Thursday, February 9, 2012

'barang panas' bebudak hostel

Diya Edhayaa | 3:10 PM | 7Comments |
assalamualaikum lovezz!

hari ni takde kelas. suka. balik awal tadi, pukul 12.15 dah terpacak dalam bilik. nak tido, dah puas tido pagi tadi.  buka laptop, online, update blog.  tiba-tiba teringat zaman duduk hostel dulu. dari form 1 sampai form 5, menjadi penghuni asrama.  bagai ridsect - tak beri peluang! (tinggal di rumah). 


maka, bertapalah aku tinggal di hostel selama 5 tahun persekolahan dan ditambah lagi dengan 4 tahun di kampus ini.  9 tahun belajar berjauhan dengan keluarga.  okey, bukan itu tajuk utama. nak cerita 'barang panas' bebudak hostel.


-google-

satu hari tu, masa nak tunggu orang fogging kat asrama, bersembang plus melepak depan pagar hostel.  kang duduk dalam bilik, berbuih pulak mulut. oh tidak! keluarlah cerita pasal selipar yang kebetulan seorang kawan pun sedang pakai selipar osaki ni. ehehe.  dan aku teringat zaman mula masuk hostel.  aku pakai selipar osaki ini ye.  dah la bersaiz besar. kelepuk-kelepak-kelepuk-kelepak bunyinya.  ;')  masa tu, parent yang belikan.  aku tak kenal lagi la barang benda yang comel kiut miut ni. apa orang bagi, sarung je. lagi satu, selipar femes masa tu selipar yang berbiji-biji.  bila jalan, kena air, bunyi sret-sret. 



-google-

ni lagi satu benda.  nila ujala.  baju sekolah kan warna putih.  lama-lama , baju tu akan jadi sedikit kuning. untuk menyembunyikan warna yang dah tak berapa nak lawa tu, nila ujalalah penyelamatnya.  kalau tak kuning pun, putih bersih, nak juga celup dalam nila.  nampak cantik je pergi sekolah baju biru-biru.  paling best kalau buat sebaldi air nila, celup baju ramai-ramai.  sedondon tau.  nak-nak lagi kalau satu geng. haha.  tapi yang parahnya bila taim hujan.  tak pasal-pasal baju sekolah ada corak bubbles. = ="




-google-

tengok rupa pun dah tau kalau aku tak cakap kan. hehe.  mi segera.  sampai sekarang pun, benda ni memang jadi teman baik loker.  kalau taim nak exam, insaf sekejap.  sentuh tak sentuh je benda ni.  sebut la jenama apa pun - maggi, pama, mamee, ruski etc, semua nak rasa.  kalau takde, pegi bilik member, bawak seringgit, " Yam, ko ada megi apa? nak beli sebungkus. "  tak pun main tukar-tukar bila beli lain-lain jenis. 




duit syiling berkilo-kilo! hahaha.  nak guna untuk tepon mak ayah.  sekali telefon bukan bergayut sekejap, lama. macam-macam benda nak cerita.  tapi kadangkala tepon pun sebab nak lepas rindu walaupun sekolah  7km je dari rumah. hahaha!  kalau nak senang, beli je kad i-Talk atau kad fon.  tahan lama sikit.  tak payah bawak duit syiling berat-berat.


life kat hostel best juga sebenarnya.  walaupun aku bukanlah nak sangat duduk hostel masa mula-mula dulu.  bila dah masuk form 2, dah besar sikit, dah boleh sesuaikan diri dengan rules, kawan-kawan dan segalanya.  rindu zaman hostel sekolah, duduk satu dorm berbelas-belas orang, kadang-kadang mencecah 20 orang!


#  teringin tengok adik-adik junior kat TAHAP sekarang.







7 3 orang hijau bagi komen:

ahsfantasy24 said...[Nak Reply!]

yang ujala tu kelakar,
dulu masa kawan jemur baju, sengaja sabotaj baju dorang, kasu nila tu bertompo2 or berbelang2.. hi3

Diya Edhayaa said...[Nak Reply!]

@ahsfantasy24

jaat nye kak ayu! haha

♥ Cik Zack's ♥ said...[Nak Reply!]

ko mmbuatkan aku tersangat merinduiiiii tahap weyyyy. wuwuwuwu :(

Diya Edhayaa said...[Nak Reply!]

@♥ Cik Zack's ♥

bile lg nk menjejak ke sana ea..? huhu..

hamzah ian said...[Nak Reply!]

rindu pula aku kat skolah lama.. huhu

Diya Edhayaa said...[Nak Reply!]

@hamzah ian

nt wt reunion.

amal said...[Nak Reply!]

suke suke suke!! imbau kngn kt tahap:)..