Friday, July 20, 2012

meatball IKEA memang ohsem!

Diya Edhayaa | 1:24 AM | 8Comments |
alkisahnya, weekend baru ni aku bercadang untuk menghabiskan waktu di hostel je. malaslah nak balik sebab aku baru je balik dari rumah hari rabu tu. maklumlah dapat MC 3 hari.  lepas tu, masa hari khamis, cik Kierana ni buat ayat sedih.  aku agak dah. semacam je nak menggoda aku.  haha.  



rupanya dia ajak aku pegi KL ngan Mien and Cieda.  aku pun laju je jawab 'haa jom lah!'.  haha.  tak sedar diri baru baik sakit.  aku bukan apa, nak shoping barang untuk lapy aku ni.  lapy yang berusia 4 tahun dah.  alhamdulillah masih sihat. 



kitorang aim nak pegi Low Yat dengan Ikea je.  kalau dan, pegi jelah mana2.  kiranya memang pegi kali ni tak shopping apa pun.  duduk dalam Low Yat pun dekat 5 jam.  lepas tu terus gerak pegi Ikea.  takut tak sempat balik, sebab masa masuk hostel sebelum 11 malam.  huhu.  dah masuk Ikea tuh, macam takde perasaan je mula-mula.  maybe sebab tak berapa ada keinginan lagi untuk decoration rumah ni.  dah lama sikit dalam tu, mulalah teruja tengok.  hahaha.


then, dah jelajah seluruh pelosok dalam tu, kitorang dengan perut naganya mencari makan dan aim utama mestilah meatball.  haha.  dah selalu tengok bloggers post kata meatball Ikea memang sedap.  masa tu kitorang makan spageti, meatball dengan chicken wing je.  tu pun jenuh nak menghabiskan.  tapi meatball Ikea memang ohsem la. nyamnyam. kecur pulak air liur tengok gambar-gambar ni.









aku rasa kalau tempat ni dekat dengan kampus aku ataupun rumah aku, maunya aku pegi banyak kali.  pastu aku gemok dan besor 8 kali lagi dari sekarang .  pastu kertas-kertas bernilai yang ada dalam purse semakin menipis.  hahaha.  apa-apa pun hari sabtu ni umat Islam dah mula berpuasa.  selamat berpuasa kepada semua.  semoga Ramadhan kali ini  lebih baik daripada sebelumnya.  jangan gatal-gatal pulak makan minum buat perkara yang membatalkan puasa.  orang tak nampak, tapi Allah nampak.  salam ramadhan! :)


# 3 Ramadhan bermula lagi kitaran hidup sebagai guru pelatih.  harus bersemangat!


Tuesday, July 17, 2012

dari gadis untuk awak

Diya Edhayaa | 6:08 PM | 4Comments |
# saya = gadis, # awak = jejaka





awak tahu tak.......


hati gadis selalunya lembut umpama baldu  dan boleh jadi berhati tisu ataupun ibarat sekeping kertas.  mudah bercerai jasadnya.  tidak mustahil juga mungkin seperti sekeping kaca.  sekali berderai, masih boleh dicantum, namun kesan retaknya masih kelihatan.



kadang-kadang hati gadis juga boleh jadi seperti konkrit.  tegar untuk tidak mudah menerima.  bukan kerana apa, mungkin sejarah silam kuat menjadikannya begitu.  akibat daripada sejarah itu, mungkin gadis tak boleh untuk sewenang-wenangnya menerima kehadiran seseorang dalam hidupnya.



katanya juga gadis seorang yang memilih.  mungkin benar, mungkin tidak.  atas individu sebenarnya.  tapi jika yang memilih, mungkin dia punya sebab yang menjadikan dirinya sebegitu.  mungkin si gadis tidak mahu terlalu terbuai dalam kemanisan bicara yang seseorang itu.  


untuk awak....

tolonglah jangan permainkan perasaan gadis jika tidak berniat mahu menjadikannya isteri.  keperitan seorang gadis pada masa lampau mungkin menyebabkan keadaannya hari ini.  jadi, andainya awak bergurau, jangan bergurau perkara yang serius, melibatkan masa depan.  gadis susah untuk menerima, tapi kadangkala gadis akan terfikir juga.  



bukan bersangka buruk pada peribadi awak, tapi gadis takut untuk menerima kenyataan seperti sejarah lampau.  sejarah lampau yang telah meragut separuh daripada kebahagiaan diri.  cukup untuk membuatkan hidupnya tak tentu arah buat seketika.  



Everybody, everybody wants to love.. Everybody, everybody wants to be loved.. [Everybody_Ingrid Michaelson]