Saturday, August 11, 2012

Diari Cikgu Praktikum (Part 2)

Diya Edhayaa | 10:44 PM | 9Comments |
assalamualaikum. salam fasa terakhir ramadan.  :)



hari ni baru ada masa nak update blog. kesian tengok blog dah basi macam martabak diperam lapanbelas hari.  bukan apa, sibuk dengan praktikum.  hari-hari ada kelas.  walaupun 2 waktu je sehari, kecuali hari selasa 3 waktu sebab ada waktu PJ, tapi letihnya lahaii.. balik sekolah je, konfem tido tak sedar diri. huhu. faktor berpuasa jugak mungkin.  kalau partner aku lagilah kesian, hari2 nak kena drive pegi n balik sekolah. apakan daya, partner kau ni takde lesen lagi. haha.


isnin ni dah masuk minggu ke-4 praktikum kat SK Kampong Keledek. okay. okay. aku tau korang mesti gelak punya kan dengar nama sekolah aku ni. eh! aku tak tipu.  sekolah kampung ni.  asal orang tanya aku praktikum mana, aku jawablah betul2. pastu mesti orang sakan duk gelak. hahadoii..~







before ni, roomate aku praktikum sini. so, dah dengarlah cerita tentang sekolah ni. sekolah ni, totally murid Melayu. kali ni aku dapat mengajar BM Tahun 2 lagi. fuhfuh! dogaan. cobaan. haha.  bila masuk tahun 2 ni, problem aku sah2 lah kawalan kelas.  memang haru! haha.  untuk subjek minor pulak, aku kena ngajar PJ Tahun 5. okey, aku suka. ^_____^   dah masuk 3 minggu kat sini, kitorang 6 orang (Kak Imah, Dayah, Rossa, Haziq n Baim) langsaikan salah satu task yang kitorang dapat. ape lagi, buat murallah..! haha.  our big boss - Haziq n Baim. cikgu2 seni kan.. 




haa tengok kitorang punya big boss dua orang tu, sorang gigih pantau 'anak2 buah' warnakan mural sambil buat RPH kat tepi dinding. kau memang gigih, Haziq!  sorang lagi gigih tolong anak buah warnakan mural.  cayalah Baim!  masa ni, Kak Imah sibuk diobserve guru pembimbing, so thanks to Dayah yang tolong snapkan gambar kitorang. hehe. oh ye! aku dah lama tak hidup dengan orang yang namanya Dayah dalam satu kelas. sekali, masa praktikum, dapat partner yang nama Dayah jugak. haha.


bila cikgu-cikgu BM berseni. kehkehkeh~


setakat ni aku dah lepas observe untuk kali pertama dengan kedua-dua lecturer major n minor.  lega dah sikit.  hehe.  selagi lecturer tak datang, aku kusut.  lecturer datang pun aku kusut jugak. hakikatnya, aku memang serabut laa.. hahaha.  bukan apa, lesson plan yang kita tulis tu memanglah tak betul mana jugak.  tapi pelaksanaan tu yang aku lemah. PJ mungkin tak bermasalah sikit untuk kawalan kelas *yang kat dalam kelaslah setakat ni, kat padang tak tau lagi. haha! , tapi kalau BM tu.. ya Allah.. kena sabar banyak2..  budak sedang membesar kan.  


tinggal seminggu lagi nak raya, punyalah tak sabar. nasib baik sekolah ambil cuti 17hb ni untuk cuti raya. aummm! sedapnye balik rumah. ehehehe. dah, aku nak continue tulis lesson plan untuk next week pulak. hape menda aku nak ajar ek.. bui bui~ :D





9 3 orang hijau bagi komen:

Onitsuka_hana said...[Nak Reply!]

hana tahun ni habis.:)sekarang dalam prose penyiapkan kajian tindkan. tension.

cayok2. panjang lagi perjalanan diya. jgn putus asa

ahsfantasy24 said...[Nak Reply!]

nama sekolah awak sangat enak..
hehehhe selamat berpuasa :D

Jangan diulang kecewa, kelak engkau terusan merana.

cikgu ganu said...[Nak Reply!]

ubi keledek same x dgn fav vanilla ? haha

nak jimatkan minyak kereta x ? cuba ni

ahsfantasy24 said...[Nak Reply!]

untunglahh..
dpat bonus 2 hari cuti :(

Terbaru:
Jangan diulang kecewa, kelak engkau terusan merana.Acai Berry ABC Murah

Anonymous said...[Nak Reply!]

Ini lah sekolah First Posting 1990-1994, itu semua bangunan baru,semua jadi kenangan. Pasal nama memangle.Itu sebab ada pantun keledek bukan sebarang keledek, boleh tumbuh atas batu, lembik bukan sebarang lembik, selalu dapat nombor satu

Diya Edhayaa said...[Nak Reply!]

@Anonymous

cantik pntun tu. bru tahu hari ni..

Diya Edhayaa said...[Nak Reply!]

@Onitsuka_hana

tkutnye nk buat AR tahun depan..

Diya Edhayaa said...[Nak Reply!]

@ahsfantasy24

kalau enak, ambillah makan. hehe

Diya Edhayaa said...[Nak Reply!]

@cikgu ganu

lain. fav vanilla ikang guringg.. haha