ajar kelas diya.  dengan dia, diya rasa best sangat belajar.  bila taim bertanya, memang muka diya selalu tak tau malu.

CIKGU2 BM (dari form 1 sampai form 5)
semua cikgu bm diya memang terbaekkkk wa cakap lu.  selalu jugak orang kata bm ni sempoi jek.  senang. hek eh! tak senang mana jugaklah.  tapi dengan cikgu2 ni, memang best.  selalu jugak tunggu masa bm.  haa.. amek kau.  masuk sini, bakal cikgu bm. hehe


TEACHER ZALINA
ni pulak cikgu bi masa darjah 5 dan 6.  merangkap guru kelas sekalilah.  diya dulu pun tak hebat sangat bi.  maklumlah orang kampung je.  tapi dengan teacher ni, diya rasa seronok.


USTAZ ZULHAZMI
ustza ni ajar bahasa arab masa diya form 3.  ada satu hari tu, diya tak siap kerja dia bagi.  masa tu 5orang je dari 28 orang yang tak siap.  diya tak suka duduk kelas tu, sebab kelas tu budak-budak pandai.  rasa lemah jugak.  then, bila tak siap, ustaz tu macam suruh diya siapkan and make sure PMR nanti BA kena dapat A.  rasa tercabar woo.. hehe. and hasilnya, alhamdulillah.


KENANGAN SEBAGAI GURU
selama jadi guru pelatih ni, dah 3 buah sekolah diya jadi cikgu seminggu.  sekolah2 tu - SK Sungai Isap, SK Jerantut Jaya dan SK Kompleks Seberang Takir.

kenangan-kenangannya:
1) terpaksa kawal satu kelas darjah 1 yang ada 40 orang murid.  nak menangis rasa.  ya Allah, susah juga nak jadi cikgu ni.  ingat senang ke.  kita jerit kat sini, diorang bertumbuk kat belakang.  kita jalan sini, dorang main pengasah kat sana. aduyaiii..

2) suruh duduk, jawab exam.  tapi ada sorang budak ni, tak reti reti nak duduk diam.  macam-macam cara dah buat.  memang dia tak reti.  emm sabao ajelah.

3) murid kata cikgu cantik.  haha .  ni kes naik lif sorang sorang tekan sendiri.  sebab tu kalau pegi sekolah, pakaian pun kena jaga.

4) ada budak bagi diya kapal terbang kertas.  budak tu tahun 2 kelas paling hujung.  bila kelas paling ujung ni, marah pon tak boleh kasar kasar.  lembut sangat pun tak boleh.  tapi kena slow talk dengan dorang.  akhirnya, dorang boleh jadi rapat dengan kita.

emm.. kalau nak cerita, banyak sangat.  ni belum praktikum lagi.. baru seminggu duk sekolah setiap sem.  huhu.

lastly, jadilah guru yang berguna kpd agama, negara dan bangsa.  

=)


belogsiput dah okey!

Diya Edhayaa | 2:25 AM | 0Comments |
bila mood berblog sedang berkobar-kobar, dia pulak nak buat hal.  isk! kacau betul.  taim diya kering idea, belogsiput tak buat hal pulak.  ermmm.. sabor aje laa..



ni kira hapdate ringkaslah sebelum memejam mata.  nak karang panjang panjang pun takde mood dah.  bukan diya bad mood tau.  isk! kelkatu ni kacau la. hehe. musim kelkatu kot sekarang ni.


emmm.. diya tengah waiting seseorang.   harap sangat dia masih wujud di tengah tengah malam yang sunyi sepi pi pi.. pak mat jual topi..  hari ni.. hari semalam.. tersangat sangat sangatlah hepi.  rasa macam nak menjerit kat satu blok ni.  mujur roomate takde.  kalau tak, kesian dia.  nasiblah dapat diya ni yang overceria.  kehkehkeh.


mata pun mengantuk dah ni.  tapi sabar.  sabar.  kang wujud dia... ermm.. hehe.  ape ape pun, selamat tido korang semua.  jangan lupa baca 3 Qul, mengucap, al-Fatihah dan ayat Kursi sekali.  as salam.. :)


#  mana bunga kobis ni....= ="


Thursday, May 12, 2011

exam la pulak oiiiiii...!!!!!

Diya Edhayaa | 9:32 PM | 4Comments |
masa untuk exam dah tiba oke.  maknanya, blog ni akan terbiar untuk seketika. diulang, seketika.  tapi diya mula exam on 19th mei.  sempat je lagi kan nak post apa-apa.  huhu. ehhh!! suke suki makcik kau je.  tak study hape.  study smart owkeyhhh....!


hari ni dah study PBD sikit.  esok sikit lagi.  pastu nak study KH.  semester ni masih 4 paper macam sebelum ni.  course laen ada yang 5 paper.  urmm lega sikit. 


tapi ase b'deborrrr jugak dengan paper Anatomi n Fisiologi.  walaupun masa sekolah dulu amik Bio, tapi berapa zaman dah tinggal.  maka merangkak la pula baca benda benda tuh. 


 KH pon sama.  KH ni elektif ke-2.  first taim nak jawab ni.  isk! jawabnya exam kali ni goreng sampai hangit lagi lah. tehehee... :D


and peringatan  untuk exam kali ni antaranya:


# jaga kesihatan - makan, minum, tidur pun kena jaga. tetiba demam, kan tak selesa nak exam.

# jaga hubungan dengan Allah dan manusia - banyakkan doa dan buat solat hajat.  mohon pada Allah dipermudahkan segala urusan.  jangan gaduh2 dengan orang lain.  jaga hati orang sekeliling.

#  jaga diri - tak payah nak merayap sangat.. bahaya!

# study smart - dont stress stress.. hehe

#  tetapkan matlamat - of coz nak 3.75 lagikkkk!! tapi kalau dapat 3.5 above pun dah cukup baik. :D

# datang awal ke dewan peperiksaan - make sure 30 minutes before exam, da terpacak kat depan dewan.

# mohon restu dengan ibu dan ayah - doa dari mereka, minta maaf dari mak ngan ayah.  takkan nak tunggu raya kowttt..

# kurangkan berangan - lepas exam kita sambung semula ae.. angankan.. tettttt! hua3

ni masa pameran untuk bm1 hari tu.  satu satunya paper yg takde exam.  tapi ada assignment, amali dan penilaian fail.


dah dah.  diya ni kalau bagi chance je nak merepek memang suka.  macam makan kerepek je rasa.  nak sambung study pulak.  doakan diya tau.. bubui sayang sayang sekalian...!!!



Tuesday, May 10, 2011

berbasah-basah di Lata Jarum

Diya Edhayaa | 2:53 PM | 7Comments |
minggu ni dah study week.  minggu depan diya start exam dengan paper Pengurusan Bilik Darjah pada 19 Mei.  orang lain ni mesti dah cuti kalau yang tak buat short sem. tapi kami baru nak exam.  standard trainee IPG laa. 2 minggu before cuti sekolah, mesti exam.



dua hari - Jumaat dan Sabtu, diya sibuk dengan kursus fasilitator.  tapi hari ahad diya pergi berlibur dengan coursemate.  rehatkan, tenangkan minda sebelum bercinta dengan exam. ehe.  sambil mengepam badan dengan ayam BBQ, sosej, nasi goreng biasa, koktel, sunquick mangga dan jajan.  tahu tak apa jajan? heh.


selama diya study kat Kuala Lipis, ni kira kali kedua diya lepas kat Lata Jarum.  tapi Lata Jarum ni bukan di Lipis, tapi di Raub.  hometown roomate diya.  kalau dari sini just amik masa  1 jam jugaklah.  masa on the way pegi Lata Jarum, lalu kampung.  tenang je tengok pokok-pokok menghijau.  


tak nak bebel panjang panjang, tapi nak show off la tempat yang diya pergi ni.  memang best. 









kalau kat atas ni kawan kawan diya sibuk nak bakar ayam, tapi kat bawah ni diya nak tunjuk pemandangan sebenar kat lata ni.  tapi ni just belah atas, tak sampai bawah.  









cantik kan.  tapi yang kat bawah ni bukan duyung lah .  lata ni takde duyung. hikhikhik.



ini kami yang tidak berbasah-basah.  sebab tak bawak baju. heh.




bila dah main air ni, konfem lapar.  diya tak main air pun.  just celup celup kaki.  masa dorg merayap kat batu mane entah, diya sibuk duk bakar ayam dengan sosej.  bukan diya sorang, tapi dengan member yang lain jugak.




lepas makan, sambung berendam lagi.  opss! yang atas batu tu diya tak taulah dorang duk bincang pasal ape. huhu.. pikir nak masak ikan yang jejaka duk pancing kat belakang tu kot.







before balik, kena snap snap lagik.  yang ni diya dengan cik Cieda Montello.  pastu gambar belia wajib ada. wajib oke. hee~




seronok sangat hari tu.  gambar kat sini je dekat 1000 keping.  nasib baik dalam lapy je, kalo nak cuci semua, langsai..... hehe..


=)

Monday, May 9, 2011

jiwa PBSM sedang meresap masuk

Diya Edhayaa | 9:22 PM | 0Comments |
orang selalu kata PBSM ni "persatuan berehat sepanjang masa".  biasa sangat dah dengar.  tapi itu bukan sebab untuk diya malas nak aktif gerko.  kalau tengok situasi kat tempat diya ni, Pengakap paling tip top keaktifannya. sibuk je selalu.  siapkan buku log la, tali la, jamboree laa.. haish! penat jugak. eh! apa diya cerita pasal pengakap pulak ni. stop stop stop. kita cerita pasal PBSM oke.


baru-baru ni, diya terlibat dengan kursus fasilitator untuk SUKBEL 2011 nanti.  student yang amik gerko PBSM semester 3 memang wajib join SUKBEL ni.  tapi kan, SUKBEL ni buat masa cuti semester.  so, untuk tahun ni, cuti sem diya yang 3 minggu tinggal 2 minggu jela.  heh. takpe, demi pengalaman.


untuk kem ni, diya pilih skill station bencana.  kat SUKBEL nanti, tak jadi peserta, tapi fasilitator.  ingatkan tak banyak kerja sangat.  rupa-rupanya, boleh tahan jugak.  hehe.  yang seronoknya, diya belajar banyak benda baru. nak tau apa?? meyh diya nak story.




MASAK MAKANAN UNTUK 3000 ORANG
kalau masa bencana kan, mangsa bukannya seramai geng gosip mesyuarat tingkap.  tapi beribu orang.  so masa ni, jurulatih dari IPK ajar macam mana nak guna peralatan memasak, setting masa, serve makanan untuk mangsa and macam-macam lagilah.


PASANG KHEMAH
part ni best jugak.  masa ni memang bekerjasama nak pasang dan bongkar khemah dalam kumpulan.  khemah yang kami belajar pasang ni, khemah yang biasa tentera pakai. besar.  mula-mula macam takde mood jugak.  sebab masa tu dah tengahari, matahari tegak kat kepala.  tipulah tak penat kan. lastly, rasa best pulak.  ingatkan susah sangat.  kami berjaya pasang dan bongkar dalam masa 9 minit je. hehe.


TRIAGE
part ni pun diya suka.  diya belajar macam mana nak tagging pesakit ikut warna.  warna yang digunakan merah, kuning, hijau dan putih.  lepas je jurulatih tu bagitahu notes pasal ni, dia tanya kitorang beberapa situasi.  kena berfikir jugaklah.  nasib baik bukan ujian kan. hehe. 


STRETCHER
yang ni belajar macam mana nak set kan stretcher.  diya baru tau yang stretcher ni ada 2 jenis, foldable stretcher dengan stretcher Nato.  masa jurulatih tu duk ajar kami, merepek je jawabnya. huhu. yelah, tak pernah ada pengetahuan pun pasal ni. then, dia ajar kami cara-cara usungan.  banyak cara boleh digunakan untuk usung pesakit tanpa menyakitkan mereka.



memang dapat banyak betul benda baru.  tapi agak terkilan sikit sebab tak sempat untuk skill station Ambulans.  masa suntuk sebab ada pertandingan pasang khemah.  grup diya, grup BRAVO. tapi tak menang pun.  khemah terbalik.  adesss.


pape pon, dapat rasa yang PBSM ni seronok sebenarnya. 
 "di mana ada sengsara, di situ ada kita."



Sunday, May 8, 2011

busy sangat!

Diya Edhayaa | 11:53 PM | 9Comments |
betul betul letih ujung minggu ni.  nak hapdate belog pun alahai.  belum mampu jadik seperti abg Ben Ashaari.  hurmmm.. selalunya, hujung minggu asyik membuta je lah kerjanya.  makan tido fb makan tido fb makan tido fb. itu kalau duduk hostel.  kalau tak lekat kat sini, melekat kat rumah.



tapi minggu ni, sibuk dengan aktiviti yang bermanfaat.  hari jumaat hari tu, pergi kursus fasilitator untuk SUKBEL 2011.  hari sabtu pun sambung lagi.  banyak benda kalau ikutkan nak cerita, tapi nantilah diya cerita.  kena buat satu entry khas gitewwww. *kan dah terkeluar euww euww.


hari ni pun ada aktiviti gak.  jamuan  dengan budak2 coursemate.  tapi takdelah jamuan sangat.  sebab buat outdoor.  picnic kat Lata Jarum, Raub.  nanti diya cerita jugak ek. memang idea macam macam nak cerita.  tapi badan letih sangat. tak mampu nak mengarang.  sobsobsob.



dan tugas diya sebagai PKU sem ni dah berakhir.  tinggal nak setelkan semua jam kredit dalam buku kedatangan harian dengan borang ganti kuliah.  and then, habes.  tak payah pikir macam mana nak tanda buku - means ape benda kena R, P, O, S dan /.. tak perlu nak buat rumusan kehadiran kuliah bulanan.  tak perlu nak ejas kelas ganti *opss! ini kerja encik KU. 


dalam masa terdekat ni, macam ada nak buat sesuatu la kat bloggers.  hehe.  wait yaww..~


Saturday, May 7, 2011

sedih tak tentu arah

Diya Edhayaa | 1:13 AM | 1Comments |
aku perasan jugak mood blogging aku beberapa hari ni, hanya wujud di waktu malam.  siang siang macam takde perasaan sangat.  tapi bila malam, macam macam perasaan timbul.



sebenarnya, aku tak tau kenapa aku rasa macam sedih sangat malam ni.  aku tak tau macam mana air mata aku boleh gugur tanpa dipaksa.  aku tak tau kenapa aku perlu rasa macam ni. ='(


andailah aku punyai mesin cahaya masa, aku ingin putar kembali masa.  aku ingin kembali ke suatu masa semasa aku mula kenal dengan mereka.


kini, hanya tinggal beberapa hari saja lagi sebelum semuanya berakhir.  aku tak mahu ianya berakhir.  tapi aku tahu ianya tetap akan berlaku.



# aku tak mahu detik itu tiba.


Friday, May 6, 2011

Lirik Kisah Dongeng (Stacy)

Diya Edhayaa | 12:27 AM | 2Comments |
tadi masa cari lirik lagu ape entah, tak ingat dah, terjumpa satu lirik ni.  diya ni memang suka lagu-lagu Stacy, so try tengok lirik dia.  wah! sangat bermakna lah.  apa lagi, cari lagu dia pulak.  so, ni nak share sikit lirik lagu ni.



Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja


# oh! kamu.. kamu.. dan kamu lagi.. terima kasih menceriakan hari saya..



Thursday, May 5, 2011

senyum seluas 20 kilometer

Diya Edhayaa | 12:45 AM | 1Comments |
mata mengantuk.  tapi macam tak sedap pulak tak post apa-apa.  hari ni, kat facebook pun tak, walaupun dua tiga ayat.  tadi je baru teringat yang Bunny dah dijumpai.  malam ni tido boleh ditemani Bunny.  ^_______^



hari ni tak tau kenapa rasa happy.  sebetulnya semalam lagi dah.  tapi hari ni SUPER DUPER MEGA HYPER punya happy.  ehem. aku ni kalau hari biasa pun happy jugak.  dah dasar kanak-kanak ribena.  



tapi hari lain sikit.  macam rajin je nak bukak kotak yang kat tepi tu.  macam tunggu je siapa yang ada.  tak kisahlah kan.  sedikit demi sedikit, dia dah pulihkan hati aku.  maka, gelak tak hengat berlaku lagi. hikhikhik.


dah, nak tido dalam senyuman.  senyum lagi sampai hari esok.  lusa. minggu depan.  minggu depan depan. minggu depan depan depan.  sebelum cuti semester.  lepas tu tak taulah nak senyum lagi ke tak. 


# tak mahu berharap.