Thursday, June 30, 2011

monolog empat hari

Diya Edhayaa | 10:43 PM | 0Comments |
ye. memang mood aku agak tak tentu arah sikit sejak akhir-akhir ni.  entah hilang ke mana.  nak-nak lagi, 4 hari ni.  memang kepala aku ni...aku sendiri tak tahu nak explain macam mana.   



ISNIN - diri ini menanti kehadiran kamu di sini.  sangat menanti.  bagai mahu menunggu kamu di pintu gerbang itu.  bagai mahu mengucapkan, "SELAMAT DATANG KEMBALI". bagai mahu memberitahu satu dunia yang aku sangat menanti kewujudan kamu di depan mataku ini.  ku gagahkan diri ini untuk bertanyakan dirimu.. "di mana, bila akan sampai, tinggal di mana.."  hinggakan aku seperti bertanyakan benda yang sama.  kerana aku tak mahu melepaskan setiap saat pun.


SELASA - aku berharap lagi. harapan yang tak sudah-sudah.   biarpun peluang untukku bersua denganmu, mungkin tidak pernah sekali pun wujud dalam atur cara hidupmu.  namun, tidak aku bersua lagi.  ya, semuanya takkan jadi nyata.  aku semakin pasti.  biarlah.




RABU - hati pasrah.  mungkin takkan ku dapat lihat untuk kali terakhir.  sekali lagi, hati ini berkata, biarlah.  biarkan.  ku lalui hari ini seperti biasa.  kadang kala, aku terfikir sesuatu.  sesuatu yang mungkin dapat menenangkan hati ini pada zahirnya.  tapi, aku masih belum kuat.  belum kuat untuk tidak bertegur sapa denganmu.  


KHAMIS - detik terakhir kamu di sini.  aku semakin pasti yang aku takkan dapat melihat kamu untuk terakhir kali.  namun, segalanya berubah.  aku terkelu.  membisu.  diam tanpa kata.  ku tahan kan hati ini.  berkata "kau tak payah nak eksaited sangatlah..  dia tak sedar pun kewujudan kau kat depan mata dia tuh".  oh! akhirnya.. di depan mataku.  biarpun tanpa sepatah kata, tapi cukup bagiku.  aku bersyukur padaMu, ya Allah.  :')  



#  biarpun seminit cuma, namun memberikan sejuta kegembiraan.  

# kau kawan yang memberikan pelangi selepas hujan kepada aku. 




Tuesday, June 28, 2011

sindrom apakah ini??

Diya Edhayaa | 10:28 PM | 0Comments |
krooohh.. kroooh.. krooohhh... hoi! bangkitlah... *gosok-gosok mata* hyep korang semua! ari tuh rajin sangat update blog.  macam macam benda nak tulis rasanya.  tapi minggu ni, entah ke mana mood nak blogging.  memang mood blogging ni ada turun naiknya ek.  mungkin.



awal semester ni macam tak banyak sangat benda nak buat kan.  pagi tadi ada ceramah SKMM.  esok pulak ada sambutan Hari Guru.  sebab masa Hari Guru yang sebenar, kami dah start exam.  tangguh dululah.  eh! apesal macam lari tajuk pulak ni.  oke. nak citer yang sekarang ni ada satu sindrom.  


sindrom apakah? takpe. takpe. aku tanya, aku jawab.  haha. sindrom malas nak update blog.  sebok nak baca novel.  sebok nak texting.  padahal texting member-member je. sebok nak tido. haish! kuat bebenor tido nye.  


dan yang paling penting, hujung minggu ni nak kawen.  eh! nak pegi my sis kawen.  aku lambat lagi nak kawen.  entry lepas ada aku notes pasal "minggu depan".  maknanya minggu ni la kan.  tapi entah tetiba kenapa dan mengapa, aku rasa macam takde perasaan pulak.  entah.  lost pulak rasa.



# dekat di mata, tapi masih belum terlihat.