Friday, August 31, 2012

sesuatu...

Diya Edhayaa | 12:43 PM | 2Comments |


credit : http://www.budiey.com/


: :  Sesuatu yang belum HALAL disentuh dengan tangan, 
sentuhlah hatinya dengan DOA. : :



# tahniah atas perkahwinan Ustaz Don dengan isterinya, Husna Zahry.  barakallah. :)



Friday, August 17, 2012

Diari Cikgu Praktikum (Part 3)

Diya Edhayaa | 7:31 AM | 1Comments |
assalamualaikum. salam 28 Ramadhan.



Ramadhan kian melabuhkan tirainya.  Syawal kian membuka tirainya. puii! tak puitis langsung ayat walaupun bakal jadi cikgu Bahasa Melayu. hehe.  baru ni, kitorang kat sekolah praktikum ada buat event mengejut.  nak kata mengejut sangat tu, tak lah.  sebab dah plan taim meeting masa minggu kedua aku praktikum kat sekolah tu. alaaa.. yang aku n d geng mengantuk tahap ghaban! haha.


event ni sebenarnya nak buat pada 16 Ogos.  tapi disebabkan GB bagitau yang hari khamis cuti, so pagi2 tu jugak buat preparation untuk majlis lepas rehat.  sepatutnya aku observe dengan cikgu pembimbing hari tu. semangat aku bangun pukul 4 pagi, buat ABM. see.. rajinkan aku! haha. padahal malam2 dah mengantuk tak larat nak memotong menjahit memasak bagai. chop2! menjahit, memasak tu aku tipu. kehkeh.   



disebabkan majlis Ihya Ramadhan yang nak berlaku sekejap lagi ni, terus tak jadi observe. cikgu pembimbing kata, "Dayah, kita observe lepas rayalah.  simpan dulu ABM2 yang dah buat tu."  masa tu, tak rasa kecewa pun, sebab semangat nak balik melebihi segala-galanya. hehe


then inilah serba sedikit memori yang ada untuk majlis Ihya Ramadhan kat sekolah aku ni....


backdrop by me, Baim n Haziq.



budak2 rehearsal khatam al-Quran



cik Rossa sibuk dengan brosur majlisnya.



kak Imah n Haziq sibuk kacau dodol! eh tak. bubur lambuk. aku sibuk nak amek gamba guna tab cik Rossa, tapi....



tak banyak mana pun gambar. masa dorang buat ape entah, aku kena jaga budak Tahun 2. kalau tak alamatnya, boleh runtuh sekolah. hahaha.  nantikan update tentang raya pulak okayy.  selamat hari raya aku ucapkan untuk semua followers, viewers blog Saya Suka Hijau ni.  blog cikai2 jewww. auww! haha. maafkan salah silap sepanjang aku jadi blogger. cewah! ayat tak nak kalah. nanti makan ketupat rendang lemang kuih raye, ingat aku keyh!! luv u olls~ SALAM AIDILFITRI, from Pahang, with LOVE! :)



Saturday, August 11, 2012

Diari Cikgu Praktikum (Part 2)

Diya Edhayaa | 10:44 PM | 9Comments |
assalamualaikum. salam fasa terakhir ramadan.  :)



hari ni baru ada masa nak update blog. kesian tengok blog dah basi macam martabak diperam lapanbelas hari.  bukan apa, sibuk dengan praktikum.  hari-hari ada kelas.  walaupun 2 waktu je sehari, kecuali hari selasa 3 waktu sebab ada waktu PJ, tapi letihnya lahaii.. balik sekolah je, konfem tido tak sedar diri. huhu. faktor berpuasa jugak mungkin.  kalau partner aku lagilah kesian, hari2 nak kena drive pegi n balik sekolah. apakan daya, partner kau ni takde lesen lagi. haha.


isnin ni dah masuk minggu ke-4 praktikum kat SK Kampong Keledek. okay. okay. aku tau korang mesti gelak punya kan dengar nama sekolah aku ni. eh! aku tak tipu.  sekolah kampung ni.  asal orang tanya aku praktikum mana, aku jawablah betul2. pastu mesti orang sakan duk gelak. hahadoii..~







before ni, roomate aku praktikum sini. so, dah dengarlah cerita tentang sekolah ni. sekolah ni, totally murid Melayu. kali ni aku dapat mengajar BM Tahun 2 lagi. fuhfuh! dogaan. cobaan. haha.  bila masuk tahun 2 ni, problem aku sah2 lah kawalan kelas.  memang haru! haha.  untuk subjek minor pulak, aku kena ngajar PJ Tahun 5. okey, aku suka. ^_____^   dah masuk 3 minggu kat sini, kitorang 6 orang (Kak Imah, Dayah, Rossa, Haziq n Baim) langsaikan salah satu task yang kitorang dapat. ape lagi, buat murallah..! haha.  our big boss - Haziq n Baim. cikgu2 seni kan.. 




haa tengok kitorang punya big boss dua orang tu, sorang gigih pantau 'anak2 buah' warnakan mural sambil buat RPH kat tepi dinding. kau memang gigih, Haziq!  sorang lagi gigih tolong anak buah warnakan mural.  cayalah Baim!  masa ni, Kak Imah sibuk diobserve guru pembimbing, so thanks to Dayah yang tolong snapkan gambar kitorang. hehe. oh ye! aku dah lama tak hidup dengan orang yang namanya Dayah dalam satu kelas. sekali, masa praktikum, dapat partner yang nama Dayah jugak. haha.


bila cikgu-cikgu BM berseni. kehkehkeh~


setakat ni aku dah lepas observe untuk kali pertama dengan kedua-dua lecturer major n minor.  lega dah sikit.  hehe.  selagi lecturer tak datang, aku kusut.  lecturer datang pun aku kusut jugak. hakikatnya, aku memang serabut laa.. hahaha.  bukan apa, lesson plan yang kita tulis tu memanglah tak betul mana jugak.  tapi pelaksanaan tu yang aku lemah. PJ mungkin tak bermasalah sikit untuk kawalan kelas *yang kat dalam kelaslah setakat ni, kat padang tak tau lagi. haha! , tapi kalau BM tu.. ya Allah.. kena sabar banyak2..  budak sedang membesar kan.  


tinggal seminggu lagi nak raya, punyalah tak sabar. nasib baik sekolah ambil cuti 17hb ni untuk cuti raya. aummm! sedapnye balik rumah. ehehehe. dah, aku nak continue tulis lesson plan untuk next week pulak. hape menda aku nak ajar ek.. bui bui~ :D