Thursday, August 18, 2011

nasihat kakak dan abang

Diya Edhayaa | 11:14 AM | 4Comments |
sesungguhnya, kadang-kadang kita perlu menangis untuk mengurangkan kesedihan yang kita alami. sebab air mata itu sedikit sebanyak dapat menenangkan jiwa yang tengah kacau-bilau. aku mengaku yang aku salah.  bertindak ikut perasaan.  bodohnya.  



kalau dah kawan tu, tak payah nak beriya.  tapi, lain jadinya. haishhh.  dan hari ni, aku menadah telinga untuk dengar nasihat orang yang lebih tua dari aku.  kakak dan abang.


KAKAK:

" jangan biarkan diri kita ni dilukai.  sekali sekala, hargai hati kita. jangan mudah memberi.  "

" beri masa untuk diri sendiri sebelum tumpukan perhatian untuk orang lain.  sayangi diri sendiri dulu sebelum sayangi orang lain yang belum tentu sayang kita dengan sepenuhnya. "

" cinta tak semestinya kena kapel.  kena faham konsep cinta. "

" lelaki ni kan, tak suka girl yang mudah sangat merajuk tak tentu pasal. lagi la dorang tak suka kalau yang status kawan. "


ABANG:

" tak ada hidup yang happy selalu.  ada saja yang datang menerpa. "

" buat sesuatu yang menghiburkan hati kita.  anggap dia macam kawan sahaja. anggap dia biasa saja dengan kita dan tak ada jodoh lagi. "

" luangkan masa dengan kawan-kawan. kawan-kawan mampu menghilangkan rasa lupa kita pada orang yang kita nak. "

" pengalaman mengajar kita mematangkan diri kita. percaya yang jodoh takkan ke mana-mana. "

" kita kena banyak sabar.  fikir diri kita, bukan orang lain. "


terima kasih KAKAK dan ABANG.  mereka bukanlah saudara kandung.  tapi mereka adalah orang yang sentiasa bagi nasihat.  sayang KAKAK dan ABANG.  alhamdulillah.  terasa lega.  dan kawan-kawan yang sentiasa ada di saat aku hanyut dalam dunia ciptaan aku.



# kita adalah diri kita.  kita yang mengubah diri kita.  tapi sekeliling kita adalah pemangkin. kita berhak memilih.





Wednesday, August 17, 2011

melupakan itu menyakitkan

Diya Edhayaa | 12:36 PM | 5Comments |
sejak akhir-akhir ni, mood aku agak ke laut ye kawan-kawan.  tapi aku ni bukan jenis kalau ada prob, terus bad mood.  cuma aku ni kalut sikit.  pastu kadang-kadang ada gak aku tacink.  aku cuba nak ubah, tapi slow-slowlah.  aku kan manja *bukan aku kata, mereka yang kata



seminggu ni, memang aku macam sewel sikit.  mungkin sebab kecewa.  sebab 'dia' dah ada yang punya.  sebak pada mulanya.  mahu saja aku buang jauh-jauh.  habis aku padamkan segalanya.  segala sapaannya, satu pun aku tak balas.  mungkin takut untuk bertegur sapa lagi dengannya.  sampai sekarang pun, luka itu masih berbekas.  



mujurlah, hari ahad baru ni aku sibukkan diri aku kat rumah tutor aku.  memasak untuk berbuka puasa bersama coursemate.  agaknya, kalau aku duduk sorang-sorang kat bilik, biol kot. hahahaha.


'dia' memang kelakar.  terasa kosong juga bila takde lawak 'dia'.  'dia' memang kreatif.  sampaikan bila 'dia' takde, terasa kosong jugak.  tapi bukan jenis aku untuk mengganggu kebahagiaan orang lain.  dan kini, aku dan 'dia' hanya kawan.  usahlah lagi memberi ruang untuk kelukaan.  berkawan biar beribu, berjuta, berbillion.



sungguh aku tak bisa, sampai kapanpun tak bisa
membenci dirimu, sesungguhnya aku tak mampu
sulit untuk ku bisa, sangat sulit ku tak bisa
memisahkan segala cinta dan benci yang ku rasa


apa kau mengerti ku sedih sendiri
tanpa ada kamu ku merasa sepi


tlah lama ku menantimu, diam sendiri menunggu
setengah hati mencinta, ku sakit karenamu

[CINTA DAN BENCI_GEISHA]



Tuesday, August 16, 2011

resepi biskut raya

Diya Edhayaa | 10:41 AM | 2Comments |
assalamualaikum.. hai korang!! pe kabar ae semua.. sedar tak sedar, hari ni dah masuk hari yang ke-16 kita berpuasa.  dah masuk fasa ke-2 Ramadhan.  tinggal berapa hari je lagi nak raya.  dari segi psikologinya, bila masuk fasa ke-2 ni, semakin cepat pulak masa berlalu.


sejak dah besar sikit  ni, rajin jugak aku duk m'google resepi.  terutamanya resepi biskut raya sempena nak raya nanti kan. ehe.  kononnye nak buatlah.  tahun lepas aku dah try buat biskut sarang semut, tahun ni nak try chocolate chip cookies plak.  kot-kot la menjadi.  boleh la korang makan.. hahaha.



pastu aku pun sajalah post status ni..




haaameeekk ko.. entah hape lah set KPLI 3 orang tu duk merapu.  pening aku.  ada-ada je idea dorang.  ni bukan resepi biskut raya dah, jadi resepi jejaka raya.  huhu. tapi diorang ni memang friendly kot.  dah la kelakar.. tak larat aku nak gelak..



# tinggal beberapa jam lagi... yeehuu!!~

:D


Friday, August 12, 2011

ambillah waktu

Diya Edhayaa | 11:26 PM | 2Comments |

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.

Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. 


Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan


Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan


Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. 





Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan


Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati. 



Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.


 Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan


Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.



# masa ibarat pedang.





Thursday, August 11, 2011

beribu sesalan - versi sebaldi air mata

Diya Edhayaa | 9:51 PM | 4Comments |
"Ku susuri malam ini
Yang tidak berbintang sunyi sepi
Juga rembulan dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri"


makin hari, makin aku sedar.  sedar yang aku semakin bodoh. mempertaruhkan hati untuk orang yang tak tentu pun.  dan minggu ini, aku dah nampak JELAS. sehingga hari ini, aku nampak lagi. aku semakin pasti.


sakit. siapa yang tak sakit.  tapi aku fikir, kalau aku terus berfikir tentang kamu, aku akan terus sakit. terus menyeksa diriku.  kerana itu, aku cuba melupakan.  cukuplah sekali kau hadir dalam hidup aku.  cukuplah sekali kau memberi pelangi selepas hujan kepada aku.


dulu, aku endahkan kata-kata orang yang paling rapat dengan aku.  kini, masih terngiang-ngiang lagi kata-kata dia.  benar sekali.  terima kasih kawanku.


realitinya, aku semakin rimas bila aku dikaitkan dengan kamu.  semakin sesak.  semakin... argghhh!! susah untukku gambarkan.  kerana salah aku.  aku yang bersalah atas semua ini.  aku yang mencipta jalan cerita ini. aku yang menjadi pelakonnya.  dan kau..


hari ini, selamat jalan semuanya.  akan ku padam semua yang pernah bersarang dalam hidup aku.  biarpun kenangan itu indah.  tapi bagi aku, kenangan itu akan memberi luka yang lebih pedih.




# minuman paling enak malam ini ialah air mata.



Tuesday, August 9, 2011

kepala dah tak berapa nak betul

Diya Edhayaa | 1:38 AM | 2Comments |
giler hape! esymen baru dapat 1.  tahap giler memang kritikal.  bukan sebab esymen. tapi... tapi.. tapi.. ewah3.. suka ati aku la nak kritikal skang ni.  kepala memang tak berapa nak betul.  bila kepala dah lari wayar sikit, hati pun nak merepek.





cukop! cukop! cukop!


aku nak tido.  tenangkan fikiran.  tenangkan jiwa. tenangkan hati.


moga esok lebih baik dari hari ini  =)


chop! tadi aku terfikir satu quote neh... 


"LUKA YANG TERSEMBUNYI DI DASAR  HATI LEBIH PEDIH JIKA DIBANDINGKAN DENGAN LUKA YANG DILIHAT OLEH MATA KASAR"



Thursday, August 4, 2011

jiwa kacau, jangan kacau

Diya Edhayaa | 11:48 PM | 2Comments |


aku lost.  aku hanyut dalam dunia ciptaan aku sendiri.  dunia yang menyakitkan diri sendiri.  dunia yang menyusahkan diri sendiri.  entah kenapa, malam ni aku rasa lain.  tak macam malam-malam sebelum ni.  susahnya bila jadi macam ni.



sebetulnya, aku sendiri tak faham apa yang bersarang dalam lubuk hati aku ni. *keluar dah ayat puitis aku  aku dah cuba. DAH CUBA. tapi aku masih kalah.  tak mampu.  ingin sekali aku lari jauh dari situasi ini.  ingin sekali aku bersembunyi dari situasi yang berkecamuk ini.  


perasaan malam ini, ditemani bait-bait indah lirik yang menyentuh jiwa.  mengusik hati.  sehinggakan aku terfikir, sampai bila aku harus begini.  membiarkan diri terus diselubungi rasa yang tak menentu.  aku hilang lagi.  melayang terbang.



::... Talking to the moon.  Tryin' to get to you. 
 In hopes you’re on the other side talking to me too.
Oh, am I a fool who sits alone talking to the moon ...::


Tuesday, August 2, 2011

Kelebihan Bulan Ramadhan

Diya Edhayaa | 2:00 PM | 6Comments |
bulan Ramadhan ialah bulan yang mempunyai banyak kelebihan.  datangnya selepas 2 bulan yang tidak kurang juga istimewanya, Rejab dan Syaaban.  dalam bulan yang penuh keberkatan ni lah selalunya kita akan melipat gandakan lagi amalan.  kat sini, diya nak share beberapa kelebihan bulan Ramadhan.



1. pintu-pintu syurga dibuka

2. malamnya lebih baik daripada 1000 bulan

3. amalan sunat sama dengan solat fardhu

4. manakala solat fardhu sama dengan 70 kali ganda

5. bulan kesabaran dan pahalanya adalah syurga

6. bulan menambah rezeki

7. bulan keampunan iaitu doa yang paling makbul ialah doa sebelum berbuka puasa dan doa pada sepertiga malam

8. 3 fasa bulan ramadhan - 10 hari pertama ialah mulanya rahmat, 10 hari pertengahan adalah pengampunan dan 10 hari terakhir adalah kemerdekaan api neraka.



dan diya rasa bukan ni sahaja kelebihannya.  banyak lagi.  kat bawah ni pun ada sepotong hadis untuk kita hayati.


Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: "Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu".



# hari ni ada kelas sampai 4.30 petang lagi.  


"Tuala Berguna" namanya mak.....

Diya Edhayaa | 12:06 AM | 8Comments |
bila aku teringat satu kisah ni, konfem aku rasa macam nak gelak berguling-guling.  aku pun tak tau kenapalah aku boleh buat perkara macam ni.  kalau aku teringat scene ' tuala berguna' ni, automatik aku senyum sorang-sorang.  semua ni sebab salah faham laa.. ceritanya camni.........



mak aku tengah tengok orang duk menyanyi kat dalam TV.  lagu 1 Malaysia tu.  pastu, mak aku pun tanyalah satu soalan ni kat aku..


mak: Ne (singkatan kpd Nina-panggilan aku kat rumah), sape nama penyanyi laki tuh?


masa tu, aku dengar dah mak aku tanya soalan tu.  tapi dalam masa yang sama pakcik aku tanya pasal tuala yang dia baru angkat kat ampaian.  pakcik aku memang rajin.  memang untunglah makcik aku kawen dengan dia.  sampai ada satu hari tu, member aku cakap nak cari suami macam pakcik aku.  aku pun nak cari yang macam tu jugaklah.. hahaha.


Ayah Cu: Kak Long, tuala ni yang baru basuh ke dah guna..?

aku pun selamba jawab..

aku: Tuala berguna..

mak aku yang tak dapat-dapat jawapan untuk soalan dia pun ingat aku jawab soalan dia tadi.  pastu dia ingat aku main-main jawab.

mak : ehhh.. budak ni.. mak tanya elok-elok.. main-main pulak..

aku: tuala berguna.. tuala berguna.. tuala berguna.. (sampai 3 kali pulak tu aku duk ulang-ulang)



masa tu, kazen aku dah pandang pelik kat aku.  aku pun konfiden lebih, selamba lagi jawab tuala berguna.  masa tu aku dah lupa soalan yang mak aku tanya kat aku tadi.  hahahaha.  sengal betol!  lagipun pakcik aku pun duk ulang tanya kat aku.  sebab masa tu, tv pun duk memekak.  aku jawablah benda yang betul.


rupanya, aku langsung tak menjawab soalan mak aku tadi. kesian mak aku.  bila aku dah sedar *tadi tu separa sedar kot  barulah yang aku jawab yang aku tak tau pun nama penyanyi tu.  hahaha.. kesimpulannya, jawablah satu-satu soalan tu.  jangan tak habis lagi soalan ni nak fokus, dah jawab soalan laen.


sampai hari ni, bila aku teringat je kes 'tuala berguna' ni, konfem aku terbayang kazen aku yang buat muka pelik kat aku.  pastu gelak tak hengat. hahahahaha.. adoii la..


gambar sekadar hiasan. hahaha.. "tuala berguna"

Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan

Diya Edhayaa | 6:45 PM | 0Comments |


rasanya masih belum terlambat untuk aku ucapkan Salam Ramadhan 1432H kepada seluruh umat Islam yang tak kiralah berada kat mana-mana pun.. kat Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand, China, Arab dan di serata pelosok dunia.  



hari ni baru hari pertama puasa.  aku tak rasa letih sangat, walaupun kelas sampai 4.30 tadi.  cuma perut je tak berapa sedap.


cuaca pun tak berapa panas sangat.  suam-suam kuku je.  hari ni pun tak dapat nak ber'awal Ramadhan' dengan family.  tapi aku tertarik dengan kata-kata seorang kakak di Facebook semalam..


"yakinlah bahawa terdapat insan-insan yang kehilangan ahli keluarga dan tak dapat menjalani ibadah puasa bersama pada kali ini.  namun bagi kita, masih punya keluarga walaupun tidak bersama pada hari pertama berbuka puasa.  kita masih dikira beruntung.. "



sama-samalah kita meningkatkan amalan di bulan yang mulia ini. InsyaAllah..


# berpuasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, malahan lebih dari itu.  renung-renungkan dan Selamat Berpuasa. =)