Thursday, August 4, 2011

jiwa kacau, jangan kacau

Diya Edhayaa | 11:48 PM | 2Comments |


aku lost.  aku hanyut dalam dunia ciptaan aku sendiri.  dunia yang menyakitkan diri sendiri.  dunia yang menyusahkan diri sendiri.  entah kenapa, malam ni aku rasa lain.  tak macam malam-malam sebelum ni.  susahnya bila jadi macam ni.



sebetulnya, aku sendiri tak faham apa yang bersarang dalam lubuk hati aku ni. *keluar dah ayat puitis aku  aku dah cuba. DAH CUBA. tapi aku masih kalah.  tak mampu.  ingin sekali aku lari jauh dari situasi ini.  ingin sekali aku bersembunyi dari situasi yang berkecamuk ini.  


perasaan malam ini, ditemani bait-bait indah lirik yang menyentuh jiwa.  mengusik hati.  sehinggakan aku terfikir, sampai bila aku harus begini.  membiarkan diri terus diselubungi rasa yang tak menentu.  aku hilang lagi.  melayang terbang.



::... Talking to the moon.  Tryin' to get to you. 
 In hopes you’re on the other side talking to me too.
Oh, am I a fool who sits alone talking to the moon ...::


Tuesday, August 2, 2011

Kelebihan Bulan Ramadhan

Diya Edhayaa | 2:00 PM | 6Comments |
bulan Ramadhan ialah bulan yang mempunyai banyak kelebihan.  datangnya selepas 2 bulan yang tidak kurang juga istimewanya, Rejab dan Syaaban.  dalam bulan yang penuh keberkatan ni lah selalunya kita akan melipat gandakan lagi amalan.  kat sini, diya nak share beberapa kelebihan bulan Ramadhan.



1. pintu-pintu syurga dibuka

2. malamnya lebih baik daripada 1000 bulan

3. amalan sunat sama dengan solat fardhu

4. manakala solat fardhu sama dengan 70 kali ganda

5. bulan kesabaran dan pahalanya adalah syurga

6. bulan menambah rezeki

7. bulan keampunan iaitu doa yang paling makbul ialah doa sebelum berbuka puasa dan doa pada sepertiga malam

8. 3 fasa bulan ramadhan - 10 hari pertama ialah mulanya rahmat, 10 hari pertengahan adalah pengampunan dan 10 hari terakhir adalah kemerdekaan api neraka.



dan diya rasa bukan ni sahaja kelebihannya.  banyak lagi.  kat bawah ni pun ada sepotong hadis untuk kita hayati.


Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: "Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu".



# hari ni ada kelas sampai 4.30 petang lagi.