Thursday, March 31, 2011

blog J paling famous ialah blog Jejari Runcing

Diya Edhayaa | 2:40 PM | 15Comments |
hye korang semua.. dah makan belom neh..? aku dah siap makan plus nak sambung buat assignment mahu hantar dalam masa terdekat.. auww!! tapi dalam ketidakcukupan masa, sempat jugaklah aku search blog yang ada jual baju online.. 


sejujurnya, aku tak pernah beli secara online.. bila ada member aku tanya macam mana nak beli baju online, aku kata mana aku tau.. yang aku tau, macam ada kena isi form or PM kat FB.. aku pun tak sure.. huhu.. pastu tadi saja jelah aku meng "google" blog yang ada jual jual online ni.. macam macam keyword gak aku guna.. 


salah satu keyword yang aku guna "blog jual baju online".. masa aku baru je taip "blog j", yang keluarnya....
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
klik untuk tumbesaran lebih sihat dengan dugrow.


hah! tu dia.. blog jejari runcing.. aku rasa semua orang dah tau sape tuan empunya blog ni.. mestilah Aimie Harmelia, chenta hati kepada KFCM.. kalau tak kenal jugak, pegilah korang google sendiri sapa dia ni..  kalau tak kenal KFCM pulak, pegi hentak kepala laju laju dekat dinding.. hee.. aku pun rajin jugak blogwalking baca entry Aimie ni..kadang kadang ada jugaklah tinggalkan komen.. bagi aku, blog jejari runcing ni best, baca pun santai je..



masa on the way pegi Terengganu hari tu, aku singgah Machang.. hantar member kat depan UiTM Machang tu.. sempat jugak berangan kot kot tiba tiba terserempak dengan dia.. hehehe.. berangan kuat!

pssttt : aku nak sambung balik cari blog jual baju online.. hik!

 =)

Wednesday, March 30, 2011

mari belajar bahasa pahang: part 1

Diya Edhayaa | 5:29 PM | 7Comments |
assalamualaikum.






hari ni cikgu diya nak buat kelas tuisyen. tuisyen hari ni senang je. tajuk yang amat senang dan tak perlu berfikir panjang.  mungkin dalam aras 1 Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Pahang *gara-gara banyak sangat buat RPH sekarang ni.. dalam blog pun nak guna HSP.   diya ni memang totally orang pahang, lahir di pahang dan membesar pun di pahang. dari sekolah tadika sampai la belajar nak jadi cikgu sekolah pun, still tinggal kat pahang. *bile nak merasa keluar pahang neyyhhhh.  so, tak nak panjang-panjang, jom kita kenal words/loghat yang orang Pahang gunakan.. 


moh
maksud : jom atau mari (ada cikgu aku kata dulu, moh ni asalnya dari perkataan move = gerak)
cnth : moh kite g ke kedai..


pedooh
maksud : penipu atau menipu
cnth : tak payoh la percaya cakap die tu, pedooh je..


se'eh
maksud : kenyang yang teramat sangat
cnth : Se'ehnya perot kawan niii...


lece
maksud : tilam
cnth : bok sini lece tu, kawan nak mereloh ni..


sokmo
maksud : selalu
cnth : sokmo aku yang kena buat, pemalas betul budak ni..


jenuh
maksud : puas
cnth : jenuh doh aku  menunggu..


dan
maksud : sempat
cnth : tak dan nak makan tadi, kedai kak limah doh tutup..


merening
maksud : benda yang nak pecah (bulat)
cnth :  mek nye perut aok tu merening? termakan cacing di warung pak jabit ke..?


kerang
maksud : menangis dengan sepenuh hati
cnth : ambik la anok aok tu, kerang doh..


keri
maksud : gelak guling-guling
cnth : sudoh la wei melawoknye, keri doh aku..


tawor hebe
maksud : tawar sangat
cnth : aok tak letak gule ke air ni, tawor hebe...


babir
maksud : degil yang amat
cnth : budok ni babir sungguh le.. nok bergaduh aje..


beraluih/ beralus
maksud : perangai yang sopan santun
cnth : mak suka benor ngan si jenab tu..beralus budaknya..


berlemin
maksud : berminyak
cnth :  tak selera la nak makan roti canai kat warung usop tu, berlemin rotinye..


merepih
maksud : mencangkul rumput
cnth : pak abu ade di belakang rumah, tengah merepih..



haaa.. itulah sedikit sebanyak bahasa pahang yang aku tau..tapi tak semua daerah yang guna bahasa ni.. sometime, bila encik lebah mesej guna bahasa pahang, ada juga yang aku tak faham.. walaupun kitorang ni dalam daerah yang sama.. apatah lagi bila ada member aku yang lain daerah dengan aku.. ada perkataan yang aku cakap, dorang akan tanya balik aku, menda maknanya.. 

nantikan part 2 pulak ye...

pssttt: ditulis ketika lagu soley soley memenuhi ruang bilik.. :D


Tuesday, March 29, 2011

bila A menghantui hidup

Diya Edhayaa | 8:37 PM | 3Comments |

lebat gila hujan tadi! sedap woh tido musim musim hujan ni.. aku bangun kejap, angkat pakaian yang ada kat ampaian, then tido semula.. sedar pulak aku kan petang petang camni.. kalau tak dah dua hari aku lewat pegi kuliah.. tapi takde lah lewat sangat pun.. lewat ke perhimpunan je, kelas tetap awal.. pukul 8 je dah tercongok depan pintu kelas.. sebab kunci pada aku, kalau tak sian pulak coursemate aku tercegat kat  depan kelas tu..


sekarang ni musim exam.. aku rasa budak budak u dah nak exam pun, lepas tu cuti lame... wuuu~ bestnya mereka, cuti sampai bulan 9.. aku punya cuti semester kali ni bakal jadi seminggu je.. sepatutnya dua minggu, tapi gara-gara WAJIB mengikuti SUKBEL, maka aku rela korbankan cuti ku, demi pengalaman... 



sebelum exam, mestilah busy dengan assignment kan.. bagi aku, assignment ni sangatlah membantu dalam result kita.. nak harapkan exam, macamlah betul sangat menjawabnya.. sebab tu, aku selalu jugak ah nasihat kat sepupu aku, assignment tu buat betul betul.. 


at least, benda tu dah boleh back up kita punya exam yang tak berapa nak banyak markah.. bila dah musim assignment, hidup pun jadi tak keruan.. baru ni aku ada lah buat pemerhatian sikit kat sekeliling aku ni.. adalah tidak pelik apabila musim assignment tu korang buat perkara perkara ni...



#  kain sebakul tak basuh.. kalau sebakul tahan lagi, kalau berbakul-bakul.. sendiri mahu ingat la weyh.. pegilah basuh kejap, kalau takde air 3, 4 hari lepas tu, ngeri2.. bukan apa yang jadik sebakul tu, sebab rasa masa sangat berharga.. nak tinggal laptop, oh tidak!!



#  kain basuh, tapi tak angkat-angkat.. yang ni pulak jenis kejap lagilah.. kejap kejap.. sampai sudah tak berangkat.. akibatnya, duduk la pakaian tu kat ampaian 2, 3 hari.. selagi tak hujan, selagi tu lah tak angkat..



# tido depan laptop.. ini paling normal sekali.. mana tak nya, siang malam duk menghadap benda alah yang satu ni.. zaman moden sekarang ni manalah ada nak buat buat dengan typewriter.. semua nak kena guna komputer.. tapi yang untungnya, salah sikit boleh delete2 je.. kalau zaman dulu, hah! taiplah semula pa ceroh!!



#  lampu bilik tak gheti gheti nak tutup.. walaupun lampu meja study boleh je nak bukak...  tapi lampu bilik jugak yang menjadi pilihan hati  student.. masa tu, kalau warden marah pun, kejap je tutup kot..



#  makan pun jadi tak tentu arah.. yang ni aku memang selalu sangatlah buat.. nak nak lagi bila duduk aras 5 ni.. nak sampai atas pun dah boleh lapar balik.. huhuhu.. baru ni lagi naya, aku pegi makan dah dekat pukul 2.. lauk pun yang tinggal, tak best sangat.. nasib baiklah member aku yang pegi kafe sekali dengan aku tu pandai bawak kereta, so kitorang pun pinjamlah kereta roomate aku, keluar makan kat luar.. thanx roomate!! (bajet roomate aku baca)



#  sindrom malas nak balas mesej dan jawab call tak tentu hala.. masa ni, henfon pun boleh hilang.. entah mana campak pun tak tahu.. kalau yang jenis spesies suka silent fon, jawabnya penuhlah miss call.. lagi satu, boleh jadi orang tanya lain, korang jawab lain.. mesej pun konfem konfem balas nak tak nak je.. contohnya, "xde".. "ok".. "jom".. "nt la"..



#  gf or bf makan hati dengan korang.. sebabnya, korang layan dorang nak tak nak je.. nak berjiwang pun tak dan kot.. 



betapa hebatnya penangan si A ni.. berubah 360 darjah hidup.. hahaha.. 



aku budak bermasalah

Diya Edhayaa | 2:12 AM | 1Comments |
memang aku budak bermasalah.. so, what..? paling tak boleh bla, malam malam je mesti buat hal.. ni yang aku tak suka ni.. tapi nak buat macam mana.. seminggu dua ni , fuh! menguji kesabaran.. meningkatkan daya usaha.. eh! dah macam nak buat objektif kertas kerja.. stop it! kertas kerja BIG tak perlu tulis kat sini laa.. 


actually, aku ni kalau berjaga malam, perut mula buat hal.. apa lagi kalau bukan lapar.. eja betul betul.. L.A la, P.A.R par..  LAPAR.. huish! tengah malam macam ni bukan taim nak melantak tak hengat..

tengah duk buat diari pj, sambil facebooking.. aku rasa lapar.. tapi bukan nak makan.. aku terasa nak minum sesuatu yang sejuk dan  menyegarkan..sedapnya... nak tahu apa??

=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=


CARROT SUSU!!!

sedapnya kalau dapat carrot susu malam malam camni... yummy!
aku tak nak duk lama lama depan laptop ni dah.. nanti macam macam bayangan makanan sedap sedap muncul dalam otak aku... wuuu~~

selamat malam semua... 

pssttt: entry tiada kaitan dengan tajuk..

:)

Friday, March 25, 2011

tak normal

Diya Edhayaa | 10:49 PM | 2Comments |
aku tak nak bebel panjang panjang.. perut dah kenyang,, tapi hati belum senang.. ye, kenapa aku dengar lagu tu.. kenapa lagu tu dekat dengan apa yang pernah aku alami.. kenapa lagu tu tak keluar dulu lagi.. supaya takde kaitan dengan hidup aku..


bukan salah lagu sebenarnya, tapi salah aku... ya! salah aku.. salah aku kerana mengenangkan kembali peristiwa yang pernah berlaku tika aku mula datang ke sini.. hampir dua tahun aku menanggung seksa, derita, kecewa... cemburu bila KAU dikaitkan dengan orang lain.. menangis bila aku tahu KAU dah ada future.. aku pernah suruh member aku yang balik dengan KAU supaya jaga kau.. aku tahu aku bukan sape-sape bagi KAU.. aku juga tahu aku jauh berbeza dari KAU..


dan tika ini, aku rasa macam "ko tak payah tegur aku pun takpe!"..."ko tak payah nak komen2 aku pun takpe".."kalaulah ko boleh takde depan mata aku kan lagi baik".. aku sakit hati dengan kau.. aku pun tak faham kenapa baru sekarang aku nak rasa camtu.. maybe sebab lagu tu...


arggghhhhh!!!! kenapa perasaan sakit hati ni nak datang sekarang.. kenapa tak dulu lagi.. 
serabut weyyyhhhhhhh!!!~

mood: celaru dan taknak dengar lagu Pujaan Hati


jom try ini!!!

Diya Edhayaa | 7:21 PM | 4Comments |
assalamualaikum wbt.. selamat hari jumaat..walaupun dah nak malam ni.. ermm.. actually, aku baru je berehat dari buat assignment.. almaklumlah, semua nak kena hantar minggu depan.. jadi, masa yang ada ni harus digunakan sebaiknya untuk menyiapkan segala tugasan.. maknanya, hujung minggu ni TAK PAYAH TIDO!wuuuuu...~~ katil, bantal busuk, selimut.. sila jangan goda saya hujung minggu ni...

 ok.. tadi aku g lepak kejap kat group batch aku kat FB.. baca baca dorang punya post.. aku pun tak amik tau sangat, sebab malas nak kesah kua notifications tu.. sekali, aku ada terbaca satu post member aku.. cam menarik jugaklah.. so, meh sini aku nak kongsikan...


i) Pilih bulan kelahiran anda:

Januari - Aku cinta
Februari - Aku gigit
Mac - Aku belasah
April - Aku peluk
Mei - Aku terhantuk
Jun - Aku terkentut depan
Julai - Aku menari dengan
Ogos - Aku pergi dating dengan
September - Aku lambai dekat
Oktober - Aku muntah depan
November - Aku jerit dekat
Disember - Aku terlanggar


ii) Pilih nombor hari jadi anda:

1 - Mak aku
2 - Komputer aku
3 - Liverpool
4 - Garfield
5 - Musuh dalam selimut aku
6 - Gangster
7 - Handphone aku
8 - Gerrard
9 - Driver Bas
10 - Semut
11- Kawan baik aku
12 - Polis
13 - Taik kucing
14 - Patung barbie
15 - Lee Chong Wei
16 - Mak Mertua aku
17 - Mak tiri aku
18 - Girlfriendaku/ Boyfriend aku
19 - Makcik kantin
20 - Sharifah Amani
21 - Upin dan Ipin
22 - Siti Nurhaliza
23 - Spongebob
24 - Cristiano Ronaldo
25 - Bapuk/Maknyah
26 - Kawan aku
27 - Raja Lawak/Akademi Fantasia
28 - Jiran aku
29 - Orang gila
30 - Taylor swift
31 - Awek cun/ Jejaka tampan


iii) Pilih warna baju yang anda pakai skrg:

Putih - Sebab aku perasan cantik/hensem
Hitam - Sebab aku gila
Pink - Sebab aku suka single
Merah - Sebab mak aku suruh
Biru - Sebab aku tak tahan
Hijau - Sebab aku baik hati
Ungu - Sebab aku cemburu
Kelabu - Sebab bomoh suruh
Kuning - Sebab suka hati aku la
Oren - Sebab aku baru putus cinta
Coklat - Sebab aku tak tentu arah
Lain-lain - Sebab aku fikir aku hebat



hehehe.... bolehlah nak rehatkan minda.. kalau macam aku, aku kena ayat ni "aku jerit dekat polis sebab suka hati aku la..." haha.. korang teka sendirilah aku punya ayat ni dapat dari nombor yang mana... korang pulak kena yang mana...? bagitaulah.. huhu..aku nak solat maghrib pastu nak pegi makan.. lapar~ papai!!!



pssttt: hanya suka-suka, takde kena mengena antara hidup dengan mati.. lagi satu, jom solat...!!!

:)

Wednesday, March 23, 2011

DAIM

Diya Edhayaa | 10:48 PM | 5Comments |
DAIM..? cik abang kacak ade dslr ke.. auw.. bukan! habis tu.. takkan nama kucing peliharaan pulak.. kalau kucing, memang aku ngap ngap dah kucing tuh taim buat keje.. taim buat keje aku memang suka makan.. tak taulah kenape, sebab nak cari feel kot.. haha.. banyaklah kau punya feel.. 

assignment aku sekarang banyak gile woh.. nak termuntah aku rasa.. bukan setakat assignment yang kerja kursus tu, tugasan dalam kelas yang nak kena submit everyweek, amali, nota.. phewww~ lelah.. inilah cabaran seorang bakal mahasiswa..



tapi kan.. kan.. kan.. *sile bagi sedas pelempang.. haha.. sambil aku duk siapkan segala keje ni, aku duk kunyah kunyah Daim dari tadi.. entah berapa banyak dah aku makan.. oh ye! Daim ni sejenis coklat.. aku kirim coklat ni pada member aku yang buat PBS kat Kedah hari tu.. senang cerita, member aku beli coklat ni kat Langkawi.. aku suka rasa coklat ni.. sedap! haha.. kalau tak sedap, takdelah aku suka.. kalau sakit gigi lepas ni, aku nak salahkan Daim sebab coklat ni sedap dan aku pun terasa nak makan banyak banyak..


makan sampai rongak!


pssttt: jangan lupa gosok gigi sebelum tidur! 

:)

Tuesday, March 22, 2011

keputusan SPM 2010 : 23 Mac 2011

Diya Edhayaa | 7:14 PM | 12Comments |


assalamualaikum.. apa khabar readers, followers, viewers, stalkers semua..?? eyh! blog aku ni ade stalker ke.. haha.. lantak kaulah nak stalk blog aku pun.. blog aku bukan private pun.. emm.. esok 23 mac 2011.. aku tau, adik adik yang tunggu keputusan SPM tuh mesti jantungnya dup dap dup dap.. rase tak keruan je.. boleh jadi makan tak lalu.. tidur tak lena.. mandi tak basah.. akak kau ni pernah rasa dah camner perasaan nak amik result.. memang berdebar-debar je rasa.. nak bercakap dengan orang pun takde mood.. masa tu pikir, "aku nak jadi best student untuk SPM".. masa tu jugaklah duk bayang bayang nak pegi mana lepas SPM.. tapi sayangnya,  aku tak dapatlah nak jadi best student SPM.. bukan rezeki kot.. cukuplah jadi best student UPSR ngan PMR je.. hehehe..

aku dulu selalu tukar tukar cita-cita.. yelah orang kata, dari impian, datangnya usaha untuk mencapai atau mendapatkan sesuatu yang diimpikan tu.. tapi kalau siang malam kau duk mimpi je, usaha tak de.. tak payah nak berangan laa.. dulu pun aku nak sangat jadi dentist@doktor gigi.. aku siap cakap lagi kat parent aku, kalau aku dapat result best aku nak jadi doktor gigi, kalau kurang best aku jadi cikgu dahla.. kes nak jadi cikgu tu pun, memang dari kecik dah aku berangan.. dinding kat rumah masa tu, dah macam gua zaman paleolitik.. huhuhu.. dan akhirnya, aku sekarang ada kat ipg.. tapi janganlah pandang rendah pada student ipg cam aku ni.. 


hah! jauh menyimpang pulak cerita pasal cita-cita.. tapi betullah kan, mula dengan SPM ni la nak rancang masa depan.. pernah juga aku rasa down sangat bila result tak kebaboomm, tak dapat tawaran matrik, tak dapat tawaran u.. pedih giler! yelah, kawan kawan semua dapat.. yang low dari aku pun boleh dapat, aku?? emmmmhhhh... mungkin masa tuh, aku salah pilih course.. tak padan dengan result.. 


pesan aku, pilihlah course yang korang minat dan rasa boleh bawak.. padan dengan keputusan.. pada yang dapat result tak berapa kebaboomm, jangan putus asa.. tak semestinya SPM hancus, korang tak mau belajar dah.. cubalah bidang kemahiran ke.. kerana bagi aku, gagal sekali tak bererti gagal selama-lamanya.. semua orang boleh berjaya jika ada usaha... dan, janganlah lupa berdoa pada Allah.. korang dah usaha kan.. berikan yang terbaik untuk kedua ibu bapa yang banyak berjasa kita, guru-guru dan sekolah.. dan pada adik sepupu yang rapat dengan aku, akak hope kau dapatlah keputusan yang bagus.. amin~!

cun tak...?? hehe


ALL THE BEST PADA YANG NAK AMIK RESULT ESOK!!!


:)

Wednesday, March 16, 2011

Awan Nano

Diya Edhayaa | 11:50 AM | 5Comments |
9 hari tanpa post apa-apa... tak pernah pernah aku buat camni kat blog kesayanganku ini.. hehe.. bukan apa, aku sibuk dengan PBS.. bagi aku PBS ni ada banyak maksud.. tapi aku tak nak bagitau sekarang apa maknanya PBS tuh.. next entry ye readers tersayang... tapi entry ni ada jugaklah kaitan dengan PBS.. sebab, tiap tiap pagi masa on the way pergi sekolah, bukak Hot Fm dalam kereta.. mesti ada lagu Hafiz ni.. balik sekolah pun ada jugak.. nak pergi jalan jalan pun, Awan Nano menemani.. sampai aku pun naik minat dengan lagu ni.. so, apa kata kita layan lagu ni.. pergghh! memang best.. penuh bermakna dalam kehidupan kita..


AWAN NANO - HAFIZ AF7

Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri
Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu
Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu
Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu
Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu
Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu


pssttt: tuan blog tengah demam.. balik dari Terengganu, paracetamol teman setia.. hukhukhuk


:(

Monday, March 7, 2011

namaku bukan namamu

Diya Edhayaa | 11:38 PM | 3Comments |
sudah second day PBS.. semalam dah jumpa tempat ni.. tapi hari ni baru nak snap gambar kat sini..betul betul suka dengan yang ini... 

=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=




selamat malam semua.. tak larat meyh.. penat seharian jalan-jalan... esok kena bangun awal lagi...

:)


Sunday, March 6, 2011

sambungan hari kelmarin

Diya Edhayaa | 11:40 PM | 6Comments |
boleh pulak aku nak buat drama kan.. ade episod episod bagai.. heh! tak kesah laa.. kan dah janji.. tak baik berjanji tapi tak tunaikan.. aku janji ape?? haaa... lupe dah.. oh! itu ayat si Lebah bila 'akak kura kura' selalu lupa ape yang dia cakap.. padahal tak sampai berapa jam pun apa yang dia cakapkan.. berbalik pada tajuk entry, aku kan ada di suatu tempat dalam Malaysia  sekarang ni... tak mau tulis panjang panjang.. meyh kita layannnnn~

-day 1-
naik kuda tepi pantai ouh.. aku jangan haraplah nak naik macam ni.. takut! tapi terasa gak nak mencuba.. suatu hari nanti... hee~



-day 2-
tentatif hari kedua, masih lagi kat pantai.. tapi kali ni minum air nyor pulak... air kelapa lah kiranya.. perghh! best woh.. sambil ditiup angin pantai.. nyaman je rasa.. tudung kelepet pun tak kesah dah.. 



masa tengah duk minum air kepala kelapa, nampak ada sorang pakcik bawak kereta kuda.. ape lagi, serbu pakcik tu pulak.. kalau nak feeling feeling cinderella boleh gak laa.. haha... 

cik snow sibuk interview pakcik uh..

kenangan ouh jadi cinderella untuk bbrpa minit... ngee~

pantai time!!!!



sempoi ah!

ni aku tak tau nak bagi tema ape punya photoshoot... merenung masa depan maybe..

aku suka gambar ni.

sunset



-day 3-
hari ketiga, haruslah dah mula pergi sekolah.. sebab tujuan asal kan nak timba pengalaman untuk seminggu.. tapi yang berguna seumur hidup.. yelah, aku kan bakal cikgu.. sekolah aku buat ni best.. tapi nantilah aku cerita lain kali.. hihi.. yang bestnya, balik je sekolah, terus pegi jalan jalan.. target hari ni, pasar payang je pun.. alih alih, sampai terminal bas, hadap pulak mi sup.. oh! sedap.. siap makan, shopping sampai naik sakit kaki laa...

sudut PPDA sekolah ni memang cantiklah..

murid dan cikgu yang sama nama.. kebetulan aku jumpa.. budak ni tahun 5..

yang ni kat pasar payang.. kiut tak kiut tak! *wekkk!

puteri duyung... ;p

selipar pink pun jalannnnn...

masa ni kat dalam bot penambang.. mujur aku tak pening..




thanx cieda selaku tuan rumah sudi bawak kami jalan jalan.. =D

muka masa ni ayam nak tengok pun pikir dua tiga kali..

ini memang PBS dua dalam satu.. pasal sekolah, nanti aku cerita lain entry ek readers2 sekalian.. hehe...

pssttt: ini entry banyak gambar.. soie....

;)

Friday, March 4, 2011

hari pertama je dah merayap

Diya Edhayaa | 10:26 PM | 5Comments |
wah! first time pegi terengganu.. sangat teruja.. hikhikhik.. maklumlah, tak pernah sampai kan.. gerak pukul 12 tengah hari tadi.. lepas tu, singgah makan daging bakar kat kampung melaka.. memang terbaik laa daging bakar kat sini.. masak tempoyak pun best.. pekat tau kuah masak tempoyak tu.. masyukkkk...padahal pagi tadi dah makan nasi ayam dengan si Lebah.. kuat betul makan.. hancus semua diet.. hehehe.. 

lepas makan tu, sambung semula perjalanan.. aku tak tido, sebab first time kan.. walaupun lalu kat jalan yang penuh dengan hutan di kiri dan kanan jalan.. sambil tu, aku pun mula la projek memekak takde suara.. memekak tapi takde suara... maksudnya, aku nyanyi je lagu yang ada dalam henfon aku.. sebab dah puas dengar lagu dalam kereta cieda.. takde suara sebab nanti menanah telinga member member aku dengar aku nyanyi penuh perasaan... hahaha..

dalam pukul 4.30, drop cik ctiey kat kelantan.. lepas tu, sambung lagi perjalanan.. pukul 6.30 gitu, dah sampai kuala terengganu.. cieda kata nak bawak aku dengan cik snow jalan jalan kat pantai.. kitorang pun on je la.. hehe.. tak silap aku, pantai teluk ketapang nama pantai tu..

ekceli, pegi sini takde pun dalam tentatif kitorang.. tentatif??? formal gtewww..  planning ah senang cerita.. cantik gak laa pemandangan pantai ni.. cik snow siap naik kuda.. aku ngan cieda naik gak.. tapi naik bangku je... hehehe... tak berani la aku nak naik..

dah puas jenjalan kat atas batu *aku berkaki ayam je, kitorang decide nak balik rumah dah.. sebab dekat nak maghrib da pun.. oh! gambar harus ada.. tapi next entry baru aku letak eh... hehehe..

gambar tiada kaitan.. saja nak tunjuk tuan punya blog ahli PBSMM.. hehehe ;)


pssttt: aku dah mengantuk plus penat plus kenyang.. sedap la nasi kuning kat terengganu ni... selamat malam semua...


=__=


Thursday, March 3, 2011

merentas desa

Diya Edhayaa | 8:30 PM | 2Comments |
uiks! perut diya dah bagi signal ni.. lapar lapar.. harus turun kafe kejap lagi.. tapi mau menaip entry jugak.. hehe.. minggu ni sibuk bebenor dengan sukan.. sukan kali ni semester 5 yang uruskan.. semalam, sukan untuk semester 3.. ni kira special gak ah untuk sem 3.. bukan apa, minggu depan kami takde kat ipg.. semua nak keluar g Pengalaman Berasaskan Sekolah atau dengan kata lainnya Pakej Bercuti Seminggu...hehe.. lepas g PBS, terus sambung cuti mid sem.. sape sape yang buat kat rumah, untung sangatlah.. 

semalam dah ada sukan untuk sem 3, petang ni pulak ada merentas desa.. diya macam biasalah.. starting je dah jalan jalan amek angin.. kalau lari pun, konfem tak dapat no 1.. sebelum tu, dah janji yang tak berapa nak janji sangat la dengan roomate, kita lari sikit sikit jer.. teehehe.. :D lepas tu, member member semua dah lesap.. tinggal diya sorang ke kat belakang.. jalan je lah dengan junior ke senior ke akak KPLI ke..

 trek merentas desa kali ni kena naik naik bukit woh!! penat tuan hamba mendaki.. lepas je turun, jalan lagi sorang sorang.. sekali... diya nampak kawan kawan yang lesap tadi kat depan.. berlari-lari aku mengejarmu~~ sampai je kat dorang, jalan laju lah sikit.. lari pun ade lah sikit sikit.. stamina tak kuat mana.. kali ni, siap kena keliling keliling tasik lagi.. diya memang partner dengan roomate je la.. yang lain tak tau la kat mana.. sampai abes dengan roomate.. siap kena pusing padang 1 round lagi lepas tu untuk habiskan perjalanan *perjalanan?? pelik pulak aku rasa... dan, diya pun dapat...
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=


nombor 42 je.. dalam kategori sem 3.. nombor last sekali 50.. boleh tahan jugaklah kan.. kalau no 42 bersaing dengan semua peserta, jawapannya TAK MUNGKIN! 



diya kalau sukan ni memang kurang aktiflah sikit.. zaman sekolah dulu, memang sangat kuranglah.. kalau main pun bola tampar, bola baling je kot.. tu pun tak pernah wakil sekolah.. main untuk hari sukan je.. tapi sejak masuk sini, diya suka main main.. maybe sebab elektif diya, PJ.. 


pssttt: tibe tibe diya rasa rindu sangat nak main basketball macam masa foundation dulu.. tiap tiap hari main.. bestnyaaaaa....

:)


dulu gilakan kak limah,sekarang tom pulak

Diya Edhayaa | 2:08 PM | 4Comments |
menipu sangatlah kalau tak kenal Kak Limah.. oh! Kak Limah pujaan hatiku.. punyalah meletop filem Hantu Kak Limah Balik Rumah ni, sampaikan satu Malaysia kot terkena demam dialog dialog dalam filem tuh.. budak budak kelas aku pun kena tempiasnya... hahaha.. dah la tu, dengan aku pun dorang panggil Kak Limah.. tapi aku punye version lain sikit.. Hantu Kak Dayah Balik Bilik.. sebab aku mana nak duduk bilik sorang sorang kalau roomate takde.. hehehehe... 

tapi sekarang ni, demam Kak Limah ngan Usop dah berkurang.. jarang jugaklah dengar "ce cite.. ce cite.." ngan "kite bakowww je...." kalau tak, sampaikan nak suh lecturer cerita pun keluar gak ah ce cite ce cite tu.. teheheee.. sekarang ni dah terkena penyakit kucing ni pulak.. kucing mana pulak bawak penyakit ni... haish! satu application dalam henfon member aku dah jadi igauan tau.. alkisahnya, hari isnin hari tu ada perhimpunan.. ada laa sorang member aku ni, hulur henfon dia kat aku.. dia suruh aku cakap dengan kucing tu.. aku pun ce try test laa..

aku : halllloooooo....

dia balas balik

kucing : hallloooooo...



woh! dia ajuk cakap aku laa... lawak doe.. ape lagi, dapat ke aku dengan roomate, macam macam lah keluar dialognye.. pastu duk gelak gelak.. kitorang gelak pun kucing tu ajuk..best jugak main dengan benda ni.. bosan bosan ke.. tengah bengang ke.. boleh wt 'video call' ngan dia.. hahaha... nama application ni Talking Tom.. aku suka gosok gosok muka dia.. mulalah buat muka comel.. kalau usik perut atau ekor dia, dia marah woh.. hikhikhik.. paling best bila tolak  kepala dia banyak kali, sampai pengsan keluar bintang bintang... 



bila dah dapat main satu benda, yang lain pun nak ikut gak .. maknanya, member aku yang guna touchscreen henfon pun nak download gak la.. yang member aku sorang tu guna Xperia X8.. yang sorang ag aku tak ingat Xperia apa.. paling best kan, bila ada member member aku cakap Kelantan dengan Tom neh.. dia ikut... hahaha.. macam macam loghat la kitorang try.. loghat Perak, Kelantan, Pahang... semua dia boleh ajuk.. masa tu, kitorang gelak macam hape laa.. bising satu kantin pun tak kisah da... hehe..


"adik, dengar kak nak cakap ni.."


"ateee..."


tom yg sangat comel!


macam macam betol.. huhuhu..

:D