Sunday, February 12, 2012

bukan mulut tempayan

Diya Edhayaa | 2:24 PM | 4Comments |
assalamualaikum.  selamat hari ahad.

berhujung minggu di hostel bukanlah perkara pelik bagi aku yang rumah jaraknya hanya 65km dari kampus ni.  kadang-kadang best juga bila hujung minggu kat sini. sunyi sepi. masing-masing mencari haluan sendiri.  kebebasan.


gara-gara geng makan pun tinggal 3 orang je, makan luarlah jawabnya. haih! gemuk. gemuk.  dah la memang sedia macam tong dram.  tapi masih bersyukur bila masih ada rezeki untuk mengisi perut berbanding orang yang kebuluran.  syukur pada-Mu ya Allah.


tadi aku terfikir akan satu simpulan bahasa - mulut tempayan.  definisi : tidak boleh menyimpan rahsia.  tapi bukanlah pasal rahsia.  selalunya orang kata " mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia bagaimana nak tutup?" berkenaan mulut manusia sebenarnya.  walaupun kita dah penat menyatakan - tidak/tak, tapi orang takkan berhenti bercakap.  susah.  sampai bila-bila pun orang akan tetap bercakap bila dah tahu sesuatu tu.


1 tahun?

3 tahun?

5 tahun?

10 tahun?

hingga akhir hayat?


entah.  tak ada kepastian.  yang pasti, akan terus berkata selagi hayat dikandung badan.  takpe lah, take it as gurauan.  kalau nak bergurau pun tak boleh, baik pergi duduk dalam gua.  kawan dengan kelawar.  dan perlu ingat, bergurau pun jangan terlampau.  takut lama-lama nanti, lain jadinya.


# entry tak bergambar hari ni. rasa janggal. line broadband macam siput. hurrmm.. dah 2 minggu sering sakit kepala. kenapa ya?






4 3 orang hijau bagi komen:

♥ Cik Zack's ♥ said...[Nak Reply!]

hurm mulut org. ltk cili bru tau. huhuhu

Diya Edhayaa said...[Nak Reply!]

ak nk ltak garam kunyit skali.. hehe

Paeenbubu said...[Nak Reply!]

hehe.. lame paeen tak mengomen kat cni :)

Youhazreenda said...[Nak Reply!]

persetankan mereka yang tak reti2 nak tutup mulut tu. kita buat hal kita sudah. huhu.