Friday, July 20, 2012

meatball IKEA memang ohsem!

Diya Edhayaa | 1:24 AM | 8Comments |
alkisahnya, weekend baru ni aku bercadang untuk menghabiskan waktu di hostel je. malaslah nak balik sebab aku baru je balik dari rumah hari rabu tu. maklumlah dapat MC 3 hari.  lepas tu, masa hari khamis, cik Kierana ni buat ayat sedih.  aku agak dah. semacam je nak menggoda aku.  haha.  



rupanya dia ajak aku pegi KL ngan Mien and Cieda.  aku pun laju je jawab 'haa jom lah!'.  haha.  tak sedar diri baru baik sakit.  aku bukan apa, nak shoping barang untuk lapy aku ni.  lapy yang berusia 4 tahun dah.  alhamdulillah masih sihat. 



kitorang aim nak pegi Low Yat dengan Ikea je.  kalau dan, pegi jelah mana2.  kiranya memang pegi kali ni tak shopping apa pun.  duduk dalam Low Yat pun dekat 5 jam.  lepas tu terus gerak pegi Ikea.  takut tak sempat balik, sebab masa masuk hostel sebelum 11 malam.  huhu.  dah masuk Ikea tuh, macam takde perasaan je mula-mula.  maybe sebab tak berapa ada keinginan lagi untuk decoration rumah ni.  dah lama sikit dalam tu, mulalah teruja tengok.  hahaha.


then, dah jelajah seluruh pelosok dalam tu, kitorang dengan perut naganya mencari makan dan aim utama mestilah meatball.  haha.  dah selalu tengok bloggers post kata meatball Ikea memang sedap.  masa tu kitorang makan spageti, meatball dengan chicken wing je.  tu pun jenuh nak menghabiskan.  tapi meatball Ikea memang ohsem la. nyamnyam. kecur pulak air liur tengok gambar-gambar ni.









aku rasa kalau tempat ni dekat dengan kampus aku ataupun rumah aku, maunya aku pegi banyak kali.  pastu aku gemok dan besor 8 kali lagi dari sekarang .  pastu kertas-kertas bernilai yang ada dalam purse semakin menipis.  hahaha.  apa-apa pun hari sabtu ni umat Islam dah mula berpuasa.  selamat berpuasa kepada semua.  semoga Ramadhan kali ini  lebih baik daripada sebelumnya.  jangan gatal-gatal pulak makan minum buat perkara yang membatalkan puasa.  orang tak nampak, tapi Allah nampak.  salam ramadhan! :)


# 3 Ramadhan bermula lagi kitaran hidup sebagai guru pelatih.  harus bersemangat!


Tuesday, July 17, 2012

dari gadis untuk awak

Diya Edhayaa | 6:08 PM | 4Comments |
# saya = gadis, # awak = jejaka





awak tahu tak.......


hati gadis selalunya lembut umpama baldu  dan boleh jadi berhati tisu ataupun ibarat sekeping kertas.  mudah bercerai jasadnya.  tidak mustahil juga mungkin seperti sekeping kaca.  sekali berderai, masih boleh dicantum, namun kesan retaknya masih kelihatan.



kadang-kadang hati gadis juga boleh jadi seperti konkrit.  tegar untuk tidak mudah menerima.  bukan kerana apa, mungkin sejarah silam kuat menjadikannya begitu.  akibat daripada sejarah itu, mungkin gadis tak boleh untuk sewenang-wenangnya menerima kehadiran seseorang dalam hidupnya.



katanya juga gadis seorang yang memilih.  mungkin benar, mungkin tidak.  atas individu sebenarnya.  tapi jika yang memilih, mungkin dia punya sebab yang menjadikan dirinya sebegitu.  mungkin si gadis tidak mahu terlalu terbuai dalam kemanisan bicara yang seseorang itu.  


untuk awak....

tolonglah jangan permainkan perasaan gadis jika tidak berniat mahu menjadikannya isteri.  keperitan seorang gadis pada masa lampau mungkin menyebabkan keadaannya hari ini.  jadi, andainya awak bergurau, jangan bergurau perkara yang serius, melibatkan masa depan.  gadis susah untuk menerima, tapi kadangkala gadis akan terfikir juga.  



bukan bersangka buruk pada peribadi awak, tapi gadis takut untuk menerima kenyataan seperti sejarah lampau.  sejarah lampau yang telah meragut separuh daripada kebahagiaan diri.  cukup untuk membuatkan hidupnya tak tentu arah buat seketika.  



Everybody, everybody wants to love.. Everybody, everybody wants to be loved.. [Everybody_Ingrid Michaelson]






Sunday, July 15, 2012

kisah satu malam

Diya Edhayaa | 6:33 PM | 6Comments |


ada sorang dak pempuan ni.  dulu dia pernah ada boyfie satu tempat belajar ngan dia.  tapi sejak setahun lebih yang lepas, dia dah clash.  ohmai.  bukan jodoh dia dengan dat boy kan.  mungkin jodoh dia dengan ________.  undefine.  aku tak tahulah dengan sapa. aku tolong ceritakan je.  ikut suka koranglah nak isi nama apa pun kat tempat kosong tu.  Abu ke.. Dolah ke.. up to you. heh.



satu malam ni, dia nak lepak-lepak makan dengan kengkawan dia.  dia pun foloelah kawan dia yang nak keluar ngan boyfienya.  sebabnya, nak sumbat dalam ferrari member dia yang ajak hang out tu dah tak muat.   disebabkan member2 yang naik ferrari tak sampai lagi, dia pun naiklah tunggu kat meja makan yang ada.  spesies dak pempuan ni pulak memang tak pandang orang, lagi2 kalau ramai orang.



masa kat meja kosong tu, dia tak perasan lagi sapa yang ada kat meja depan dia.  dia perasanlah ada dak2 laki.  dia pun tengok la tv yang dah sedia terpasang kat skrin besar tu.  dia pun toleh la meja depan. zappppp! berderau segala darah merah darah putih platletnya.. hamekkk kau..! ex dia kat meja depan.  arghh sudah! camne ni.  camne ni.  spesis dak pempuan ni pulak jenis tak berapa boleh bertembung muka ngan ex.  dak pempuan ni pun text lah member yang hantar dia tadi.  text sekali member2 yang naik ferrari.  suh sampai cepat sikit.  



sampai je girls of ferrari tadi, dia pun beralih tempat cepat-cepat.  then, sorang girl kawan dak ni ajak pegi kaunter, nak order makanan.  almaklumlah, perut semua dah bertukar jadi perut naga.  pukul 9 ++ kot taim tuh.  masa nak masuk dalam, dak pempuan ni sibuk duk text ngan member dia yang naik porsche tadi.  nak cakap yang memang damn gila malam ni. wahaha! sekali.....................................



 " opocot mak kau..! "


auwww! tak remajalah girls umo doplohan melatah kat tengah orang ramai.  dah la nak terjatuh.  memang malu tahap ghabanlah.  dak pempuan ni  ghase macam nak pegi dapur tempat makan then cakap dengan tukang masak situ, " kak, ade kuali besar tak..? saya malu macam kambing termakan rumput beracun dah ni.. damn! ".  serius, memalukan sungguh.  kesian dak pempuan ni.  dia sebenarnya tak pasti ex-boyfie n friends pasan tak keadaan dia tu.  tapi yang dia tahu, malu toksah cakap la.  apa pun tak boleh. =.= "



DEFINITION OF "EX": Thanks for the EXperience. Our time has EXpired. Now EXit my life.



Friday, July 13, 2012

skeptikal

Diya Edhayaa | 12:53 PM | 6Comments |
assalamualaikum & salam Jumaat.. penghulu segala hari.



dalam kehidupan seharian, aku rasa kita mesti dah biasa sangat dengar perkataan fobia.  tapi tahukah kita apa maksud fobia? ni yang mula aku tulis blog macam nak buat esaimen.  siap ada definisi bagai.  haha. takpe, kita kongsi ilmu.  kalau menurut Kamus Dewan *aku kan bakal cikgu BM, insya-Allah, fobia bermaksud ketakutan yang amat sangat akan sesuatu.  



dalam dunia hari ni banyak juga benda yang orang fobia.  ada macam-macam jenis.  geliophobia merupakan satu fobia terhadap gelak ketawa.  kalau heliphobia pulak takut akan cahaya matahari.  senang cerita kan, korang pegi je baca entry blog Nescafeais ni.  bunyi macam pelik, tapi sebenarnya wujud.  



aku sekarang ni rasanya ada jugak kena fobia-fobia ni.  tapi mungkin aku sorang jelah yang kena 2 jenis fobia ni.  hurmm.. diamphobia dan aprilphobia.  haha. jangan pakai istilah aku ni.  aku reka sendiri merujuk kepada diri aku.  mungkin pengalaman lalu membuatkan aku rasa benda ni semua wujud dalam diri aku.  akibat daripada kedua-duanya ni, aku mula ada rasa skeptikal terhadap 2 benda alah ni.  hoho.  aku pun tak pasti bila akan hilang.  mungkin akan hilang satu hari nanti tapi bukan dalam masa terdekat.






# layan lagu Sleeq ft. Najwa Latif sikit tengah hari begini.. hehe | bertemu di muka buku, ku jatuh hati padamu, bukan tak nak mengaku, tapi hati rasa malu.. senyummu menawan, menawan.. kau buat hatiku tertawan |



Monday, July 9, 2012

ujian dariNya

Diya Edhayaa | 9:39 PM | 2Comments |
alhamdulillah, masih bernafas sehingga hari ini.  syukur padaMu ya Allah kerana masih memberi peluang untuk aku hidup di atas muka bumi ini.  susulan entry senyum tak tentu arah ni lah terwujudnya entry yang ni. cewwah! ada sekuel gitu. jap, jap, aku bukan pengarah filem atau drama.  cuma penulis blog picisan, buat mengisi masa lapang.  katanya hobi.




dalam entry lepas, aku ada kata yang aku sakit pinggang lepas jatuh masa main netball.  ni haa, aku dah tersadai kat rumah.  sabtu dengan ahad baru ni, aku berurutlah dengan sorang makcik tukang urut.  dia kata memang dah bengkak sangat urat aku.  aku ni dalam otak dah fikir patah dah.  tapi kalau patah, mesti tak bangun punya.  cuma aku rasa bisaaaa yang teramat bila aku nak bangun.  nak duduk pun tak boleh tegak.  tido pun tak lena. nak berjalan pun mesti nak kena pegang benda-benda yang ada kat tepi aku.



lepas dah teruk sangat semalam, aku decide pergi hospital.  pagi tu, abah dengan mak aku dah ajak pergi, tapi aku kan degil. ahaha. padan muko! lepas pergi check, aku dapat 1 injection.  ada jugak 45 minit tunggu doktor nak rawat.  aku ni kalau sakit memang manja sikit.  nak ada je mak kat tepi aku.  sampai mak aku kata kang nurse marah mak tunggu sini. lagipun mak aku tak berapa sihat jugak. 



at last, doktor pun datang rawat.  mujur dapat doktor perempuan.  MA yang rawat sebelum tu lelaki. fuh fuh!  biasalah, kalau dengan kaum sejenis ni, mestilah malunya tak sangat.  then, bila doktor check, tak patah pun.  cuma urat teralih sikit.  sebelum tu aku dah terbayang-bayang kena x-ray, kena simen. wahaha! melebih... apa-apa pun, korang doakanlah aku sihat seperti sediakala.  :)  










Wednesday, July 4, 2012

ahaiii.. cek mek molek!

Diya Edhayaa | 11:07 PM | 8Comments |
bila sebut ahaii cek mek molek, secara automatiknya, otak mesti akan teringat lagu Dato' M. Daud Kilau.  sape yang tak kenal kan. ahha.!  senyumlah.. senyumlah.. ahaii cek mek molek.. haa, ni lah benda nya. SENYUM. 2 hari ni aku pun tak tahu kenapa, aku asyik rasa nak senyum je.  serius aku tak tahu kenapa aku rasa nak senyum je.  entah hape benda buat aku rasa nak senyum.  



kang senyum lebih2 depan orang, orang ingat aku tak betul pulak.  tapi takpelah, senyum tu kan sedekah.  tadi aku masuk match netball anjuran blok kediaman aku, Seroja.  aku bukannya pandai sangat main netball.  setakat kejar bola tak tentu arah boleh laa. haha. sebab tu aku lagi suka main handball.  ni tengah duk sakit pinggang sebab tadi aku jatuh melantun masa tengah main.  aku jadik GD je pun.  second match, jadi GK pulak.  tak suka jadi GK. =_=  oh ye, team kitorang mewakili PISMP BM Semester 6 namanya Sotong Jelita.  



dah sakit-sakit camni pun, aku rasa nak senyum je lagi.  ape kena ngan aku ni pun entahlah.  hahaha. aku nak buat ISL pulak ah.  nanti kang tak tercontrol senyum aku ni payah pulak.



saja nak poyo. HAHA




Monday, July 2, 2012

praktikum datang lagi

Diya Edhayaa | 5:56 PM | 2Comments |
ingat iklan Ding Dang masa kecik2 je ada datang lagi, praktikum pun datang lagi bhaii.  kali ni fasa 2 pulak.  fasa 1 yang sebulan dah lopaih. ni 2 bulan pulakkss. menggegar jiwa dan raga serta emosi wa cakap.  fuh! fuh! tinggal lebih kurang 3 minggu je laie nak poie sekolah praktikal den. den kono tempias rumate den, dapek la kek sekolah ni haa..



=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=






partner den kali ni ghamai. 2 jejaka, 3 gadis. total, 6 orang satu sekolah.  den ngan member, Cik Rossa unit BM, 2orang laie unit KS.  yang 2 orang jejaka tu unit PSV.  hari tu den dah usha2 sekolah, den nampak.. den nampak.. haha. den nampak banyak laie dinding-dinding yang kosong.. kosong.. eh! terNajwa Latif pulaks! ahaha.  kali ni den kono ngajar PJ sekali. PJ ni kira minor 1 den la. minor 2 den RBT, next sem pulak. dah la, den takde ape dah nak merapu.  mahap la den tulis dalam dialek nogori yang berterabur ni.  den baghu lopaih masuk debat dialek antara unit je pun. aktiviti persatuan BM.  nanti rajin aku update pulak pasal debat tu. cincauu~