Saturday, September 29, 2012

simpan kemas-kemas

Diya Edhayaa | 1:28 AM | 0Comments |


dalam hidup ini tak semua benda yang kita nak kita akan dapat. kadangkala, apa yang kita nak tu tak sesuai atau tak kena pun dengan kita.  dan kadangkala apa yang kita tak nak itu adalah yang lebih baik untuk diri kita.  semua yang Allah dah aturkan itu sangat cantik sebenarnya.  kita hanya boleh merancang, tapi DIA lah yang menentukan segala-galanya. 



kadangkala, tak perlu pun kita terlalu mengejar sesuatu itu. cukup sekadar bersahaja.  umpama seekor rama-rama.  ketika kita bawa jaring dan berlari mengejarnya, rama-rama akan terbang menjauhi.  namun jika kita tak pedulikannya, rama-rama itu akan terbang mendekati kita.  itulah.  dan sesuatu itu berkemungkinan hanya perlu hidup dalam kenangan.  itulah yang menjadikan diari hidup kita penuh warna-warni.  



biarlah yang lepas itu terus hidup dalam plot hidup kita.  sesuatu yang kadangkala membuatkan kita tersenyum bila teringat kembali.  ah! mungkin bodoh. mungkin juga kelakar. jalanilah hidup yang dipinjamkan oleh Allah s.w.t ini dengan sebaiknya.  kita tak tahu apa yang akan terjadi pada masa hadapan.  semua itu masih lagi rahsia.  setiap manusia itu mempunyai jalan ceritanya sendiri.  



#  simpan rasa yang 4 tahun dahulu itu kemas-kemas dalam balang hati.






0 3 orang hijau bagi komen: