Sunday, April 28, 2013

perempuan dan cantik

Diya Edhayaa | 8:19 PM | 0Comments |
2 perkataan yang sangat sinonim. aku yakin semua perempuan memang suka akan kecantikan. perempuan mana yang tak suka nampak cantik.. haaa.. kalau dah namanya perempuan ni, semua benda yang berkaitan dengan "cantik", semua nak.  baju cantik, nak.. kasut cantik, nak.. tudung cantik, nak.. kulit cantik, nak.. opsss! KULIT CANTIK. saja taip guna capslock. hekhek.



puan emak aku ibarat kaunselor kecantikan aku. phuiii~ ayat nak gempak aje. haha. takdelah. puan emak aku perasan yang muka aku sangatlah teruk sekarang ni.  jerawat naik toksah cerita la. cendawan tumbuh selepas hujan pun tak mampu menandingi jerawat yang ada kat muka aku ni. kehkeh.  dah macam2 cara aku buat. pakai itu, pakai ini.. tahan sekejap. lepas tu naik semula.  penat woi.


bila muka dah berjerawat ni, tahap keyakinan nak berhadapan dengan orang ramai memang sedikit.. eh! sedikit ke..? haha.. agak kurang laa. yelah, bila orang bercakap dengan kita, mesti pandang muka.  dan2 tu lah diri sendiri akan rasa, "alamak, malunya jerawat banyak seyhhh.." okey, berbalik kepada cerita puan emak aku.  satu hari yakni minggu lepas, dia duk bersembang dengan jiran aku.  tanya pakai apa kulit nampak bersih, takde jerawat bagai. yelah, anaknya macam ..... ikutlah ape2 pun. hehe.


pastu kakak tu cakap dia dah 2 bulan pakai produk ni.  memang jerawat susah nak naik la.  mak aku pun apa lagi, balik tu dah jadi macam promoter suh aku pakai jugak. haha.  see, betapa risaunya seorang emak tengok kulit muka anak bermasalah. pikir punya pikir, aku kira on laa.. so,...... inilah jawapannya...

=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=



manfaat Aura White ni banyak jugaklah manfaatnya.  dalam 20 kelebihan laa. yang paling penting, ATASI MASALAH JERAWAT dan jeragat. hehe.  nak info lebih, boleh jenguk2 page Aura White Gluta Collagen Malaysia.  aku beli Aura White ni pun siap dapat free gift lagi. shaker dan mask. hehe


dan satu lagi produk yang aku baru try.. BARU TRY.. dan harapnya berkesan - Lunas Herbal Soap.  yang ni untuk MASALAH JERAWAT dan resdung.  untuk lebih berkesan, boleh laa gunakan dengan bedak dia sekali.  




amekaw.. semua nak pakai.. demi kulit.. hehe.. semangat tetiba aku ni entah kenapa.  mungkin sebab faktor usia kot.  suka sangat sebut faktor usia. haha.  aku harap 2'2 produk yang aku try ni berkesan laa.  letih woii nak mencuba produk2 yang sesuai dengan diri sendiri.  











Thursday, February 14, 2013

sudah jadi Puan :)

Diya Edhayaa | 11:08 AM | 10Comments |
assalamualaikum.


 fuhhh.. fuhhh.. berdebu blog aku. sebulan sekali baru update, memang berdebulah kan.  biasalah, hari sekolah mana ada nak layan menda alah camni, layan pon twitter, pesbuk je. penat, balik umah, tido. itu memang rutin harian sepanjang praktikal. malam2 berjaga macam owl. hehe.  memandangkan sekolah aku amek cuti seminggu, maka hari ni aku luangkan sedikit masa nak update cerita-cerita tak bermanfaat aku ni. hoho. 


jumaat minggu lepas, dalam pukul 2 cenggitu, gerak pegi ganu. na na na na ganu kiteee! pegi sebab nak hadirkan diri ke penyatuan dua hati satu jiwa salah seorang cousemate aku. maksudnya, coursemate aku nak kawennnnn!!! aaaaa.. nak kawen jugak. haha. *guraugurau*



suka orensss?? wahaha. kuanghasam punye puan-to-be.




sampai sana pun dah petang dekat pukul 7. tapi aku memang tabik spring laa dengan member aku si miss Q yang memang kaki speed tapi cekap.  ah! bebudak pempuan kelas aku yang dah ada lesen memang semua hebat-hebat, aku je yang terkial-kial lagi, reverse pun sasau. kalau tak, takkan first time drive lepas dapat lesen, mati depan kedai makan cina. dahlah ramai orang. malu i. >.<  


okey, sambung balik cerita tadi, lepas maghrib terus pegi rumah si Dyla yang nak kawen ni.  apa lagi menyibuklah dalam bilik pengantin. bajet nak jadi pengantin jugak. muahaha. alaaaahhh.. macam tak biasa pulak kalo member2 nak kawen, buat semak dalam bilik dorang sibuk nak pakai veil, pegang hand bouquet. kikiki :p  photog nak amek gambar pn aku rasa dorang rimas. haha


make-up taimmmm.



selamat menjadi suami isteri. alhamdulillah. :)


Cik Norshawaldila -----> PUAN Norshawaldila.

antara jejaka kelas yang datang. hoho.

kahwin itu best. eh?! 


barakallahulakuma untuk abang Fahdli dan Dyla. semoga mahligai cinta yang dibina bahagia hingga ke syurga. tahun depan PISMP BM nak anak sedara. huahuahua.  dalam masa yang sama, ada seorang lagi kawan satu batch yang melangsungkan perkahwinan di Terengganu juga. tapi sempat jumpa pengantin di pantai je, sebab dah gerak lewat.  jumpa dorang masa photoshoot di Pantai Teluk Ketapang.  btw, SELAMAT PENGANTIN BARU juga untuk Zihan dan Nazaruddin. :)






[ Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bahawa baginda Rasulullah saw telah bersabda:   “Jika datang kepada kamu seorang lelaki yang engkau redhai agamanya dan akhlaknya untuk meminang perempuan kamu, maka nikahkanlah dia. Jika tidak kamu lakukan demikian, maka akan timbullah fitnah dan kerosakan”.(hadith hasan riwayat Tirmidzi no 1084)