Wednesday, November 30, 2011

mabuk kepayang

Diya Edhayaa | 3:09 PM | 8Comments |


mabuk kepayang
siang ku kenang
malam ku terbayang.


sejak kau datang
hatiku mula girang
buat jiwaku melayang
indahnya bukan kepalang
umpama mekarnya bunga berkembang
umpama malam dihiasi bintang
umpama mentari menyinari siang.


hanya kau seorang
yang aku sayang.


# inspired by Mabuk Kepayang - Ungu.  takde sebarang kaitan pun dengan aku. theehehehee. >.<




Monday, November 28, 2011

Facebook kena hack

Diya Edhayaa | 6:35 PM | 4Comments |
arghhh! kena hack..! kena hack..! seminggu dah kena hack. sejak bila pandai update status bola ni hah? SEJAK BILA? sebelum ni ada ke over-over camni? serius fb kena hack dengan tangan sendiri yang pandai menekan papan kekunci. hehehe. jangan marah aa. nanti kena jual. mau? =='







since cuti semester dah mula  ni, banyak pulak komitmen aku nak tengok bola kan. biasalah, semangat ke'Malaysia'an yang membuak-buak, meluap-luap dalam diri. hahaha. hiperbola sungguh! aku bukanlah peminat tegar bola sepak. kadang-kadang je aku tengok. tapi seminggu ni lain pulak jadinya.  tapi nak mengulas macam Datuk Hasbullah Awang, jauh panggang dari api.


malas nak bebel panjang, semua pun dah tahu.  


kalau xmampu mampu sokong ketika kalah....jangan bersorak ketika menang. :)
# terbayang lagi masa nazmi faiz jaringkan gol. alala~ comeyy kau dik. hihi
# [24] guess what..







Monday, November 21, 2011

si comel menikmati hidangan tengah hari

Diya Edhayaa | 4:33 PM | 1Comments |
tajuk macam tak boleh nak panjang dah. haha.  aku takde bela kucing.  mak aku tak bagi. susah nak pegi sana-sini katanya. tapi kalau ada kucing singgah sahur eh! singgah sekali-sekala kat rumah, bagi jela makan.  selagi ada makanan, selagi tu kongsi ngan kucing-kucing ni.  alhamdulillah, bersyukur dengan kurniaan Allah. bersyukur hidup kat Malaysia.



sebab takde adik, aku kadang-kadang rasa macam kucing-kucing tu adik aku pulak.  ada 4 ekor.  aku tak namakan lagi.  haish!  bukan kucing sendiri nak namakan bagai.  takpelah.  sedangkan manusia pun ada nama.  senang nak panggil dorang.  aku panggil dorang ikut fizikal doranglah.  Hitam, Gebu, Koko dan Belang.aku sendiri pun tak tahu sama ada nak jaga kucing-kucing ni as my pet or not.  


lepas lunch tadi, aku bagi dorang makan kat rumah kosong sebelah rumah aku ni.  entah bila aku nak berjiran .  terbiar camtu je rumah.  haa..kucing-kucing ni garang.  seekor je tak garang, si Koko.  kalau yang lain, datang dekat je terus bukak langkah seribu.  kemaen lagi ek, semua nak praktis lari pecut kecik-kecik lagi.  hehehe. ^___^.

Gebu dengan Hitam konon-konon buat tak pandang nasi aku bagi.

mak kucing ni pun sombong jugak.  letih aku nak jinakkan.

Hitam dah datang dekat.  tau lapo rupanye.

"sedapnya..!"

Gebu pun datang jugak.  akak ingat ko tak nak makan tadi. HAHA

Hitam, Gebu, Koko ngan Belang.  


haa..itulah 4 ekor anak kucing yang ada kat kawasan rumah aku ni.  dulu ada seekor, mak aku panggil dia Belang.  warna coklat belang hitam. kes macam ni jugaklah.  singgah-makan.  setiap hari dia akan tunggu mak aku pagi-pagi dengan tengah hari.  kira nak mintak makanlah.  


badan dia besar weyh, manja lak tuh.  walaupun dah berstatus bapak kucing.  lepas tu, mak aku balik kampung, lama jugaklah.  bila dah balik rumah, dah takde macam selalu.  duk tunggu depan pintu dapur.  kitorang syak ada orang buang ataupun kena langgar.  dah! aku taknak cerita pasal Belang lagi dah.  sedih pulak bila aku terbayang muka kesian dia. ='(


hurmmm.. agak-agak nak bela ke tak si comel 4 ekor ni.  arggghhh!!!!! tetiba stress pasal khidmat jagaan kucing.  tak pasal.. = ="



Saturday, November 19, 2011

saya ingat kamu

Diya Edhayaa | 1:28 AM | 4Comments |


tengah malam. 

agak berlainan dari sebelum ini.
entah.
sendiri pun tak tahu kenapa.
bukan apa, tapi tentang siapa.
ah! mungkin sebab lain dari selalunya.
tidak. tidak. tidak mungkin sama sekali.
tolong jangan datang 'yang itu'.
tak mahu.  dan takkan mahu.
melainkan sudah tertulis semuanya.
redha.
hanya ingin kata.
saya teringatkan kamu.
: )


Thursday, November 10, 2011

perjuangan bermula!

Diya Edhayaa | 2:06 PM | 4Comments |
assalamualaikum.  selamat tengah hari.  perjuangan baru bermula.  siap sedia dah ke pedang, senapang gajah, peluru, meriam, bom atom. eh jangan salah anggap. ni bukan nak pegi perang pung pang pung pang tu.  sekarang ni musim exam untuk student IPG.  semester ni 5 paper.  tadi baru je habis satu.  tapi bahagianya mengalahkan orang habis semua paper.  hehehe.  




zoom sikit paper apa semester ni...



inilah jadual exam semester ni.  tak keruan weyh.  dalam hati dah tak sabar nak cuti.  kadang-kadang rasa taim exam ni macam orang bercinta pun ada.  makan tak kenyang, tido tak lena, mandi tak basah.  wish me luck yaww!~ :)







Saturday, November 5, 2011

mungkin bagi dia

Diya Edhayaa | 7:03 PM | 3Comments |


mungkin bagi dia, mendengarkan bait-bait lagu itu cukup mengulit perasaan.
membuat tersenyum sepanjang hari.  
membuat hari bersinar bagai terang mentari.


tapi tidak bagi aku.  
mendengar lagu itu cukup menghiris perasaan.  
membuat manik jernih seakan perlahan-lahan mengalir di pipiku.


mungkin bagi dia, saat ini bagai mekarnya bunga di taman hati.
membuat hidup dipenuhi wangian cinta.
membuat jiwa di awang-awangan bagai puteri kayangan.


tapi tidak bagi aku.
saat ini bagai bunga layu menanti saat menyembah bumi.
menjadikan jiwa aku bagai dedaunan berguguran di musim luruh.


mungkin bagi dia... bahagia,
tapi bagi aku... derita.



Someone Like You - Adele (Seseorang Seperti Kamu - Diya)

Diya Edhayaa | 12:06 PM | 6Comments |
aku ni kalau dengar lagu, suka feeling lebih-lebih.  ini serius.  aku suka menjiwai watak yang ada dalam lagu.  bukan nak poyo, tapi itulah hakikatnya.   dalam 2, 3 minggu ni aku duk feeling dengan lagu Someone Like You.  Adele yang nyanyi.  boleh kata tu memang ada dalam playlist fon dan laptop aku.  tetiba rasa nak sasau dengar lagu ni pun ada. hahaha. sengal!



I heard that you're settled downThat you found a girl and you're married nowI heard that your dreams came trueGuess she gave you things I didn't give to you

Old friend, why are you so shy?Ain't like you to hold back or hide from the light

I hate to turn up out of the blue, uninvitedBut I couldn't stay away, I couldn't fight itI had hoped you'd see my face and that you'd be remindedThat for me, it isn't over

Never mind, I'll find someone like youI wish nothing but the best for you, tooDon't forget me, I begged, I remember you saidSometimes it lasts in love, but sometimes it hurts insteadSometimes it lasts in love, but sometimes it hurts instead

You know how the time fliesOnly yesterday was the time of our livesWe were born and raised in a summer hazeBound by the surprise of our glory days

I hate to turn up out of the blue, uninvitedBut I couldn't stay away, I couldn't fight itI had hoped you'd see my face and that you'd be remindedThat for me, it isn't over yet

Never mind, I'll find someone like youI wish nothing but the best for you, tooDon't forget me, I begged, I remember you saidSometimes it lasts in love, but sometimes it hurts instead, yeah

Nothing compares, no worries or caresRegrets and mistakes, they're memories madeWho would have known how bittersweet this would taste?

Never mind, I'll find someone like youI wish nothing but the best for youDon't forget me, I begged, I remember you saidSometimes it lasts in love, but sometimes it hurts instead

Never mind, I'll find someone like youI wish nothing but the best for you, tooDon't forget me, I begged, I remember you saidSometimes it lasts in love, but sometimes it hurts insteadSometimes it lasts in love, but sometimes it hurts instead




nah! sentap aku dengar lagu ni.  lirik dia... mak aih! ni kalau lepas clash ni, tak tau lah camne kan.  mau jugak menangis sampai banjir agaknya.  huhu.  bak kata omputih,  "sometimes it's not the song makes you emotional, it's the people and things that come to your mind when you hear it. " tetibe pulak aku rasa aku ada kecerdasan pelbagai verbal linguistik ngan intrapersonal. keh keh keh. :D

  

Friday, November 4, 2011

surat dari Jenab untuk Leman (part 1)

Diya Edhayaa | 2:49 PM | 2Comments |
No 88, Jalan Pisang,
Kampung Bunga Kantan,
88888 Bandar Jintan Manis,
Pahang Darul Makmur.

4 November 2011.

Ke hadapan, ke belakang, ke kiri dan ke kanan 'secret admire' ku yang sentiasa kacak, Leman (bukan nama sebenar). Jenab (bukan nama sebenar) di sini berharap kanda Leman yang jauh di mata dan di hati berada dalam keadaan sihat hendaknya.


Kanda Leman,

Apa khabar kanda di sana?  maafkan dinda kerana mengganggu masa lapang kanda untuk membaca surat yang dinda utuskan ini.  dinda tahu, kanda baru pulang dari mencari sesuap nasi.  yakni, bekerja.  dinda faham kanda.  


dinda berbangga mempunyai secret admire seperti kanda kerana mempunyai pekerjaan yang dinda rasa.. err.. err.. makcik-makcik di kampung dinda pun teringin bermenantukan kanda.  tapi apakan daya, kanda sudah berpunya.  nanti dinda khabarkan pada mereka ya kanda.  dinda tahu, kanda memang jejaka hot.  hot and spicy ayam kentaki pun tak mampu menandingi ke'hot'an kanda.



Kanda.. tujuan dinda mengutuskan kanda warkah ini bukanlah apa-apa.  sebenarnya dinda ingin menyatakan sesuatu kepada kanda.  dinda.. dinda.. err.. err.. ah! malu pula untuk dinda katakan.  bukan dinda tak mahu menghantar mesej mahupun membuat panggilan kepada kanda bagi menyatakan perkara ini.  tapi  dinda rasa, adalah lebih 'sweet' jika dinda mengutus surat kepada kanda. jika perkara ini dihantar melalui mesej saja, dinda boleh jamin yang kanda akan men'delete' mesej dinda. 


Lihatlah kanda, sedikit pun dinda tak berkira  duit Pos Laju untuk memastikan kanda menerima surat ini.  oh ya! kanda tahu, semasa dinda ingin membuat pembayaran slip Pos Laju, dinda lihat abang posmen berambut pacak tu sangatlah kacak.  tapi sedikit pun hati dinda tak terusik dek kerana tampannya dia.



Kanda, dinda juga tanpa segan-silu meminta tunjuk ajar Cikgu Kierana untuk mengajarkan format surat tidak rasmi kepada dinda.  walaupun dinda tahu, guru wanita itu sangatlah sibuk sekarang.  bukan kanda tidak faham tugas sebagai seorang guru.  lebih-lebih lagi Cikgu Kierana kini mempunyai show yang tak terbilang dengan jari. dah kira dengan jari kaki pun tak cukup lagi.  dinda rasa, kalau ditambah kira dengan jari biawak, mungkin cukup agaknya. banyak sungguh show dia sekarang, kanda.  



Kanda.. dinda rasa cukup sampai di sini dahulu untuk warkah pertama ini.  dinda dapat rasakan bahawa pen yang dinda gunakan ini seperti hampir habis dakwatnya.  nanti dinda beli pen yang lain ye kanda.  bukan dinda tak mahu membeli sekarang, tapi kedai di hujung kampung tutup hari ini kanda. emm.. tentang perkara yang ingin dinda nyatakan tadi, dinda akan nyatakan dalam warkah yang kedua.  kanda bersedialah untuk menerima warkah tu ya.  sekian sahaja dari dindamu yang jauh di mata dan di hati.


Yang mengutus warkah,
      JeNaB
..............................


:: tiada kaitan antara yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia ::



Thursday, November 3, 2011

lebih hebat dari siakap 3 rasa!

Diya Edhayaa | 11:42 PM | 7Comments |
korang pernah rasa suka giler-giler tak kat seseorang? 
korang pernah rasa macam hidup korang sangat bahagia bila dat person datang dalam hidup korang?


korang pernah rasa jeles tak bila ada pempuan lain dekat dengan dia?
korang pernah rasa tak bila semua benda yang ada dalam hidup korang ni mesti nak ada kaitan dengan dia?


korang pernah rasa tak betapa bebannya memendam rasa yang tak terluah?
korang pernah rasa tak yang korang nak sangat cakap kat dia? tapi tak terluah.


korang pernah rasa tak, bila dengar satu lagu tu, korang mesti akan teringatkan dia?
korang pernah rasa tak bila ada lagu tu sangat berkait dengan kisah korang sebenarnya.  sampai korang rasa nak je suruh dia dengar lagu tu, then cakap 'itulah yang saya nak cakap kat awak.  tapi saya tak ada kekuatan nak cakap.'


korang pernah rasa tak yang korang sangat kehilangan bila dia tak seperti selalu?
korang pernah rasa tak, bila dia seakan menjauhkan diri dari korang then hati korang akan berkata 'kenapa dia dah lain ek sekarang?'


korang pernah rasa tak, kalau boleh korang nak lupakan dia. tapi korang rasa sangatlah susah.
korang pernah rasa tak 'manusia ni tak paham-paham lagi ke. aku dah bagi hint beribu kali ni.  apesal lembab sangat ni..'


keadaan ini tidak seindah menjamah siakap 3 rasa.  ianya umpama, menelan sambal peria yang tertumpah semangkuk garam.