Monday, November 5, 2012

berita baik untuk anda

Diya Edhayaa | 2:17 PM | 0Comments |
assalamualaikum.  



sebenarnya aku ada berita baik untuk korang semua.  betul. memang baik. baik untuk aku lah dengan semua cikgu2 pelatih semester 6. hehe. aku dah habis exam hari ni.  punyalah bahagia rasa.  tapi dalam dewan tadi aku rasa nak menitis air mata jawab exam tu.  serius. aku tak tipu.



2 paper sebelum ni aku rasa okey lagi.  macam boleh jawab lagi. yang last ni aku tak tahulah kenapa. mungkin sebab banyak buat kegiatan2 mengarut - main masak-masak, kacau orang, main kucing. heuheu.  padahal paper last ni paper major.  aduyaiii.  tawakal je lah mampu kan.



sepatutnya aku dah boleh balik hari ni, tapi aku saja tak nak balik awal.  aku memang suka duduk sini.  suka sangat.  boleh ajar adik2 junior macam mana nak jawab paper untuk hari Rabu ni. kekeke.  ajarlah sangat.  tak pun aku boleh tolong orang kemas bilik, sebab aku dah siap kemas bilik masa study week hari tu. hiks! :p ada sapa2 nak mintak tolong aku..? hehe



kalau tengok cuti sem kali ni memang lama, hampir 2 bulan.  amenda aku nak buat eh? ada cadangan?  kalau ada, bagitau je aku.  kot2 la boleh mengisi masa lapang kan.  tapi ada satu benda yang setiap kali cuti sem aku nak buat tapi tak pernah buat *aku memang suka guna ciri-ciri bahasa Melayu klasik .  aku nak tulis novel. muahahaha. semuanya angan-angan yang macaaaammmm takkkk je.. hahaha.  dah la, merapu je banyak aku ni.  aku nak tido pulak. gudnite eberibadi! *anggap je macam aku tulis ni waktu malam padahal matahari menyinar. kekekeke :p










0 3 orang hijau bagi komen: