Monday, June 11, 2012

oh my baby!

Diya Edhayaa | 1:21 PM | 3Comments |
omnomnomnom. baru siap makan tengah hari.  kenyang.  cuti masih berbaki 6 hari je lagi.  maka ada 6 hari je nak makan mengalahkan dinosaur. haha.  dalam cuti ni, aku kira macam bagus jugak la. lepas Subuh, tak tido dah.  boleh kira dengan jari berapa kali sangat aku bangun lambat.  yelah, aku kan ada 'baby' sekarang ni. plus nak berdating dengan mr.P.  jadi aktiviti tido aku postpone kan ke waktu petang. huehuehue



'baby' aku ni tidur dalam 'bilik' khas.  tak lawa pun bilik dia. berlubang-lubang, lantai pulak ada tray.  senang baby nak melepaskan hajat yang tersimpan.  makan baby ni pulak tak cerewet mana jugak. bagi nasi dengan ikan ke ayam ke ikan bilis ke, dia bedal semacam.  hari tu lepas bawak balik dia jumpa 'nenek', 3 hari menghilang.  dasar tak tahu dek untung!  haha.  aku rasa dia mungkin culture shock.



pagi-pagi aku dah dipertanggungjawabkan.. eh! tak.. bertanggungjawab untuk bukak 'bilik' dia.  mencuci segala hajat yang terdampar kat dalam tu.  tapi baru dua kali dia menzahirkan hajatnya kat dalam tu.  mujurlah pandai baby aku ni.  tapi newspaper buat cadar dia toksah cerita la, macam kena gigit anjing gila..!



ah... cukup la aku merepeknya.  ni aku selit gambar baby aku ni.  takde la comel sangat pun.  bukan mix. bukan pan-Asia.  orang kucen kampung je.  tapi aku kesian tengok life dia sebelum ni.  so, aku kutip bawak balik rumah.  biarlah dia hidup dengan aku walaupun aku pun makan ditanggung mak bapak lagi. hewhew



dah nama kucing kampung, naik buai pun pandai. haha




mahap la. ni hidup dia sebelum ni.  mujur takde sampah kotor dalam tu, ada kasut yang nak dibuang je.




lupa pulak nak bagitau nama baby aku ni.  nama kucing pemalu ni Tompok.  ala.. nama Melayu sudah.  hekhek.  kucing aku pemalu macam aku.  tak nak tunjuk muka. mahap. mahap.  =D





3 3 orang hijau bagi komen:

SnowQueen said...[Nak Reply!]

tompokkk~~~
hahaha

Diya Edhayaa said...[Nak Reply!]

@SnowQueen

ayanggg ompokkk!

ahsfantasy24 said...[Nak Reply!]

jaga tompok elok2,
dia tak biase sgt tu,
kalau hilang lgi, cari kat secret rcpe :p