Monday, May 27, 2013

study week di Lata Lembik

Diya Edhayaa | 11:16 AM | 4Comments |
assalamualaikum.. tak jawab dosa, kalau jawab sayang.. :p



sebenarnya, ni dah musim cuti sekolah sekaligus cuti semester untuk aku. weehuuu! seronok..!  penat nak menghabiskan semester 7, penuh cabaran penuh dugaan.  exam pun dah lepas, tinggal tunggu result je lagi.  btw, lek lu.. lek lu.. cuti is cuti la kengkawan.. pastu baru bergegor jiwa dupdapdupdap nak bukak portal.  haha..


masa study week hari tu sempat la aku ngan member2 sekelas merangkap meniarap memanjat adik beradik 5 tahun setengah *tinggal setengah tahun lagi nak habis belajar* luangkan sehari untuk berjimba-jimba.  dah kalau duduk bilik pun baca termenung baca termenung, baik kita kasi relax sikit ini minda. hewhew.  



plannya lepas tengok bebudak kelas KS pegi sana. oweh! cam best.  dulu masa muda remaja *PPISMP SEM 3* dah pernah pun pegi sana untuk aktiviti Pendidikan Luar Pendidikan Jasmani.  berkampung jugaklah kat sana 3 hari.  tapi itu dulu lain, sekarang dah lain Lata Lembik ni.  makin maju okeyyy! :D  before pegi tu, sempat jugak usha Facebook Lata Lembik dengan salah sorang kawan aku.  nak tengok jugaklah apa aktiviti yang boleh buat kat situ.  sebab aim nak main flying fox. kehkeh



jadinya aku sajikan la gambar2 kitorang masa kat sana.  bersepah-sepah gambar. dahhh takkan nak letak semua. mau muntah colour blocking nengoknya kang.. ahahaha.. :D



dah mula tak terkawal. -___-


ni laluan ikut Kuala Dong.  dalam 1 jam dari kampus kami kalau tak salah aku.


konvoi 5 buah kereta.


teruja dah nampak signboard ni.


5 buah kereta = 23 orang


kiri = belum tunangan orang. kanan = sudah tunangan orang. ^___^

bincang2 nak main apa.

masterchef Ehsan berbaju hijau dibantu sahabat2.  pandai masak wooo!~

keterujaan plus kedebaran.  belakang tu tempat nak sewa macam2 equipment.



flying fox

dengan ketinggian bangunan 6 tingkat.



ready for water confident.








sky walk.


pohon beringinnnnn...~~ :p

5 tahun membesar sama2.. <3


aktiviti sem kali ni memang antara yang paling best yang pernah kitorang buat.  dan mungkin paling kena dengan jiwa2 yang agak agresif dan aktif. cewwwahhh! padahal sebelum naik flying fox tuh dah berkira-kira nak main yang rendah je.  dah naik atas mula nak turun semula. tapiiiii...! gagahkan jugak diri panjat bukit, siap amek turn no.6 afta kawan2.. tak mau awal2, tak mau lambat2.. nanti deborrrr! kahkah..


dan.. ehem! bebudak laki yang uruskan makanan.  daripada hal beli membeli sampai masak memasak.  memang jadi tuan puteri sungguh la.  cuma dak pempuan buatkan sandwich dan tolong bakar2 je.  yang bestnya kami dulu merayap2, then baru dorang yang pegi main.  sporting seyhhh boboys kami. ahahaha :D


oh ya! antara aktiviti yang ada kat sini antaranya : Jungle Trekking, Tree Climbing, Abseiling, Water Rafting, Sky Walk, Flying Fox, Rock Climbing, Tunneling, Archery, Blow Pipe, Campsite, Bird Viewing, Picnic & etc.  berkenaan bayaran, don worry beybeh.. dont worry! dalam rm10 je untuk 1 aktiviti.  tempat barbeque pun dorang dah sediakan.  


contact info Lata Lembik Recreation Park : 
FB : Lata Lembik Recreation Park
phone : 09-369 7892
lokasi : Lot 3&4, Seksyen 4, Kampung Baru Cheroh, 27620 Raub, Pahang Darul Makmur.




4 3 orang hijau bagi komen:

~cik atin~ said...[Nak Reply!]

macam best je kak. nak kene try g tempat nih skali..

Diya Edhayaa said...[Nak Reply!]

sgt best atin! pegi laaa... akak koyak stokin sepasang duk main air.. hehe

Admin said...[Nak Reply!]

Dulu masa pergi,
coverage nyawa-nyawa ikan.. hee~

Unknown said...[Nak Reply!]


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.