Tuesday, April 19, 2011

putus di tengah jalan | apa kes?

Diya Edhayaa | 10:05 AM | 10Comments |
hye hye korang semua..! ape khabar..? masa tengah duduk duduk menung depan laptop semalam, aku terfikir tentang satu situasi. ianya cinta terhalang ataupun cinta terlarang. mesti pernah dengar kan. cinta terhalang ni bagi aku susah jugak. yelah, kadang-kadang si gadis dan sang jejaka dah saling menyayangi satu sama lain , tapi ada pulak benda yang menghalang.


tapi dari observation akulah kan, sometime cinta ni terhalang sebab:


1) sejarah silam keluarga

contohlah kan, aku bagi satu situasi ni. mak korang pernah bercinta dengan bapak yang lelaki tu. masa tuh tah zaman kebaya nyonya duk femes, zaman menari twist, pakai spek mata hitam macam p.ramlee. perghhh! cair masa tu. tup! tup! dorang ni clash. bila semua dah bawak haluan masing masing, tak jumpa entah berapa puluh tahun dah pastu jumpa balik. maybe masa abes mesyuarat JKKK kampung. tak lama lepas tu, mak korang dapat tahu, yang korang ni bercinta dengan anak si polan, terus suruh putus. boleh jadik jugak maybe sebab orang tu pernah curik kambing ke ayam ke. aisehhh..



2) ada sifat prejudis terhadap sesebuah negeri

ni pun satu hal jugak. korang dah bercinta bagai nak rak. dah canang sana sini. relationship kat facebook siap married, engaged bagai. pulak ada yang  dah siap buat fanpage lagik yang korang ni tengah duk hot bercinta. pastu ramai pulak yang like. ecewah! berbunga sakura-mawar merah-tulip-daisy semualah. then, korang pun cerita kat mak bapak yang korang ada awex/pakwe dah. "mak, angah ada awex/pakwe dah. orang ******. "hah?!!! orang ******?? putus sekarang! SEKARANG!"... so?? nampak macam tersepit kan. padahal sebab negeri je.



3) orang ketiga @ 3rd person
tak dinafikan jugak yang banyak kesah cinta ibarat ku sangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari sebab orang ketiga.  yes! orang ketiga memainkan peranan besar dalam hubungan korang.  contoh la kan, korang ni bercinta dah setahun ke, tiba-tiba datang orang ketiga yang cuba nak rapat-rapat dengan awex/pakwe korang. ayat pulak... perghhh!! manis coklat cadbury pun x mampu tandingi.. manja die adik bongsu korang pun tak macam tuh. tak pon yang spesies tak gheti gheti nak cari boipren girlpren len. nak jugak yang  orang tuh.


4) kata cinta tapi main skandal
yang ni pun macam hampeh jugaklah. paling teruk bila dah berjanji setia, "b sayang cyg", "papa love mama sangat-sangat", "baby tak boleh hidup tanpa bie taw". ehhhh!! ayat cinta kau. kalau aku pun... eh! tak mau cakaplah.  bukan maen sayang love cinta kasih intan payung, tapi rupanya ada skandal kat belakang kita. nak tunggu lagikk ke kalau dah jelas terang tak payah nak bersuluh guna torchlight berkuasa bateri eveready.



5) last hujah, sikap diri sendiri
sikap kita ni selagi tak ubah, tak payahlah. memang bukan senang nak ubah sikap yang dah sebati dengan diri kita.  even, kucen pun kalau kita nak ajar dia buang air kat tandas pun tak boleh suruh sekali dia terus buat.  dan lagi satu, contohnyalah korang pernah admire kat seorang laki kacak macam Ashraf Muslim ke, cun macam Lisa Surihani ke, tapi sampai dah bercintan cintun pon tak gheti lagi nak lupakan dia. ish! aku pun tak gheti la nak cakap camne.



kalau korang ada pengalaman, share lah sikit dengan aku.. huhu.. aku tengah dengar lagu Cinta Terlarang, Mahkota Band punya lagu..



10 3 orang hijau bagi komen:

wunny said...[Nak Reply!]

btl2.. mostly de org ke3 yg wat 1 relation 2 hancusss...

azuha rahimi said...[Nak Reply!]

=.='

ade stu point lg tertinggal....

nak tau??

carik sendri..haha

fuuyooh said...[Nak Reply!]

salam kenal.. balas balik kunjungan awak
Malam jumaat malam keliwon

MiSzy DiaN said...[Nak Reply!]

cinta nda kesampaian sebb no 3,4, 5 .. huwaaaaaa...
sedihnya.. huhu

Diya Edhayaa said...[Nak Reply!]

wunny: tu la.. org ke3 ni mmg hummpphh,,..!

azuha: ala... gtw la cik azuha.. kite kongsi2.. huhu..

fuuyooh: thanx.. nt sy jejak..

miszy dian: saba ea dian.. cari cinta lain je.. hihi

man yusoef said...[Nak Reply!]

sy terputus sbb jarak memisahkan...family tak galakkan...so better putus awal, dari hubungan semakin rapat..

apis of art said...[Nak Reply!]

pe boleh buat.. da xde jodoh.. =(

HonEyBuNNy said...[Nak Reply!]

pernah juga putus cinta....couple 6 tahun terputus tengah jalan...sebab si dia curang n xjujur...s.edih tau....sob3...

Diya Edhayaa said...[Nak Reply!]

man: emm.. btol gk tuh.. bile da syg ni susah..

apis: sabo jelah.. gn org len kot..smue Allah da tntukn..

hunny: lame tu..sbar keyh.. i'Allah ade yg lbeyh baik..=)

Woofer Storm said...[Nak Reply!]

bab no 2 tu tak thn...selalu sngt orang dpt mcm tu,mcm perkauman pun ada gak,.ermmmm