Monday, December 27, 2010

hilang sementara

Diya Edhayaa | 9:12 AM | 3Comments |
oh! paginye ngeupdate blog... mana taknye, 2 hari tanpa post apa-apa.. rindu sey dekat blog hijau ku ni.. sebenar-benarnya, aku ada sebab tak blogging 2 hari ni... nak tau kenapa??


  • sebab utama, broadbandku udah sampai limit... bila dah sampai limit, konfemlah speed dia pun slow kan.. nak blogwalking pun kena tunggu berzaman-zaman.. nak update pun lembab jugak.. tapi pagi ni, dia cam ok pulak.. pelik aku! taim aku nak guna,speed dia... macam nak menangis keluar air mata darah aku... bila sampai limit, pandai pulak dia nak kua speed paling laju.. tapi slow... haish!


  • aku kena demam weyh... tak larat rasa.. selsema, batuk.. sejak akhir-akhir ni, mudah sangat nak kena selsema dan batuk.. bulan ni saja, 2 kali dah kena.. adakah sebab tak cukup vitamin C macam incik senior ku cakap..?? bila dah kena camni, aku nak rehat je... 

    • lagi satu, nak bagi rehat lapyku ini.. kang dia merajuk, puas pulak aku nak pujuk... opsss!!! aku tak check lagi, lapyku ni female o male.. hehe... yela, selama balik ni, lapy aku berkerja bersungguh-sungguh demi tuan dia ni.. so, aku bagi la dia rehat sikit sebelum nak balik kampus ahad ni.. balik sana, penggunaan lagilah.. udah ler ada satu subjek semester depan harus gunakan benda alah ni.. P&P Bahasa Melayu berbantukan Komputer.. 


    haa... sebab-sebab itulah yang menyebabkan aku hilang buat sementara waktu.. aku tak tinggal blog ni la.. huhu... belum sampai masa.. petang ni pun, slot akasia dah ada cerita baru... Tiramisu, gandingan Pierre Andre dan Sharifah Amani... aku memang minat drama-drama melayu ni.. hehe..sejak balik cuti hari tu, aku asyik layan Seribu Kali Cinta... sampai aku terfikir gak, masih adakah 'Nizam' sekarang ni..


    dah! tutup cerita Nizam dan Miasara.. petang ni layan Tiramisu pulak.. ada adik Mia Sara Nasuha yang comel itu juge...


    pssttt: tiba-tiba aku terasa nak makan kek tiramisu la.. sedapnye.....


    *...tata...*


      Friday, December 24, 2010

      segmen jom berkenalan

      Diya Edhayaa | 10:29 AM | 20Comments |
      salam dan selamat pagi semua rakyat Malaysia.. *perasan DJ hari ni, aku nak lunaskan hutang tag bersama cik kiera naa... segmen jom berkenalan ni dibuat oleh blog Catatan Loqman Hakim.. kat bawah ni, aku nak jawab soalan-soalan panas... huhu... :)







      nak join?? klik saje banner di atas..


      STATUS AKU
      masih single.. belum double atau triple ag..


      TENTANG AKU
      baru je genap 20 tahun pada November lepas.. masih muda ok..! still study di IPG Kampus Tg. Ampuan Afzan.. 3 tahun lagi nak habis pengajian...=,=   aku totally anak Pahang! tersangat suka dengan warna hijau.. maybe sebab Pahang kaya dengan alam yang menghijau.. cita-cita masa kecik, nak jadi cikgu.. tapi selalu jugak tukar-tukar.. masa lapang, buat masa ni adalah blogging..


      PASAL BLOG AKU
      blog ni sekadar luahan rasa hati... dan kadang-kadang aku cerita juga apa yang aku lalui.. kira macam apa-apa aktiviti yang aku ikutlah.. 


      PANDANGAN TENTANG DUNIA BLOG
      bagi aku, dunia blog ni berkembang pesat kat Malaysia sekarang ni... banyak sangat... fuh! bersepah-sepah.. dan aku pun sangat suka sebab dapat berkenalan dengan ramai bloggers.. berkongsi pengalaman, ilmu dan sebagainya... dunia blog gak bagi aku dapat mengasah seseorang tu melahirkan idea melalui penulisan dia..


      NASIHAT KEPADA BLOGGER BARU
      aku pun masih baru jugak.. hehe.. tapi, sebagai blogger baru, rajin-rajinlah singgah blog orang.. jangan harap nak tunggu orang datang blog kita je.. itu cara akulah..


      KEUNIKAN BLOG AKU
      kebanyakannya adalah mengenai diri aku dan sekeliling aku...


      SAMPAI BILA AKU NAK BERBLOG
      selagi aku masih mahu berblog.. selagi aku rasa mahu menulis... dan aku rasa dunia blog sangat best.. impian aku, haruslah nak join mana-mana gathering bloggers dan mahu jumpa bloggers yang hebat-hebat.. especially fashionista bloggers..



      dan 4 orang budak bertuah itu adalah.....

      setel!

      9 hari lagi

      Diya Edhayaa | 8:42 AM | 6Comments |
      aku: emm.. segalanya akan berubah.. :(

      hati: sedeyh la pulak ko kan... 

      aku: mestilah sedey weyh.. nak tinggalkan rumah.. pegi mane mane pun, rumah tetap tempat sejati...

      hati: awal cuti hari tu, ko cakap bosan duk umah.. nak cari kerjalah..

      aku: memanglah.. mula-mula.. pastu sedap pulak duduk rumah goyang kaki.. setakat tolong mak, aku tak kesah..

      hati: lepaklah.. umah dekat je..

      aku: iye.. aku tau.. sejam je pun.. tapi ko taulah, nak balik rumah aku tu pun, macam naik roller coaster.. 

      hati: tulah senang.. takyah ko rugi duit nak g genting ke, naek bas ting tong lalu jalan berbukit pun ko boleh rasa naik roller coaster...

      aku: emm...

      hati: tapi aku tau.. ko rindu kat dia ni kan.. baek cakap betul...


      aku: hahaha... roomate aku.. mestilah rindu.. da nak masuk 3 tahun aku duduk sebilik ngan dia.. dialah teman buat assignment aku.. dialah teman aku nak mengisi perut kat kafe.. dialah orang sebelah aku dalam kelas.. dialah orang yang berkongsi keseraman dengan aku malam-malam.. dialah pendengar bebelan aku...dialah rakan seperjuanganku mencari air..

      hati: kan betul aku cakap.. yang ni pulak??




      aku: haruslah! aku rindu nak gelak ketawa ngan dorang.. rinduuuuu,,,.....

      hati: tadi ko cakap macam taknak balik.. 

      aku: memang taknak balik pun.. tapi kena balik jugak.. kena berkorban.. nak menuntut ilmu.. 

      hati: dah tu?

      aku: aku nak membilang hari duk kat rumah ni.. hehe.. 

      hati: emm.. nikmatilah sementara ada kat rumah ni... pasni, lambat lagilah kau nak merasa masakan mak.. nanti duk sana konfem jarang rasa...

      aku: yelah.. aku nak nikmati cuti yang masih berbaki 9 hari ni...=) 3hb nak balik dah...


      *...tata...*


      200 blog

      Diya Edhayaa | 8:35 AM | 0Comments |


      join lagi segmen BA...!!! nak join... klik SINI...

      Thursday, December 23, 2010

      follower ke-123 saya

      Diya Edhayaa | 10:46 PM | 6Comments |
      cepat mengaku! siape?

      dapat jawapan tak?

      tak dapat?

      pergi cari sekarang... hehehe...

      jeng.. jeng.. jeng.. 


      sebenarnya, aku nak bagi award kat follower ..::SAYA SUKA HIJAU::.. yang ke-123..


       




      follower yang bertuah itu adalah...

      =
      =
      =
      =
      =
      =
      =
      =
      =
      =
      =
      =
      =
      =
      =
      =
      =



      terima kasih follow blog saya.. and to all my follower, terima kasih juga..terima kasih untuk pengundi2 saya.. utk semua yang dah support saya berblog =]


      *...tata...*


      rumah idaman??

      Diya Edhayaa | 6:30 PM | 9Comments |
      sape yang lahir era 90-an atau 80-an, angkat tangan!!! hehe.. macam kelas pulak.. aku dah tak sabar nak balik ke sarang ni..  masa kecik-kecik dulu, ramai yang suka tengok kartun.. kira macam kartun tuh, favourite show la.. kalau macam aku, aku suke sangat Sailormoon.. bajet-bajet ada kuasa nak hukum orang.. disebabkan aku ni duduk kampung, so aku gunalah ranting kayu sebagai ganti pada tongkat sakti.. hehe.. sengal giler.. dah la mase tuh, aku suka sangat pakai seluar pendek kotak-kotak.. ada hati nak jadi Sailormoon.. =p walaupun suka dengan kartun luar negara, aku suka gak kartun Malaysia.. kartun favourite aku : keluangman,anak-anak sidek, usop sontorian, YOKIES, sang wira... kalau korang ingat, YOKIES ni kan duduk dalam rumah telur.. macam best pulak rasa... 





      so, hari ni, aku nak bawak korang tengok rumah-rumah pelik yang ada kat dunia ni.. agak-agaklah kan, ada tak yang nak buat rumah macam ni... hehehe...


      rumah ni dibina oleh Daniel Czapiewski di Poland.. 




      aku suka yang ini!! piano house di China.




      shell house di mexico..





      twisted house di Indiana...




      errr... ('~')


      earth house di Switzerland.. yang ni pun aku suka.. boleh berangan jadi Dipsy jap.. =]


      peewitt! bestnye ade rumah camni.. hari-hari hati bunge-bunge... Isabella Pink House..
      tapi kalau letak biskut ke kek ke kat dinding dia boleh gak ngap ngap taim lapa... =p






      UFO house di Taiwan...

      datz all..... =)


      status facebook

      Diya Edhayaa | 12:02 PM | 7Comments |
      facebook macam satu kemestian bagi kita.. mungkinkah satu hari nanti, facebook akan jadi keperluan?? aku pun tak terlepas daripada penggunaan facebook ni.. yelah, kawan-kawan semua ada facebook.. secara tak langsung, kita sendiri pun nak juga ada.. dulu, tak layan juga facebook.. sibuk dengan myspace.. sebab selalu update pasal band.. hehe.. =p sehingga minggu lepas, statistik pengguna facebook di Malaysia seramai 9 juta ++ !! meningkat betul.. ta percaya?? tengok statistik yang diambil dari socialbankers..


        

      meningkat sangat-sangat kan.. sekarang ni, kalau tengok masyarakat kat Malaysia ni, rata-rata ada facebook.. budak sekolah rendah pun dah pandai.. masa aku wat PBS dulu pun, anak murid tanya..

      "cikgu, ada facebook tak? bagilah cikgu..."

      tengoklah budak-budak sekarang.. semua dah pandai nak berfacebook.. aku dah bagi, rajen betul dorang nak chat dengan aku.. adoi.. baru ni, aku bukak facebook.. lame tak bukak sebab line macam siput belajar berdiri... tengok-tengok boleh check status kita dalam tahun 2010 ni.. kiranya macam, ape yang kita dah tulis selama tahun ni, boleh baca semula tanpa nak kena tengok older posts.. aku pun tak rajen jugak nak tengok balik semua tuh.. dah la leceh... apa lagi aku pun buatlah.. nah! sekali 50 photo status yang aku dapat.. melampau jugak aku berfacebook.. huhu.. so, macam-macam bendalah aku dah merapu merepek menjiwang memaki menghamun dekat situ.. hehe..









      ade 50 semuanya.. memang banyak.. ak comparekan dengan member laki course aku, dia ade 15 jer.. haha.. rupanya aku dulu-dulu pengguna facebook yang tegar.. ada sape-sape yang tegar macam aku jugak tak?? sila angkat hidung... hee~  bagi aku, nak facebook ni ade baik dan buruknya.. tapi aku paling seram kalau ade bangla ke orang dari mane entah lagi add aku.. paling seram, bila dorang anta mesej kat fb.. haish! mau tak takot aku.. pernah satu kali tu, ade sorang mamat tu.. mamat malaysia r.. kata nak amik pixca aku.. nak simpan dalam henfon.. giler kau! takot aku.. tengah-tengah malam pulak tuh.. hantu pun aku tak kesah da taim tuh..ye r, kot kot kang dia wat macam-macam ngan gamba aku.. mau naye aku.. tak pasal-pasal aku jadi ..... ah! lu pikirlah sendiri (pinjam ayat nabil)...

      so, sape-sape yang nak add aku.. bagitaulah dulu.. kalau tak guna gamba betul, memang aku tak approve dah sekarang... huhu..


      *....tata...*


      Wednesday, December 22, 2010

      pencarian blogger peramah 2011

      Diya Edhayaa | 1:15 PM | 9Comments |
      mood berblog hilang buat sementara waktu.. tak taulah kenapa aku ni.. kalau tak, rajin je nak singgah blog orang.. komen-komen sikit.. baca entry orang.. semalam, mood hilang..  tapi hari ni ok sikit kot.. =] bila tengok cikgu ayu buat entry pencarian blogger peramah 2011, automatik mood datang semula.. hehe.. apatah lagi bila dia sendiri ajak join kan... kat bawah ni adalah entry yang dah dicopy milo...


      =
      =
      =
      =
      =
      =
      =
      =
      =
      =


      Ahsfantasy24.com kini sedang mencari blog blogger peramah untuk dimuatkan ke dalam list blog blogger peramah sesi 2011. Ayuh membantu ahsfantasy24 untuk mengesan tidak kira blogger lama ataupun baru, asalkan tidak sombong. Saya menjemput semua follower saya dan juga mereka yang tahu tentang pencarian ini menyertainya. Hargai sekiranya anda dijemput untuk menyertai pencarian ini kerana anda juga telah dilihat sebagai seorang blogger yang peramah.



      Apa yang perlu anda lakukan selepas dijemput atau ditag?
      1. Copy dan Paste entry ini beserta gambarnya ke dalam blog anda dengan menggunakan tajuk 'Pencarian Blogger Peramah 2011';
      2. Tag sekurang-kurangnya 4 orang rakan blogger anda yang peramah;
      3. Setelah menyiapkan entry tersebut, sila tinggalkan link entry anda di sini > http://www.ahsfantasy24.com/2010/12/pencarian-blogger-peramah-2011.html
      4. Tiada paksaan dalam menjadi follower ahsfantasy24.com namun berbesar hati jika ada yang sudi.
      Tahniah, anda seorang blogger yang peramah! (:
       
      =
      =
      =
      =
      =
      =
      =
      =
      =
      =

      disebabkan cikgu ayu suruh tag 4 orang atau lebih, aku pun nak tag mereka ni... tengok sape yang kena......~~




      beres! =]

      Tuesday, December 21, 2010

      dah boleh mengundi!

      Diya Edhayaa | 11:00 AM | 8Comments |
      walaupun tak berape sihat.. hidung sroot sroot.. tapi tetap nak post entry ni.. ehem! start pukul 7 pagi tadi lagi dah boleh undi untuk peringkat kedua ni.. sampai 7 pagi 23 disember.. 2 hari je... kalau dulu, blog masing-masing ada nombor plat, sekarang guna nama blog je.. macam mana nak vote?? okeh3.. aku kasi tau..

      macam kat blog ni, readers semua boleh click je kat swift putih yang ada kat sidebar tu.. pixca tu trus direct ke site untuk mengundi.. undian peringkat kedua .. senang je kan... aku pun tak harap sangat blog ni dapat top 10.. tapi sekurang-kurangnya usaha kena ada kan.. menang ke kalah ke, adatlah tu.. kalau semua menang, sapa nak kalah.. huhu.. dah bersaing dengan 49 blog yang lain lagi.. sengit wohhhh! ape-ape pun, koranglah nadi aku.. 

      VOTE ..::SAYA SUKA HIJAU::..
      VOTE ..::SAYA SUKA HIJAU::..
      VOTE ..::SAYA SUKA HIJAU::..
      VOTE ..::SAYA SUKA HIJAU::..
      VOTE ..::SAYA SUKA HIJAU::..



      by clicking diz pixca at d sidebar, korang akan direct ke site untuk mengundi... TQVM! =)

      Monday, December 20, 2010

      mata oh mata

      Diya Edhayaa | 11:21 PM | 3Comments |
      dari mata, turun ke hati.. ada juga orang kata, dari mata jer kita dah boleh baca apa yang ada dalam hati seseorang tu... tanpa mata, siapalah kita.. tak nampak alam sekeliling ni.. tapi sekarang ni aku dah tak tahan sebab mata jugak.. tak boleh nak salahkan apa.. tapi dari tengah hari tadi kot aku terseksa camni.. mula-mula wat tak tau lagi.. tapi kalau dah sampai malam, rase macam nak cabut je mata aku ni.. letak jap dalam kotak.. biar dia duk diam-diam lam tuh.. dari siang tadi asyik berdenyut-denyut... cerita kat mak aku, die buat lawak pulak.. 

      aku : mak, apesal kelopak mata kiri  ni asik denyut-denyut?
      mak : ada orang nak meminang tu.. hahaha...


      tengoklah jawapan mak aku.. last last aku tergelak jugak.. haha.. mengarut pulak mak ye..sampai aku rasa cam nak letak minyak angin je kat mata ni.. dari tadi camni.. bila nak berenti pun aku tak tau.. aku pun search la kan sebab mata berdenyut-denyut..antara sebab yang aku jumpa :

      • tekanan
      • kelesuan
      • ketegangan mata
      • kafein
      • alkohol
      • kekeringan mata
      • ketidakseimbangan nutrisi
      • allergi


       pastu, ada juga orang tua-tua kata, denyutan pada mata ni ada maksudnya.. kira macam bawa petanda.. nak percaya sangat pun tak boleh..  tapi juz share je ni..


      Kelopak mata sebelah kanan atas = akan mendapat wang.
      Kelopak mata sebelah kanan bawah =  mendapat kesusahan.
      Kelopak mata sebelah kiri atas = memperoleh sesuatu yang baik.
      Kelopak mata sebelah kiri bawah = menangis.
      Kelopak air mata sebelah kanan = menangis.
      Kelopak air mata sebelah kiri = bebas dari prihatin.
      Sudut mata kanan = melihat kekasih hati.
      Sudut mata kiri = menderita kesusahan.
      Biji mata sebelah kanan = menangisi orang mati.
      Biji mata sebelah kiri = melihat orang yang datang/asal dari jauh.
       
       
      kalau betullah kelopak mata sebelah kiri atas akan dapat sesuatu yang baik.. alhamdulillah.. aku berharap sangat ada benda yang baik akan datang dalam hidup aku.. dan sesuatu yang sangat aku tunggu ialah result exam aku semester lepas.. walaupun dah tau lulus masa check portal last week, tapi pointer tak tau lagi.. hope dapat yang terbaik... amin~ aku dah tak tahan sangat ni.. salam semua...

      terima kasih BPM

      Diya Edhayaa | 9:50 PM | 2Comments |
      aku dah lepas masuk peringkat ke-2 BBPM.. mula mula rasa macam tak percaya.. yelah, siapa sangat aku ni kan.. blog pun main tulis ikut suka.. mula mula tengok ada jugak bloggers baru join contest ni.. tapi rasa cam takde keyakinan je nak join.. bila kawan baik sendiri suruh join, aku tak lepaskan peluang.. cewwaahhh gituu.. nak kena kawan baik suruh dulu.. lepas join BPM ni banyak perubahan yang berlaku kat blog aku.. sampai aku pun kadang kadang camni.. 




      antara perubahan yg berlaku kt blog aku:

      • ramai yang view blog aku - sebelum ni rasa jugaklah macam takde sape pun nak jenguk sini.. lepas join, visitor memang bertambah..
      • kenal ramai bloggers - tak kiralah bloggers ni lama ke baru ke.. tapi memang ramai sesangat.. macam cendawan.. and yang aku perasan, walaupun dorang baru, tapi blog dorang memang superb...
      • followers bertambah - memang sangat bertambah.. sebelum ni entah berapa kerat je la yang duk follow follow blog ni.. 

      senang citer, hari ni aku boleh tersenyum 500meter....

       

      dan aku pun nak kasi sikit ucapan... hee~

      THANKS BPM
      THANKS BRO AZMAN ROSLAN
      THANKS KABINET @ BPM
      THANKS FOLLOWERS
      THANKS VIEWERS
      AND SEMUA YANG DAH SUPPORT AKU BERBLOG....


      pose slumber laptop contest

      Diya Edhayaa | 4:43 PM | 5Comments |
      fuh! fuh! penat selongkar satu laptop ni.. ke mana pixca2 muka tak tau malu i depan laptop.. haha.. selalunye, wat perangai gini masa takde lecturer dalam kelas.. boringlah katakan.. so, aku diajak join contest oleh penganjur contest sniri, rizal.. mane boleh lepas weyh.. nak join jugak!!! POSE SLUMBER LAPTOP CONTEST... senang je korang... dah memang semua suka posing-posing depan laptop kan.. hehehe...



      nak tau syarat-syarat contest ni?? cepat g terjah blog rizal ni keyh... klik je banner yang i dah letakkan ni.. mudah jer.. and aku pertaruhkan posing slumber depan laptop ni dengan pixca ni...




      hehe.. muka sangatlah hod.. hod... hodooooohhhhh...!! taim ni.. tsk.. sebelah kiri, aku.. belah kanan pulak, roomate.. roomate merangkap kawan baek.. hehehehee....yang ade corak corak tuh, sebab guna cyberlink youcam... kiranya, boleh pilih effect o corak mane-mane yang kite suke masa snap pixca... :D  


      sikarang, wa mau tag ini lima olang budak manyak baek...

      hah! ape tunggu lagi.. g wat contest eyp.. sambil makan goreng pisang panas... hehehe...
       *...tata...*


      Sunday, December 19, 2010

      cinta sayang suka dan minat

      Diya Edhayaa | 11:06 PM | 0Comments |
      yang ni aku dapat dari facebook sorang member... juz share it... sebab aku pun tengah alami kecelaruan emosi...


      CINTA
      Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau boleh nak dia tahu.. dan kita seboleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)



      SAYANG
      Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)


       
      SUKA
      Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekiranya keng kita dah nak pecah…)



      MINAT
      Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )


      Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu…


      aku??? (@_@)

      vote lagi

      Diya Edhayaa | 10:11 PM | 2Comments |
      salam u olls.. dah nak tido ke? jap... bace ni dulu.. huhu.. intro macam hape.. hehe.. untuk pengetahuan semua, undian untuk peringkat kedua akan dibuka pada hari selasa ni...


      7 pagi 21 disember 2010 - 7 pagi 23 disember 2010


      haa.. 2 hari je tau.. tak lama pun.. nak undi ni tak perlukan duit pun.. macam nak undi reality show kat tv tuh.. hehe.. just luangkan sikit masa undi blog mana yang layak.. kali ni, dah takde nombor-nombor plat cam dulu..
      guna nama blog jer.. macam blog ni.. ..::SAYA SUKA HIJAU::..  jadi, fikir fikirlah dulu blog mana yang nak undi nanti.. link nak mengundi.. nanti eh... ;)



      *...tata...*

      Saturday, December 18, 2010

      sosial hari sabtu

      Diya Edhayaa | 5:59 PM | 3Comments |
      hari sabtu, mari bersosial... sosial dengan dotdotdot.. hihi.. dotdotdot itu adelah warga veteran kat umah aku.. nak kate warga emas kang, ada yang tak warga emas lagi.. lagipun, dorang kan dah makan garam lebih dari aku.. aku baru makan 2 paket je.. dorang dah berguni guni.. gula pun dah berbalun balun.. asam keping dah berbekas-bekas.. pendek kata, segala rasa dorang dah rasalah kan.. aku ni, perjalanan hidup baru nak mula.. walaupun dah idup 20 taun.. means, banyak lagi yang akan aku tempuhi zaman akan datang.. dunia makin mencabar.. huhu.. tetiba jer.. 


      pagi tadi, dengan rela hatinya aku ikut mak aku g buat bubur asyura.. bubur asyura ni, ialah sejenis bubur yang diperbuat daripada pelbagai ramuan.. biasanya orang buat benda ni masa 10 Muharram iaitu pada Hari Asyura.. masa hari asyura, kita disunatkan berpuasa.. tapi bila benda sunat, buat pun dapat pahala kan.. tengoklah, betapa senangnya kita sebagai umat Islam ni nak dapat pahala...

      Sesungguhnya hari ini hari Asyura dan tidak diwajibkan atas kamu puasa padanya. Sesiapa yang mahu maka berpuasalah, dan sesiapa yang tidak mahu maka berbukalah. (Riwayat Bukhari).
       
       
      aku nak cerita lebih lebih pun, hari ni dah 12 Muharram.. tak kesahlah... tibe tibe aku jadi macam ustazah pulak hari ni kan.. kira training sebelum g praktikal.. hehehe..  nak tau sejarah hari asyura, peristiwa 10 muharram, sila google sekarang ataupun bace buku.. 


       perumahan aku ni buat hari ni.. ada 2 set event yang sama pulak tuh.. mana nak g dulu pun aku tak tau.. last last aku g yang dekat umah dulu.. awal kot sampai.. ade 3 orang makcik je taim tuh.. aku pun dengan muka penuh keayuan, masuk dalam, duduk.. bajet bajet rajin ni, aku siang bawang.. padahal, dah tau yang mata aku ni sangat alah dengan bawang.. besar hajat tuh nak tolong siang bawang banyak banyak.. huhu.. entah yang  ke berapa biji, air mata aku yang mahal ni keluar.. masa tu, kipas punyalah laju.. pedih giler..! last last aku stop.. aku siang benda lain pulak.. tak rela aku.. *dalam hati taim tuh kata: kalau pakai maid nanti, biar dia je yang siang bawang.. hehehe


      tak sampai separuh pun yang dalam ni aku kupas, yang len semua makcik makcik buat










      gambar aku tak de.. hukhuk.. takde sape yang nak tulun senap.. pas siap segala siang menyiang , kupas mengupas kat sini, aku ngan mak aku g pulak kat tempat lagi satu.. kat sana, aku wat job bawang lagi.. aku pun tak pahamlah.. memang muka aku ni macam bawang kot.. masa makcik makcik duk masak, perut aku ni.... lapa giler! mana tak nyer, pagi tadi aku breakfast, aku muntahkan semula... lepas siap makan, aku tolong gak la angkat angkat pinggan.. sebab dah tak tau nak buat ape.. so, aku senap snap la the veterans duk kacau kacau asyura...


      nampak tangan mak aku jer..










       mak aku memang suka sangatlah aku g bermasyarakat ni.. dia selalu cakap, 'jangan nak jadi kera sumbang je..'.. huhu.... (T_T) tah berapa jam dorang kacau, aku tak hengat.. yang penting, lamalah... and, asyura tu siap.. auwww~ tak sabar nak makan.. sodap sodap..



      aku tulis entry ni pon, masa tengah mengadap asyura.. hihihi... tibe tibe teringat pulak zaman sekolah.....emmm...


      *...tata...*


      award dari key yea + 2nd round BBPM

      Diya Edhayaa | 3:28 PM | 6Comments |
      mekasih banyak banyaklah kat key yea bagi saye award.. terharu ni.. terharuuuuu.... cepat bagi baldi.. air mata nak menitik dah ni.. kang banjir, puas pulak nak berpindah randah.. dah la sekarang ni pun musim hujan.. sejuk baiii.. macam duk kat oversea uh.. main baling baling snow... hehehe..






      comey je ko senyum kan zirafah... kepada tuan zirafah , nanti sudi sudilah vote den eyh.. haha.. menda la aku mengarut ni.. badan dahlah tengah letih ni.. penat g bersosial ngan dotdotdot... sape ek dotdotdot??? nanti la aku citer.. bukan special mane pun hidup aku ni.. biasa biasa jer... ape ape pun tahniah jugaklah dekat 49 blog yang layak ke pusingan kedua BBPM.. macam mana pun, aku tetap bersyukur sebab dah lepas 2nd round.. arigato, syukran n segala terima kasih lah kat followers ke readers ke silent readers ke n sape sape je la yang dah vote aku.. hehe...blog aku ni taklah best mane pun.. kepada yang dah follow blog aku, nantilah aku 'ganyang' korang semua ek.. hwahwahwa...


      pssttt: broadband aku dah laju... hik3!! takde kaitan pun...


      *...tata...*


      Friday, December 17, 2010

      dulu aku nakal!

      Diya Edhayaa | 10:34 AM | 16Comments |



      pagi pagi cikgu Ben dah tinggalkan homework.. kawan kawan, jom r wat homework ni.. hehehe..


      Nama sekolah rendah dan sekolah menengah  termasuk tahun ...
      nama sekolah rendah aku dulu, SK Temin..1997-2002... sekolah kampung je pon.. tapi dekat gak la dengan bandar.. sekolah menengah pulak SMKA TAHAP.. 2003-2007


      Aktiviti ko kurikulum yang korang ceburi 
      Aktiviti koku yang aku ceburi, banyak jugaklah.. walaupun tak aktif mana.. antaranya, bola baling, bola tampar, kelab komputer persatuan bahasa melayu, puteri islam.. hehe.. 


      Jawatan yang di sandang dulu
      masa sekolah rendah jadi pengawas sekolah.. tu pun masa darjah 6 dah.. masa sekolah menengah pulak, jadi pengawas perpustakaan.. yang untungnya jadi PSS ni, dapat lah keluar rehat awal..


      Nama guru kesayangan korang
      ramai woo... semua cikgu aku sayang sebab cikgu aku best best.. tapi aku paling suka atau sayang dekat Cikgu NorMazni la.. cikgu math masa form 5.. aku ni bukan la kategori terer math, tapi bila belajar dengan dia, aku suka sangat math.. hehe.. lagi satu, Cikgu Azrina, aja biologi.. dia mengajar punyerlah best.. tak tido ui dalam kelas bila time bio...lagi sorang, Cikgu Fazdli, ajar BM.. 



      Subjek paling disukai dan tak suka 
      paling suka.. BM ngan BI and Syariah.. add-math paling tak suka.. 


      Kawan baik masa sekolah
      ramai jugak.. sebab ade geng.. hehe.. tapi paling rapat dengan Siti Sarah.. makan minum belajar sekali...


      Cita cita masa sekolah dulu
      dari kecik sampai besar nak jadi cikgu... hehe.. tapi pernah jugak nak jadi dentist, wartawan, n interior designer...


      Artis feveret masa sekolah dulu
       elyana lorr... huhu.. ngan sofaz... greenday...


      Perkara yang paling tak dapat dilupakan masa sekolah
      banyak sangat la....


      Jika dapat kembali ke zaman persekolahan , apakah yang ingin korang lakukan?
      nak belajar betul betul la... dapat score semua subjek..terutamanya subjek2 sains..


      Ceritakan kenakalan yang tak dapat dilupakan sewaktu sekolah dulu ( tak kurang 100 patah perkataan )
       kenakalan??? emmm.. pernah masa tak siap kerja sekolah, pakat ramai ramai satu kelas tak siapkan.. masa tu, cikgu tanya ada kerja sekolah tak, cakap je takde.. huhu.. lagi satu, join member member bawak barang terlarang macam henfon, tapi diri sendiri tak bawak pun.. kira sayang member, tak bagitau warden pun... huhuhu...


      Thursday, December 16, 2010

      contest blog terkemas

      Diya Edhayaa | 8:33 PM | 7Comments |

      nampak tak?? nampak tak?? haa..?! tak nampak.. emm.. pegi dekat nenek ke atuk ke.. cakap cucu nak pinjam jap je spek.. nak tengok contest ni.. pasni cucu pulang semula lepas tengok contest ni.. hwahwahwa.. haa.. malam ni nak kena buat blogwork sket.. gatai gatai lagi pegi blog cik aqmar... haha.. 

      blog ni takde la kemas sangat pun.. cat je selalu tukar-tukar.. tapi cat hijau tompok tompok tahi unta ni pakai lama kot.. dulu dah penat ngecat blog ni ngan macam macam kaler.. perabot perabot pon da siap susun semua.. so, bolehlah join kan?? boleh ke tak boleh ke.. nak join jugak!!!! hehehe.... XD penganjur cakap boleh follow o tak follow blog dia, tapi aku dah follow.. miahaha.. baek tak aku? kalau cakap tak, aku taknak dah belanja gula-gula... *pernah ke belanja? 

      sekarang aku nak buli 3 orang budak buncit baik ni pulak.. 



      gud lux yaww...~~

      pssttt: laju gile kot aku menaip malam ni.. =p


      *...tata...*


      kiera naa bagi award

      Diya Edhayaa | 6:52 PM | 3Comments |

      yeay! dapat award lagi..mari lompat lompat macam kera dapat bunga.. hehe... mata  ni ngantuk ngantuk sebab tak tido.. gara gara tengok tv berlebihan.. ngeh3.. maklumlah duk umah..tapi tengok award terus tak ngantuk..hee~ apa apa pon kena jawab soalan assignment ni.. hwahwahwa...


      Nickname untuk pemberi award
      -kiera naa.. k.et.. ctiey..-


      Ucapan kepada pemberi award
      -tocey.. kamsamhamnida.. syukran.. thanx you.. terima kasih.. dah! tak tau lagi dah bahase laen..hehe..-


      6 fevret singer
      -err.. kalau lebey ley tak?? haha.. banyak songeh pulak..-
      HUJAN
      ELYANA
      YUNA
      ANA RAFFALI
      TILU
      BLACK
      STACY


      Tag award ni pada :


      okei.. setel sudah.... penerima award sila mai blog saya dan amek ini award...


      *...tata...*


      kenangan itu

      Diya Edhayaa | 9:30 AM | 9Comments |
      hanyalah coretan rasa hati.. andai tidak suka, X terpapar di atas sana..



      sesekali.. kenangan itu.. menjengah kembali hati ini.. kenangan yang tak mungkin aku lupakan sepanjang hidupku ini.. walaupun hanya sementara, tapi ianya cukup membekas di hati ini.. aku pun tak tahu apa yang bersarang di hati dan mindaku kala ini.. kenapa aku masih ingatkan dirimu.. kenapa? kenapa? kenapa?.. 2 3 hari ini, aku tak tau apa yang sedangku rasa.. sedangkan, aku pasti kau takkan merasa apa yang ku rasa.. siapalah aku ini.. hanya menumpang di sudut hatimu satu ketika dulu.. aku buka kembali segala memori yang kau telah tinggalkan.. manik jernih itu mengalir lagi.. selama kita berteman, tawa dan tangis kita kongsi bersama.. dan denganmu, aku boleh bersabar.. aku tak tahu kesabaran itu datangnya dari mana.. 


      aku tahu, kau tak mungkin membaca lagi segala yang kucoretkan di sini.. seperti masa lepas..aku pasti, kau takkan mahu tahu hidup aku.. mati aku.. itu aku pernah lafazkan dulu.. di saat marah yang membuak-buak di jiwa.. benar kata orang, keputusan yang dibuat di kala marah merajai, hanya sia-sia.. aku juga tahu, aku banyak mencabar kesabaranmu.. maafkanlah aku.. siapalah aku, sama seperti manusia lain.. membuat kesilapan.. dan dari kesilapan itulah yang memberi seribu satu pengajaran yang berharga untuk diri sendiri.. aku tak mampu untuk menjadi seperti apa yang kau mahukan.. aku adalah aku..


      segala nukilanmu, masih tersemat dalam simpananku.. segala momen itu juga, tidak aku buang.. dan segala apa yang telah kau hadiahi aku, tidak sekali-kali aku lemparkan.. terpisahnya kita, tanpa kata-kata.. hanya bersaksikan alam maya yang sering kita mencoretkan rasa hati.. mungkin bodoh apa yang dilakukan, tapi itulah kita.. ego menguasai.. dan hari ini, aku juga berterima kasih pada dirimu.. kerana, mungkin tanpa kamu, blog ini pasti tidak akan wujud.. 


      walaupun kau bukan yang pertama, tapi kau adalah yang terbaik pernah aku miliki.. biarlah ku simpan segalanya, kerana yang indah itu tetap hidup dalam kenangan...




      Wednesday, December 15, 2010

      jom kita berkenalan

      Diya Edhayaa | 4:50 PM | 7Comments |

      ehem! first taim nak join  segmen Ben Ashaari ni... jawab soalan jom!
      1. Bila mula buat blog?
      blog ni dah umurnya 3 bulan lebih jugaklah.. kira baru la kan.. buat sejak 29 Ogos 2010.. hehe..


      2. jumlah follower setakat ini?
      setakat ni, sehingga entry ini ditulis, follower baru ada 60.. thanx utk mereka yang dah follow saye.. 


      3. berapa trafik harian?
      sejujurnya, tak pasti.. betul.. tak pandai sangat lagi nak chex trafik trafik ni.. 


      4. sehari berapa entri?
      selalunya, satu atau dua.. tapi kadang kadang tak update juga sebab line broadband tak berapa nak betul..

      5. berikan satu blog best yang korang selalu baca.
      kalau nak bagi lebih boleh tak? hehe.. selalu baca mestilah blog abg Ben sendiri and Cik Epal..


      okei.. siap!

      macam ABPBH je rasa

      Diya Edhayaa | 1:48 PM | 3Comments |
      hot! hangat! cewwwaahhh.. memang hangat la.. tu je boleh aku cakap.. macam nak masuk ABPBH.. hehehe..serius.. sengit giler tengok persaingan blog-blog baru ni bersaing.. tapi, baguslah kan.. bersaing secara sihat... sama-sama nak naik.. bagus gak creator ni buat kategori ni.. dapat jugaklah kami ni berkenalan dengan yang lain kan.. hehe.. tadi, bukak lappy.. tengok lagi.. kedudukan hari ni..



      haa.. itu kedudukan saya.. belum tengok yang atas-atas.. perggghhh!!! memang dahsyat la.. tapi, biarkan readers atau followers yang tentukan.. mereka suka, mereka vote.. tiada paksaan.. tapi kalau suka blog ini, silalah vote.. hehe... 2 days left.. cepat-cepat... :)


      *...tata...*



      Tuesday, December 14, 2010

      saya juga suka shawl

      Diya Edhayaa | 4:50 PM | 8Comments |
      haruslah suka kan.. sebab dah ada shawl idaman.. sebelum ni macam tak berkeyakinan je nak beli atau pakai shawl ni.. biasa lah, kalau benda yang aku tak minat nak pakai, aku tak beli.. hehe.. ye la, wat benda nak beli kalau tak pakai kan.. sebelum ni, dah penah beli tudung macam ekin pakai tuh.. pakai setakat sekali dua je, bek tak payah.. tapi sebenarnya, tudung macam tuh ada fungsi gak untuk aku.. hahaha.. apakah??? senang la kalau tak de air kat hostel.. sarung je, dah siap.. gerak, pegi mandi kat mane mane tempat yang ada air.. takkan nak sarung shawl pulak.. haish! ape hal pulak minah ni.. pakai cantik cantik.. bawak baldi, cebok,  berus gigi, tuala segala.. hihi.. so, untuk memudahkan aku, beli la satu warna hitam.. taim kemalasan baru guna.. tuh bagi aku la.. walaupun aku tengok orang pakai cantik.. tapi aku bawak pi cari air.. XD

      etceli, tadi aku teman mak aku dengan urusan dia.. lepas setel urusan dia, aku pun jejak lah kaki kat Pizza Hut.. maklumlah, 1st taim nak g pizza tempat sendiri.. selalunya makan tempat orang je.. Marry Brown pon dah bukak lama.. tak de kesempatan gak nak pegi.. walapon selalu beli beras, sardin, susu, gula kat supermarket yang memang  berdepan je dengan MB tuh.. tapi, kalau p ngan parent, aku gak yang baham sorang sorang.. hehe.. dorang makan setakat cuit cuit camtu je.. (sori takda gamba kat pizza, makan tak hengat dunia.. hee~)

      siap membaham, jenjalan keluar peluh laa.. maklumlah, kat umah ni hari hari aku tanam lemak.. bertapa! makin suburlah kan lemak lemak tu.. then, aku  pn g la kat satu kedai jual jual pakaian ni.. tertarik pulak kan tengok shawl yang macam macam warna.. belek.. belek.. belek lagi.. akhirnya, aku pilih yang ini...

      -bukan untuk dijual-



      the light purple gypsy shawl or selendang anting anting.. hehe..  2 minggu lepas, dah beli yang ini...

      -bukan untuk dijual lagi-

      dan yang ini....

      -bukan untuk dijual lagi lagi-


      tapi kan, seriusly, aku tak tau nama shawl ni.. korang tau tak? kalau tau, bagitaulah aku.. hehehe... aku beli sebab aku suka.. cam smarties je kat ujung die tu.. *amaran: adik adik kecik, sila jangan gigit selendang akak ye.. ni bukan smarties...


      emm.. dats all cerita tentang shawl tudung selendang hape ntah lagi.. aku nak tengok crite Putera Katak ni.. 

      pssttt: kalau suka blog ni, boleh vote di pilihan 6, no 231.. juz klik HERE!

      *...tata...*