Monday, February 28, 2011

what a busy week

Diya Edhayaa | 10:08 PM | 4Comments |
tiba-tiba mood hilang..
as a part time blogger macam aku ni, normal ke heh..
macam macam benda pulak minggu ni..
taim taim nak balik ni lah macam macam benda nak ada..
senang cerita, minggu ni memang busy giler giler giler..
phewww~
jumaat, cepatlah kau tiba...





Friday, February 25, 2011

rasa nak peluk peluk je

Diya Edhayaa | 1:39 PM | 10Comments |
aku yang memang dah dari kecik lagi suka sangat dengan kucing.. tapi sejak aku  pindah rumah, mak aku tak kasi dah bela kucing..  yelah, susah gak nak jaga.. nanti buatnya si kucing kucing kiut miut tuh buang najis merata rata, mak aku jugak yang kena uruskan.. ish! kesian kesian.. aku pun jarang balik rumah.. paling banyak pun, sebulan dua kali.. tapi baru ni pakcik aku ada tanya aku.. nak tak kucing? sebab kat tempat kerja dia ada kucing tak bertuan.. kecik lagi pun.. aku pernah la dengar, orang kata, kalau bela kucing dari masa kecik, kucing tu akan manja dengan kita.. betul ke...??

minggu lepas kan aku balik rumah.. aku tanya pakcik aku.. kucing tu ada lagi tak.. dia kata ada lagi.. emmm... puas jugak aku pikir.. nak ambil ke tak kucing tu... aku geram sangat tengok dua ekor tu.. comel! memang la bukan kucing parsi.. kucing kampung je pun.. tapi comel sangat.. seekor jantan, seekor betina.. 



haa.. comel kan.. adusss! aku pantang betul tengok kucing kucing manje ni.. macam aku la... *cepat sediakan besen untuk tadah muntah hijau korang.. hihihi.. nak ambil ke tak ek... baru baru ni pun aku ada la meng 'google' pasal kucing... kalau nak baca bolehlah pegi kat SINI.. laman tu bahasa indonesia.. tapi aku rasa takde masalah sangat nak faham kot.. dan tips penjagaan kucing boleh gak tengok kat SINI.. banyak juga info berguna kat laman tu.. macam penyakit kucing, penjagaan kucing yang sudah tua, pemakanan kucing dan sebagainya *rasa macam jawab esei pulak.. haish!

aucakkk!! hahaha.. senget senget~

pssttt: aku kurang suka kucing kat tempat aku ni.. garang garang kot.. selalu je pandang aku macam tak puas ati... hahaha... *kawan aku kata : macam laaa kucing tu suka kau! tapi janganlah sebab kita tak suka binatang tu, sampai kita cederakan dia.. belasah dia.. smack down sampai lembik.. tak baik... kucing tu pun makhluk Allah gak.. 

=)


Thursday, February 24, 2011

penatnya

Diya Edhayaa | 10:21 PM | 6Comments |
hadoi.. belog ku.. sori sangatlah kau kena tinggal..
macam macam benda nak post rasanya.. 
tapi masa sering mencemburui kita..
semalam pun sempat post bagi award kat follower bertuah je..
emm.. nak buat camne..hari hari sibuk..
ni pun tulis pendek je..esok ada kuiz anatomi..aku pun bukan pandai sangat.. 
kalau tak study, esok ternganga ngangalah nak menjawab..
nanti dapat markah sikit.. wuwuwuwuwu~ tak nak!
memang macam biologi sikit, tapi dah lama tinggal..
so, banyak juga input yang dah hilang..


mata mengantuk, mungkin kesan mengira undi untuk Pilihanraya Kampus petang tadi..
berpinar-pinar mata aku tengok nombor.. haha!
tapi seronok juga lepak-lepak dengan dorang..
grup aku kumpulan 6.. ada dua orang kakak KPLI, junior dan dua orang lagi member sama batch dengan aku..dan dalam kumpulan masyarakat majmuk! means, melayu, cina dan india...
kelakar pulak bila teringat masa pengiraan undi tadi..
wahaha.. macam macam jadi.. salah sebut nama je, berderai ketawa..
nak tanda kertas kira undi pun sempat lagi berangan.. ape lagi, siku orang sebelah la.. hik!
malam ni pun pengumuman keputusan pilihanraya..
rasa nak je pegi tengok kawan-kawan yang bertanding..
kot kot ah dorang menang kerusi, dapat jadi YB.. yeah! haha..
bangga jugak aku as a coursemate dorang.. 
nak tengok tak muka letih aku.. dari pukul 2 sampai pukul 6 duk kat dewan..

kotak undian.. exco dan MT..


ketua grup aku.. junior PC rasanya...

hah! kira dan terus mengira..

member aku buat muka letih.. huhu..

serabut je aku rasa masa ni... pagi tadi siap bershawl bagai...


SPRK bertugas..

dah, aku nak sambung study.. JPP yang terpilih, selamat jalankan tanggungjawab.. yang tak terpilih, tahun depan cuba lagi... :)

=_='


aku geram dengan pemilik blog K.A.B

Diya Edhayaa | 12:51 AM | 3Comments |
ish! geram sungguh la aku..
 rasa nak tembak tembak je dia dengan tiga ratus tiga puluh tiga das tembakan..
lantaklah dia nak marah aku ke hape..
aku tetap geram dengan dia..
huh!


sapa K.A.B tuh sebenarnya..???
korang kenal?
ahli muzik ke dia tu..?
ke pereka fesyen terkenal...?
ataupun jejaka hawts masa kini yang berwajah korea menjadi igauan para gadis semasa...?

hahahahaha..
terkena sudah.. dia tak de buat salah apa pun dengan aku..
tapi kan.. tapi kan...
dia adalah follower aku yang ke-333..
nombor cantek tuh..
boleh buat beli nombor ekor..
eh! jangan.. aku gurau je..
berdosa weyh main nombor nombor ekor ni...



so, di malam yang sunyi bertemankan cengkerik dan katak
*kira muzik iringan ah ni
aku nak bagi la award 333th follower kat tuan empunya blog...
aku sempatlah print screen masa beliau follow aku..
tapi kerana kesibukan yang melanda sampai aku rasa perlukan 48 jam sehari,
tak sempat nak bagi award ni..


thanx for being my follower... =)
mintak mahap la saja nak emo emo di awal entry..
otak ting tong duk siapkan tugasan yang kian bertambah..
nantilah aku update lagi entry yang lain..
huhuhu...
selamat malam sayang semua readers dan follower ku...

:)



Monday, February 21, 2011

MUMMY NAK KASI GIFT LAGI!!!

Diya Edhayaa | 11:00 PM | 2Comments |
untuk kesekian kalinya, aku kena tag lagi.. kali ni Strawbery Cincau yang tag aku untuk join GA ni.. nak join GA ni, korang boleh klik banner ni  yep..



senang je nak join GA mummy ni.. ce bace ce bace..

MUMMYKAN PILIH SECARA RAWAk 10 ORANG DARI FOLLOWER BERTUAH MUMMY..
SO RAMAI2LAH JADI FOLLOWER MUMMY YER...
N kalau boleh tolong tinggal jejak anda semua kat GuestBook..senang mummy nak BW..
...tagkan 5 orang blogger..pastikan diorang tahu...
macam biasa letak kat sidebar yer banner tuh.....
 jadikan myblog 2 b ur bloglist..sebab lepas2 nie ada lagi GA mummykan buat...

tak susah pun kan.. tapi mummy ni tak cakap pulak bila tarikh tutup penyertaan GA ni.. sebab mummy nak buat surprise......!!!!!  kalau nak GA dari mummy ni, cepat cepatlah join yea.. dan mummy ni pun ade suruh kita tag 5 orang blogger.. jadinya, diya nak tag....


selamat join GA...!!!

 ;D

perang sudah bermula

Diya Edhayaa | 6:31 PM | 3Comments |


assalamualaikum.. ape kabar korang smue petang ni..? dah minum petang belum? kalau belum g lah makan dulu pisang goreng dengan kopi o panas tu.. tak sedap woh makan sejuk sejuk.. hehe.. tapi entry aku takde kaitan pun dengan goreng pisang sebenarnya.. ni nak cerita pasal pilihanraya kampus kat tempat aku... aku masuk bertanding tau.. AKU MASUK BERTANDING?? hah! aku tipu jer.. haha.. tak layak kot aku ni nak bertanding.. makin kucar kacir ada lah jawabnya.. cukuplah aku jadi PKU (penolong ketua unit) untuk semester ni.. kira macam penolong ketua kelaslah masa zaman-zaman sekolah dulu.. 

dah nama pun pilihanraya, calon pun mesti ada.. untuk pilihanraya ni, setiap kelas WAJIB hantar seorang calon dan digalakkan lebih.. paham kan ayat aku ni..  kelas aku ni, mula mula tak hantar pun calon.. padahal kat kelas aku ni, ramai je yang boleh memimpin.. berkaliber.. cuma mungkin ada yang segan nak sebut nama sendiri.. haha.. boleh pulak gitu.. sudahlah masa hari penamaan calon tuh, kelas aku dengan Pemulihan je tak hantar kot untuk semester kami ni.. at last, KU kata kita buat sistem undian.. sapa dapat undi paling banyak, dia kita hantar masuk bertanding...

maka, mereka yang bertuah adalah bendahari kelas kami.. siapa lagi kalau bukan si Ehsan.. Ehsan ni dah jadi bendahari kami untuk 4 semester tau.. aku rasalah kan, dia paling layak kot pegang Bendahari Kehormat dalam Majlis Tertinggi Jawatankuasa Perwakilan Pelajar.. hehehe... yelah, dia pun bertanding untuk kerusi Majlis Tertinggi.. lagi satu Ehsan ni rajin buat kerja.. nak kenal Ehsan tak???

=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
yang dibulatkan tu r Ehsan.. 

okei, habis cerita pasal si Ehsan.. aku nak cerita pasal calon perempuan kelas aku pulak.. of coz la, si Yunizar a.k.a Yu.. bagi aku, dia ni pun layak juga bertanding.. sekali dia bagi hujah, penuh confident beb... hehehe.. dan tahun ni jugak dia pegang amanah sebagai Penolong Ketua Blok untuk kolej kediaman aku ni.. cayalah yu!!!

inilah poster untuk Yu.. sori gambar tak clear.. amek kat fesbuk, tak tau nape jadi gini..


haaa.. itulah 2 orang calon JPP kelas kami.. harap harap salah seorang nanti bolehlah menang.. kalau menang dua dua lagi bagus.. hehehe.. masa aku nak pegi kelas pagi tadi, sempat jugaklah aku snap snap gambar.. nampaknya perang poster sudah bermula.. sikit lagi, penuhlah segala tiang, pokok, atap yang ada kat ipg aku ni..

kat blok kediaman aku..


yang ni, jalan menuju ke kafe..


kak gantung poster ye...


laluan di kafe...


hari Khamis ni, pembuangan undi akan dilakukan.. maknanya ada dua hari lagi  semua student boleh lah fikir-fikir siapa yang layak jadi JPP  untuk sesi 2011/2012.. bagi meneruskan kecemerlangan JPP sebelum ni... pilihan di tangan anda.. chewwaahh!!! pilihanraya di tempat korang pula macam mana yea..??

;)


Saturday, February 19, 2011

Pintu Rindu

Diya Edhayaa | 12:39 PM | 3Comments |
diya nak balik rumah kejap lagi.. tapi hari Rabu baru ni, diya pegi tengok pementasan teater 3 Tun dalam Bicara Puteri Gunung Ledang.. teater tuh best sangat.. salah satu lagu yang dorang guna untuk teater ni, lagu Pintu Rindu.. lagu Dato' Siti Nurhaliza.. best sangat.. mula mula diya tak tahu pun lagu ni tajuk apa.. then diya tanya encik boyfie.. sebab dia pun  terlibat sama dalam pementasan tu.. tapi bukan pelakon laa.. die under siswa budaya, item perkusi.. maka, dengan baik hatinya, dia tanya terus kat pengarah teater tu.. pengarah teater tu, senior Pendidikan Seni Visual Semester 5.. rupenya, lagu tu Pintu Rindu.. oh! love dis song.. jom kita nyanyi sesama... :)



Telah ku daki puncak tertinggi..
Telahku turun lembah dan gurun..2x

Tidak ku temu mana pintu mu..
Untukku seru rasa rinduku..2x

Telah ku daki puncak tertinggi..
Telahku turun lembah dan gurun..2x

Sungguh ku buta dalam cahaya..
Sungguh ku lupa tika bahagia..2x

Sedang kau dekat bukan dimata..
Sentuhku erat di pinggir jiwa

Sedang kau dekat di pinggir jiwa..2x

Biarkan airmata melimpah..
Biarkan luluh cinta tercurah..

Segala kasih rindu tertumpah..
Seluruh hati aku berserah..

Ya Allah.... 

Ku tunggu waktu bila bertemu..
Hidup matiku hanya untukmu..2x

Hidup matiku hanya untukmu..



diya nak kemas barang dah... kejap lagi abah datang amek.. tak sabar nak jumpa mereka.. babai uolls..! esok diya balik kampus semula... take care ye semua..

 :D

Friday, February 18, 2011

contest senyum tak nampak gigi

Diya Edhayaa | 5:15 PM | 9Comments |
selamat petang hari jumaat semua pembaca saya.. korang sihat tak hari ni..? hehe

di petang jumaat yang indah, di kala diya keseorangan di dalam bilik..
diya nak join satu contest iaitu SENYUM TAK NAMPAK GIGI.
oh yea! sebab zack yang tag diya..


howeh! diya kalau senyum nampak gigi memang dasat sikitlah muka.. 
sebab tu, tak suka gambar candid yang nampak gigi.. huhu
so, untuk contest ni, diya rasa gambar kat bawah ni ok kowt...



okey, gambar diya dah ada pun kan.. diya nak tag 5 orang ni pulak.. meyh kita tengok senyuman tak nampak gigi mereka pulak..


cepat ye korang.. tarikh tutup contest ni pada 27 februari 2011.. jangan lupa klik je banner kat atas tu kalau nak join.. selamat join contest!!!

:D

Thursday, February 17, 2011

harap maaf

Diya Edhayaa | 8:34 PM | 9Comments |
mood aku kurang stabil..

aku rasa sangat stress dan aku rasa aku nak balik rumah.. 

aku nak cari ketenangan kat rumah..

AKU STRESSSSSS....!




:(

Wednesday, February 16, 2011

saya punyai 100 - 500 followers

Diya Edhayaa | 7:26 PM | 6Comments |


nak join jugak.. klik je SINI...

*harap harap sempat lagi..

:D

tag from youhazreenda: personal question

Diya Edhayaa | 7:16 PM | 5Comments |
assalamualaikum semua.. =) hari ni kan.. hari ni kan.. diya nak jawab tag dari follower diya yang kiut miut neh.. sape ag kalau bukan youhazreenda. bila kena tag ni, mesti ade soalan nak kena jawab.. meyh sini tengok ape diya nak jawab.. *wink wink

Apa benda yang paling penting dalam hidup korang?
soalan tanya benda, bukan orang kan.. benda paling penting dalam hidup aku of coz la lappy dan henfon aku..


Benda yang terakhir korang beli menggunakan duit korang sendiri ?
pensel warna stabilo.. haha.. aku beli hari isnin lepas.. harga dia rm6 je.. senang sikit nak warnakan nota-nota aku.. macam budak sekolah pulak rasa...huhu


Di mana tempat korang ingin melangsungkan perkahwinan korang dan tema perkahwinan korang?
kat mana mana yang cantik.. huhu.. kalau boleh nak bertemakan warna hijau dan putih.. 


Adakah korang sedang bercinta sekarang?
err.. err.. haha.. yup! ;p


Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
till d end of my life..


Dimana korang selalu berjumpa dengan kekasih korang?
kat sini je la.. hari hari pun boleh tengok muka.. hehe


Novel / buku / majalah yang terakhir korang beli?
buku rujukan Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku.. 


Apakah nama penuh korang?
mengikut sijil lahir aku, nama sebenar aku adalah nur hidayah binti abdul razak..



Antara mak dan ayah korang, yang mana korang lebih mesra?
dengan mak kot.. tapi bila cerita bab sukan selalunya dengan ayah la..

Namakan orang yang korang betul-betul nak jumpa dalam hidup korang?
nak jumpa Cik Epal  dan Ben Ashaari boleh..? kalau boleh hari hari aku nak jumpa mak ayah.. rinduuuu...

Adakah korang basuh baju korang sendiri?
yups! aku basuh sendiri je.. if ade washing machine, tak rajen la pulak aku nak basuh guna tangan kan.. haha

Di manakah tempat yang korang betul-betul nak pergi?
nak pegi Jepun atau Korea.. sakura.. sakura..

Pilih salah satu, peluk atau cium?
ermm.. peluk kowt..;p

Beritahu 3 benda tentang orang yang tag korang
comel, sweet, friendly..

5 benda yang korang sangat-sangat sayang dalam hidup korang?
buku-buku yang dia bagi
my didi n semua teddy yang aku dapat masa burfday
shawl
bantal busuk (jangan gelak!)
laptop

5 lagu yang paling korang suka dan selalu dengar? 
Aishiteru - Zivilia Band
Jangan Pernah Berubah - ST12
Tak Mungkin Kerna Sayang - Alyah
Kalau Berpacaran - Ana Raffali
Forever and Always - Taylor Swift

Bila tarikh lahir korang dan kat mana korang sambut tahun lepas?
12 November 1990.. tahun lepas sambut biase biase je.. sekali dengan jamuan kelas.. kat The Residen..


5 orang blogger yang korang nk tag

Cerita sikit blogger yang pertama korang tag
dia follower diya yang ke-296.. dan dia punya header blog ada tedy bear comel warna pink yaw...! =)

done!

selamat menjawab tag ye uolls...

:D


Tuesday, February 15, 2011

contest si manis berbaju kurung

Diya Edhayaa | 6:21 PM | 15Comments |
assalamualaikum semua...!!! yeah! diya dah kembali nak join contest.. sebelum penyertaan ditutup pada 25 februari, baek diya join dulu kan.. ni pun rest kejap dari siapkan tugasan.. diya sebenarnya telah ditag oleh member lama, zack untuk join contest ni by Azalia Salleh.. korang yang nak join contest ni, jangan lupa klik link yang diya dah letak tu ek. nanti bolehlah tengok tengok syarat penyertaan...



oh yea! lupe pulak nak ucap a very big thanks pada si zack neh.. thanx ye zack.. hi3.. contest pun namanya contest si manis berbaju kurung... since duk kat sini, hari hari memang pakai baju kurung nak pegi kuliah.. tapi gambar yang diya pertaruhkan untuk join contest ni bukanlah masa hari kuliah, tapi masa raya tahun lepas...
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=

TADAAAAAA...!!!



huh! terserlah ketembaman pipiku di situ.. macam nak tunggu suami pulang dari perantauan pun ade.. tak kesah la kan.. yang penting, aku manis berbaju kurung... *termasuk bakul angkat sendiri.. dan 3 orang follower aku yang bertuah kena tag petang ni adalah...



errr.. kaum Adam jgn jeles yup tak boleh join contest ni.. ^_^

:D

Sunday, February 13, 2011

marathon

Diya Edhayaa | 4:12 PM | 9Comments |
fuh! fuh! sakit pinggang aku dua hari ni.. aduii... sakit tau tak.. aku marathon movie weekend ni..? tak! takde mase larh aku nak tengok movie movie ni.. sedangkan movie yang aku amek pada member masa semester 2 ppismp dulu pun dah naik berkulat duk dalam lapy aku ni.. seingat aku, satu je aku sempat habiskan masa cuti sem ujung tahun lepas.. dah jelas kan aku tak tengok movie pun ujung minggu ni.. 

dah tu..? aku masuk marathon..? tak payah berangan laa.. lari pun tak larat.. masa UKJK orang lain boleh habiskan sekejap je, aku..? 19 minit jugaklah nak habiskan 2.4km.. phewww~ berpeluh bagaikan banjir melanda.. stamina tak kuat.. camtu lah.. tak lama lagi ipg aku ni nak buat sukan tahunan.. maknanya, merentas desa pun ada dalam list acaralah.. sah sah dah aku nanti kategori awek lenggang kangkung je.. pastu bagi 1 point je untuk sumbang markah rumah sukan.. ermm..

tapi aku bukan nak cerita masuk kedua-dua acara tuh.. aku masuk acara MARATHON SIAPKAN TUGASAN..


tak terkejar aku.. mana nak siapkan tapak pembelajaran.. mana nak siapkan website.. mana nak siapkan amali.. tempat aku hujung minggu ni bukan di katil bertemankan bantal ye.. tapi di meja study bertemankan laptop dan buku... rajin tak aku... huahuahua.. tapi bak kata pepatah :

"berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian.. bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian"

so, aku nak sambung balik buat kerja aku.. saja nak release tension, post entry.. semalam tak sempat post, sebab sibuk jadi 'hantu kak dayah balik bilik'..

:D

Saturday, February 12, 2011

cancel 14 februari dalam diari

Diya Edhayaa | 11:04 PM | 10Comments |
A : kau nak bagi apa kat awek kau valentine day nanti? tak lame dah ni der..

B : ala.. ko ni pun.. sebok betol nak tau.. owkeh! aku dah plan nak bagi dia surprise.. mesti dia terkejut punya.. 

A : (angkat angkat kening, wat muka blur)

B : aku nak bagi dia sejambak bunga, coklat, tedy bear besar, kad cantek punyerrr... hahaha.. mesti dia sayang gile kat aku pasni..


-google-

hah! begitu sekali kau.. macam macam benda nak bagi ... perlu ke nak sambut valentine? jawapan aku, sememangnya tak perlu.. sebab valentine tu, bukan perayaan kita sebagai umat Islam.. mereka yang bukan Islam tu, biarlah..sebelum tu, meyh kite bace serba sedikit sejarah mengenai Valentine's Day..

Sungguh merupakan hal yang ironis(menyedihkan/tidak sepatutnya terjadi) apabila telinga kita mendengar bahkan kita sendiri 'terjun' dalam perayaan Valentine tersebut tanpa mengetahui sejarah Valentine itu sendiri. Valentine sebenarnya adalah seorang martyr (dalam Islam disebut 'Syuhada') yang kerana kesalahan dan bersifat 'dermawan' maka dia diberi gelaran Saint atau Santo.

Pada tanggal 14 Februari 270 M, St. Valentine dibunuh karena pertentangannya (pertelingkahan) dengan penguasa Romawi pada waktu itu iaitu Raja Claudius II (268 - 270 M). Untuk mengagungkan dia (St. Valentine), yang dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka para pengikutnya memperingati kematian St. Valentine sebagai 'upacara keagamaan'.
 


Tetapi sejak abad 16 M, 'upacara keagamaan' tersebut mulai beransur-ansur hilang dan berubah menjadi 'perayaan bukan keagamaan'. Hari Valentine kemudian dihubungkan dengan pesta jamuan kasih sayang bangsa Romawi kuno yang disebut “Supercalis” yang jatuh pada tanggal 15 Februari.
 


Setelah orang-orang Romawi itu masuk agama Nasrani(Kristian), pesta 'supercalis'  kemudian dikaitkan dengan upacara kematian St. Valentine. Penerimaan upacara kematian St. Valentine sebagai 'hari kasih sayang' juga dikaitkan dengan kepercayaan orang Eropah bahwa waktu 'kasih sayang' itu mulai bersemi 'bagai burung jantan dan betina' pada tanggal 14 Februari.
 

Dalam bahasa Perancis Normandia, pada abad pertengahan terdapat kata “Galentine” yang bererti 'galant atau cinta'. Persamaan bunyi antara galentine dan valentine menyebabkan orang berfikir bahwa sebaiknya para pemuda dalam mencari pasangan hidupnya pada tanggal 14 Februari. Dengan berkembangnya zaman, seorang 'martyr' bernama St. Valentino mungkin akan terus bergeser jauh pengertiannya(jauh dari erti yang sebenarnya). Manusia pada zaman sekarang tidak lagi mengetahui dengan jelas asal usul hari Valentine. Di mana pada zaman sekarang ini orang mengenal Valentine lewat (melalui) greeting card, pesta persaudaraan, tukar kado(bertukar-tukar memberi hadiah) dan sebagainya tanpa ingin mengetahui latar belakang sejarahnya lebih dari 1700 tahun yang lalu.

nak sambut jugak? tak payah laa.. silap silap sang gadis tergadai maruah.. 8 9 bulan kemudian, dapatlah hasilnya.. pastu mulalah tak sanggup nak hadap orang sekeliling.. buang anak merata-rata.. perlu sangat ke nak buktikan cinta pada sang kekasih sampai musnahkan hidup sendiri... dan yang paling penting, perayaan ni boleh merosakkan akidah kita sebagai umat Islam.. dan ada beberapa perkara yang perlu kita alert tentang ni.. antaranya :

1. Islam melarang umatnya dari terlibat, duduk serta bersekongkol dalam majlis yang mempersendakan Islam dan bercanggah dengannya.

2. Dilarang saling mengirim ucapan bersempena hari ini.

3. jual bunga pun boleh jadi syubhah, makruh atau haram untuk VD.

4.  Islam tidak mengiktiraf hari kasih sayang. Kasih sayang dalam Islam bersifat universal, tidak dibatasi waktu dan tempat dan tidak dibatasi oleh objek dan motif.

mahu lebih lagi ?? SINI dan SINI

-google-



you are sweet blogger like candy

Diya Edhayaa | 9:14 PM | 5Comments |
err.. aku sweet macam gule-gule..? papepun thanx to Leen Lyna sebab bagi saya award ni.. bertambah tambah lagi list award saya.. actually, lama dah cik lyna ni suh amek.. tapi aku peram peram peram sampai naik masam dah kot.. 



besar gedabak ha lolipop ni..
nyum.. nyum..
dah dapat award tu, kenalah pulak spread kat orang lain.. 
dan 3orang blogger yang manis-macam-lolipop...



awak awak jangan segan silu yea nak amek award nie... hehe..

:D