Monday, October 24, 2011

dengki | perlu ke?

Diya Edhayaa | 5:02 PM | 9Comments |
sikap manusia, bukan sikap makhluk asing mahupun haiwan peliharaan.  ye, manusia.  aku seorang manusia.  kau pun manusia.  mereka pun manusia.  dan aku pasti yang membaca sekarang ni pun manusia. 




sifat dengki.  kadang-kadang tak faham kenapa adanya manusia yang terlalu mendengki.  means kat sini, bila orang takde, kau keji.  bila orang ada, kau dengki.  


lebih kurang macam bila kau tengok rumah orang tu baru renovate.  baru siap.  wah! cantik.  kau pun sibuk nak dengki kat orang tu.  kata macam-macam.  tapi kau pernah ke cuba berusaha untuk memperoleh sesuatu yang macam tu jugak..? sekurang-kurangnya, kau bergerak maju setapak ke hadapan.


kau tengok orang tu beli kereta baru.  pergh! myvi lagi best kaler purple.  memang cantik.  terasa nak naik dalam tu jugak.  tak dapat pandu, cukuplah jadi penumpang.  tapi apa kau buat? kau calarkan kereta dia.  kau lempar batu sampai pecah cermin kereta.



kau tengok orang dapat keputusan peperiksaan yang cemerlang.  kau pun nak cemerlang.  tapi pernah ke kau berusaha untuk jadi macam dia..?  lebih teruk bila kau kata, kau tak perlu pun jadi macam dia.  boleh jugak hidup.  tak dinafikan, rezeki Allah itu luas.  ada di mana-mana.  tapi janganlah mengata atas usaha yang orang lain lakukan.


bagi aku, dengki ni sedikit sebanyak memang ada dalam diri manusia.  tapi bergantung atas individu tu sama ada nak jadikan sifat dengki tu sebahagian dari dia atau tidak.  lebih baik jadikan kedengkian itu sebagai satu cabaran.  ye, cabaran.  cabaran untuk terus berusaha mendapatkan apa yang diingini.  walau lambat sekalipun, kalau tetap berada di takuk yang sama, sampai bila pun takkan bergerak.




# bila melihat tangga, usah sekadar melihat tangga tersebut.  tapi berusahalah untuk sampai ke puncak tangga itu.


9 3 orang hijau bagi komen:

SnowQueen said...[Nak Reply!]

sy x dengki tp jeleshhh laa awk ni hawtt setuff ..... ha3 ...

Diya Edhayaa said...[Nak Reply!]

hawt setuff ko la.. cm donut basi ade laa..

Onitsuka_hana said...[Nak Reply!]

mmg da perasaan dengki, dalam hati mengomel macam2 tapi xla sampai luahkan..diam2 ja.hehe

Diya Edhayaa said...[Nak Reply!]

yea. kita manusia biasa, xkn terlepas dr sifat cmtu. tp dr duk mengata x tentu hala tnpa usul periksa, baik duk diam je..

Rozuan Ismail said...[Nak Reply!]

ikut keadaan.kadang2 dengki tu perlu untuk memotivasikan diri

Diya Edhayaa said...[Nak Reply!]

betul tu wan...

♥ cik kieranaa ♥ said...[Nak Reply!]

sy jelesh sbb awk pramai peminat. wuwuwuwu...sy xde ponnn. hehe

Diya Edhayaa said...[Nak Reply!]

peminat la sgt.. tah sape2 tah..

hamzah ian said...[Nak Reply!]

kadang2 tak sedar kita sedang dengki kat orang.. huhu