Showing posts with label novel. Show all posts
Showing posts with label novel. Show all posts

Wednesday, May 30, 2012

novel Maafkan Abang

Diya Edhayaa | 5:41 PM | 6Comments |
cuti 3 minggu. apa mau bikin..? mari kita kumpul lemak banyak-banyak. biar naik sem depan, baju kurung semua yang ada dalam bagasi tuh, dah tak muat. huahuahua.  mengalahkan gajah benor makannya cenggitu. =.='



hari ni, 5 hari dah cuti semester.  cuti kali ni aku rasa lain sikit.  sebab ada 'baby'  nak kena jaga. haippp! aku belum kawen lagi la. jangan kan kawen, tunang pun idokkk lagi. iye la, orang tak lawa macam aku ni siapalah yang nak pandang kan.  okey. okey. dah merapu.  pasal 'baby' tu, nanti aku cerita dalam next entry.



masa bulan 4 hari tu, aku sambar jugaklah barang sebuah dua novel.  tapi nak membacanya, berkuruunnn! hah! dah habis pekse, baru aku duk mengadap novel yang ada.  aku ni bukan apa, kalau baca novel memang slow. paling2 cepat aku boleh habis pun, makan masa 2 hari jugak.  nak kata aku mengeja, tak. mungkin menghayati. kehkehkeh.  so, baru ni aku baca novel Maafkan Abang, karya Eyla Hime, terbitan Fajar Pakeer.  aku beli pun sebab tengok novel ni pilihan Popular.  konfem-konfem sedap.



bila dah baca, huihhhh! berasap aku.  emosional sekejap dengan watak lelaki dalam novel tu - Tengku Ariff Hazimi. geram. bengang. semua ada. pastu watak perempuan dalam novel tu - Atikah Hatrisya. hah! aku terbayang aku pulak. aku memang pantang sikit bila baca novel yang aku rasa macam ada kena2 sikit dengan  aku. haha.  berangan kuat! kalau nak tau best ke tak, pegi beli. baca sendiri.  hehe.  best sangat! 


-google-


# tertarik dengan satu quote dalam novel ini : kalau kita ikhlas menyayangi seseorang, kita tidak akan ambil kisah tentang kekurangan seseorang itu. 





Wednesday, April 27, 2011

pada hari Sabtu yang lepas...

Diya Edhayaa | 2:53 PM | 4Comments |
tiba-tiba rasa macam buat karangan darjah 6.  huhu. abaikan. meyh kita sambung tajuk entry, hari sabtu baru ni, aku pegi pesta buku di PWTC.  kalau sapa yang nak pegi, sempat lagi ni. sebab pesta buku tu sampai 1 mei ni.

boleh kata, ni first taimlah aku pegi pesta buku. tahun lepas tak pergi pun. mula-mula sedih dah sebab macam tak dapat pegi je. last-last, dapat jugak aku menempekkan nama aku dalam list pegi lawatan. hehehe. kita usha usha gambar kat bawah ni ek.  kalau aku tulis banyak banyak pun, mesti uollss nak tengok gambar je kan. hik!








tu partner aku masa dalam bas. kalau korang tengok, kami pakai baju batik macam budak sekolah je kan.  tapi ni lah baju batik IPG kitorang.  yang kat bawah ni masa dah masuk dalam.  pergh! bersesak-sesak.  pasar pun tak macam ni. memanglah!







nampak aku macam rajin memasak je nak godeh-godeh segala buku resepi yang ada kat situ.  hehe. dasar pencinta makanan, memang begitu.  dapat tengok buku masakan pun cukuplah. ;)



opsss! sapa pulak ni..? haa.. nilah Ilya Abdullah, penulis novel Coke and Sundae.  kebetulan dapat jumpa beliau, peluang yang ada jangan lepaskan.  akak, sign autograf bolehhhhh... hehe.. kak Ilya ni pun ada blog tau.. akak ni cakap CNS ada sambungannya.. wuu~ tak sabar nak tunggu CNS 2 pulak keluar.




kalau merayap, takde aktiviti makan-makan memang tak sah.  hoho.  jadi, kitorang decide nak menambah berat badan kat pizza hut.  apa lagi, sambar 2 pan large pizza.. sampai sendat perut sorang-sorang.  belum kira makan yang sendiri-sendiri lagik.  aku macam besa lah, dengan fevret aku kat bawah ni. hehe..











masing-masing dah macam buaya kekenyangan, masuk dalam balik.  dorang ada buku nak cari lagi.  aku and my partner, masuk bahagian karangkraf, tengok orang duk tunjuk stail hijab.  pergh! cantik woh.. suke benau aku nengoknye.  tapi nak cuba tu, tak tau lah bila walaupun orang duk berebut dengan stail Hana Tajima sekarang ni.




nilah novel yang aku sempat beli.  ada lagi satu, tapi aku belikan untuk roomate jelah.  roomate aku kipas-susah-mati  novel Ramlee Awang Murshid..





gambar pun takdelah banyak sangat.  nak snap-snap pun tak de masa.  asyik duk belek buku je semua..emm.. petang ni tak de kelas, aku nak baca novel-novel yang ada.  harap-harap aku tak tidolah.  semalam overdose punye tido dah. huhu.. bai!

=)