Friday, June 29, 2012

single : bukan status mudah

Diya Edhayaa | 7:18 PM | 4Comments |

single tu maksudnya tak hade kapel, tak hade pakwe/makwe.  lebih kurang macam hidup sorang-sorang. henfon senyap siang malam doplohempat jam.  wall pesbuk setakat post status, lepas tu tutup laptop. ade segala akaun laman sosial, tapi balik2 meroyan dekat kawan baik, "beb, kadang-kadang idup single ni bosan jugak." haha. sengal giler.



lepas tu, bila single terlalu lama, emm lebih kurang setahun dua tahun bertahun-tahun, adakala ada satu perasaan yang pelik timbul : takut untuk jatuh cinta.  betul. dah sampai naik fedap tahu? sampai kadangkala rasa nak ada, adalah. semuanya terserah pada Allah.  jodoh tu kan rahsia Allah.  eh! masuk bab jodoh pulak. aku nak cerita pasal hidup single. 



dan aku rasa single ni bukan suatu status mudah adalah apabila kau seorang yang friendly.  dalam hidup ni sebenarnya banyak benda yang jadi serba tak kena.  kau macam ni, orang kata camni. kau macam tu, orang kata macam tu.  sama jugak la macam kau jadi friendly dengan semua orang. nak-nak lagi bila orang yang kau kawan tu pakwe orang, laki orang.  betul. susah. 



walaupun kau takde contact apa pun, mesti gf/wifey diorang simpan jugak curiga dengan kau.  serius. aku perempuan, aku tahu, aku faham.  tapi pada aku cemburu tu kena juga pada tempatnya.  takkan la dengan budak perempuan yang otaknya gila-gila, cakap pun merapu tak tentu arah, muka pun comot ngalahkan kucing, kau nak cemburu tahap ghaban. aduii. parah.



dan kau kenalah ingat, kalau bf/ husband kau tu nak kat orang lain, dia takkan kawen dengan kau.  takkan kau tak percaya dengan pasangan kau. aku rasa aku tak perlu la nak cakap yang kepercayaan tu salah satu elemen penting dalam satu-satu perhubungan. sekali lagi aku nak tegaskan yang pemegang status single memegang status single yang agak berat bila dia seorang yang friendly, peramah. mungkinlah sebab friendly tu, partner orang akan pandang serong.  hurmm.



4 3 orang hijau bagi komen:

miss Fyqa said...[Nak Reply!]

yeahh,tau takpe...but single is simple.. :)

sabar byk2 k..

Diya Edhayaa said...[Nak Reply!]

@miss Fyqa

simple utk hidup kita. bg org lain, mgkin kita ni b'bhye..

aqmal.ar said...[Nak Reply!]

setuju,kne kt btg hidung sndiri..jd single ni mmg bahagia tetapi sakitnye ttp de..

Diya Edhayaa said...[Nak Reply!]

@aqmal.ar

dats rite dear..