Wednesday, November 7, 2012

main masak-masak

Diya Edhayaa | 11:04 PM | 8Comments |
assalamualaikum.



aku dah ada kat rumah sekarang.  seronok.  tapi tak seronok jugak bila berjauhan dengan kawan-kawan.  maybe hidup selama 9 tahun (5 + 4) kat asrama membuatkan aku rasa macam tu.  iyelah, bila jadi anak sulung + tengah + bongsu ni, confirmlah sorang-sorang je kat rumah.  nak sembang pun dengan mak je. huhu.



tapi kalau ada kawan-kawan, sembang tu jadi lain sikit dan perangai sengals akan lebih terserlah.  so, first impression orang pada aku yang kata aku ni ayu dan pendiam tidak sesuai sama sekali. hahaha. :D



masa musim exam hari tu, aku sempat lagi main masak-masak dengan roommate.  sebelum cuti study week hari tu, kitorang dah planning nak masak lepas maghrib sebelum study.  bila study masa perut kosong, memang takkan masuk.  kenyang sangat pun tak boleh jugak.  cukup-cukup sudah. hehe.



memandangkan paper semester ni ada 3 je dan gap antara setiap paper tu 2,3 hari, adalah masa untuk main masak-masak.  nak turun pegi cafe, malas nak bersiap bagai.  makan kat bilik senang. untuk seminggu tu, kitorang sempat la ber......



roti plus mushroom soup (isnin)







sandwich (selasa)








maggi kari plus telur (rabu)

rompak gambar dari FB cik rumate. hehe :p




makan kat luar(khamis) - suri rumah juga perlukan rehat daripada memasak. heuheu :p







bubur nasi plus ayam goreng (jumaat)







dan.......










spagheti!


preparing...


macam rupa rojak pun ada.. haha



ni kira menu last la ni.  tetiba rasa nak makan.  hehe.  nampak banyak sebab bukan makan berdua, tapi dengan beberapa orang lagi member.  dengan berakhirnya menu tersebut, maka kami telah menikmati hidangan makan malam dengan biskut marie cicah air milo di malam hari sebelum menjawab exam last payyypeeerrr esoknya.. T_T



sambung main masak-masak dengan rumate next semester pulak laa.  kan nak duduk rumah sewa untuk 3 bulan.  3 bulan ye bukan 3 hari. hehe.  







Monday, November 5, 2012

berita baik untuk anda

Diya Edhayaa | 2:17 PM | 0Comments |
assalamualaikum.  



sebenarnya aku ada berita baik untuk korang semua.  betul. memang baik. baik untuk aku lah dengan semua cikgu2 pelatih semester 6. hehe. aku dah habis exam hari ni.  punyalah bahagia rasa.  tapi dalam dewan tadi aku rasa nak menitis air mata jawab exam tu.  serius. aku tak tipu.



2 paper sebelum ni aku rasa okey lagi.  macam boleh jawab lagi. yang last ni aku tak tahulah kenapa. mungkin sebab banyak buat kegiatan2 mengarut - main masak-masak, kacau orang, main kucing. heuheu.  padahal paper last ni paper major.  aduyaiii.  tawakal je lah mampu kan.



sepatutnya aku dah boleh balik hari ni, tapi aku saja tak nak balik awal.  aku memang suka duduk sini.  suka sangat.  boleh ajar adik2 junior macam mana nak jawab paper untuk hari Rabu ni. kekeke.  ajarlah sangat.  tak pun aku boleh tolong orang kemas bilik, sebab aku dah siap kemas bilik masa study week hari tu. hiks! :p ada sapa2 nak mintak tolong aku..? hehe



kalau tengok cuti sem kali ni memang lama, hampir 2 bulan.  amenda aku nak buat eh? ada cadangan?  kalau ada, bagitau je aku.  kot2 la boleh mengisi masa lapang kan.  tapi ada satu benda yang setiap kali cuti sem aku nak buat tapi tak pernah buat *aku memang suka guna ciri-ciri bahasa Melayu klasik .  aku nak tulis novel. muahahaha. semuanya angan-angan yang macaaaammmm takkkk je.. hahaha.  dah la, merapu je banyak aku ni.  aku nak tido pulak. gudnite eberibadi! *anggap je macam aku tulis ni waktu malam padahal matahari menyinar. kekekeke :p