Thursday, November 29, 2012

maaf, aku terjebak

Diya Edhayaa | 2:30 PM | 7Comments |
assalamualaikum...



hari ni dah masuk hari ke-23 aku bercucuk tanam dan membiakkan lemak dalam badan kat rumah. bukan main subur lagi. macam cendawan tumbuh baru lepas hujan. kih3 :p memandangkan sekarang ni musim buah, aku tak ketinggalan memanjat dan memetik buah durian yang ada. masalahnya, durian kena petik ke? hahaha.  




okei2. sepeninggalan mak cik dan pak cik aku pegi hantar baby farhan cucuk ape menda entah, aku tinggal dgn si Along and anak sepupu aku (anak sedara la kiranya).  anak sedara aku ni aku panggil Aslam, darjah 3.

sorang darjah 2, sorang darjah 3.


kitorang buat ape? kitorang sibuk mengait buah manggis yang ada kat tepi rumah. tapi dorang kan tak suka tengok aku susah2 kait buah, dorang pun panjat pokok manggis yang ada.  banyak jugak kitorang dapat. thanx la kanak-kanak riang. hehe.  siap je kait manggis, hajatnya kait rambutan pulak. baru 3, 4 kali tarik, aku dah tak larat plus tak tahan dengan nyamuk. huhu. i ta shuke aw kulit i keneww gigit ngan nyamuk.. hahaha :p

hasil daripada 1 pokok.



siap je dorang tolong aku, menda lagi budak2 ni.. main basikal la.. dan2 tu cakap aku ni makcik penjual  buah. cetttt!~ layannn laa.. budak-budak.. hahaha.. tak pasal-pasal aku kena main sekali ngan dorang. haha..

mai dah nak beli buah.. HAHA



gerai buah-buahan aku *kononnya*


dah puas-puas main kat luar rumah, moh le kita bersembang kat dalam rumah.  sekian sahaja laporan aktiviti budak-budak kampung untuk edisi hari ni.  jumpa lagi pada hari dan waktu yang sama..! cincauuu~ :p






Thursday, November 22, 2012

tersalah cakap

Diya Edhayaa | 11:00 AM | 0Comments |
assalamualaikum cinta-cinta hati sekalian.



aicehhh! sejak bila pandai bercinta ni.. sejak bila..? cuba bagitau sikit. kuikui. punyalah lama tak update blog. bila duduk rumah dan sibuk dengan hal yang tak tentu arah ni mulalah nak berblog pun payah amat.  lagi-lagi masa sekarang sibuk berjuang nak habiskan belajar memandu. belajar memandu kau tau..?! haha. aku lepas ni nak part-time bawak lori sawit lepas dapat lesen. ngahahaha~  


baru ni aku duduk rumah pak sedara aku yakni adik bongsu mak aku.  kalau taim tak cuti sem pun selalu je aku merempat kat rumah ayah cu aku ni.  dia bahasakan aku pada anak-anak dia 'kak long'.. see? special je. dengan kazen lain yang bawah umur  semua panggil 'kak nina'.  sampai anak-anak sedara pun dah ada yang panggil 'cik nina'.. tapi pahang ni takde la sebut nina, sebutnya 'Nine' jugak. kehkeh



anak-anak dia 3 orang lelaki, tapi semuanya kecil lagi. so korang tak payah nak mengorat adik-adik sepupu aku, sekali aku karate kang! hekhekhek.  aku gelarkan dorang as "Triple F" sebab semuanya nama bermula dengan huruf F - Firdaus, Fitri dan Farhan.  




Firdaus aka Along dan Fitri aka Angah adalah geng berperang aku dekat rumah.  kalau Along kena perang dengan aku sebab hal-hal pelajaran.  Angah kurang sikit kena perang dengan aku, kecuali ada masa-masa yang kebuasannya berada pada tahap kritikal. si Farhan pulak takde sebab nak marah sebab dia bukan paham pun plus aku nak pegang dia pun takut-takut lagi. maklumlah, baru 2 bulan. kang terpatah riuk anak orang puas aku nak menjawab. lagi satu, Farhan ni baby Hari Malaysia.  hoho. 


aku kalau dengan Along tu, mesti nak gelak je sebab dia selalu salah istilah, salah sebut.  sebut ikut suka dia. hahaha. salah satunya : 




aku : along, amekkan manggis lagi sebiji.
angah : biar angah amek! *cepat2 berebut bakul buah dgn along*
along : kak long, amek yang ni..!
angah : kak long, amek la yang ni..*bagi manggis kecik*
along : yang tu kan kecik, mana masak lagi.. tak cukup umur..
aku : !@#$%^&*()_+


# manggis tak cukup umur kau haaa.. HAHA!


pastu masa aku otw nak pegi driving school... 

along : along pndai bawak kete...
aku : mana along tau?
along : ye laa.. along selalu tengok engku bawak.. along tau laa..
aku : ye lah along tu..
along : betul.. yang tu ti klok ti klok.. 
aku : !@#$%^&*


# ti klok ti klok adalah signal ye kawan-kawan.. HEHE!


yang ni pulak masa dah nak balik, singgah beli makanan sikit. dia nak cakap dadih, tapi sebab dia pun jenis cakap laju macam aku, maka terkeluarlah "dadu"..! hahaha.. sabor ajelah..





Wednesday, November 7, 2012

main masak-masak

Diya Edhayaa | 11:04 PM | 8Comments |
assalamualaikum.



aku dah ada kat rumah sekarang.  seronok.  tapi tak seronok jugak bila berjauhan dengan kawan-kawan.  maybe hidup selama 9 tahun (5 + 4) kat asrama membuatkan aku rasa macam tu.  iyelah, bila jadi anak sulung + tengah + bongsu ni, confirmlah sorang-sorang je kat rumah.  nak sembang pun dengan mak je. huhu.



tapi kalau ada kawan-kawan, sembang tu jadi lain sikit dan perangai sengals akan lebih terserlah.  so, first impression orang pada aku yang kata aku ni ayu dan pendiam tidak sesuai sama sekali. hahaha. :D



masa musim exam hari tu, aku sempat lagi main masak-masak dengan roommate.  sebelum cuti study week hari tu, kitorang dah planning nak masak lepas maghrib sebelum study.  bila study masa perut kosong, memang takkan masuk.  kenyang sangat pun tak boleh jugak.  cukup-cukup sudah. hehe.



memandangkan paper semester ni ada 3 je dan gap antara setiap paper tu 2,3 hari, adalah masa untuk main masak-masak.  nak turun pegi cafe, malas nak bersiap bagai.  makan kat bilik senang. untuk seminggu tu, kitorang sempat la ber......



roti plus mushroom soup (isnin)







sandwich (selasa)








maggi kari plus telur (rabu)

rompak gambar dari FB cik rumate. hehe :p




makan kat luar(khamis) - suri rumah juga perlukan rehat daripada memasak. heuheu :p







bubur nasi plus ayam goreng (jumaat)







dan.......










spagheti!


preparing...


macam rupa rojak pun ada.. haha



ni kira menu last la ni.  tetiba rasa nak makan.  hehe.  nampak banyak sebab bukan makan berdua, tapi dengan beberapa orang lagi member.  dengan berakhirnya menu tersebut, maka kami telah menikmati hidangan makan malam dengan biskut marie cicah air milo di malam hari sebelum menjawab exam last payyypeeerrr esoknya.. T_T



sambung main masak-masak dengan rumate next semester pulak laa.  kan nak duduk rumah sewa untuk 3 bulan.  3 bulan ye bukan 3 hari. hehe.  







Monday, November 5, 2012

berita baik untuk anda

Diya Edhayaa | 2:17 PM | 0Comments |
assalamualaikum.  



sebenarnya aku ada berita baik untuk korang semua.  betul. memang baik. baik untuk aku lah dengan semua cikgu2 pelatih semester 6. hehe. aku dah habis exam hari ni.  punyalah bahagia rasa.  tapi dalam dewan tadi aku rasa nak menitis air mata jawab exam tu.  serius. aku tak tipu.



2 paper sebelum ni aku rasa okey lagi.  macam boleh jawab lagi. yang last ni aku tak tahulah kenapa. mungkin sebab banyak buat kegiatan2 mengarut - main masak-masak, kacau orang, main kucing. heuheu.  padahal paper last ni paper major.  aduyaiii.  tawakal je lah mampu kan.



sepatutnya aku dah boleh balik hari ni, tapi aku saja tak nak balik awal.  aku memang suka duduk sini.  suka sangat.  boleh ajar adik2 junior macam mana nak jawab paper untuk hari Rabu ni. kekeke.  ajarlah sangat.  tak pun aku boleh tolong orang kemas bilik, sebab aku dah siap kemas bilik masa study week hari tu. hiks! :p ada sapa2 nak mintak tolong aku..? hehe



kalau tengok cuti sem kali ni memang lama, hampir 2 bulan.  amenda aku nak buat eh? ada cadangan?  kalau ada, bagitau je aku.  kot2 la boleh mengisi masa lapang kan.  tapi ada satu benda yang setiap kali cuti sem aku nak buat tapi tak pernah buat *aku memang suka guna ciri-ciri bahasa Melayu klasik .  aku nak tulis novel. muahahaha. semuanya angan-angan yang macaaaammmm takkkk je.. hahaha.  dah la, merapu je banyak aku ni.  aku nak tido pulak. gudnite eberibadi! *anggap je macam aku tulis ni waktu malam padahal matahari menyinar. kekekeke :p