Tuesday, July 17, 2012

dari gadis untuk awak

Diya Edhayaa | 6:08 PM | 4Comments |
# saya = gadis, # awak = jejaka





awak tahu tak.......


hati gadis selalunya lembut umpama baldu  dan boleh jadi berhati tisu ataupun ibarat sekeping kertas.  mudah bercerai jasadnya.  tidak mustahil juga mungkin seperti sekeping kaca.  sekali berderai, masih boleh dicantum, namun kesan retaknya masih kelihatan.



kadang-kadang hati gadis juga boleh jadi seperti konkrit.  tegar untuk tidak mudah menerima.  bukan kerana apa, mungkin sejarah silam kuat menjadikannya begitu.  akibat daripada sejarah itu, mungkin gadis tak boleh untuk sewenang-wenangnya menerima kehadiran seseorang dalam hidupnya.



katanya juga gadis seorang yang memilih.  mungkin benar, mungkin tidak.  atas individu sebenarnya.  tapi jika yang memilih, mungkin dia punya sebab yang menjadikan dirinya sebegitu.  mungkin si gadis tidak mahu terlalu terbuai dalam kemanisan bicara yang seseorang itu.  


untuk awak....

tolonglah jangan permainkan perasaan gadis jika tidak berniat mahu menjadikannya isteri.  keperitan seorang gadis pada masa lampau mungkin menyebabkan keadaannya hari ini.  jadi, andainya awak bergurau, jangan bergurau perkara yang serius, melibatkan masa depan.  gadis susah untuk menerima, tapi kadangkala gadis akan terfikir juga.  



bukan bersangka buruk pada peribadi awak, tapi gadis takut untuk menerima kenyataan seperti sejarah lampau.  sejarah lampau yang telah meragut separuh daripada kebahagiaan diri.  cukup untuk membuatkan hidupnya tak tentu arah buat seketika.  



Everybody, everybody wants to love.. Everybody, everybody wants to be loved.. [Everybody_Ingrid Michaelson]






4 3 orang hijau bagi komen:

mye said...[Nak Reply!]

doa la kpd Allah smoga Dia tntukan jdoh yg trbaik buat kte..:)

misznanarizal said...[Nak Reply!]

awk...jiwangnyaaaaa......semoga berjaya :)

Diya Edhayaa said...[Nak Reply!]

@mye

insyaAllah. He knows my best~ :)

Diya Edhayaa said...[Nak Reply!]

@misznanarizal

berjye mnde nyer.. haha